Pernah dengar kata-kata nie? " PEREMPUAN YANG GARANG SEBELUM KAHWIN ADALAH WANITA YANG MANJA SELEPAS KAHWIN" .
Ok pertama kali aku dengar kata-kata nie,maaflah yea sesiapa terasa,aku rasa nak gelak guling-guling. Idea sapa lah nie nak memohong orang ramai. Oh pelisssss.....
Aku rasa kesian dekat lelaki yang percaya sangat kata-kata ini. Meh nak bisik.. "Syhhhh korang ni berpotensi besar mengalami kes queen control lepas kahwin nanti" . Berpotensi besar okay.
Ape kebendanya korang ingat sifat garang nie senang-senang nak buang ke? Senang-senang nak sorok ke? Aku pun kategori perempuan garang , dan aku tak rasa benda nie betul , cuma bagi aku garang tu biarlah bertempatlah kan.
Tengok kawan-kawan aku (lelaki) , belum kahwin tp awek dah suka maki hamun , bukan nak menyibuk hal orang, tapi kalau bergaduh kat tempat public tu *facebook*, sorry lah aku terbaca komen-komen sambil makan pop corn. Nak tanya nie.... Korang yakin ke garang style maki-maki hamun tu korang nak buat isteri? Apatah lagi mencarut ? Oh no komenlah kalau korang rasa yakin boleh membimbing mereka. Tapi bagi aku lah kan. Kalau boleh hal gadoh gadoh ni jangan kat umum la wey... Jaga maruah pasangan anda :)
Dan sekali lagi aku nak gitau , aku pun kategori perempuan garang . Cuma aku garangnya bertempatlah. Aku sangat meluat perempuan nak garang-garang ni. Kadang-kadang ade jugak aku nampak perempuan sebaya aku nak garang-garang dengan aku. Memang menguji kesabaran la jugak. Tapi aku kata td aku kan garang bertempat, so aku biar jelah orang tu garang tak bertempat selagi tak terkena suis meletup aku, oh yeah aku cool (^__^)v
Perempuan tak payah nak garang-garang sangatlah. Cukuplah sekadar tegas untuk mempertahankan maruah diri, keluarga , dan agama. Tegas bermaruah. Garang tu mcm kurang sesuai la perempuan nak jegil-jegil mata , tinggi-tinggi suara...See ... Tak sesuai ya amat kan... Sebab tu aku cakap aku garang bertempat je. Garang aku cuma dengan adik-adik aku, sebab aku sayang dan mahu diorang jadi insan yang berguna.
![]() |
| Hormat beliau sebagai seorang lelaki , buat saya tak pernah kenal erti sedih , sebab beliau hormat saya kembali . |
Dan sebenarnya, lelaki ni besar egonya . Diorang tak suka dimarah tak tentu hala.Kalau nak garang-garang tu , janganlah depan orang ramai. Jaga maruah mereka kalau nak dihormati oleh mereka . Dengar tu kawan-kawan, kalau nak dihormati, kita pun kena hormat maruah orang....
Sooooo... Jadilah tegas bermaruah. Bukan garang tak tentu hala.
Dan lelaki............ lu fikir la sendiri :)
Sebarang bantahan, suarakan secara terpelajar di ruangan komen :) Sayang korang.








25 comments:
Tak cool betul kalau gaduh maki hamun dkt Facebook dan sewaktu dgnnya. Ehh =D
sy garang so manje la nty? hahaha
@nurulee : betullll mai setuju..ahakz
@rosalia : ehhh..hahaha....
setuju :D tp, sy pn garang. hehehe
setuju :D tp, sy pn garang. hehehe
@asmieza : hehehe garang bertempat ok la tu kan..hihik
perempuan yg garang macam tak bg sentuh dia. yg dok maki hamun tu, memang takla. haha :p
@gadis : ye bab maruah garang tak ape...yg garang mengada2 tu menyampah tu
follow sini eratkan hubungan sesama blogger
@sp : tima kasih. mai dah follow kamu juga
betol, jage maruah psangan kita :)
hanya psgnnyer je akn thu prempuan tu garang ke x lepas kawen...hehe..
.selalunyer org garang bertempat cm kamu ni mmg akn mnje bila kawen...hehehehe
@siti : yeah itu penting...
@ctk : mai manje?ekekekeke malulah....
sesapa pun xkn suka lau di marah depan org ramai.. hehe
cik na pun garang tp dgn adik2 jela, tu pun dulu ms diorg kecik2. skarg sume dh besar2 tak garang dah. hehe.. :)
@izara : betoi tu betoi...
@chic na : Adik2 mai kecik2 lg.hehehe...tu garang tu...
haha. very nice entry dear. garang yg over² tu selamat tinggal je la kan. ;)
@9nol4: ahaaa bonar....
saya garang pun bertempat.. bila saya rasa bendu tu memang kene garang. saya akan all out. habis garang kat situ je. then tenang balik.. hehe
tapi saya jarang garang dengan orang lain, dengan keluarga je. dorang tau macam mana barannya saya. hehe
@sayidah : haha , tak polite lah garang2 dgn orang kan...
sye pun bleyh tahan lha.. garang tuh garang lha jugak, kasar tuh kasar lha jugak ikowt time kalu sye tak ske di gnggu mne2 laki dlam claz sye.. , pling stres dbuatnye.. rse nk bling jew mamat tuh dlam sungai... tak tahan dgn perngai budax2
garang yg dimaksudkan mungkin tegas. :)
Pertama. Maaf tumpang lalu di sini.
Kedua. Maaf kalau comment ini menyakiti hati. Feel free to disagree :)
Ketiga. Garang yg dmaksudkan tu ialah perempuan yg yg tak mudah cair, beramah mesra dgn lelaki2 ajnabi. Bahasa mudahnya jual mahal. Manjanya hanya utk lelaki yg bgelar suami.
Just my 2 cents. Peace!
saye garang.
dan manje.
so saye sokong fakta di atas.
Post a Comment