Misi mencari kerja sebelum konvo

Assalamualaikum.

Hmm.. Degree is nice, but skills pay bills. Right? Sedih amat tapi itulah kenyataan. Sedangkan fresh graduate macam aku ni mana ada pengalaman, kan? Tak apalah. Rezeki tak pernah salah alamat. Mungkin aku juga yang tak cukup berusaha lagi. 

Disini aku mahu kongsi step pertama yang kamu harus lakukan sebaik sahaja keluar result sem akhir degree kamu dan kamu confirm lulus semua dan tamat pengajian. Maksud aku sebelum konvo tapi korang nak kerja dah la. Tapi kalau nak terbongkang rehat sampai konvo nanti baru nak cari kerja itu kes lain ok. 

Pertama sekali, kamu harus dapatkan full transcript kamu dan pengesahan tamat belajar. Dua item penting untuk dibawa semasa temuduga ini kamu boleh dapati dengan menghubungi Unit Konvo Uitm di talian  +03-5544 3111 or klik sini untuk number lain terus kepada individu yang bertanggungjawab dengan fakulti atau program korang. Isikan borang secara online dan minta supaya pihak UiTM menghantar dokumen korang melalui pos. Kalau rumah dah dekat dengan UiTM tu korang pegi minta sendiri okay, takpun boleh juga meminta bantuan rakan di UiTM utk mengisi borang korang lepastu suruh UiTM poskan dokumen. Macam-macam cara bukan? Jangan malas! Pos mengambil masa 3-5 hari bekerja (kekadang lebih,kehkehkeh).

Kemudian, misi kita adalah untuk mencari kerja, jadi kita perlu sediakan resume. Kalau dah habis diploma atau degree, jangan tipu tak tahu apa itu resume, melainkan anda ponteng "Finishing School". Tapi jangan risau kerana aku akan kongsikan tips daripada beberapa blog yang aku pilih utk tips membuat resume. Ini hanya tips, jadi korang kena buat sendiri dan kreatif sikit okay.





Istimewa ---- Generator Resume
Baiklah seterusnya, kalau buntu sangat nak buat resume, jangan risau. Anda boleh beli template resume kreatif di facebook. Nak aku list juga ke? Yelah, yelah. Harga korang runding sendiri okay.

Resume Infografik

Resume Grafik 

Most Wanted Resume 
Then, selepas apa yang patut disediakan, misi diteruskan dengan dimana nak cari kerja pulak. What should you do is purchase The Star every Saturday, dan tengok bahagian vacancy. Selain itu, boleh sign up dekat MauKerja atau MyJobStreet. Dah tengok tu apa lagi, apply lah. Jangan lupa resume yang perfect dan juga cover letter okay.

Step terakhir selepas usaha adalah berdoa. Ada antara kawan aku yang sudah mendapat kerja, alhamdulillah. Aku doakan korang yang masih senasib dengan aku iaitu menganggur akan segera mendapat kerja yang kita inginkan dan kita ikhlas dengan pekerjaan kita. Yang penting, jangan memilih. Dan jangan membangga diri jika kita telah diberi rezeki pekerjaan. 

Doakan aku juga ya. 
Salam. 

Previous
Next Post »

1 Comments:

Click here for Comments
DK KOONG
admin
9/08/2016 4:46 PM ×

Dear Miss,

For your information, Neuvoo is available in Malaysia now. Neuvoo Malaysia (http://my.neuvoo.com) is a free job search engine that indexes jobs directly from companies' career websites, placement agencies and job boards. The jobs search website centralize all jobs available on the web to help people find new career opportunities for free, so it is very much much like the Google for jobs.

Please feel free to visit the Neuvoo Malaysia for the latest job offers in Malaysia.

Yeay, tahniah DK KOONG jadi pengomen pertama!
Reply
avatar