Saturday, April 30, 2011

Segmen Blog Review Semanis Tart Cherry

Rasa nak guna font warna pink la dalam entry kali nie..Boleh kan?Hihik.

Sebenarnya aku tak penah join mana-mana segmen review blog ni.Tapi teringin jugak nak direview.Tak tau nak suruh siapa review,tiba-tiba tadi ada invite join segmen ni kat shoutbox aku.Yahoooooo!!!

Berikut adalah detail-detail yang cik Putry nak tahu :)

  • Nama penuh : Noor Maizan binti Mohd Fauzi
  • Nama dlm berblog : Cik Eiza
  • Teringin sangat-sangat nak buat tapi belum tertunai :Pakai shawl tanpa menampakkan muka yang bulat ni mcm sebulat bola.hahaha :-p
  • Pandangan mengenai blog semanis tart cherry ? : Saya mau jawab dengan panjang lebar boleh ?
Nama blog : Sangat sedap ! Buat perut saya lapar la . hihi
Background blog : Pink!Pink!Pink! Girl stuff , cute :)
Berat blog : Ringan nak loading . BEST! Sangat memahami broadband lembab saya ni .
Tuan Blog : Cantik , baik , mesra :)
Hubungan dgn readers : Thumbs up!

HIKHIK :)
Eh ada lagi . Kena tag dua org dan inform kan.
Jadi aku dengan gediknya menge'tag' secara rasmi Cik Farahin dan Cik Fasya . Aku inform melalui fb.
Dan sekali lagi aku mengetag secara tidak rasmi my pengarang jantung (follower) semua . Kalau suka , jom la kita ramai2 join segmen ni.Bukan rugi pun,dapat tambah kawan juga :)

Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

Friday, April 29, 2011

Blog paling aku suka :)

Ish.ish.Ish.Anak dara apa ni,berjalan malam tak ingat dunia.Kadang-kadang sampai ke Sarawak nuuuu,kadang-kadang sampai ke Putrajaya ja,paling dekat pun dekat Perak nuh,padahal aku duk Langkawi.Huh~Sosial gila kan.

*Kahkah.Aku merapu ja*

Aku berjalan bukan dalam dunia realiti pun.So aku tak la sosial tak ketahuan hala.Aku just blogwalking ja.Haha.Abah aku tak pening kepala,mama aku bleh tido lena.Sebab anak perempuan depa duk depan mata hari-hari.HAHA.

Malam ni aku blogwalking sikit ja.Tapi banyak pulak sharing benda yang menarik hati aku.

Tapi aku pelik la kenapa orang tak masuk baca pun blog aku?Ke aku yang tak perasan?*Cepuk je aku ni.Amboi tulis cerita pun merepek2 ada hati nak suh orang baca.*

Takpa la.Aku kongsi cerita yang aku dapat sepanjang blogwalking naa..Sepanjang korang berblog ni,ada tak korang jatuh hati dengan mana2 blog?Yang korang buat blog wajib masuk setiap hari?Ada?Sapa?

Aku pun ada la...............

Nak tahu tak siapa?

Agak2?


Pernah masuk tak blog ni?Aku masuk blog ni first time sebab aku tertarik nama dia.Comel ja.Haha.

Tapi yang buat aku jatuh hati , blog ni best tau. Banyak gila input.Budak Botak ni rajin cari maklumat utk orang.

Entry terbaru dia hari ni (30/4/11) pasal game Devil May Cry tu.Aku tak pernah main pun , tapi baru aku tau game tu ada something yang tak kena.Nak tau apa yg tak kena? KLIK SINI .

Yang bestnya lagi blog ni,Budak Botak kasi orang share entry yang dia penat-penat cari tu.BAIKNYAAAAAAAAAAAAAAA HATI kan kan kan :)

Ada lagi best . Budak Botak tak sombong.Serius aku habaq. Dia akan balas komen orang dalam blog tu.Disebabkan perangai buruk aku , lepas komen aku akan masuk balik blog tu tgk Tuan Blog balas tak komen aku, aku mmg confirm dia balas balik :) Ohhooooo.. I like. Selalu nya kalau aku komen org tak balas,aku rasa malu sikit.Haha..Macam cakap sorang-sorang.
Itu je la aku nak kongsi untuk malam ni.









Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

too much care kill the cat .

Pernah dengar tak peribahasa tu ? Haha , kalau salah buat-buat tak tahu je la,sebab aku pun ingat-ingat lupa juga.Kehkeh.

Nak tahu maksudnya ? Lebih kurang camni la ek,kalau kita terlalu sayang,jaga benda tu pun boleh merosakkan juga. :"(

Ceritanya begini.Tadi aku pergi jalan2 dgn sigula hatiku Dania, mama beliau dan daddy beliau juga.Mama beliau yakni kakak aku bagi aku beg henset yang kecik molek lagi comel utk cover henset aku yang baru merelip lip lap lip lap tu *tudiaaaaaaaaaaa.

Tapi.Aku punya sayang henset aku ni.Aku tak mau letak dalam beg murah tu.Haha.Dengan bangganya aku pun cari dlm almari beg tangan aku . Haaa .. Jumpa pun . Aku rasa beg aku ni mampu bagi perlindungan extra kat gegurl pinky baru aku tu.

Sampainya destinasi , LANGKAWI FAIR . Aku turun dengan bangganya seperti seorang promadona turun keta kuda dan........KECEPUK !

OMG!!!!

Aku punya henset telah selamat landing atas jalan tar yg gelap serta berjerawat batu tu.

TIDAK!!!!!!!!!!

Aku terus jadi cam org gilak!GILAK!!!!

Arggghh,,my gegurl..I'm so sorry my gegurl...I tak sengaja lukakan u..

My gegurl telah mengalami kecacatan kekal sedikit pada sebelah skrin itu.

Dan hati aku juga remuk setiap kali terpandang parut pada my gegurl tu.

(T_________________T)

Sedihnyaaaaaaaaaaaaa...

Pastu tengah aku meraung meratap nasib my gegurl yang tercedera.Kakak aku datang.

KAKAK :Patut la jatuh , cuba tgk ang galas beg tangan tu cmna . HAHA

Aku pun terus tgk,tak sangka aku tergalas terbalik.Bahagian berzip kat bawah.MENGONG~~Camna leh tak terperasan ni.

Aku pun tergelak,dia pun tergelak.Dan aku lupakan sekejap pasal kecederaan gegurl tu.

Tapi sekarang aku kembali meratap hiba..

