Tips | Hilangkan fobia terhadap kucing

Assalamualaikum


Alhamdulillah, kalau korang seorang yang fobia atau penakut atau penggeli dengan kucing tetapi korang berusaha juga untuk cari cara nak hilangkan fobia terhadap kucing tu. Don't give up okay. Kenapa aku nak share pasal ni? Sebab aku dulu pun penakut dengan kucing dan aku berjaya atasinya, yeay! Tapi tips aku ni tak tahulah berkesan ke tak untuk yang benci kucing, kalau benci kucing ni aku sarankan pergi ambil wudhu tu mudah-mudahan karat dalam hati tu luntur sikit, kehkehkeh. Yelah, gila tak karat, makhluk comel macam ni pun nak benci, tak faham aku.


Bagi penakut kucing macam aku DULU mesti pernah rasa macam situasi macam ni:

1. Takut nak masuk rumah kawan yang bela kucing 
2. Makan kat restoran angkat kaki atas kerusi, kalau kucing dekat akan menjerit minta tolong.
3. Sanggup lalu jalan lain kalau ada kucing kat jalan tu.
4. Tak kusyuk sembahyang kalau tiba-tiba ada kucing datang dekat.
5. Korang sambung list sendiri....

Sebenarnya malu kan bila jadi macam tu, tambah-tambah dekat restoran.. Bukan kita nak jerit tapi kita takut sangat sampai tak terkontrol pula. Kadang-kadang aku tanya diri sendiri, sampai bila aku nak takut dengan kucing. Aku dengar banyak cerita kucing ni mampu jadi pendengar yang baik bila manusia dalam kesedihan. Dan aku sendiri nak sangat perasaan bela kucing tu, tapi aku takut!

So apa yang aku buat?

1. Reset balik mindset yang kucing ni tak makan orang
You have two choices, control your mind, or to let your mind control you. Aku pernah lalui dan aku faham orang yang takut kucing ni sebab dia selalu overthinking, Kan? Baik ngaku, kehkehkeh. Dia fikir nanti kucing tu gigit la, kucing cakar la, kucing bunuh dia. Hahaha. Pernah ke dengar kucing bunuh orang? Kucing besar kot (harimau), tu pun kalau korang tak cari pasal dia tak ngappp la. Tak kucing tak gigit, in fact, walaupun selepas aku dah berjinak-jinak baik dengan kucing ni, aku tak pernah kena gigit langsung tau. Tapi adik-adik aku yang selalu gomol kucing ada cerita yang tak sakit pun kalau dia gigit manja. Rasa lidah dia kasar-kasar ja. 

2. Feed the homeless cats
Yang ni bukan tips untuk orang yang nak atasi fobia terhadap kucing je tau. Ni tanggungjawab masyarakat. Sebolehnya dalam beg tangan atau kereta korang tu sediakan makanan kucing. Senang kalau nampak homeless cats / kucing jalanan ni korang boleh bagi makan terus. Kalau mula-mula korang penakut ya amat, sangat ni kan, aku rasa sementara nak buka packet makanan kucing tu korang dah kena kerumun kang boleh pengsan pula, so trylah pegi beli ayam goreng kat kedai mamak ke restoran terdekat dengan kawasan tu, pastu korang pegi dekat dalam jarak sedepa ke, korang baling kat kaki kucing tu dan lariiiiiiiiiik. Hahahah, teruk perangai, tapi at least kita usaha kan?! Dah lama sikit bolehla bagi makanan kucing dalam bentuk biji atau wetfood, mana-mana pun takpa. Tapi kalau nak letak dalam beg tangan tu bawaklah wetfood, senang, bagi semua, jangan letak balik dalam beg plak plastik tu, hahaha, habiskan kat situ jugak. Kalau untuk letak dalam kereta, beli makanan biji dan letak dalam tupperware kedai RM2.00 tu. Setel. Jumpa homeless cats je taburrrr..

Semoga ni juga menjadi lubuk pahala buat kita kan. Sebab kita tak tahu amalan mana yang bakal membawa kita ke syurga.

