Bilik diserang cicak

by - March 15, 2015

Assalamualaikum

Hai korang.

Gila penat malam ni berperang dengan cicak. Kalau sem lepas aku asyik kena marah dengan roomates sebab terjerit macam orang sawan tengok cicak, sekarang aku ada geng.

Tadi nak dijadikan cerita, time sedap-sedap makan jagung tiba-tiba aku nampak cicak kat meja study kawan aku. Aku boleh lagi mengutuk cicak tu dengan si roomate ni.

Aku : "Eh tengok tu , dah la jahat. Dulu time Nabi Ibrahim kena bakar dia sibuk-sibuk tiup api, JAHAT!"

Wani :"Ha ah , dah la time Nabi Muhammad masuk gua dia sibuk nak bunyi-bunyi, saja nak bagi orang tahu."

Aku : "Ha ah betul la, dia ni 'si penjahat kecik' "

Sumber google 
Lebih kurang cenggitu la rupa cicak tadi. Berbelang. Iyekkkk :P

Wani pun sembur dia guna penyembur lipas. Masalahnya cicak ni makin disembur makin agresif gila... Dia turun ke lantai. Lepastu dia nak datang ke katil aku pulak.

Demmm.

Katil aku dah la cadar ala-ala princess gitu beralun alun cadarnya. Gelabah aku naikkan cadar.

Kitorang sambung kutuk dia lagi.

"Eh kau keluarlah. Kitorang taknak bunuh pun, kitorang suruh keluar je"
"Ha ah... Dah la jahat dengan Nabi, dengan kitorang yang lemah pun jahat"
"Kalau kitorang lelaki dah lama kitorang amik kau campak keluar"

Agaknya cicak tu pun ingat kami berdua roomates ni sewel. Yang pelik ekor dia naik makin tinggi. Marah betul dia, tercabar agaknya.HAHAHA.


Hah cenggini la ekor dia tadi. Pandang kitorang, senyap je. Marah betul dia.

Pastu dah dua orang penakut padahal badan besar gedabak ni tak tahu nak buat apa dah, terpaksa aku lari ke bilik kawan, pergi panggil bantuan. Gila pathetic.

Akhirnya cicak durjana selamat ditamatkan riwayatnya dengan kuasa penyapu kawan kitorang.
The end.

Meletihkan -.-

You May Also Like

1 orang rajin komen

  1. whattt,,,penyembur lipas???memang terangkat lah ekor kawan tu,,,,ahh taknak bayangkan,,, :)

    ReplyDelete