MY GEGURL.........Baru sekejap kita bersama.Kenapa engkau dah cacat!!!

Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

Wednesday, April 27, 2011

Penganggur tak sedar diri :-p


Amek dari google

Cantik dak...Speechless yuuuu...!

Ye la , mmg la tak secanggih iphone mahupun galaxy tab, tapi seorang pengganggur macam aku ni rasanya pakai enset apa2 pun dah cukup bersyukur.

Aku mmg dah lama dah duk berangan nak pakai phone yang amat segak kat atas tu...Ngeeeeeeeeeee...Tak sangka dapat sponsor sugar daddy kakak aku.

Hahaha.*maaf aku teRIAK dalam entry ni*

Meh nak citer pasai gula hati baru aku ni.

model :Nokia X5
warna :biru,hijau,grey..aku punya.....pink!
harga  :Rm 570 (waktu aku beli la)
  • Camera dia 5.0 megapixel.Aisey,kantoi la jerawat aku nmpak terang2..Sebelum ni Nokia 6630 kesayangan aku selalu mengkaburkan jerawat2 aku. :-p
  • 3G oneway je.Sama dengan henset lama aku ja.Pakai camera belakang
  • Yang lain aku belum explore lagi,baru dapat....HAHAHA
Ngek punya Maizan.

Haaa...walaupun aku tau biasa2 ja enset aku ni,tapi aku tetap berbangga dapat memiliki beliau walaupun aku bergelar penggangur yang dah upgrade jadi pisau cukur terhormat.HAHA

So,aku amik kesempatan nak berterima kasih kat kakak aku yang cute miut sebab sudah sponsor aku enset yang cun ni.


Tarraaaaaa..HAHA..aku promote gambar ang sis tanda terima kasih :)

There's no friend like sister . And no sister better than you :)

*quotes dari magnet fridge punya.hahaha .

Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

Monday, April 25, 2011

Air oh air

Semua orang pun tau kan kepentingan air kat kita.Sangat penting looorrr.......Kalau tak minum air bnyk hari , boleh dehidration dan lantas menemui ajal.Huuu...Nampak tu kepentingan air.

Masa kat Mrsm dulu,aku nmpak budaya budak2 bawak botol air besar kat skola.Aku rasa pelik.Banyak gila depa ni minum.Boleh habis ke sehari.Bergelen-gelen,caya la.

Abah kata,orang pandai mmg minum banyak air.Sebab tu otak depa cerdas.Tak mengantuk waktu belajar.Oxygen sampai ke otak.Aku cuba bawak botol besar juga.Tapi isi air takat bontot botol ja.

Aku sehari minum stengah cawan ja,tu pun tak habis.Mama selalu marah aku.

Kadang2 sebelum mama keluar pergi ambil adik2 kat sekolah.Mama akan jerit kat aku

"SATGI MAMA KELUAR PASTIKAN ANG MINUM AIR.TU MAMA LETAK ATAS MEJA DAH.PI MINUM.TAK MINUM SIAP.AMBOI.APA NAK JADI NI,TAU DAK KURANG MINUM AIR BOLEH BUAT BUAH PINGGANG ANG ROSAK.YA LA,BANYAK SANGAT GLUKOSE DALAM DARAH KAT BUAH PINGGANG TU.PEKAT JA.JADI BATU KARANG KA APA KA,MAMA JUGAK KENA JAGA ANG"

Haha,demikianlah leteran ibuku tercinta.

Bila tgk kulit kakak aku lembut macam marshmello,manakala kulit aku macam ********,aku pun cuba nak korek rasia kejelitaan beliau.

"Noa,awat kulit ang lembab lembut ni.Jeles aku"...Lalu aku dijawab...."TU LA,LAIN KALI BANYAKKAN MINUM AIR.NI MINUM PUN MALAS,KERING LA KULIT TU.APA DERR..."

Aku pun mengambil masa muhasabah diri didepan laptop malam ini.Tiba-tiba terasa dahaga.

Aku keluar usha-usha peti ais..Whoaaa,alang-alang ada aiskrim,makan aiskrim la..Sama je la dgn air kan,leh hilangkan dahaga.

Rupa-rupanya aku mmg ngok ngek..Makin dahaga ada la.HAHA..Tapi malas pulak nak pi cari air kali kedua.

So,aku amik keputusan tulis entri ni utk hilangkan dahaga.Bagus tak idea aku?

p/s : Takde ke orang nak belanja aku minum kat kedai mamak ni...hahaha...


Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

Sunday, April 24, 2011

Apa-apa aje

"Bila marah keluar semua kata kesat.Kata ganti nama terus tukar kasar.Suara mula nak melenting."

*That's very not me...And not my type.

Kalau aku nak berboifren pun,aku lagi rela dgn org yang selalu buat lawak,walaupun lawak bodo at least dia buat jugak aku hepi.Daripada orang tegas garang tak ketahuan hala.Cukup la abah sorang je garang ngan aku,nak bt apa laki garang2.Belum jadi laki dah garang2.

Orang kalau bercinta nak bahagia-bahagia.Kalau tak bahagia buat apa.Ada ja bnda tak kena.Belum kawin dah jumpa tanda tak serasi,perlu ke nak teruskan lagi?

LEBIH BAIK PUTUS CINTA DRPD CERAI BERAI LEPAS KAWIN.

Entah la...

Sekarang bukan masa nak cinta monyet dah.Aku bukan monyet lg..Eh,silap.Aku bukan budak skolah lagi.Aku dah abis skolah ok.So aku kalau nak berboifren tu biaqlah betoi2 menepati citarasa aku.Dan aku menepati citarasa dia.

Demikian la potpet2 aku kepada kawan baik aku melalui telefon sehingga pukul 2 pagi aku menyeksa beliau mendengar luahan hati aku.

Lalu beliau bertanya.Citarasa aku macam mana?

HAHA.Aku nak laki botak.Dan berkulit gelap.Faham.

Masalah betul.Beliau lalu mengetawakan aku.

WEI,aku tak main-main la wey..Apa la...Ingat aku buat lawak ka.

Beliau mengatakan aku pelik.Lalu aku pun mengantuk dan beliau juga mengantuk lantas kedua kami mengakhiri meeting kami dengan






Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

Smoker , biasa la tu . Macho apaa...

Haha..Nie takde keje la ni duk tulis merapu ni..Ngee..Duk golek2 atas katil dengan si jantung hati Dania ni.Sambil blogwalking.Banyak jugak aku terbaca pasal anti-smoker ni..

