Review: Train to Busan

by - September 11, 2016

Hi, Assalamualaikum.



Pagi-pagi buta dah rasa nak bercakap pasal movie Train to Busan ni. Hangpa dah pi tengok ka? Hahaha. Tak rugi melabur RM14+- dekat MBO. 

Ringkasnya, cerita ni pasal seorang bapa (Gong Yo) dan anak dia dengan penumpang-penumpang lain yang trapped dalam kereta api disebabkan kereta api tu diserang oleh sekumpulan zombie. Masalahnya, dah la infected dalam masa yang singkat, laju pulak tu berlari. Memang tak kasi can langsung nak hembus nafas lega sepanjang movie sampai last. 

Aku suka sangat filem ni dan nak bagi 9.5/10 bintang, Lagi 0,5 bintang tu hukuman sebab aku geram sangat dengan ending tu sebab buat aku sakit kepala tahan ayaq mata dari tersemboq, HAHAHA. 

Filem ni buat aku sedar beberapa nilai dalam hidup yang kadang-kadang aku tak nampak.

1. Walaupun parents nampak macam tak peduli pasal anak dia, tetapi sebenarnya parents sanggup buat apa sahaja untuk pastikan anaknya selamat.

2. Kita akan lebih kuat bila bekerjasama. Paling aku suka babak bapak, suami dan pelajar yang bergerak dari gerabak 9 ke gerabak 15 melintasi 'raksasa' zombie yang banyak.

3. Masa kecemasan dan genting tu la kita boleh tengok true colours seseorang tu. Sama ada dia mmg baik dan ada juga yang selfish. Baik ngaku siapa rasa nak tengok pakcik ni mati dengan kejam! urgh.


4. Jangan sombong dengan orang sebab kita ni tak selalunya senang. Ada masanya orang yang kita sombong tu yang akan tolong kita. Kan. 

5. Orang yang permulaannya jahat, tidak semestinya akan mati sebagai penjahat, Tapi ada juga yang jahat sejak azali dan abadi jahat,adoi.

6. Hidup ni bukan selalunya macam dalam filem, maksud aku, aku taknak jadi spoiler kalau korang tak tengok lagi, tapi tulah....hahaha. Hidup ni unpredictable. 




You May Also Like

3 orang rajin komen

  1. Ramai yang cakap best! nak tengok gakkk t.t , ingatkan nak ajak adik tengok sekali, tapi 18 -.-

    ReplyDelete
  2. Macam best je kan cerita tu. Takda peluang lagi nak tengok. Uhuuuu

    Ni nak bagitau, senarai pemenang segmen dah ader :)
    http://mekzumbie.blogspot.my/2016/09/10-pemenang-segmen-hang-komen-hang.html

    ReplyDelete
  3. Nuramirah : 18thn cerita ni ganas jugalah. skrg dh bleh tgk online kt fb rasanya. tp mesti tak sama feel mcm wayang.

    Mek Zumbie : Best cerita ni. Cukup lengkap pasal kasih sayang, simpati, pentingkan diri, korupsi semua ada.

    Hihi Mai dah tgk list, yeay terpilih!! thank you Mek Zumbie.

    ReplyDelete