Saturday, June 30, 2012

Sibuk bukan alasan :)

Assalamualaikum :)

From : Akmal Khalit
Assalamualaikum , mai syg , sy syg awk sngt2 sorry ganggu sja nak lpas rndu, k assalamualaikum, i love you .    

Mai dapat message tu time tengah buat experiment dalam makmal kimia . Text yang tidak dijangka tak pernah gagal buat hati berdetum detum meletup kan . Senyum memang habis kehujung telinga 
.

Sejak beliau dah sambung belajar , tambah-tambah sekarang beliau tengah berorientasi , memang sangat terbatas masa kami nak berhubung . Nak text tak cukup masa , apatah lagi nak  bercalling-calling macam dulu .


Itu baru dia busy , belum busy Mai . Tiap minggu ade 4 lab . Genetic , Bacteriology , Biochemistry , Analytic Chemistry. 1 lab at least buat 2 experiment kan. So bayangkan 8 lab report Mai nak kena siapkan dalam setiap minggu :')  


Masing-masing ada komitmen masing-masing dalam kehidupan . Tapi yang manisnya adalah bila hati saling merindu dan utusan doa tak pernah berhenti agar kita saling memiliki :')

Mai ingat lagi setiap pesanan beliau time kami lepak tepi pantai tengok ombak . Yeah yayang saya sangat sukakan ombak dan laut . Mai pun dah turut terikut dengan beliau , sampai ralit kadang-kadang :)

"Hubungan takkan berjaya kalau sebelah pihak je usaha. Kena la usaha sama-sama :) " - yayang



Dalam kesibukan masing-masing dan masa untuk berhubung yang sangat terbatasssss , Mai tak pernah rasa terpinggir dan dilupakan . Sebab yayang selalu kirimkan text-text time yang tidak terjangka. Dan actually Mai pun selalu bagi text semangat kat dia jugak . Tak salah pun kan, bukan lama time nak tulis , "Hey botak omey-omey , i miss yuuu" ,"hey gumuk , rindu awak" . Asalkan si dia tahu yang dia tak pernah kita lupakan :)



Walaupun yayang sibuk sebelum tido mesti beliau akan on call dulu . Kalau dulu beliau tak penat sangat , lamalah dapat bercakap. Sekarang cakap sekejap , lepastu Mai dapat dengarlah irama syahdu dengkuran beliau. Haha , so cute ~ 

Subuh pun beliau masih kejutkan Mai . Haha . Ok bile pompuan nie nak berubah bangun sendiri tak tau lah. Telinga nie bapak ahhh immune giler dengar alarm. Tak dengar langsung bunyi alarm,set la berapa ketul jam pun. Tapi bila orang call laju je angkat . Phewww~

Eh melalut apakah sayeeee ini . Minta diri dlu ye. Nak buat lab report tak ciap lagi , eheeeeee. Nanti ade masa Mai blogwalking . Sayang korang , muah muah .

Assalamualaikum .

Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

Friday, June 29, 2012

Nak bergurau biarlah dengan orang yang boleh bergurau :')

Assalamualaikum.

Pernah dengar pepatah :

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa .

Terlajak perahu boleh diundur , terlajak kata buruk padahnya .

Pernah tak situasi meletakkan anda dalam keadaan dimana terlajak kata-kata or gurau senda petang sampai ada hati yang terasa ?

Kisahnye begini ...

Dalam kelas Mai , perkataan "jijik" dan "biadap" tu dianggap perkara biasa nak gurau-gurau manja. Sebabkan selalu sangat Mai guna melawak dengan member-member , Mai terlupa dua perkataan tu agak kasar jugak lah .

Contohnya :

A : Ehhh lawa juga aku pakai tudung nie.
B : Eeeeeiii jijik la kau . Bhahaha
A : Biadapppppp!!! Ahahaha
Tapi ! Mai terlupa tak semua orang boleh bergurau macam tu . Mai tak sengaja gila .

Semalam Mai agak busy , tak sempat update blog pun. Sambil buat esaimen tu Mai ade la online facebook kejap . Nak jugak Mai bersosial kan. hewhewhew~

Pastu Mai tengok ade sorang kawan Mai sejak TADIKA lagi . Lelaki . Dia share gambar anak anjing yang comel . dengan niat nak usik, Mai pun komen kat gambar tu guna perkataan jijiklah kau. Mai ingat dia nak balas "biadapppp" . 

