Cadangan untuk students berjimat tapi kenyang dan sihat!


Assalamualaikum, and hi. 

Hahaha, panjang bebenau tajuk tu haa. Aku faham sebagai students, kadang-kadang kita akan kesempitan wang, tambah-tambah kalau hujung-hujung sem, tambah lagi dengan banyak assignment yang kena prints atau beli barang-barang bantu belajar semua tu pakai banyak duit. Tips yang aku nak share ni tak sesuailah untuk anak ongkaye yang setiap hari lepak kopitiam or cafe hipstur semata nak bergambar tu. Hewhewhew.

Bila students nak berjimat ni, sinonim sangat dengan makan mi segera. Asal jimat je makan mi segera, asal makan mi segera je jimat, eh. Dah tu pulak ada yang sampai pengsan-pengsan tak makan, apa benda ni..Padahal banyak je resepi murah dan simple dari masakan kampung ke western...Kita nak belajar kena ada banyak tenaga tau, mana boleh lapar-lapar. Ok banyak pula berleter, baiklah kita mulakan.

1.Sausage spaghetti
Bahan-bahan:
Spaghetti                - RM4 kebawah (Boleh guna 3 kali)
Sos pasta/spaghetti - RM4 kebawah (Boleh guna 3 kali) - Boleh guna cap giant or Kimball
Sausage                   - RM2 (Boleh guna banyak kali ada 10 batang)
Gula sikit nak stabilizekan masam sos pasta tu.
Sos cili sikit kalau nak pedas.

Ni aku tambah ayam sikit, and tukar spaghetti dengan macaroni, asingkan kuah sebab bawak bekal ke fakulti kang kembang pulak,kekeke. 2.
Yang ni kakak rumah aku yang masakkan, gantikan spagetty dengan udon, dan sausage dengan daging burger. Resipi masih sama kos nya.

2. Sardin + Sayur + Nasi 
Sardin ni kalau hang nak beli Ayam Brand mampuih la RM8.00 wehh, hahaha. Nak yang brand mahal ni balik makan kat rumah, yang aku nak cadangkan ni korang cari la sardin yang murah-murah je. Sama je sedapnya. Aku cadangkan cap Marina ke Pertima ke.

Sayur plak aku selalu beli yang dah masak saja. Hehehe (bukan malas tapi busy).HAHAHA. Aku akan beli sayur kobis kedai mamak, RM 1, bahagi dua, boleh makan dua kali.

Dalam gambar kat bawah tu ada tambahan hati ayam masak ape entah, pun aku beli RM1 kat kedai mamak.



3. Sardin + Roti 
Roti gardenia atau masimo campur dengan sardin. Modify la sendiri nak makan macam sandwich ke, roti gulung ke, karipap ke. Kreatif sikit kawan-kawan. Kalau nak pedas tambah sikit cabai melaka (cili api). Boleh bawa sebagai bekal ke fakulti juga. Jimat. Kalau hari-hari beli kat fakulti FSG tu siap ada GST tau, boleh pokai cepat.

4.Telur
Telur ni penting sangat untuk students. Macam-macam boleh buat dengan telur. Favorite aku:
a) Murtabak maggie
b) Nasi + telur + kicap
c) Nasi goreng
d) Telur masam manis

Resipi telur masam manis aku:
1. Tumiskan bawang dan cili api dengan minyak sikit, lepas dah wangi masukkan sos tomato (sebab aku takde aku pakai sos spaghetti je,kehkeh) dengan gula, kacau kacau sampai rasa mcm dah best tu.
2. Masukkan telur yang korang dah siap goreng dadar atau mata ikut feveret korang la.
3. Hidangkan dan makan dengan nasik panas. nyumm.

5. Bubur
Yang ni aku panggil moi. Moi panas ni aku selalu makan dengan roomate aku Cik Wanieyz waktu kitorang susah dulu. HAHAHA, Wanieyz nanti kita dah mampu makan kat hotel 7 bintang jangan lupa memori kita ni weh. Wanieyz selalu masakkan aku bubur ayam. Walaupun kalau takde ayam. Kami masukkan kiub ayam je. Kalau ada bilis masukkan bilis. Asalkan ada. Hahah. Kalau takde apa-apa kami masukkan garam gula je. Makan pula panas-panas dengan sambal kicap.

Cara kami buat sambal kicap? Letak kicap dengan potong cabai je. Takda blender tapi sama je pedasnya. Kehkehkeh.


Baiklah aku berhenti sampai disini ya, Kalau nak lagi list makanan jimat yang lain boleh baca blog FitriHadi. Selamat berjaya ya kalian.

All the best! 

Post a Comment

16 Comments

  1. bila lapaq, lauk yg paling sedap bagi akk la.. nasi panas + teloq mata + kicap.. x dan nak kasi sejuk, 5 suap licin..

    ReplyDelete
  2. Klo sy nk Jimat mkn roti je.. Haha

    ReplyDelete
  3. @Atie Aizam hahaha suap laju2 jgn sampai cekik kak, kena plak ngan sirap ais. sedapnyaaa...

    ReplyDelete
  4. @Mas Roti breakfast okay la,tapi kalau masa saya lapar ada kena 8keping,perut tangki mcm ni la... :P

    ReplyDelete
  5. nak jimat makan roti sapu kaya.. roti pun sedap.. tambah2 lg duk di semenanjungkan mcm2 jenis roti ada.. takpun makan oat yg bancuh sendiri tu..

    ReplyDelete
  6. Untuk orang yang makan banyak dan pelbagai macam Reen ni, memang susah nak berjimat cermat. Tapi kalau duduk rumah boleh pula save. Aiyaaaa

    ReplyDelete
  7. Jimat dan sihat kekdahnya :)

    ReplyDelete
  8. jimat memang jimat tp paling cepat dan pntas klu nak sediakan ni.tq

    ReplyDelete
  9. salam jumaat..

    wahh..ni mmg fevret semua ni..hehe

    ReplyDelete
  10. @Maman Reen hahaha, kalau nk makan bnyk masak bnyk sikit kak..hehe

    ReplyDelete
  11. @YieN hahah tuu yang penting tu, dua dlm satu, cuma sedap tu kurang la, eh bergantung pada skill...hehe

    ReplyDelete
  12. nasi telur mata kicap :D dah cukup bagi saya waktu study hahah sardin tu kalau rasa nak de kuah jee

    ReplyDelete
  13. Perkongsian yang bagus mai.. Nak dgn tak nak je.. Akak masa duk byjang dulu bila gaji je wajib beli beras, telur, kicap dan sardin..

    ReplyDelete