Mengundi tanggungjawab kita!


Assalamualaikum 

Siapa dah pernah mengundi? Aku belum, so lepas ni adalah kali pertama aku boleh mengundi. Yeay. Penting ke mengundi ni?

Picit untuk tumbesaran

Korang pernah tak dapat whatsapp group  berbunyi;

Mengikut satu laporan tak rasmi:Rekod daftar pengundi baru di Selangor:Melayu - 49,000Cina - 115,000 *Ayuh gerakkan anak-anak kita yang berumur 21 tahun ke atas untuk mendaftar sebagai pengundi. * Jangan leka main Pokemon Go, game bagai, movie di Astro bagai. Assalamualaikum. HARAP AMBIL PERHATIAN STATISTIK MENUNJUKKAN setakat Januari 2016 - HAMPIR 43% (hampir 1.9 Juta) Rakyat Malaysia yang tidak mendaftar sebagai Pemilih ialah BANGSA MELAYU. Mohon kerjasama Rakyat MALAYSIA terutama sekali orang Melayu/Bumiputra untuk daftar pemilih di Pejabat POS atau wakil-wakil pendaftar pemilih yang dilantik oleh SPR (ketua kampung @ ketua taman) di Kawasan masing-masing. > BAWA PHOTOSTAT KP DAN ASAL. > PENDAFTARAN PEMILIH PERCUMA. Terutama kepada generasi yang lahir pada tahun 1993, 1994, 1995 dan yang belum pernah daftar pemilih untuk *mendaftar sebelum 30 September 2016.* *DAFTAR PEMILIH SEBELUM 30/9/2016 akan digunapakai untuk PRU 14.* Tolong war-warkan kepada semua ahli keluarga, anak-anak, ahli kariah serta rakan taulan kita semua. Sebagai RAKYAT MALAYSIA dan Bangsa Yang Paling Ramai Dalam Negara Ini, kita wajib memilih PEMIMPIN dan PARTI untuk memastikan masa depan AGAMA ISLAM, BANGSA, ANAK2 CUCU dan AHLI KELUARGA SERTA WARIS kita terus terpelihara dan mampu hidup dalam keadaan yang aman, sejahtera dan tidak ditindas serta dicabul haknya seperti yang sedang berlaku di Selatan Thai, Rohingnya di Myanmar, Palestin dan lain-lain negara. Tiada gunanya keluh kesah dan menangis air mata darah sekalipun jika pemerintahan negara sudah terlepas ke tangan mereka yang tidak sepatutnya. Hancur berkecailah segala yang telah kita bina selama ini. Jangan musnahkan masa depan anak cucu dan pewaris kita. Anda pasti akan diperbertanggungjawabkan ke atas UNDI anda sendiri. #jomdaftarpemilih # KAUM-KAUM LAIN SEDANG GIAT MENDAFTAR GOLONGAN MUDA MEREKA MENJADI PENGUNDI BAGI MEMASTIKAN MEREKA BERJAYA KALI INI. # SILA VIRALKAN KEPADA ORANG MELAYU

Hahaha, apa pendapat korang? Boleh baca ulasan yang terang lagi jelas Buasir Otak kat SINI. Nak menyeru anak muda untuk memilih, tetapi dengan cara menakut-nakutkan. Adehh...

Ok, takpelah pasal tu...So kalau korang dah pernah mendaftar haritu, boleh check kat Daftar SPR. Mudah dan boleh check sampai 3 IC sekaligus, Haha.



Sudah disahkan. Alhamdulillah. Tak sabar nak memangkah next PRU. Yeay!

Post a Comment

9 Comments

  1. Daftar...jgn x daftar.....jum kita mengundi

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum NM,
    Next PRU juga akan menjadi PRU pertama saya mengundi.
    Tak sabau dah ni.
    >,<

    ReplyDelete
  3. Kita tk boleh lagi TT__TT

    ReplyDelete
  4. @Karukord jagau

    Hahaha baru first time ni tu excited sikit.

    ReplyDelete
  5. @Gee Lion
    Yeayy sama...hihi... Marilah kita pergi mengundi~!

    ReplyDelete
  6. @Eeiou _

    Hahaha sabar-sabar nanti tibalah masa.

    ReplyDelete
  7. I forgot to register ! macam mana ehhh

    ReplyDelete
  8. @hazwani yusof sempat lagi nak daftar before 30 september ni, bawa ic ke pejabat pos. hihi. cepat tau...

    ReplyDelete
  9. Elsa tak cukup age lagi nak mengundi hukhukhuk :(

    ReplyDelete