Tak sangka ramai jugak wanita-wanita anti smoker ye.Haha.Jangan anti sangat kak , adik , mak cik .Nanti yang benci tu la jadi yang kita sayang.

Kisah benar ni,dulu kak aku mmg anti gila smoker.Tgk kotak rokok pun beliau histeria. *okey aku menambah cerita* . haha..Tapi dah nama pun jodoh, husband beliau sekarang perokok.Kehkeh...Haa tu la jgn duk anti,aku dah pesan dah.

Aku tak kisah langsung bila tgk smoker.Lantak la,janji beli rokok tak pinjam duit aku dah la.Haha...Kadang-kadang kalau kena gaya hembusan asap rokok tu,mereka kelihatan MACHO.

Ngeee..Mesti ramai tak suka aku kan sbb sokong perokok.Takpa la, hak masing-masing la.Kenapa nak halang lelaki merokok,lelaki tak kacau pun perempuan shoppaholic?

Ok,Ok..Nak cakap tu la.Tak payah la nak marah aku sebab cakap macam ni.Sebab aku bukannya merokok pun,aku cuma bukan anti perokok ja.

p/s:Aku bukan perokok dan bukan shoppaholic.Aku manusia biasa (O_o)(o_O)

Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

Saturday, April 23, 2011

aku sedar tapi masih belum masanya aku berubah

Situasi 1 :
Godek-godek almari.Ada sportcheck pakaian oleh puan kakak.Haha...

Kakak : Ini baju ang selama ni?
Aku     :Ye la baju aku la.
Kakak :Ang pakai pi mana baju-baju ni?
Aku    :Pi mana-mana la.
Kakak :Aduhai~ *baju kanak2

Situasi 2 :

Sedang tempek bedak kat muka nak keluar umah.

Aku   : awat bedak takmau lekat kat muka aku.
kakak : ang tak pakai pelembab kut
aku   :kena pakai ke?
kakak :So ,ang tak dak la ekh?Nah pakai aku punya.
aku   :OooOOoo..baru ku tahu.

Situasi 3 :
Pakai tudung bawal setiap kali keluar dgn kawan.

kawan :Tanak cuba tudung trend baru ke?
aku     :hehe..tak pa la..

Situasi 4 :
Tunggu kawan make-up punya lama.

Aku :Udah la yaya,apa make-up lama sangat.
Yaya:Ang tak make up ke?
Aku :Ek!Ehehe..Tak pa la.
Yaya :Pucat gila.Kalau ye pun pakai la lipstick skit.
Aku :Hehehehe..

Situasi 5 :
Bukak almari adik yang tingkatan 3

Aku :Dah maju adik aku ni.Ada macam2 barangan kosmetik kecantikan.Amboi2..

Bukak almari aku.

Aku :Ada sebijik bedak garnier ja. :'(

________________________________________________

Amboi,sedih sungguh realiti hidup ni.Kahkah...Ye aku sedar la aku dah besar.Aku kena la jaga penampilan sikit macam perempuan dewasa.Tgk adik aku sendiri dah pandai bermake-up.Kakak aku pun tak abis2 tegur penampilan aku yang masih macam kanak-kanak.
Aku bukan tak nak bergaya la.Cuma aku tak sedap,tak enak,lagi tak asyik kalau bergaya pakai duit abah.Nanti aku tukar la fesyen pakaian aku,aku beli la make-up banyak2,tapi bila aku ada income sendiri la.Hekhek.Aku pun nak jugak jadi cun macam orang lain.
Sabaq sat naa..aku pun sedih juga bila org kutuk blakang kata aku skema..Aku sedih macam ni (T_________T)  , tapi dalam hati ja la.Aku rasa nak jerit kat telinga dia ,
"KAU INGAT KAU BERGAYA PAKAI DUIT BAPAK KAU STYLE SANGAT LA KAN!"
tapi aku dibesarkan sebagai seorang yang berbudi bahasa.Aku cuma "Takpa la,nak kata apa,kata je la."
p/s :Abah aku seorang yang bekerjaya tapi Abah aku pun pakai t-shirt biasa,sluar slack biasa,naik moto zaman aku tak lahir lagi,bila start je satu taman boleh dengar.Perlukah aku yang cuma penganggur nak berlagak lebih2?Tumpang duit org plak tu,mmg muka tak malu la.
 
Tapi kalau nak sponsor penganggur ni takpa juga,HAHAHA..Thanks kakak yg telah sponsor bermacam-macam benda kat aku.Sayang jugak kat adik busuk dia ni.Tak sabar nak pi 28 April ni , nak menayang kat kawan2 suprise. *MAIZAN!JANGAN RIAK!!!
*Baiklah,baiklah!

Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

Blog paling hodoh di alam semesta

Grrr~~
Ye , blog aku la yang hodoh ni..Huaaa...Broadband tak kasi can mau decorate macam mana...

(T______T) kesedihan hingga mengeluarkan cecair tak patut.Harap org tak muntah kalau tersinggah sini.
Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

Tawaran sebelum UPU .

'Assalamualaikum.Alhamdullillah, anda layak utk ke Mesir. Surat tawaran & lain2 yang berkaitan sedang dalam proses utk diposkan kepada anda. Tahniah! http://www.aqm.my/index.php?option=com_content&view=article&id=65&Itemid=80 '

Itu la sms yang aku terima waktu tengah enak tidur ptg dgn gadis kecil kesayangan aku Dania.Langsung aku tak edit,tak tukar,dan tak singkatkan sms tu.

Perasaan aku.....Ya Allah,hanya Tuhan yang tau.Aku call la abah.Masuk mail box pulak,mesti tgh meeting ni.Aku call mama,haa...Mama mcm best ja..

Aku semakin speechless.Mimpikah aku?Layakkah aku?

Aku inform kawan2 terdekat.Depa kata "Tahniah"
Tapi bila ada orang kata "Boleh percaya ka msg tu.Jangan percaya sangat"

Tiba-tiba aku jadi DOWN,DOWN, DOWN

Tak kisahlah.Kalau mmg rezeki aku,aku harap dapat pergi.Mungkin ni last chance utk aku tebus dosa aku dgn abah aku.*dosa men2 waktu spm

Doakan la yang terbaik utk aku :')



Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

Wednesday, April 20, 2011

Pengorbanan seorang ibu saudara :)

LANGKAWI-Kerana menjaga anak saudaranya yang demam panas setelah kena cocok hepatitis B , seorang ibu saudara yang cantik serta berhati murni rela berkorban masa menjaga anak saudaranya sepenuh masa.