Tapi tetiba masuk notification , Ed is no longer your friend . Aik Mai terkejutlah kan , apesal mamat nie tetibe takde ribut takde taufan unfriend Mai . 

Mai pun inbox dia, tanya la kenapa unfriend Mai . Tetibe Mai kene sembur . Mai minta la maaf mana nak sangka selama nie boleh je melawak hu ha hu ha tetibe sebab satu perkataan tu Mai dah kene unfriend fb, unfollow twitter bagai. Nie kes serius nie, putus satu silaturrahim.

Sedih sangat .

Mai mengadu dengan classmate Mai . Diorang gelakkan Mai . Ingat Mai main-main sebab benda kecik macam tu hilang kawan sorang . Tapi benda serius .

Nak buat macam mana... Hati orang tak sama.

Classmate Mai pesan, lepas nie kalau nak bergurau dengan orang yang tak biasa , bagi signal dulu , "Awak...Saya nak bergurau nie...." .. Ahahaha.. Ok gak idea tu. Tapi Mai rasa kawan Mai nie bukan Mai tak pernah bergurau ngan dia , dah nama kawan dari kecik kan.

Sedih tapi inilah pengajaran. Lepas nie Mai kalau nak bergurau pun kena cari orang yang jiwa kental sama gak la . 



 Gambar sekadar penyeri entry , Wakakaka.. Eheee comel tak Mai kalau pakai spek ? Jujur lahhh padakuuu~ hakhakhak.....

Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

Wednesday, June 27, 2012

Yes , i do :)

Assalamualaikum .

Awak , busy ye ? Takpelah nanti dah free call la . Mai nak berangan kejap pasal kite . Tadi mai ternampak daisypath kat bawah blog Mai nie, eheee .

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers


Mai ingat lagi dulu Mai tak percayakan awak . Ehhh ada la sikit dalam 40% . Eheee. Tapi awak selalu buat Mai terharu . Awak layan Mai elok sangat . Kenapa awak eh? Sajeee nak culik hati saya senyap-senyap kan.... 


Awak ingat lagi tak dating pertama kali kita keluar . Time tu kite dah tangkap cintan sikit-sikit dah. Tak tahu la awak rasa mcm mana , tapi saya belum berani bagi banyak-banyak kepercayaan dekat awak lagi time tu. 

11 Feb . Hari lahir awak . Sepatutnya Mai yang bagi awak hadiah , tapi awak terus bawak Mai pergi kedai cincin .

Awak belikan kita cincin . Awak paksa saya pilih design. Wuwuwuw (T__T) . Saya mana reti , saya nie bukan pandai bergaya nak tahu design lawa-lawa. Orang selalu cakap taste saya buruk . Huhuuuuu. 

Tapi awak cakap awak suka . Saya pun suka lah . 

Pastu awak bawak saya beli Coolblog . Awak suka sangat perisa Vanilla. Saya pulak suka perisa coklat . Eheee. Lepas beli Coolblog awak cakap awak tak larat pusing mall dah, awak ajak saya duduk atas kerusi dalam Mall tu .

Time duduk awak tengok saya . Saya memalu macam kucing tua. Rasa nak lempang awak laju-laju, omey angat.ehehehe :P

Pastu awak cerita pasal family awak . Saya suka dengar . Sweet :) Awak tu sweet . 

Pastukan awak kata 

" Bercinta nie kalau tak serius , buang masa berjumpa, buang duit msg + call + keluar , buang tenaga . Rugi je .  "

Pastu awak kata lagi .

" Saya nak kahwin dengan awak , " 

Awak tau meletup jantung saya . Ahaa berlagak cool je sambil hirup coolblog coklat pekat saya laju-laju .

Dannnnn ...

Ehhh ... Awak saya sebenarnya buat entry nie sebab saya rindu awak . Ehee awok jangan la marah saya ye, saya tetap tanak dengar cakap awak. Biarlah saya nak bau helmet awak tu, bau awak kuat kut , reda sikit rindu saya :') <--gile dah.

Adakah aku perempuan psyco yang menyeramkannnn ?

