Assalamualaikum.
Pernah dengar pepatah :
Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa .
Terlajak perahu boleh diundur , terlajak kata buruk padahnya .
Pernah tak situasi meletakkan anda dalam keadaan dimana terlajak kata-kata or gurau senda petang sampai ada hati yang terasa ?
Kisahnye begini ...
Dalam kelas Mai , perkataan "jijik" dan "biadap" tu dianggap perkara biasa nak gurau-gurau manja. Sebabkan selalu sangat Mai guna melawak dengan member-member , Mai terlupa dua perkataan tu agak kasar jugak lah .
Contohnya :
A : Ehhh lawa juga aku pakai tudung nie.B : Eeeeeiii jijik la kau . BhahahaA : Biadapppppp!!! Ahahaha
Tapi ! Mai terlupa tak semua orang boleh bergurau macam tu . Mai tak sengaja gila .
Semalam Mai agak busy , tak sempat update blog pun. Sambil buat esaimen tu Mai ade la online facebook kejap . Nak jugak Mai bersosial kan. hewhewhew~
Pastu Mai tengok ade sorang kawan Mai sejak TADIKA lagi . Lelaki . Dia share gambar anak anjing yang comel . dengan niat nak usik, Mai pun komen kat gambar tu guna perkataan jijiklah kau. Mai ingat dia nak balas "biadapppp" .
Tapi tetiba masuk notification , Ed is no longer your friend . Aik Mai terkejutlah kan , apesal mamat nie tetibe takde ribut takde taufan unfriend Mai .
Mai pun inbox dia, tanya la kenapa unfriend Mai . Tetibe Mai kene sembur . Mai minta la maaf mana nak sangka selama nie boleh je melawak hu ha hu ha tetibe sebab satu perkataan tu Mai dah kene unfriend fb, unfollow twitter bagai. Nie kes serius nie, putus satu silaturrahim.
Sedih sangat .
Mai mengadu dengan classmate Mai . Diorang gelakkan Mai . Ingat Mai main-main sebab benda kecik macam tu hilang kawan sorang . Tapi benda serius .
Nak buat macam mana... Hati orang tak sama.
Classmate Mai pesan, lepas nie kalau nak bergurau dengan orang yang tak biasa , bagi signal dulu , "Awak...Saya nak bergurau nie...." .. Ahahaha.. Ok gak idea tu. Tapi Mai rasa kawan Mai nie bukan Mai tak pernah bergurau ngan dia , dah nama kawan dari kecik kan.
Sedih tapi inilah pengajaran. Lepas nie Mai kalau nak bergurau pun kena cari orang yang jiwa kental sama gak la .
Gambar sekadar penyeri entry , Wakakaka.. Eheee comel tak Mai kalau pakai spek ? Jujur lahhh padakuuu~ hakhakhak.....








30 comments:
fuhyoo follower dia dah satu 1 k : D
err nk melawak ni..:P
kahkahkahkahkah...biadap tol ko mai :P
cpt la ckp jijik glrr...huhu :)
haha. perkara normal sebab nad pun species mudah terasa dengan pertuturan sekeliling. cepat emo ;D bak kata org susah nak bergurau. haha
alaa, kesiannya cikmai.
biadap tu biasala dgr, tp jijik tu tak pernah la lagi. tp kalau ada org ckp kt kita camtu, kita pun terasa hati. mungkin kawan cikmai tu hatinya lembut sangat kot cam kita.
boleh jugak lepas ni amalkan bgthu dlu kalau nk bgurau. hihi :)
pgajarn utk awk n smue. xsmue org boleh trime bende yg kite nk gurau. ape2 pun if kite explain n mntak maaf, die trime kot? =)
Sensitip la plak kawan Mai ye.. Tp betul gak, mungkin sebab dah lama tak bergurau, tetibe terkena camtu dia terasa... Hewhew..~
muja pun sensitif,, so muja paham kot yang laki tu rasa,, cer pujuk,, lama2 cair gak tu,,, mai comel je pakai spek,, hehe
kadang kadang orang tak boleh terima gurauan kite, so kene hati hati time ckp, hehee :D
la.....ni kes salah paham laa nih
betul tu tak semua org boleh terima lawak kita. saya pun kdg2 jadi lalang bila dgn kawan2, kena ikut cara diorang, kalau aku kau, aku kau lah. kalau awak kita, so saya pun kena awak kita.
