Apa nak buat bila ex kembali .

by - August 26, 2012

Assalamualaikum handsome and gorgeous .

Ex tu ape? Actually Ex nie macam EXPIRED lah, bak kata orang barang tamat tempoh . Ape kita nak buat dengan barang tamat tempoh , seeloknya buanglah kan, kalau simpan kang nanti membusuk . Oh Mai , bahasa kamu sangat kasar,ok buang hemosi hemosi, mari berbincang dengan perasaan serba neutral :P


Firstly , jangan tunjuk sangat yang kita ni duk bersedih pedih pilu atas kehilangan dia dulu. Oh aku maksudkan disini jangan tunjuk sedih langsung . Kenapa? Pride weh pride. Lepas dia dump kamu , musnahkan angan-angan nak pakai gown kawin warna apa , kek kawin berapa tingkat, anak berapa banyak , malukan kamu nak hadap kawan-kawan kamu lepas break up, buat kamu nangis lapan baldi , duit banyak keluar beli topap nak pujuk dia padahal dia time tu berjimba dengan orang lain , kalau takde orang lain pun dia tak pedulikan kamu punya usaha nak jaga hubungan bagi tak crack teruk sangat . Ok sekarang kamu sanggup rendahkan diri kamu untuk merayu dia kembali? Think again ,jom minum kopi dulu , sambil tu kita fikir kembali :)


Actually tak salah nak terima dia kembali dalam hidup walaupun dulu dia blah tanpa sebab. Misalnya tetiba dia request nak fren balik ,(lepas kene unfriend) dasar tak malu~ ehh melalut. Ok back to topic. Kenapa aku cakap tak salah ? Dulu dia blah tinggal kita ternganga macam tu ja, takde sebab, takde alasan. Kita pun tak diberi peluang nak bersuara. OH DIMANA KEADILANNYA~!  So lepas dia kembali kali kedua nie lah , peluang kita nak buktikan , yang ' takpelah ,kau blah pun aku boleh hidup , ni buktinya, aku bernafas '.

Eh sebenarnya aku bukan nak suruh bergaduh , or what so ever dengan si Ex . Cuma , bagi aku , tak payahlah korang nak tertipu kali kedua, ketiga , keempat dan seterusnya dengan orang yang serupa. Tak payahlah nak bazirkan kuantiti air mata yang sama setiap kali sakit hati, tak payahlah nak sakitkan hati kita berkali-kali dengan kes yang sama. Hati kita ada satu je, sayanglah ia. Acecece....

Kalau nak berkawan balik tu tak salah, cuma bagi aku tak perlu nak mesej , midnight call macam dulu . Banyak hati nak kena jaga. Kalau dah ada pengganti , better jaga yang sekarang tu sebaik mungkin . Jangan  kang akibat mesra sangat dengan ex lama, bertambah lagi sorang ex baru pulak .

Semua ni pendapat aku jelah ,kalau dah hangpa sendiri tetap nak kasi second chance jugak tak apalah. Maybe setiap orang ada sebab korang yang aku tak faham kan, so aku hormat lah cara korang .



But , satu je aku pegang dari dulu. "Sekali kau lukakan aku, kau bodoh, dua kali kau lukakan aku , ok aku yang bodoh" . Bunyi macam biadap . Tapi aku memang sangat tak izinkan hati aku diluka luka (perghh ayat nak syahdu aje) banyak kali , dengan homosapien yang sama , oh no way . 

Sekian entry berhemosi .

Assalamualaikum .

p/s: Tutup buku lama,buang dalam tongsampah, zaman sekarang orang tak pakai buku-buku dah, ipad je. kbye

You May Also Like

9 orang rajin komen

  1. menagis air mata 8 baldi tu mesti sebab dia sayang giler kat laki tu kan.. tu la sapa suruh sayang sangat.huhu

    ReplyDelete
  2. HahahahahaXD
    okie..
    statement yang bodoh-bodoh tu memang terasa emosinya..
    btw,..
    kalau ary,..
    kita "senyum.. tak perlu kata apa-apa.."
    ngeh3..

    ReplyDelete
  3. yup. sgt emosi. huhu

    #kita tak suka ex kita. sangat tak suk! emosi jap. haha

    ReplyDelete
  4. ex bf yang datang balik ni patut nye mase pas break up dulu bungkus2 masuk dlm plastik campak dalam laut. haha kejamm.

    ReplyDelete
  5. True.. suka sgt prinsip yg akak pegang ! ! !
    Kawan jaa boleh.. lebih minta kaki nampaknya.. hewhew.. ^^

    ReplyDelete
  6. mcm marah nmpak.. hehehe

    ReplyDelete
  7. tak tahu nak komen, sebab tak pernah berlaku dekat diri saya lagi..:)

    ReplyDelete
  8. kalau dah ludah jgn jilat balik ye dak ?

    ReplyDelete
  9. i like.. sekali kena tipu.. mungkin kite naif.. berkali2 kena tipu.. tu merelakan diri dibodohkan.. huhaii..

    ReplyDelete