Baju awak tu tak best dah, hilang bau awak dah, lekat bau almari je ,taknak ah . Ehee saya pakai je. Rasa kacak pulak pakai baju awak , kehkehkeh :P

Dan lagi satu nak minta izin nie, saya sentuh baby kedua awak tu ye . Dah berhabuk dah, saya tolong lapkan buang habuk dia je .


Uhuiiii rindulah . Awak belajar elok-elok kat sana. Saya doakan kesejahteraan awak selalu . Semoga yayang kesayangan saya nie terus tabah , kuat , dan berjaya .

p/s: risau pulak bila ada orang nak masuk masuk line. Awak yang berkenaan , maaflah yea . Saya dah bahagia dengan Akmal :) Sekian terima kasih .



Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

Tuesday, June 26, 2012

♥ xoxo , the GADIS melayu ♥

Assalamualaikum :)

Eheeee ini adalah entry penghargaan buat Diyana. Err sepatutnya Mai panggil akak , tp Mai panggil Gadis. Sebab dah terbiasa , harap Gadis tak kisah . Kalau tak sopan , cakap yea :)

Gambar Mai culik dari Google . Maaf Gadis :P Eheee , Terima kasih yea buat entry untuk birthday Mai . :') Ehhh sebak plak terharu ... Terharu....

Mai kenal gadis pun melalui blog . Ternyata selain medan untuk Mai tulis apa yang Mai rasa dalam hati , blog pun sesuai untuk menambah rakan-rakan baru. Sebenarnya rakan blogger lebih memahami sebab entahlahh susah nak cakap . Tapi setakat nie kalau cerita-cerita jiwang bawang sawang Mai , rakan blog paling bagi respon positive , eheee , thanks korang yea selalu layan Mai merapu .

Dalam entry >ini< , Gadis ade cakap baru tahu umur Mai 19 tahun . Ehh Gadis sorang je ke baru tahu, tp Mai tgk macam ramai je ingat Mai dah 20 ++ . Ngeee korang nie.....

Terima kasih jugak pada kawan-kawan yang wish birthday Mai dalam komen ataupun chatbox Mai . Sayang korang ketat-ketat . Sweet lah korang nie selalu bt Mai terharu biru (^__^)v

Sekian, assalamualaikum :)

KLIK UNTUK KE BLOG GADIS :)


Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

Sweet 19 , Maizan :P

Assalamualaikum :)

Hai semua. 25 June haritu , birthday Mai tau . Eheee thanks pada yang wish , pada yang tak wish ehhh wish laaa :P Huahuahua .

Biasalahkan menyambut di perantauan (rantau la sngt,n9 je pon) , memang menyedihkan . Tunggu punya tunggu laaa panggilan dari orang-orang tersayang dari kampung , memang menghampakan . Eh takpe Mai tak kisah pun , abis-abis Mai tulis dalam blog je . Wuhuuu *pasrah kemain .

Orang first wish 

Pukul 12 orang pertama wish , jiran kite. Ahaaa . Cik Fatin . Fatin belanje kite kentang goreng cicah sos+ mayonis . Perghhhh :) Dah lapoo semua sedap ye dok. Nikmati kentang sambil buat tutorial analytic chemistry , ahaaa... Memang seronok buat analytic chem sambil layan wish2 birthday kat twitter + facebook . Kahkahkah :P Ntah kemana chemistry aku last last.

Yayang pun wish 
Dalam pukul 1 cik Akmal habis kije , dia terus call . Eheee :') Kite ingat dia lupa. Dia frust tak dapat jadi orang first dia kata . Takpelah sayang awak kan kije , nanti kite nak makan eskrem awak belanja tauuuu :P ngehngehngeh . 

Rakan blogger 
Esoknya bangun pagi pulak . 1 new msg . Pehhhh rakan blogger kita send msg privateeee punye dalam phone. Tak sangka beliau ingat . :') Kiss kiss hugs hugs untuk Cik Mira sayeeee   

Selain itu , den dapat hadiah juga dari sorang rakan blogger kita Amir Sukesukicatit  . Nak tgk? Jeng jeng jeng ...


Thank you abang Amir :)

Classmate 

Kanak-kanak riang nie jangan cakap lah kan . Siap menyanyi bagai untuk aku . :') Eheee korang thanks yea terutama Zatie Azhar ,Ikha , Adek dan lain2 :)

SUPRISEEEEE :')

Ahaaa yang nie daku nak berterima kasih pada pasangan Nazmi dan Fatin yang comel sebab bawa+ belanje daku sampai ke Seremban untuk makan MacD dan gie funfair. Ihik , terharuuuuu seyh . Serius nie terharu .



