Rindu

by - February 25, 2015

Rindu masa lalu. Dan manusia-manusia masa lalu. 

Kenapa masuk dan keluar dari hidup aku tapi tinggalkan memori kita...

Kenangan kita naik bas ramai-ramai. And seat kamu tercabut. Buat aku pecah perut nak gila gelakkan kamu. Padahal itu asalnya seat aku. Kamu minta tukar sebab kamu dah nampak dasyatnya bergoyang. Hahah.

Kita pergi rombongan ke USM balik pukul dua pagi. Kamu kamu dan kamu hantar aku sampai depan gate rumah dan disambut abah aku. Aku cakap aku boleh balik sendiri , kamu cakap tak boleh sebab aku perempuan.

Kenangan kita pergi kem PLKN. Niat kita bukan nak buat aktiviti sangat tapi nak mengorat awek sekolah lain. Kita lepak gelak gelak duduk. Ada gambar aku ambil, Tapi memori kad aku hilang, tapi gambar tu cantik tercapture sempurna lagi dalam ingatan aku.

Kenangan kita pergi Genting Highland rombongan tingkatan 3. Kita makan jagung berkongsi. Kita naik roller coaster . Kamu kamu dan kamu tipu aku. Kata duduk paling depan paling selamat dan tak takut. Jantung aku luruh aku cubit kamu sampai jerit.

Kenangan kita masuk rumah hantu. Kita sesat tak jumpa jalan keluar sebab gelap. Last-last kita abang hantu tu yang guide kita keluar.

Kenangan kita darjah 6. Hari-hari kita jumpa sebab kamu nak main game handfon aku yang kakak aku bagi. Padahal budak-budak sebaya kita tak mengenal lagi menatang kecik tu.

Macam cerita Boys over Flower. Sebab semua watak "kamu.kamu.dan kamu" adalah lelaki. Dan aku adalah bunga tak laku.HAHAHAHA. 

Two of them dah jadi suami orang. sorang lagi dah bertunang. 

dan aku anak dara. 
yang masih lepak lepak atas sofa baca buku tanpa kena bancuh nescafe untuk suami.


You May Also Like

3 orang rajin komen

  1. kenangan dulu best kan? zz pun ada mcam tu jugak..

    kamu yang zz lumba basikal nak pergi sekolah, bergaduh sebab berebut pensel akhirnya kekal sebagai kawan sebabnya zz jadi orang tengah kepada yang dia minat.. haha

    ReplyDelete
  2. rindu bila ingat balik, kan khairiah.

    zz : haha budak2 sangat :P

    ReplyDelete