Ibu saudara yang hanya mahu dikenali sebagai NM,18 tahun, rela tidak mandi SEHARIAN kerana anak saudaranya yang tercinta asyik merengek dan menangis jika ditinggalkan sendirian.

OK FINE!Ini berita benar.Kahkah.~aku menulis ketika masih belum mandi sejak pagi~

Hmm,ni entry last aku.Aku nak tumpukan kat anak saudara aku yang comel lagi gebu ala-ala mashmellow itu agar kadar kesembuhan dia bertambah cepat.*cakap je broadband tamat tempoh,haha.

Nanti aku online lagi,aku update ya.

Aktiviti yang aku kena buat sejurus balik Kulim :)

  • Hadiri reunion third batch Merbokian
  • Bank in duit T-shirt Telor
  • Follow balik follower aku yang aku tak sempat follow
  • Blogwalking sepuas hati
Ok lah,entry terakhir ni.
Sila mengalirkan air mata anda kerana rindukan aku mcm ni T__________T ..

Pastu sapa nak baju sedondon dgn aku pi beli kat Telor ... Haha ..

Pen off . (bajet tulis pakai pen) haha..

Bye.



Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

Tuesday, April 19, 2011

Flashback cerita budak pakai uniform sekolah :)

*Flashback*<--aiseyh , teringat kenangan silam

Kelas kimia..Hooyeaahh..Ada eksperimen.Cikgu Adila dah pesan awal-awal lagi,waktu eksperimen jangan main-main.Biasa la,kalau ada barang pecah,nama akan dicatat dalam buku nota lab yang ala-ala buku salah laku tu.

Malang tidak berbau.Walaupun aku & cat woman cuma main aucak aucak   dekat langsir tingkap    lab, tiba-tiba angin tiup agak kencang.Then termometer yg ada kat atas meja berdekatan *skemanya* ,dengan bangganya menggolekkan diri lalu ..... Berderai!Dan darah kami berderau!


BUKAN SALAH KAMI~~!!!!

Tapi cikgu tak percaya.Nak tak nak, kami terpaksa tulis nama kat buku yang dipegang oleh pembantu lab dgn muka garang.

*korang mesti tahu,sedihkan bila kesalahan yg kita tak buat tapi kita kena tanggung*

Waktu tulis tu,aku tanya Cat Woman,apa kata kita gabung je nama..Dia membalas senyuman nakal.

Kahkah..

~Noor Maizan Farahin bt Mohd Fauzi Shabuddin~

________________________________________________

Haha, aku punya diary mmg tak private langsung.Kawan-kawan aku suka sangat baca sebab cerita aku yang entah apa-apa tu maybe boleh bt diorang hilangkan bosan *perasan.Haha..

Dalam kelas aku ni ada la sorang yang aku crush.*Dulu je*.Haha,setiap malam aku usha pusingan warna baju prep dia.Disebabkan kegeniusan aku *blah la* ,dalam dua minggu aku dah boleh hafal warna baju yang dia akan pakai setiap malam.So aku dengan gedik sekali akan pakai baju warna serupa.Kah kah.

Dan tangan aku yang gatal ni pi tulis dalam diary tu,betapa aku happy bila warna baju kami sedondon.Ceish.Gila punya orang.

Diary tu pulak,bukan aku isi bnda merapu ja,kadang-kadang ada juga aku catat maklumat penting.Caca merba la kata orang.

Suatu hari,si clash aku tanya aku pasal maklumat apa ntah dah lupa.Aku tau aku catat dlm diary,aku malas nak cari,aku bg ja kat dia suh cari sendiri. (aku betul2 lupa ada pasal dia dalam diary tu,dah la aku mention nama terang-terangan)

Punya la lama dia menelaah.Dekat nak abis prep dia dtg kasi balik diary aku,dia dtg dengan senyuman yang OMG!!Buat aku teringat segala merepek kerepek aku dlm diary. *Blushing

Dia kata kat aku , "Kenapa cerita dalam diary , apa kata awak ucapkan benda ni setiap kali dalam doa lepas sembahyang awak  *Blushing ganda dua

Haha..Dia dalam cerita aku adalah .... Eh,rasia la...Tu cerita dulu kala.

________________________________________________










Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

Dania demam :'(

Kesian Dania sakit,hmm,tak pernahnya demam teruk macam ni.Ingatkan semalam aku tempek cool fever seluruh badan dia banyak2 dapat kurangkan suhu.Tapi hari ni makin teruk , panas gila . :-( Idk what to do ...

Pagi-pagi buta aku yang tengah membuta terpaksa bgn.Jerang air nak bagi mandi Nia, then mama dia yang mandikan.Pastu suhu dia masih panas , aku g la klinik dgn tak mandinya,bedak pun tak pakai , terserlah natural beuty aku..kahkah.. *realitinya aku nampak comel comot gila*

Sekarang kakak aku dah pergi kerja.I have to handle this little girl alone .OMG. Kalau dia sihat boleh aku main hantu Kak Limah dgn dia,tapi sekarang dia lesu je..Tgk pun sayu.

Dania jangan nakal ok.Aunty sayang Dania,Cepat la sembuh ya.

p/s:Kawan-kawan,doakan baby saya ni cepat sembuh ya.

Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

Love ? Do you know what is love ?

Do u think that u know what is LOVE?

What is love?

Are your palms sweaty, is your heart racing, is your voice caught within your chest? That isn’t love, that’s just lust.

Are you proud and eager to show them off? That isn’t love, it’s pride.

Do you want them because you know they’re there? That isn’t love, it’s loneliness.

Are you there because it’s what everyone wants? That isn’t love, it’s loyalty.

Are you there because they kissed you or held your hand? That isn’t love, it’s low self esteem.

Do you stay for their confessions of love because you don’t want to hurt them? That isn’t love, it’s pity.

Do you belong to them because when you see them your heart skips a beat? That isn’t love, it’s infatuation.

Do you pardon their faults because you care about them? That isn’t love, it’s friendship.

Do you tell them every day that they’re the only one you think of? That isn’t love, that’s a lie.

Are you willing to give up your favorite things for their sake? That isn’t love, it’s charity.

Does your heart break when they’re sad? That’s love.

Do their eyes see your true heart, and touch your soul so deeply it hurts? That’s love.

Do you stay because a blinding, incomprehensible mix of pain and relation pulls you close, and holds you there? That’s love.

Do you accept their faults, because it’s part of who we are? That’s love.