Fatin dan Nazmi nie classmate kelas Microb aku actually . Yeahh semoga diorang terus bahagia selalu . Aamiin~ Memang the best la pasangan nieee.... 

Ok la cite sampai sini dulu . Nanti aku update dan jalan2 ke blog lain ye. Maaf lah sejak kebelakangan nie Mai agak busy la :'( Sobs sobs .

Assalamualaikum .

Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

Saturday, June 23, 2012

Duit keluar macam air, income takde langsung .

Assalamualaikum .

Well :) Duit ($__$) , duit ($___$) ... Muahaha ... Dah naik serabut fikirkan duit nie. Yelah tuan tuan dan puan puan , Mai nie student yang bergantung dengan PTPTN , so cuma ade PTPTN je lah , income lain takde langsung , duit yang keluar pulak , perghh macam air terjun...Splash splash auchhh terpercik muke sendiri (T__T)

Godek-godek dompet tadi. Kembung semacam je, agak-agak berapa yea tinggal dalam dompet , ingat teringin nak g pekena Nasik Kandaq kari kambing , perghhh kesedapan hingga menjilat pinggan . 


Perghhh ini je tinggal ~! Ok cancel nasik kandaq , kita makan roti telo je hari nie . Huahuahua . Yang kembung kemain nak meletup dompet tu sampah sarap je , resit itu resit ini , buang buang .

Dah habis asingkan sesampah sarap..Tinggallah beberapa kad kad penting je , ahaaa ~



So Mai ade terfikir nak buat bisnes kecil-kecilan sikit lah . At least ada la income yang masuk , kan . Baru terfikir nak buat bisnes , dah putus harapan . Mama tak bagi semangat langsung , patah hatiku patah . Macam-macam sogokan negative , sedih .

Bila cakap dengan encik Yayang , beliau teragak-agak jugak. Tapi lastly beliau bagi sokongan padu . Yehaaa . Siap eksaited kemain je . 

Mai pun bincang dengan classmate Mai , Q , kakak Q nie boleh bekalkan Mai dengan kerongsang , pin baju melayu , gelang , rantai , dari Sabah . Sooo cool . Then bincang ngan Geng , diorang pun alami masalah sama , duit asyik keluar tanpa sebarang income masuk, diorang sudi jadi partner untuk nak keluarkan modal jual tudung bawal plain .

Ahaa, Ini barulah perancangan . Tak tau macam mana perlaksanaannye pulak . Harap semua dipermudahkan dan menjadi lah kan .

PUNCA REZEKI SUSAH MASUK 




Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

Friday, June 22, 2012

Yang tua dihormati , yang muda disayangi .

Assalamualaikum .

Cakap pasal sombong ,ego , berlagak tak ketahuan hala . Ermm entahlah kadang-kadang Mai tak tahu lah nak handle manusia macam mana. Tambah-tambah perempuan . Konon bila PMS , gila babeng nak moody tak kira manusia nak sembur , tak kira salah nak maki hamun . Konon bila stress nak buat sentap mak nokk , nak buat tak nak bertegur sapa .

Kenapa macam nie? Mai pun perempuan , tp perlukah nak PMS bagai . Marah itu marah ini . Memang la kalau hormon tak stabil ke sakit perut gila sampai menjerut-jerut ke , tak perlulah kan nak lepaskan kat orang sekeliling . Perlu ke? 

Stress nak quiz,test,final. Perluke nak sentap sentap sampai taknak bertegur dengan orang lain . Perlukah nak tarik mulut muncung sampai boleh nak sidai baju dah kat bibir tu. Kalau lawa mcm angelina jolie ke takpe la boleh la dimaafkan (rupalistik gile aku) . 


K lah aku tak kisah dah siapa nak tak suka + menyampah + benci aku sekalipun nak layan aku macam batu pun . 

Sebab hidup aku dah penuh dengan kasih sayang . Keluarga bahagia + si dia yang budiman + kawan-kawan yang super sweet(include follower tercinta), eh ape lagi yang aku perlukan. Syukur pada-Mu Allah atas hati yang penuh dengan kasih sayang sampai aku tak sempat nak berdengki ngan orang . 