hati org kita xtau kan. tak semua sama. huhu.. okla dh mintak maaf. ;)
sama sama. jijik and biadap tu memang dah jadi habit mulut akak cakap. meh gurau dengan akak je meh :) hehe
ermm,,mungkin sebab kawan mai bukan classmate mai kot,,so dia x tahu bhn gurauan tu.sabar ye
@shedameor perhhhh ade gak geng rupanya...yahoo..
haha..biasa la tu.walaupun pernah gurau ngan dia, tapi mungkin saat tu dia tgh bad mud. tu yg jadi mcm tu.apa pun nampak cantik gadis dalam pic tu.. manis gitu.hehehe..:)
sabar je lah...lain orang lain ragamnya...x gitu..
yelah, bukan semua org boleh terima gurauan kita kan.. kita kt ofis pun sama, hari2 bergurau tiba-tiba satu hari org tu takleh terima gurauan kita then terus kuar statement 'kurang ajar betul' budak ni.. sabarlah ye,
hye sis . lain org lain crenye . mgkn cre sis gurau agk kasr n dye pun tak leyh terime tuh yg dye unfriend sys terus tuh . hihi . btw jdiknlahh ini suatu pegjrn tuk kte semue . tk semue org leh pham dgn gurau kte kan . kte dh slalu kne . tp biaa jelahh . hti dowk lembut bonaaa . hihi
salam. sis mahu tye. kalau kita letak iklan nuffng kan na buang poll tuh mcm mane eh? semak la. tq
sy selalu kena tp jarang la nk bls balik.
errr... kalau ary pun, ary terasa kottt...
Xmacam over ke perkataan jijik tu?
hahahhaa.. tu ler.. len kali nak bergurau, cari je saya. hahahaha
Tapi, yang laki tu sensitif sangat la...Tak perlu unfriend unfriend sebab semata-mata word tu je. Peringatan untuk orang yang tak matured. Kalau saya jadi laki tu, saya faham sebab awak ini orang negeri ni. Jadi, dalam negeri yang berbeza2, mesti ada loghat tersendiri-kasar/lembut.
Saya bergaul banyak dengan orang kelantan, jika ada yang bergurau kasar, "Weh, nate pekok!" sebab panggil banyak kali tak dengar... jadi, kita yang dipanggil nate yang pekak rasa tak tersinggung sangat pun sebab salah kita tak dengar dia panggil. Tu sekadar contoh laa. Nak tergelak jugak dia panggil kita macam tu. Haha. Mungkin saya ni orangnya cool sentiasa.
Mungkin sebab sesetengah loghat yang kasar, ada FUNNY SIDE dia. Kita sebagai orang yang datang dari bumi yang kasar loghatnya, mungkin kita kena slow down sikit kut.
Dan vice verse, kalau kita tahu dia datang dari persekitaran yang macam tu, janganlah sensitif sangat. Nak buat macam mana kan, dia dah grow up dengan tempat macam tu.
Salam perkenalan dari blogger lilynrman.com.
Kesian benor yaa . huhu..
bahasa tue nampak gayanya mcm biadap tapi sekadar nk bergurau tak jadik hal la kan ~
alaa, dia je yang ngade2 nak terasa hati.. haha
mcm akak lak, kitorg geng2 ni slalu guna prkataan busuk kalau rasa mcm pakai tudung slebet ker, baju tak iron ker, mesti ckp, eh ko apsal busuk sgt hr ni...ahaha seb baik la kitorg ni guna antara geng2 ni je, kalau tak mau ada gak yg unfriend kitorg...;)
xpernah lg bergurau cmtu, mungkin ct pon trasa lau kamu ckp gitu kt ct..hehehe
wow ? maybe dia jenis org yang spesies jarang suka bergurau kot . touching lebih agaknya.
huhu. ade mase mase yg takleh gurau. mood pun kne tgk. :)
Post a Comment