Are you attached to others but stay with your love, without regret?That’s love.

Would you give them your heart, your life your death?

Think about it for a second.

p/s :Sorry jiwang sikit.Ngeee...Hehehe....



Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

Monday, April 18, 2011

Maafkan saya :'(

*Entry hati yang berdarah*

Hmm,wujud ke second chance dalam dunia ni?Aku mmg mengaku,aku bukanlah golongan yang percaya second chance ni.Sebab aku taknak pisang berbuah dua kali.Aku akan maafkan,tapi aku mmg tak boleh jamin keadaan kembali mcm biasa selepas orang buat hal dengan aku.

Tapi , macam mana kalau aku yang buat hal dgn orang..Layak ke aku dapat second chance tu.

Ya mmg salah aku.

You will never forget your first love. That’s what makes it so special. You love so hard, so deeply, and so intensely because you don’t know any different. It’s the best until it is over. Then you hurt like you’ve never been hurt before. Eventually you love again, but you love differently. You will love more carefully, more cautiously.
Hmm...Aku tak bagi peluang langsung kat org lain.Aku tak penah la jadi sekejam ni,tapi tak tau kenapa aku tiba-tiba dah jadi mcm bukan aku.


You might feel worthless to one person, but you are priceless to another. Don’t ever forget your value.

Sudah la tu Maizan..Mungkin sekarang masanya aku lupakan masa lalu aku.If he stupid enough to go away,then be smart by let him go.

Tak semua lelaki sama kan :')

Buka buku baru boley.....?
Saya akan lupakan kisah lalu.
Minta maaf Didy.

p/s:anak buahku demam :'( nk g klinik jp..

Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

Broadband Celcom ?!! Grrr~

*entri semasa emo*

Sape pakai broadband?(tak payah angkat tgn,aku tak nmpk).Huh...Line korang okey ke????Wuuuu... (T____T)

Bernanah hati jiwa sanubari aku tau dak.Broadband aku lembab macam siput gendut yang jalan terkedek2.Heish,kalau dia ni siput betul2,dah lama aku curah air garam biar dia kecut setelah mengalami proses hiper**** (lupa la pulak,pi bukak buku biology fom4 balik)..haha...

Tau dak sepanjang aku duk Langkawi ni,aku online Fb macam batang kayu ja.Aku tak ley bukak wall orang,aku tak ley chat,aku tak ley macam2 lagi la...Memang durjana la broadband ni.

Kadang-kadang nak bukak blog sendiri pun tak ley...Argghh,saat aku paling tension laaa....Geraaaaaaammmmmm....

Inbox msg Fb aku tak boleh bukak dah berkepuk-kepuk dah surat cinta dlm tu,GRRRrRRrrr!!!Notification sentiasa ada,tapi aku tak ley baca!!!!Arghhhhhh!!!

Aku loading nak tulis new post ni pun ambik masa brapa jam aku tak tau.Nasib baik kawan baik aku sanggup menghabiskan masa dan kreditnya call aku . (^^,) <--sejuk hati sat.

Haaa,ni hati panas balik!!Rugi duit aku bayar kat kau celcom.Kau memang tak guna,janji palsu.Liputan terhebat la,terluas la,ceish...Aku baru duk kat Pulau ni kau dah buat hal,belum aku pi duk mana-mana dalam utan.Janji palsu kau!!Aku nak tukar Digi la mcm ni! *sapa2 ada cadangan broadband lain?*

Ehhhmmmm!!Rindu la nk balik umah.Sekarang baru aku tahu betapa nikmatnya Wifi.. :'(

p/s : Emo cuma terhadap broadband.Tapi kalau caj panggilan dan sms , aku still sayang celcom.Sebab murah.hahaha :) *thanks aqlil yang sudi bergayut sementara menunggu loading hampeh ini*



Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

Sunday, April 17, 2011

Cara Mengetahui Kek Yang Mengandungi Arak .

Suka makan kek tak?Aku suka amat...HAHAHA...

*patut ler badan cam belon*

HOI!Kutuk aku la tu..HAHA..Dulu aku heran sangat kenapa abah aku tak berapa suka beli kek kat luar..Rupa-rupanya mama aku kata ada sesetengah kek dicampur dgn arak utk KONON2 nak bagi sedap la.

Aku pun terpikir,camne nak tau ada cmpur arak ek?

Lastly aku jumpa jawapannya dalam blog MAMALUV *jenguk la beliau..ada macam2 lagi maklumat.hehe :)

Aku dah minta izin,MAMALUV pun dah izinkan aku share...Thanks MamaLuv :))

Cara Mengetahui Kek Yang Mengandungi Arak  (copy paste)

 
Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua. Saya pernah di lemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum.Rasa bersalah sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang Islam yang lain. Dengan itu saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi,yang boleh saya dapat rezeki yang halal.

Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut. Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit. Puas saya fikirkan macaman nak memperjelaskan lagi rasanya.ok la,pernah tak buat Sponge Cake ( Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), kalau pernah cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pep.. atau Coke. Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain. Cubala buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi dimasa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara mara.

Untuk pengetahuan, adunan kek biasanya digaul dengan tangan. Oleh itu, berhati-hatilah membeli kek.


Sekian

Chef Farid


 
p/s :Lebih selamat kita buat kek sendiri kan...Kalau tak de mood nak buat , beli la kek di kedai yang boleh dipercayai tanpa was-was.Semestinya keluaran bumiputera *Skema gila ayat.



Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

Aku bukan penyanyi , ok !

IKLAN SEBENTAR :MAAF KEPADA FOLLOWER SAYA YANG SAYA MASIH BELUM FOLLOW BACK.BROADBAND SAYA AMAT LEMBAB,NANTI DAH OK SAYA FOLLOW KAMU-KAMU BALIK YA :) THANKS  (:

Hmm,Langkawi ni rupanya takde la besar mana pun.Pusing-pusing kot situ juga lah.Semua tempat aku dah terjah (hiperbola),semua aktiviti aku dah try (hiperbola berganda),so aku tak tahu nak buat apa lagi kat P.Langkawi ni. :)

Hmm,sebelum pergi lunch,kakak aku ajak hubby dia pergi karokae.Hihihihi,aku yakni seorang makhluk penyibuk juga mau join lah,eventhough aku ni tak boleh nyanyi sebenarnya.

Then,diorang pun pilih bilik paling hujung.Aku kasi can je la diorang nyanyi (pulun giler)..Haha..

Lepas beberapa lagu,kakak aku hulurkan microfon kat aku.