Cuma tolonglah be mature. Kita masing-masing dah besar panjang bukan pakai baju kurung putih ikat tocang dua,tarik beg sekolah barbie , masuk kelas 1A , masuk sekolah kebangsaan blablabla lagi. Hati aku tak tenang tau korang nak istihar perang mcm nie. Tapi aku tak boleh la tarik hidung cubit pipi korang pakse korang suka aku , kalau dah tak suka aku tu takpelah. Aku hormat perasaan masing-masing.


Dari 'Aisyah ra katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang paling dibenci Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan." (Riwayat Bukhari)

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya. [Bukhari & Muslim]

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Sementara itu, jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.[Riwayat Bukhari & Muslim]

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah(panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." [Surah Al-Hujuuraat:11]

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan buruk-sangka(kecurigaan), kerana sebagian dari buruk-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."[Surah Al-Hujuuraat:12]

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW telah bersabda: "Adakah kamu tahu siapakah orang papa (muflis) pada Hari Kiamat?" Jawab sahabat, "Orang papa yang kami tahu ialah orang yang habis wang dan harta bendanya. "Baginda bersabda lagi: "Sesungguhnya orang yang papa pada hari itu ialah orang yang mengerjakan sembahyang, puasa dan berzakat, di samping itu mereka suka mencaci atau memaki hamun, menuduh dengan sewenang-wenang, memakan harta orang lain, membunuh manusia dengan kejam dan memukul orang yang tidak bersalah. Segala amal kebajikannya yang dikerjakannya akan digunakan bagi menampung kesalahan dan kejahatan yang dilakukannya. Sekiranya kebajikannya tidak cukup, maka baki kesalahannya akan dicampur dengan kesalahan orang yang dianiaya lalu dibebankan kepadanya, kemudian ia dicampakkan kedalam neraka." (Riwayat Muslim)

Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

Sabarlah duhai hati :')

Assalamualaikum .

22 Jun 2012 , tarikh lapor diri Encik Yayang untuk masuk belajar semula. 
Terasa sangat bila beliau mula sibuk . Ye lah rasa hilang macam-macam. 

Hilang jam penggera subuh ,
hilang pengingat time solat subuh,zuhur,asar,maghrib,isyak,
hilang orang yang nak kongsi ilmu/kisah tauladan sementara waktu tunggu isyak,
hilang orang nak membebel pasal makan minum yang selalu terabai,
hilang.............



"It's Like This (This) It's Like That (That)
I Got Dough (Dough) I Got Stacks (Stacks)
I Can't Buy Anything That I Need (Need)
But I Gotta Have U 4 Free
I Ain't Neva Paid 4 It In My Life (My Life)
So Why The Hell Would I Pay 4 A Wife (Wife)
I Need Luv (Luv) Yes I Do (Do)
But This Is Wat I Need From U"

Oih terberangan pulak daku, tu ringtone henset lahhh. Ehhh ade orang call... 

Akmal Khalit calling...

*tulisan yang dibold dan garis adalah dialog encik YAYANG :')




"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam, awakkkk~!!!!Awak okay?"
"Okay ... Hmm penat sikit"
"Penat ? Ehhh rehat lahhh rehatlah...."
"SEKEJAPLAH SAYA NAK CAKAP NGAN AWAK..." 
...
...
...
...
...
...

"Awak saya minta maaf saya tak boleh cakap lama dengan awak , jimat bateri , nak caj takut hilang (maklumlah tempat baru)"

"Awak , mesti sedihkan saya tinggal awak"

"Awak saya sayang awak sangat-sangat"

"Awak nanti ada masa saya call awak lagi"

"Assalamualaikum"


Nota untuk yayang : Awak... Mai minta maaf Mai letak cepat-cepat call tadi. Mai takut tak terhandle perasaan je. Terima kasih sudi ingat nak call Mai walaupun Mai tahu awak stress dan sibuk .Mai taknak awak rasa Mai sedih ke ape ke ye . Mai sokong awak , ape pun yang awak lakukan . Go honey go yayang goooo gooo goooo~!!!!



Kawan-kawan yang budiman, akak , abang, adik , makcik, pakcik ,

Dengan rendah hati saya memohon anda sama sama berdoa urusan Encik Akmal dipermudahkan selalu . Semoga beliau mendapat keberkatan olehNya , dan terus punyai kekuatan fizikal dan mental menghadapi cabaran-cabaran yang ada.


