Cadangan untuk students berjimat tapi kenyang dan sihat!


Assalamualaikum, and hi. 

Hahaha, panjang bebenau tajuk tu haa. Aku faham sebagai students, kadang-kadang kita akan kesempitan wang, tambah-tambah kalau hujung-hujung sem, tambah lagi dengan banyak assignment yang kena prints atau beli barang-barang bantu belajar semua tu pakai banyak duit. Tips yang aku nak share ni tak sesuailah untuk anak ongkaye yang setiap hari lepak kopitiam or cafe hipstur semata nak bergambar tu. Hewhewhew.

Bila students nak berjimat ni, sinonim sangat dengan makan mi segera. Asal jimat je makan mi segera, asal makan mi segera je jimat, eh. Dah tu pulak ada yang sampai pengsan-pengsan tak makan, apa benda ni..Padahal banyak je resepi murah dan simple dari masakan kampung ke western...Kita nak belajar kena ada banyak tenaga tau, mana boleh lapar-lapar. Ok banyak pula berleter, baiklah kita mulakan.

1.Sausage spaghetti
Bahan-bahan:
Spaghetti                - RM4 kebawah (Boleh guna 3 kali)
Sos pasta/spaghetti - RM4 kebawah (Boleh guna 3 kali) - Boleh guna cap giant or Kimball
Sausage                   - RM2 (Boleh guna banyak kali ada 10 batang)
Gula sikit nak stabilizekan masam sos pasta tu.
Sos cili sikit kalau nak pedas.

Ni aku tambah ayam sikit, and tukar spaghetti dengan macaroni, asingkan kuah sebab bawak bekal ke fakulti kang kembang pulak,kekeke. 2.
Yang ni kakak rumah aku yang masakkan, gantikan spagetty dengan udon, dan sausage dengan daging burger. Resipi masih sama kos nya.

2. Sardin + Sayur + Nasi 
Sardin ni kalau hang nak beli Ayam Brand mampuih la RM8.00 wehh, hahaha. Nak yang brand mahal ni balik makan kat rumah, yang aku nak cadangkan ni korang cari la sardin yang murah-murah je. Sama je sedapnya. Aku cadangkan cap Marina ke Pertima ke.

Sayur plak aku selalu beli yang dah masak saja. Hehehe (bukan malas tapi busy).HAHAHA. Aku akan beli sayur kobis kedai mamak, RM 1, bahagi dua, boleh makan dua kali.

Dalam gambar kat bawah tu ada tambahan hati ayam masak ape entah, pun aku beli RM1 kat kedai mamak.



3. Sardin + Roti 
Roti gardenia atau masimo campur dengan sardin. Modify la sendiri nak makan macam sandwich ke, roti gulung ke, karipap ke. Kreatif sikit kawan-kawan. Kalau nak pedas tambah sikit cabai melaka (cili api). Boleh bawa sebagai bekal ke fakulti juga. Jimat. Kalau hari-hari beli kat fakulti FSG tu siap ada GST tau, boleh pokai cepat.

4.Telur
Telur ni penting sangat untuk students. Macam-macam boleh buat dengan telur. Favorite aku:
a) Murtabak maggie
b) Nasi + telur + kicap
c) Nasi goreng
d) Telur masam manis

Resipi telur masam manis aku:
1. Tumiskan bawang dan cili api dengan minyak sikit, lepas dah wangi masukkan sos tomato (sebab aku takde aku pakai sos spaghetti je,kehkeh) dengan gula, kacau kacau sampai rasa mcm dah best tu.
2. Masukkan telur yang korang dah siap goreng dadar atau mata ikut feveret korang la.
3. Hidangkan dan makan dengan nasik panas. nyumm.