3. Berjinak-jinak sentuh kucing dewasa dulu
Kalau korang takut nak try pegang kucing, try gosok sikit-sikit dekat kucing dewasa dulu. Kenapa tak start dengan anak kucing? Sebab anak kucing ni manja dia lain macam sikit tau. dan dia menikuih nak mampuih (lincah) bak kata orang kedah. Hahaha. Kucing dewasa ni dia slow sikit dan dia faham bahasa. Kalau korang usap usap dan dia nak manja dengan korang tapi korang takut lagi nak ke next step, suruh je dia duduk, hehehe. BERINTERAKSI lah dengan kucing, terutamanya kucing dewasa, depa ni faham tau apa yang kita suruh. 

4. Kalau kucing gesel kaki apa nak buat?
Kalau kucing tu gesel kaki korang tandanya korang ni special tau. Dia nak kan korang. Dia nak cop hak milik kekal. Korang rileks rileks ja time ni. Cakap macam senang kan. Tapi trylah buat bodoh je, lawan perasaan takut tu. Ketaplah bibir ke, pejam mata ke, gigit tangan ke, asalkan tak tendang kucing tu okay. Kalau korang berjaya step ni, tahniah!!! Memang korang hebat.


5. Bela kucing
Haaa step ni boleh buat lepas korang dah terer empat bab kat atas. Tak payah beli mahal-mahal, kutip je homeless cat tu. Kalau korang nak tahu aku ada dua kucing bapak sekarang ni, dan dua-dua adalah homeless cats yang aku jumpa bila dorang dah dewasa. Maksudnya aku tak kutip depa masa kecik-kecik tapi aku sangat kagum dengan depa sebab berjaya survive dalam dunia hari ni yang kejam ni. Kalau korang ada bajet lebih, bolehla beli kucing comel yang jenis pasif sikit. Boleh la nak berjinak-jinak main dengan diorang dulu. Kalau korang awal-awal lagi dah beli kucing Bengal, alamatnya korang ni fobia sampai kesudah lah.HAHAHA. 


So aku harap tips aku ni bergunalah untuk korang yang betul-betul nak hilangkan perasaan takut kucing tu. All the best dan ingat ni, niat yang baik korang tu pasti Allah takkan sia-siakan. 

               




Previous
Next Post »

8 Comments

Click here for Comments
Cik shuya
admin
9/27/2016 8:28 PM ×

Same goes to me. Dlu shuya tkot kucingg. Skg dh tak sangat. dan dah bela kucing. HEHE

Reply
avatar
MisDiarios
admin
9/27/2016 8:47 PM ×

im a car lover. kat umah ade la dalam 7 ekor kucing :D

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
9/27/2016 8:51 PM ×

@Cik shuya hihi geng la kita, mai pun skrg ni takdela berani sgt, kalau dia kasar or bukak kuku masih minta tlg orang juga,haha.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
9/27/2016 9:29 PM ×

@MisDiarios wah bnyk tu... best kan dikelilingi kucing. boleh jadi terapi juga ni.

Reply
avatar
Ahmad Hasif
admin
9/27/2016 10:54 PM ×

oooo bagus juga tips ni.. hahaha.. takot kucing tu gigit dgn cakar :D betul2 overthinking ni..

Reply
avatar
Gee Lion
admin
9/27/2016 11:31 PM ×

Saya suka kucing tapi tak boleh pelihara since ada anak kecil dalam rumah kan.
Pernah juga ada kawan yg tak suka kucing, sampai menjerit-jerit bila kucing datang dekat.
Nasib baik saya tak macam tu :P

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
9/28/2016 1:17 AM ×

Ahmad Hasif : Hahaha sebab overthinking tu lah bleh menghalang kita explore benda baru dalam dunia ni. Tapi ada satu fobia lagi sy tak settlekan, fobia tempat tinggi.

Gee Lion : Hahaha, dulu masa saya takut selalu kena usik dengan kucing, jerit macam kena histeria.malu betul

Reply
avatar
9/28/2016 2:54 PM ×

ala macam mana huhu saya takut kucing ! kalau dia x ganggu saya, saya ok.. tapi bila dia memanjat saya .... macam nak luruh jantung huhu

Reply
avatar

Tinggalkan pendapat/nota/surat cinta/amaran/soalan pada saya. Jika soalan saya akan menjawabnya, Jika nota cinta maka saya akan melawat blog anda semula.
Komen berbaur rasist, provokasi & lucah tidak akan dipublish. ConversionConversion EmoticonEmoticon