Assalamualaikum .

p/s : Sobs sobs . Malam ni tido pakai baju beliau . Esok nak basuh selimut beliau dah berhabuk dah , lepas tu boleh den pakai . Buat pengubat rindu. Abis den geledah barang2 beliau buat harta. Sorry yunk . 


Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

Thursday, June 21, 2012

BEN ASHAARI DAN SAYA


KELIK BANNER UNTUK TURUT SERTA 

Blog pilihan Mai :

Blog yang bertuankan seorang tuan yang mesra dan baik hati budi . Tak kira lelaki atau perempuan :)

Blog peribadi . Sebab Mai suka hayati kisah hidup orang , buat Mai kadang-kadang bersyukur dengan hidup Mai. Dan kadang-kadang merangsang Mai berusaha lebih untuk jadi macam orang tu :)

Blog unik yang penuh pengetahuan am pun sama . Contohnya blog http://encikcopypaste.blogspot.com

Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

Wednesday, June 20, 2012

Seribu batu perjalanan bermula dari langkah yang pertama :)

Assalamualaikum :)


Hakhakhak , korang perasan tak kebelakangan ni tajuk entry aku takmau kalah. Nak panjang gelebeh gelebeh je . 

Entry ini ditulis dengan sepenuh rasa kesyukuran . Sebab nampaknya "Senyum" dah boleh diterima orang . Dah ramai sudi follow blog Mai , tak kurang silent reader , stalker , dan secret admirer. Eh okay tu tipu , takde secret admirer pommm. Hahaha :P

Bukan senang Mai nak capai ke tahap nie . Time entry nie ditulis , pukul 2.41 pm , 21 Jun 2012 , jumlah follower Mai dah 1011




Follower pilihan Mai yang bertuah Mai nak review adalah no 1000 dan 1010 .

Tetapi ~ ! 

Ehhh ade tapinya. 

Mai tak dapat nak review blog follower ke 1000 Mai kerana beliau tak tinggalkan jejak di ruangan komen mahupun shoutbox comel Mai tu .

Ohhhh sedih (T.T)

Perhatian kepada Cik Diniedalilah :")

Terima kasih sebab jadi follower ke 1000 "Senyum" .
Kalau boleh tinggal la link untuk Mai follow semula yea :)



So kita teruskan kepada follower ke 1010 Mai :)




ALL ABOUT LOVE

Wahhh macam tau tau pulak kategori blog sweet sweet begini la pilihan hati Mai . Blog All about Love nie sangat santai dan ada terselit informasi juga . 

Jom jenguk beliauuuuuu :) http://msvelentine.blogspot.com/

K lahhh . Mai minta diri dulu .

p/s: korang , akaun nuffnang mai kena hack kut. Mai dah tak boleh bukak dah :'( Sedihnya ..... Sedih sangat ...... Dah banyak kali reset pasword.... takde orang boleh bantu ke (T__T)


Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

Kurela menjaga kekasih hati keduamu , demi cinta kita .

Assalamualaikum . 

Ahaa tudia tajuk tak menahan . Tapi seriuslah , kerana aku sayang sangat kat Akmal , maka haruslah aku menghormati setiap benda yang dia sayang juga. Aku mahu jadi sebahagian dari hidupnya . cintanya , keluarganya :')


Syahdu pulak entry kali nie. Encik Akmal akan melanjutkan pelajaran beliau bermula 23 Jun ini . Bermakna birthday aku 25 haribulan tu takde orang nak sambut dengan aku lah . Ehh itu tak penting , tp yang aku sedihkan beliau tak dapat selalu teman aku hari minggu . 

Yang penting aku kena faham . Masing-masing ada komitmen hidup . Beliau bertukus lumus sekarang demi keluarga masa depan kami juga kan . Sepanjang beliau nak berkursus nanti, beliau ada titipkan sesuatu untuk aku jaga.

Kekasih hati kedua nya.

Yeah dari dulu aku tahu beliau memang punyai kekasih hati selain aku . Tapi seriously aku tak marah , aku pun turut sayang kekasih hati beliau tu . Sebab aku mahu dia selalu bangga punya aku yang selalu menyokongnya dari belakang. Yang menghormati kesukaannya . 