*GULP
*OMG

"Eh,apa ni,tanak la nyanyi,aku tak reti la"
"Alaaa,nyanyi je la,buat rugi duit je dtg tak nyanyi"
"Ish,suara aku tak sedap la"
"NYANYI!"
"OK,ok...haha"

Tattaraaa...Sampai la turn aku nyanyi...

Tgn berpeluh mcm tgh jogging je...
HAHA..TAK SAMPAI KORUS aku dah give up.

Sebab...
  • Eh,apesal keluar suara jantan ni?Mic rosak ke? *merujuk kepada suara aku yg TAK merdu
  • Eh ni nyanyi ke bercakap *merujuk kepada gaya persembahan aku
  • Ni nak buat rap ni *merujuk kepada speed and velocity aku melontarkan suara
Ceish!!How dare you kutuk I,sis.

Nampaknya aku mmg takde bhakat langsung lah!huuuuuu
T___________T (sedih nyeeerrrr) *gedik ngat aih

On the way nak pi makan kat restoran,ada lagu Zizan dgn Dina , SELAMAT TINGGAL tu..

Kakak :Eh,Zizan dah ada lagu ?
Aku     :Ye la..Lambat la ang ni..
Abang :Alaa,bukan dia nyanyi sangat pun.Dia rap je
           *Sambil nyanyi part Zizan
Kakak :OH,RAP....MEZAN BLEY LA JOIN DIA..RAP!

Grrrrr~~~
Aku kene lagi...

Kesimpulannya,aku bukan penyanyi.So,tak payah menyanyi lagi.Memalukan diri.

p/s:Tadi lunch kat PAK YA NASI AYAM,dtg Langkawi cuba la try kat sini.Hekhek..Nasi ayam + ayam goreng + kicap + teh ais :))

Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

Nanak T-shirt Telor!!!

Assalamualaikum :)


Pernah jenguk blog Telordibasuh tak ?Kalau tak pernah,pergi la jenguk sekarang.Arahan ni!!Haha...

Blog tu best,aku gerenti punya.Eh,aku bukan nak komen blog tu sebenarnya,aku cuma nak cakap pasal T-shirt yang tuan blog tu buat.

Kenapa?
Jangan tak percaya...Tuan blog tu dah buat t-shirt ada lambang Telordibasuh lagi.

SERIUS CUN!

Aku nanak satu.. (^________^)



Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

Saturday, April 16, 2011

Kenapa perlu tutup aurat ?

A guy asked a Muslim: Why do ur girls cover up their body and hair?

Answered: The Muslim guy smiled and got two sweets, he opened the first one and kept the other one closed. He thrown them both on the dusty floor and asked the guy: If I asked u to take one of the sweets which one u will choose?

The Man replied: The covered one.

Then the Muslim said that’s how we treat and see our women!

p/s : Sekadar peringatan pada diri sendiri yang kadang-kadang juga terleka .


Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

Tumblr : Baru kenal dan jatuh cinta

Tumblr ? Mesti ramai tahu pasal nie kan.Aku mmg ketinggalan zaman sikit.Hehe..Tak pa lah, nak cerita jugak :)

Tadi aku usha dashboard.Tgk sapa2 update aku nak terjah.Then aku tersengaja bukak blog INI . Beliau ada entri untuk nak naikkan semangat.Sememangnya loser  seperti aku amat memerlukan motivasi-motivasi mcm tu.

Beliau jugak yang mengenalkan aku dgn TUMBLR ni.Serius BEST amat.Tak tahu la bagi korang.Tapi aku suka.

Antara yang beliau perkenalkan adalah :(yg aku bekenan je la ek)

Hehe,bnyk sebenarnya..Nak tahu tgk blog beliau..
Yang ni aku suka :)




Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

The truth :)

My parents don’t even know the real me. They don’t know how many tears I’ve cried. How many nights I spent waiting for a call. How many times I’ve been hurt by someone. They don’t know that their “little princess” has grown up.


kredit to Tmblr :)
Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

Friday, April 15, 2011

Sapa kata jaga baby susah :)

Lepas je SPM,aku mengabdikan sepenuh masa aku jaga anak buah aku , Dania .Amacam ? Mulia tak hati aku . KAHKAHKAH!*cepuk kang

Hmm..Mula-mula aku tak yakin juga nak jaga baby kecil nie.Serabut otak aku.Antaranya :

"KALAU DIA BERAK CAMNE?EEUUWWW!!!"

Tapi alah bisa tegal biasa.Sekarang aku dah terrer beb bab jaga baby.(BANGGA DGN DIRI SENDIRI) . kah kah.

Anak buah aku sekarang dah 8 bulan.

Senang je jaga baby.Suap makan bubur (skrg beliau dah buleh makan),minum susu secukupnya,dan bg tido.
Then aku ley la berblogwalking.NGEK punya mak ngah.HAHAHA

Hmm..banyak cabaran jaga Baby nie.
Dulu time aku kapel slalu jugak gaduh,
Ye la,bila dia tanya aku buat apa,jawapan tetap aku "MAIN DGN NIA" , "BAGI TIDUR NIA" , "TGK TV DGN NIA"
Then dia pun kata "SIKIT-SIKIT NIA" .
HAHA..Masalah aku la nak ngan sapa pun...Jeles la tuuu..HAHA...Ok Nia..Skrg kita boleh manja2 dengan bestnya.Takde sapa jeles dah.

Pastu sebab Nia juga aku terlambat amik result SPM aku,Akibatnya aku tak dapat jumpa kawan-kawan aku. :'(

HAHA.

Kadang-kadang aku geram dia nakal sangat,aku mula la serabutkan diri ,then mengusik dia jadi HANTU KAK LIMAH.Bukannya dia takut,tapi dia mengekek2 gelakkan aku.Ceish..hahaha...

Takpa la.Saja merepek sambil riba Nia ni.. :)



Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

Soya tak baik utk kesihatan ?

Hehe..Sunyi online sorang pagi-pagi.So,keje aku geledah wall sana sini la...Ngee..Jadi stalker bisu je.Aku tak kutuk org..Hehe..

Tiba-tiba kan...Aku jumpa kawan aku ni,share dekat wall bacth group kami.

Aku petik sekerat je la ye :)

"namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.'' Erk!Aku lupakan minat aku terhadap bidang x-ray dan radioactive sebab ada org kata boleh jadi mandul,tak sangka minum soya pun boleh..Argggghhhh!! *poyo je aku ni

"selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara,kanser ovari,kanser prostat,serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium,magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas."Wooohooo...First time aku tau pasal semua-semua ni.