5. Bubur
Yang ni aku panggil moi. Moi panas ni aku selalu makan dengan roomate aku Cik Wanieyz waktu kitorang susah dulu. HAHAHA, Wanieyz nanti kita dah mampu makan kat hotel 7 bintang jangan lupa memori kita ni weh. Wanieyz selalu masakkan aku bubur ayam. Walaupun kalau takde ayam. Kami masukkan kiub ayam je. Kalau ada bilis masukkan bilis. Asalkan ada. Hahah. Kalau takde apa-apa kami masukkan garam gula je. Makan pula panas-panas dengan sambal kicap.

Cara kami buat sambal kicap? Letak kicap dengan potong cabai je. Takda blender tapi sama je pedasnya. Kehkehkeh.


Baiklah aku berhenti sampai disini ya, Kalau nak lagi list makanan jimat yang lain boleh baca blog FitriHadi. Selamat berjaya ya kalian.

All the best! 
Previous
Next Post »

16 Comments

Click here for Comments
Atie Aizam
admin
9/30/2016 12:45 AM ×

bila lapaq, lauk yg paling sedap bagi akk la.. nasi panas + teloq mata + kicap.. x dan nak kasi sejuk, 5 suap licin..

Reply
avatar
Mas
admin
9/30/2016 1:07 AM ×

Klo sy nk Jimat mkn roti je.. Haha

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
9/30/2016 1:12 AM ×

@Atie Aizam hahaha suap laju2 jgn sampai cekik kak, kena plak ngan sirap ais. sedapnyaaa...

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
9/30/2016 1:13 AM ×

@Mas Roti breakfast okay la,tapi kalau masa saya lapar ada kena 8keping,perut tangki mcm ni la... :P

Reply
avatar
Ahmad Hasif
admin
9/30/2016 2:20 AM ×

nak jimat makan roti sapu kaya.. roti pun sedap.. tambah2 lg duk di semenanjungkan mcm2 jenis roti ada.. takpun makan oat yg bancuh sendiri tu..

Reply
avatar
Maman Reen
admin
9/30/2016 8:15 AM ×

Untuk orang yang makan banyak dan pelbagai macam Reen ni, memang susah nak berjimat cermat. Tapi kalau duduk rumah boleh pula save. Aiyaaaa

Reply
avatar
YieN
admin
9/30/2016 8:21 AM ×

Jimat dan sihat kekdahnya :)

Reply
avatar
Mila Ahmad
admin
9/30/2016 11:06 AM ×

jimat memang jimat tp paling cepat dan pntas klu nak sediakan ni.tq

Reply
avatar
Cik Yaya
admin
9/30/2016 3:24 PM ×

salam jumaat..

wahh..ni mmg fevret semua ni..hehe

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
10/01/2016 12:47 AM ×

@Ahmad Hasif hahaha lelaki mmg simple je...

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
10/01/2016 12:47 AM ×

@Maman Reen hahaha, kalau nk makan bnyk masak bnyk sikit kak..hehe

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
10/01/2016 12:48 AM ×

@YieN hahah tuu yang penting tu, dua dlm satu, cuma sedap tu kurang la, eh bergantung pada skill...hehe

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
10/01/2016 12:49 AM ×

@Mila Ahmad hehe, sama-sama kak mila... :)

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
10/01/2016 12:49 AM ×

@Cik Yaya kann,and senang nk buat...

Reply
avatar
10/01/2016 9:50 AM ×

nasi telur mata kicap :D dah cukup bagi saya waktu study hahah sardin tu kalau rasa nak de kuah jee

Reply
avatar
10/01/2016 11:12 PM ×

Perkongsian yang bagus mai.. Nak dgn tak nak je.. Akak masa duk byjang dulu bila gaji je wajib beli beras, telur, kicap dan sardin..

Reply
avatar

Tinggalkan pendapat/nota/surat cinta/amaran/soalan pada saya. Jika soalan saya akan menjawabnya, Jika nota cinta maka saya akan melawat blog anda semula.
Komen berbaur rasist, provokasi & lucah tidak akan dipublish. ConversionConversion EmoticonEmoticon