Tuesday, June 5, 2012

Perbualan IM facebook yang perempuan tak suka.

Assalamualaikum .

Perempuan dalam tajuk di atas merujuk kepada NOOR MAIZAN*tuan blog nie :)
Heeee~ Ini adalah pendapat aku lah yea. Sebenarnya aku nak kongsi beberapa kesalahan lelaki kalau nak memulakan perbualan dengan perempuan yang aku kenalpasti sebagai soalan vangang. Vangang yer, ini bukan typo. Oleh itu cik abang cik abang sekalian , tak payah guna ayat nie yer.


Hye cik adik , boleh berkenalan ?

Nak kenal ape lagi kan dah ada dalam friendlist dah . Sembang buat sempoi sudah lah , tak payah ayat nak manis bergula-gula batu. 

Cik Adik nie dah berpunya ke belum ?
Kalau nak berkawan ikhlas ape ke kisah dah berpunya ke belum ke. Kawan je lah macam biasa. Kalau nak tahu sangat tak payah tanya , tengok je profile dia sendiri . Rimas sungguh la soalan nie. Kalau Mai la kan , orang tanya soalan macam ni, Mai mula la rasa dia tu niat nak berkawan bukannya ikhlas pon.

BF awak tak marah ke kita chat nie? 
Kenapa nak marah kalau anda tak melebihi batas-batas sebagai seorang kawan ? Kalau takut sangat tak payah nak chat . Kalau budak-budak bolehlah nak bercemburu berperang bagai gara-gara facebook nie. 

Eh ni betul ke tuan fb? Saya takut bf awak yang onlinekan fb awak tadi....
Golongan nie lagilah buat aku pening . Takde ke satu keje si Akmal tu nak onlinekan untuk aku dan chat dgn  kawan-kawan aku . Erghhhhhhhh. Dasar kebudak-budakan.
Awak saya dapat birthday call free seminggu , nak nombor tepon boleh?
Awak , saya nak offline nie , boleh minta nombor tepon? 

Ok nie lawak . Yang pasal birthday tu maaflah yea aku bukan jenis melekat dengan handphone 24 jam, apatah  lagi aku nak melayan orang calling2 mahupun msg . Bukan jenis aku lah. Kalau kawan aku msg pun untung sangatlahkan aku reply. Malas aku nk type msg , aku call cakap benda penting je dan bye . 

Oh aku rasa setakat ini jelah kut . Kalau aku , nak berkawan or memulakan silaturrahim, lebih baik dengan cara yang sempoi-sempoi saja. Tak perlulah nak bermadah pujangga sangat . Rimas tauuu . 

Eh korang jangan takut nak sembang ngan aku pulak lepas nie. Wakakaka .

Assalamualaikum :)

13 comments:

Dba Dealova said...

nice entri :) kebanyakan lelaki memang suka buat ayat gitu.hehe...

asmiezaharis said...

hahaha. betoi weh ! sukasuka

Afiqah Ahmad said...

Hehe.Sangat terserlah kebenarannye.Like this post :)

pha is said...

amboi.. rilex2.. jgn marah2.. nnti kena jual.. hehehehe

Chic Na said...

kahkahkah.. lawak pun ada tp kisah benar ni. saje je kan diorang ni buat2 tanya. huhu.. :)

✉ ¥ana Fauzi ✉ said...

Hebakkk mung !!! Setuju gila bebeng;D

CikMai said...

@dba dealova : eh agaknya laki guna ayat yg sama utk perempuan kut.haha

@asmieza : mangsa jugak eh?hahaha

@afiqah ahmad : eh ni pun sama?

@pha is :haha , jgn buat cemni...ingatttt...

@chic na : hahaha ,memang tak kuase nak layan..haha

@yana : eh hang pun sama?kahkahkah

Bidadari Besi said...

setuju gile.
paling takbole blah, awak, saya nak offline ni. lepas ni dah takonline lagi.
kakak saya dah taknak bayar broadband. bole saya dapat nombor telefon awak?
ayat memang minta penanmpo jepun --'

9n0L4 said...

taktik lame nak mengayat. huhu. lapuk dah care ni. :)

CikMai said...

@bidadari besi : bagi je penampar arab..haha

@9n0l4 : haha bujang lapok je selalu guna

si gadis melayu said...

bila masa cikmai updat entry ni! kita tak perasan. haha

#biasa dah lelaki camtu. dia ingat kita suka lah layan camtu. tak cool. hikhik

CikMai said...

@si gadis melayu hahaha tak cool langsung :P

nurul hazirah said...

haha betul sgt kak . semue laki kat fb pki ayat sme jek . cm vangang jek kak . haha kdg2 nek rimas kte terus offline .hihi . :)

❤ LIYANA FAUZI PINK ❤

Jom Melukis Disini .