"meng"ulat buku

by - March 13, 2015

Hi Assalamualaikum.

Aku sekarang dalam usaha "Mengulat buku" kan diri sendiri. HAHA. Kemain berderet buku-buku ilmiah dan tidak ilmiah kat atas meja.

Oh diri tolonglah rajin.

Oleh sebab baru minggu kedua kuliah, tak busy, Pinjam novel dari library. Sebab kalau novel aku jenis tak mengulang baca banyak kali so rugi kalau beli. Library kan ada, kalau bukan kat kampus, Library Kulim lah tempat serang kalau mood nak baca novel tu datang. Adik aku yelah bersusun novel dalam rak. 

Satu novel yang menarik kali ni, 'Cinta Segi Lima'. Penulis H.M Tuah Iskandar. This is my first time baca karya seorang lelaki. Yelah selama ni tak dapat hidayah lagi, duk layan novel penulis wanita yang mendayu dayu kisah cinta aje ,kehkeh. By the way aku memang peminat H.M Tuah Iskandar sejak dulu lagi, sebab aku suka baca motivasi beliau dalam Majalah Mingguan Wanita mak aku beli. Paling terkesan kisah anak yang takut nak tanya ibu dia , bancuh air teh tapis guna pemukul lalat dalam jamban.HAHAHA



Novel ni tak lah berkisar cinta sangat. Banyak berkisarkan seorang lelaki yang bernama Jamjuri, muda, dan sangat berjaya. So bila orang MELAYU ni berjaya, akan ada jugalah orang MELAYU yang nak jatuhkan. Pathetic . Tapi realiti bangsa kitalah.

Tapi tak habis baca lagi. Tak sabar nak tahu ending. 

You May Also Like

1 orang rajin komen

  1. dah lama tak baca novel..yang beli pon tak terbaca lagi hehe.. klik 4 sensodyne untuk awak

    ReplyDelete