Ijazah terbaik datangnya dari jalanan.

by - February 23, 2015

PhotobucketAssalamualaikum.

Nak pergi kelas takde transport. Naik teksi ke kelas RM12 setiap hari. Kadang-kadang tunggu bas, kalau nasib ada,bas berhenti, kalau dapat Pakcik Samdol, kena maki dengan pakcik bas tu, tak tahulah kenapa pakcik dreba bas tu garang-garang dulu. Just sebab rumah aku takde dalam peta untuk perhentian bas kot. 

Masuk lab lambat sejam. Tunggu tepi jalan macam orang gila. Teksi tak dapat contact kadang-kadang. Pernah muka tebal, tumpang lecturer dan tumpang polis bantuan. 

Abah hantar moto sementara nak beli kereta, Suzuki Nex baru. Skuter. Tak pernah bawak moto seumur hidup. Tergolek beberapa kali dekat jalan Beting tu. Journey hari-hari sangat tough, dekat jalan, kena elak dari tahi lembu, dekat kampus, kena mengelak dari polis bantuan, sebab... Takde lesen. 

Pakcik kedai runcit boleh detect aku takde lesen sebab tengok aku terkial2 nak bawak moto. Aku suruh dia rahsiakan. 1 sem dia rahsiakan dari polis bantuan ,HAHA. Thanks Pakcik.
Photobucket
Akhirnya sem4 abah bagi kereta. And aku pun bayar dengan pointer best untuk abah. 

Tamat.

HAHAHA, saja nak imbas pengalaman waktu diploma. Sekarang dah ada kereta sendiri tak rasa susah macam tu dah. Just, untunglah orang yang tak pernah rasa susah macam aku. Tapi aku lagi untung sebab ada pengalaman yang best macam tu. HIHI
Photobucket

You May Also Like

0 orang rajin komen