Ok,aku tanak la men sebar tak selidik.Masalah aku ni broadband cap siput gendut ni,faham2 je la.Susah benornya nak google2..

Huaaa..Tapi aku sempat masuk SINI , then aku tgk beliau ada artikel pasal ni semua.Then aku baca komen2 kat blog beliau.Entah la,tiba-tiba jadi was-was (setan ni).Aku tak tau sapa betul sapa salah sekarang.

Pesan kepada diri :

“Janganlah kamu membenarkan atau menyalahkan apa yang kamu tidak tahu!” Cukuplah al-Quran dan Sunnah sebagai panduan dan penyelamat

p/s:Apa-apapun lepas ni aku nak kurangkan minum soya...Minum susu je la..Selamat :)

Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

Bukan rezeki WAI

Lepas WAI terkeluar tadi,terkeluar jugaklah mood aku untuk tgk MAHARAJA LAWAK, tapi nasib baik BALAS perform baik punya,aku pun terhibur kembali.

Hmm,WAI.Apa yang tak kena dgn depa(mereka) ni?

TAK ADA KESEPAKATAN.Ingat dak kata2 'muafakat membawa berkat' ? Haaa.Benda ni bukan main2.Aku ingat lagi dulu time kat zaman budak sekolah (cewaah ayat tak bleh blah) ,ada pertandingan kuiz agama antara kelas.Kelas kami paling bersatu.Yang masuk lebih kurang 4 org je.Tapi satu kelas g sokong,bawak sepanduk lagi.Aku pun pergi jugak walaupun tak mandi pagi lagi time tu.(hari cuti paham2 ja la).Orang mungkin nampak kami pulun,tapi dalam kesepakatan tu ada berkatnya,Kelas kami yakni 4DAKWAH jadi JOHAN tuuu~~~CEPUK!!(riak sangat , amik ni kena cepuk)

Haha,ok,ok.Apa kaitannya dgn WAI.Kalau korang tgk week yang pertama,nampak tak ada yang tak kena??YA!Sangat jelas dimata rabunku.Kecik mmg teruk!Maaflah kalau anda minat Kecik.Tapi aku sebagai penyokong IDLAN,aku sangat hampa dengan Kecik.Mereka tak sepatutnya buat Idlan mcm tu!

Ok,ketepikan Kecik.Hmm,kalau Idlan sorang pun maybe dia masih bleh hidup.Lawak kut dia.Bayangkan dia bunyi PON~PON pun bergegar getar jiwa raga aku.Cecece *pulun benor*

Takpa la Idlan,benda dah jadi kan.Apapun aku akan tetap suka IDLAN sampai bila2..

*aku pun tak tau kenapa leh angau dgn dia,buang tebiat kut aku ni

p/s:Idlan sangat baik dan mesra.Msg kat fb dia balas.Kalau conteng wall dia pun dia layan.That's why aku makin sayang dia.Idlan mmg the best la.

IKLAN :Kepada jantung hati saya yang sudah follow tapi saya belum follow anda,sila tinggalkan link ya.Saya akan follow semula.Maaf kalau terlambat sikit.Saya cuma pakai Broadband sekarang,aktiviti saya semakin terhad dan tenat :'(



Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

Thursday, April 14, 2011

Kenapa perlu bergaduh kerana lelaki ?

Girl 1 Vs Girl 2
Konon Girl 2 tu perampas?
Urghh please...

Aku bukan perampas.
Aku tak tahu menahu pun.
Aku taknak amik tahu.
Aku tak perlu tahu.

Sebab aku tak desperate pun nak bercinta

Sebab apa aku tak desperate?
SEBAB AKU BERDOSA KAT ABAH AKU TAU DAK!!!

Dia hantaq aku pi Mrsm
Aku buat apa?
Aku bercinta..!
Result aku dapat apa!!
CIKAI!!
Urgh..
Pakwe aku buat apa?
TINGGAL AKU!

Yang dikejar tak dapat
Yang dikendong berciciran.

Kau ingat aku sedih kena tinggal pakwe
AKU LAGI SEDIH BILA ABAH AKU KATA
"Oh bnyk tu je...takpa la"

Kau ingat aku sedih bila pakwe aku kutuk belakang aku?
AKU LAGI SEDIH BILA ABAH AKU PUJI BELAKANG AKU.

"Maizan tu dah buat habis baik dah tu.Kesian dia.Mesti terkilan tak dapat bnyk A.Dah takda rezeki"

DAMN!
Aku berdosa tau tak.
Abah ingat aku buat abis baik?
TAPI AKU?
AKU MAIN2!!!
AKU JAHAT!!!!!
Orang lain menelaah aku buat apa!
Tido!Sms!Calling2!Berangan!

AKU DAH CUKUP BERDOSA DGN ABAH AKU

Jadi aku tak rasa aku desperate nak bercinta
Baik aku buat apa yang patut nak tebus dosa aku.

Jadi Girl 1
Tak payah la serang aku
Kalau kamu desperate sangat pun
Pesan aku jangan la jatuhkan martabat perempuan

Nak bercinta berpada-pada la
Bukannya suami lagi nak taat setia

Simpan cinta tu sikit utk diri sendiri
Kalau jadi apa2 sekurang2nya tak kecewa sangat

Aku ni ulang sekali lagi
AKU TAK TERDESAK
dan aku bukan perampas
sebab aku juga seorang perempuan
I know that's feeling

p/s : Terima kasih berjuta-juta kepada ex saya kerana buat hati saya sekuat ini.Kalau awak tak tinggalkan saya dan bt saya kecewa,mungkin saya tergolong dlm perempuan2 desperate.KAHKAHKAH.So,sekali lagi thanks la ye..Saya rasa best macam ni :)

Terima kasih buat kawan2 setia saya.Sebab masih berkawan dengan saya walaupun saya selalu buat kerja gila.

Terima kasih mama dan kakak saya kerana selalu bagi nasihat yang buat saya makan dalam lalu bermuhasabah diri.



Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

Adakah aku loser ?

I'M NOT TOUGH
BUT I PRETEND TO BE

adakah aku L.O.S.E.R




Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

FOLLOWER SAYA!!!AMPUNKAN SAYA!!

KECEWA AMAT!
BROADBAND CAP SIPUT GENDUT GAMAKNYA!
Urghhh..

Follower saya...
Saya mau follow kalian balik...
Tapi Broadband ni buat hal la...