Mulai malam ini , kekasih kedua beliau sebilik dengan aku . Mudahlah aku nak menjaga dan melindungi kekasih kedua beliau tu . Yeah yayang , Mai janji jaga dia sebaik-baiknya . :') Mai sayang awak yayang .

Memperkenalkan bini kedua beliau :)

katil sebelah aku kosong , so no worries la.



Amacam cunnnn tak . 

Ohhh baby baby , I peluk moto U malam ni ye .... lalala~ barang-barang awak pun saya dah kemas cun cun . Awak jangan risau saya jaga semua sebaik mungkin . Sayang awak. Selamat melanjutkan pelajaran . Jaga diri . Belajar elok-elok . I love you .

 p/s : wahhh terujalah dah cecah 1000 follower . Nanti Mai review yang bertuah ye . Sayang korang .
Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

Tuesday, June 19, 2012

Sayang tak terkira, terukir di bintang ~


Sayang tak terkira, terukir di bintang

Ahaa ayat feberet yayang . Agak-agak statistik kata-kata nie keluar dari bibir sexy beliau adalah lapan belas kali sehari .  

Motif entry : Maaf aku rindu dia . 

Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

Monday, June 18, 2012

Ahaa student life kembali :)

Assalamualaikum .

Tuh dia lama tak sentuh lappy den ni haaa...Ponat betoi baru sampai Noghori. Duk kemas barang-barang je lar,susun baju dalam almari , kemas buku asingkan mana nak guna mana tak guna . Keluar beli barang dapur, barang keperluan , makanan . Pehhh pehhh banyak duit den melayang ... (T___T)v . 


Nin diaaa bilik Mai kat sini . Hakhakhak , Mai tak reti kemas comey comey susun teddy bear bagai.. (T__T) . Dah la pakai cadar antik , tu cadar kakak Mai time dia kat kolej 7 tahun yang lalu. Pastu dia bagi Mai ,ahh elok lagi pakai jerlahhh kan... Jimat duit beli cadar baru ... huahuahua.

Semalam pergi beli barang dapur dekat Tesco, Seremban . Tips jimat duit den kali nie adalah den beli semua barang jenama Tesco je. Takyah yg brand mahal mahal padahal kegunaan sama je la kan. Takpe kita cuba je barang murah tu,kalau tak berkualiti nanti den tukar ke jenama asal balik, kalau okay , den nak kekalkan penjimatan mcm nie lah .

Iklan kejap : Buku chemistry ni untuk Organic chem , sape nak aku nak jual . Harga asal RM36.50 . Aku jual RM 15 je. Pakai satu sem , bukak jarang jarang ,apatah lagi sentuh isi dalam dia . Hewhewhew.

Okay Mai minta diri dulu. Assalamualaikum :)

Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

Friday, June 15, 2012

Mai dah nak Pergi :(

Assalamualaikum...
Hello semua !

Hai korang . 10 Malam nanti Mai nak balik dah naik bas untuk balik ke Kuala Pilah... Wuhoo...Bergelodak hati duh....

So dengan ini Mai nak minta maaf tak dapat blogwalking harini . Korang doakan perjalanan Mai selamat sampai ke destinasi yea...

Lepas nie , mungkin aktiviti berbloging Mai tidak seaktif sekarang . Tapi insya-Allah Mai takkan tinggalkan korang dan blog buchuk kesayangan beta nie...

Lepas nie Mai mungkin akan bergelumang dengan lab report yang bertimbun.. Hewhewhew.. Insya-Allah Mai akan berusaha lebih keras lagi sem ini .

Sesiapa yang dah follow Mai dan Mai belum follow back , tinggalkan link dekat komen entry ini...Mai akan follow nanti . Sayang manyak-manyak...

K,Assalamualaikum...


Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

Thursday, June 14, 2012

Contest : Edit Picture Paling Cantik

*KLIK SINI UNTUK TURUT SERTA*
EDISI GAMBAR SENDIRI 
Sebelum *perghhh semak gile umah aku ,bapakku seksi terselit jugak..ampun pakkk*

 Selepas *cewahhh cover skit semak2 tu,tgk aku sudah :P*


EDISI GAMBAR CIK AKMAL

Sebelum *yang kelihatan encik yayangku mengangkung ,hakhak, ampunnnn bos...*

Selepas *yayang kelihatan ohsem seperti kulit novel.oh gedebak gedebuk hatiku jatuh lagi*

EDISI TUKAR BACKGROUND
Sebelum *Aku tengah membelek gambor dlm phone tanpa sedar diri dikandid atas katil orang*

Selepas *konon-konon tengah menerima text daripada yayang di padang pohon sebatang*

EDISI ENTAH AKU TAK TAU NAK KATA

Sebelum *kelihatan auntie comot bersama anak buah comot*

Selepas *auntie comot terpaksa diblurkan kerana bikin semak, anak buah comot menjadi gojes tetibe*

EDISI HENTAM SAJALAH LABU....

Sebelum *anak buah aku eksaited naik buaian sampai terjelir lidah*

 Selepas *masih anak buah aku yang eksaited naik buaian sampai terjelir lidah tapi dalam versi lebih romantik,eksotik,antik,cantik, ehhh sudahlah tak tau nak merapu apa dah*

EDISI PEROSAK GAMBAR

Sebelum *Encik Akmal kelihatan serius dalam seragam tenteranya*

Selepas *Encik Akmal masih kelihatan serius dalam pakaian konon2 lambai aku selepas pulang kerja* Kahkahkah ..errr larikkkk nanti Akmal cekik...


Ehhh maaflah yea terlebih lebih plak letak gambar . Ni sebab eksaited kemain la Cik Anis kita siap jemput khas Mai dalam facebook tadi. Heee~ Harap boleh menang.

Sila sila cuci mata dengan hasil tangan tak professional Mai nie. Kebanyakan diedit guna Xiu xiu metiu dan cuma header tu je Mai guna photoshop

Mai dah follow , like , dan klik iklan para sponsor sedaya upaya yang boleh :) . Eh kalau sudi follow la Mai juga..Kihkih *panggg sedas.



Assalamualaikum , enjoy ~

Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

Orang tak suka perempuan banyak cakap ... Orang suka perempuan pendiamlah .

Assalamualaikum .

Ehhh tajuk panjang kemain aku kali nie. Hewhewhew. Ehh betul ke statement kat atas tu ? Bukan aku yang kata , korang jugak yang kata kan ... Sentap hati mak nok...


Aku memang banyak cakap sejak dulu kini dan entahlah ,selagi ada suara selagi tu aku akan terus bercakap.Hakhakhak .

Waktu sekolah rendah , pantang takde cikgu dalam kelas . Mulalah projek aku mengacau orang itu mengacau orang ini . Tapi tu waktu aku darjah 6 jelah , waktu aku darjah 1-5 aku seorang kanak2 dipresi  yang mengalami stress tahap teruk . Kahkahkah :P 

Hahaha . Time korang sekolah korang pernah menghadapi situasi nie tak ? Cikgu tak masuk kelas, ketua kelas yang bajet ketua polis , terpacak depan kelas , konon-konon tulis nama pelajar bising dan nakal kat papan hitam , padahal alasan nak main kapur . Ingat orang tak tau lettew... :P

Waktu sekolah menengah , aku budak asrama . Sapa budak asrama mesti tahu prep kan. Waktu prep buat ape?  Itulah juga waktu kemuncak aku ada banyak cerita cerita gosip gosip hangat nak kongsi dengan kawan aku . Bhahaha.....
 
"DIAMMMM SIKIT ,WAKTU PREP NI~!"

Haaa kene jerkah ngan budak laki baru aku tau ape ertinya sentapppp. 

Esok buat lagi ... Weeee~~

Hahaha . Bila dah besar sikit nie , aku still banyak cakap potpetpotpet . Aku harap orang sekeliling aku tak bosan bila dengan aku .

Memang aku cakap banyak , tapi Mak aku sentiasa pesan aku cakap benda elok-elok saja. Aku sentiasa berusaha tapis lapan tapisan (Errrk) segala ayat ayat aku sebelum aku cakap . Ye lah , aku taknak aku lukakan hati orang . Aku nak semua orang sayang aku . 

Korang sayang aku kan?

Kahkahkah :P

Assalamualaikum :)

Thanks sudi baca Entry CikMai ♥ Jangan Lupa Like dan Komen ♥

❤ LIYANA FAUZI PINK ❤

Jom Melukis Disini .