Ampun!
Ampun!!!!
Saya akan cuba lagi ok.
Takkan mengalah..

p/s :Acecece..romantik tak saya??haha...sila cepuk saya kerana gedik disini

Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

Bf ku kaki pukul (T_T)

Hmmm,aku pun tak tahu nak mula cerita dari mana...Entah la,aku tak faham kenapa pakwe aku semakin hari semakin garang.Dulu sebelum declare kapel akulah puteri akulah bidadari,sekarang bila aku dah taken by HIM,dia buat aku mcm hamba cinta dia.
Mula-mula suara je dia meninggi.Kadang2 high pitch sampai gelas aku tgh minum pun boleh pecah.Dah tu bila aku tegur, "Pitching lari la bang..." DEBUSSHH , satu penumbuk hinggap kat muka aku yang cun ni.Abis aku terus bertukar jadi Panda.
Bukan tumbuk je.Kadang2 bila dia dah makin ikutkan hati,aku jadi macam bola sepak je..Dia tendang2 sesuka hati.
Aku tak kisah dia buat aku macam tu.Sebab aku sayangkan dia.Aku sanggup jadi tempat dia lepaskan amarah.

DAMN!haha...tu cerita rekaan aku je.Pecaya ke?HAHAHAHA!
Macam bangang kan.Wujud ke perempuan mcm tu dalam dunia ni?Ataupun dah pupus? *aku harap dah pupus!

Tolonglah kaumku yang kusayangi....Jangan la jadi mangsa cinta..Tolonglah....Jom kita renungkan...

Sanggup ke kita bersuamikan lelaki panas baran dan kaki pukul ni?BAHAGIA KE?BOLEH BAHAGIA KE?Sakit kut kena pukul...Kena hentak...Kalau nk try pergi la hentak kepala sendiri sekuat hati kat dinding terdekat dengan anda..Mesti tak sanggup kan.

Kudrat lelaki ni kuat kakak2,adik2 (eh macam jual ubat plak).Sungguh!Depa kuat.Tak tipu ni...

Kalau baru setakat bergelar pakwe makwe,abg ayang,dah mula nak pandai sepak terajang.Korang kata je "Kita clash".
Tu ayat sopan tu...Aku rasa kalau lelaki pun kureng asam je,cakap macam ni "Eh , U dgn perangai busuk u ni , boleh go to hell la "..Amacam ? *haha...mengajar org plak aku ni

Sebenarnya sakit putus cinta ni tak de la tara mana pun.Sikit je.Siput je..Kalau ikutkan hati..Mmg menderita.Ececece...Tapi,cuba jgn dilayan hati tu sgt.Tinggalkan je pakwe tak guna mcm tu.

Korang nak mana ? PUTUS CINTA atau CERAI LEPAS KAHWIN?

So buatlah pilihan bijak.Ramai lagi lelaki baik dalam dunia ni.Serius ramai.Buat apa nak siksa diri bercinta dengan org terkutuk mcm tu?Adakah anda desperate?????Oh,tak patut aku cakap mcm tu..AMPUNNNN!!!

Aku bukan apa...Aku serius tak suka tengok perempuan jadi mangsa cinta.Sedangkan ramai lagi laki baik ada utk korang.

APA???Pakwe korang hensem sebab tu sanggup dilanyak2?C'mon la syg...Hensem?Ada apa pada hensem tu?Nak tanya sikit ni..Muka yang hensem tu boleh jamin korang hidup bahagia sampai ke mati ke?Tolonglaaa...

Hormat diri sendiri la sayang...Baru org hormat kita..Ok..Kalau kita duk buat terhegeh2 kat depa,depa lagi naik kepala la... (bagi yg tak faham 'depa' bermaksud 'mereka')

Aku post ni bukan dalam keadaan emo,tapi aku waras.Aku cuma nak ingatkan kawan2 perempuan aku..Kumbang bukan seekor..Jangan jadi hamba cinta , please .....

Maaf dipinta kalau aku terkasar bahasa.Ni just pendapat aku.Kalau sebarang ketidakpuashatian bolehlah komen , tak pun contact fb aku :) I LOVE BEING A GIRL .

p/s : Pencarian cinta sejati bermula dari sekarang!!! *sila booOOooo aku kerana gedik.hahaha
Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

Wednesday, April 13, 2011

Bertuahnya aku.KAh.Kah.

Hye sayang-sayangku .
Mood : Hati yang gumbira

Korang penah join cabutan bertuah tak?Dapat tak?

Walaupun entah ke berapa JUTA *hiperbola* kali aku join cabutan bertuah.Tak kira la kat maktab,supermarket,pasar malam,majalah,dan mcm2 lagi..Tak pernahnya aku menang...

TAPI....

Aku cuba dan cuba lagi.
Tak sangka akhirnya bertuah jugak.
KAHKAH..

*Dey minachi...Kecoh arr lu ni.

Haha...Alaaaa,kasi can la mau kecoh.First time ni...HuHu :)

Oh yeah....

Jeng jeng jeng...haaa...siap menunjuk lagi..haha...

Terima kasih kak FADWA :)
Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

Friday, April 8, 2011

Kalau dah suka,suka jugak la:)

To Idlan my sayang :WHY WHY WHY!!!!!
adoi...
kenapa pi gabung ngan depa dua tu...!!!!
Urgghh!!

Idlan..
I miss ur 'pon pon'

Takpa la..
Sebab Idlan punya pasal.
Aku tetap sokong.
Apa pun jadi...
IDLAN STILL THE BEST !

OK!

Huh~~

Idlan........................

 Tak suka gabungan ni!!tak suka!!tak suka!!!
Suka dia!!suka!!suka!!

p/s : Maaf , aku tgh mood sasau ni .. erk... I love Idlan la...Haters?Pegi main guli jauh2..!!!

Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

Selamat Tinggal semua

Selamat tinggal semua.
Tuan Blog ni nak pegi Langkawi dah.
Maybe blog ni akan berhabuk.
Tapi tuan blog janji dia akan kembali
A.S.A.P

So,
Rindu-rindu la yea...
Sayang kome..
Jangan unfollow pula...
Nanti tuan blog ni balik tgk semua org dah unfollow
Dia nangis pulak.

Buat sayang2 saya.
Sila menangis kerana rindukan saya ok
INI PAKSAAN

haha..

Bye..
LOVE MY INTAN PAYUNG (follower)

Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

❤ LIYANA FAUZI PINK ❤

Jom Melukis Disini .