Tips Menghadapi FYP : Part 1 - Proposal


Assalamualaikum

Hi semua. So harini setelah menggodek traffic source stat untuk blog ni, aku tertarik dengan search keyword yang berbunyi "Tips Menghadapi FYP". Kesian beliau yang semangat nak baca tips tapi bila dia buka takde pun entry khas untuk tips Final Year Project (FYP) tapi semua tu cuma bebelan bebelan aku sepanjang fyp.



Baiklah aku mulakan ok.




BAB 1 : MY SUPERVISOR MY SUPERHERO

Satu semester sebelum korang betul-betul buat FYP, korang akan perlu siapkan proposal dulu dan korang akan dibimbing oleh seorang supervisor. Jadi untuk penentuan hidup dan mati, ecewahh, make sure korang perlu dapatkan seorang supervisor yang bagus dan bermatlamat sama seperti kamu! Nanti aku terangkan bagaimana dan kenapa.


Yes, because leader (baca: supervisor) will demonstrates what's possible. Supervisor kita ni nanti ibarat lampu yang kita akan guna sepanjang perjalanan FYP hingga ke grad. Paling penting, supervisor ni jugalah yang akan tolong kita sumbangkan reference dalam resume kita so markah tambahan untuk memulakan hidup selepas graduate. 

Back to the issue, kenapa kita perlu dapatkan supervisor yang bagus dan dalam landasan matlamat yang sama dengan kita

Okay bayangkan supervisor kita adalah pakar dalam bidang A (cth:Bioinformatic) . Super sangat-sangat dah sampai segala maknenek isu, persoalan, dan penyelesaian mengenai bidang A dalam kepala beliau dari A-Z. Hebat? Korang akan jumpa supervisor begini nanti. Tapi masalahnya, korang punya passion nak buat research dalam bidang B (Cth:Biotechnology). Haa? Memanglah boleh, takde masalah besar pun. Cuma kalau korang keras hati nak teruskan research bidang B, maka supervisor macam tak best lah sebab bukan dalam bidang yang dia sangat terer tu. Kadang-kadang korang kena cari lecturer lain pula untuk bertanyakan soalan bila supervisor korang tak dapek nak nolong. Alah bisa tegal biasa, ilmu kan? Tapi ada satu lagi kemungkinan, supervisor korang akan paksa korang research dalam bidang A jugak,muehehehe. Kalau kes gini, mohon tabah. Hahah.

Next, pastikan supervisor korang tu seorang yang senang didekati. Bukan apa, aku pernah tengok kes sorang student ni payah bebenor nak dapat contact dengan supervisor dia. Ada jenis supervisor yang sibuk memanjang, tambah-tambah kalau beliau jenis pegang beberapa jawatan lain. Kesian tahu kalau jadi kes macam ni. Memang boleh buat aduan tapi macam mana pula dengan hubungan dengan lecturer? Haa penting tau untuk kita elakkan perkara yang boleh timbulkan masalah macam ni. 

Macam mana nak dapatkan supervisor yang terbaik?

  • Kenalpasti beberapa scope kecil dalam course kita, dan teliti yang mana kita paling minat dan yakin kita mampu lakukan.
  • Korang akan dapat list nama lecturer untuk pemilihan supervisor. Sebelum memilih, buat sedikit research tentang lecturer-lecturer tersebut, rupa beliau, bidang pakar, award dan lain-lain. 
  • Buat solat istikarah agar diberi petunjuk.
Semoga korang buat pilihan yang tepat. 

Tapi walau siapa pun supervisor yang korang dapat, janganlah pertikaikan. Hormatlah seorang pengajar. Sebenarnya kejayaan kita bukan ditentukan oleh orang lain, tetapi dibina dari kerja keras diri kita sendiri. Siapa usaha dia dapat, kerana Allah itu Maha Adil. Percaya dengan Allah, segalanya akan lebih mudah dan semoga kita menjadi hambanya yang berjaya + bahagia dunia akhirat.


BAB 2: PROPOSAL 


Ok selepas dah dapat supervisor, dah bertaaruf lepak lepak mesra mesra dengan beliau, tibalah masa kita untuk lebih serius. Tajuk FYP korang nanti depends dengan supervisor tu, ada jenis bagi senarai tajuk kita pilih je nak mana satu, ada juga yang jenis suruh korang cari tajuk sendiri. Oleh sebab aku dapat tajuk dari supervisor so aku malas skip dari nak bincangkan hal ni, kahkahkah. 

So then apa korang kena buat lepas dah ada tajuk? PROPOSAL. Proposal ni penting ke? Ya penting lah sayang, sebab kita nak persembahkan tentang apa yang kita nak kaji sangat ni pada orang lain. Sebab tu lepas dah settle proposal akan ada VIVA atau presentation.

Dalam proposal ni, ada tiga part yang ditekankan dulu. Belum buat project lagi kan, jadi kita cuma perlu tulis Introduction, Literature Review, dan Methodology sahaja dulu. 

Introduction ni macam kita briefly cerita pasal project kita nanti dalam bentuk mudah dan ringkas. Masukkan juga problem statement, dan objective. 5-6 pages dah nice dah. Submit dan tunggu kena marah  betulkan apa yang salah. Kemudian baru hantar literature review dan seterusnya method. Masa ni la supervisor akan muntahkan segala ilmu beliau. Dan masa ni jugalah korang yang rasa bajet english power gila tu sebenarnya masih tahap kindergarden, hahahaha, grammar error bersepah.


Untuk korang siapkan tiga serangkai Introduction-LiteratureReview-Method ni, korang perlukan banyak journal sebagai rujukan. Kalau nak cerita kat sini macam dah panjang, jadi aku rasa lain kali aku akan cerita macam mana aku cari journal-journal yang support research aku. Tapi bagi student UiTM sahajalah sebab aku guna database dulu. Berapa kali orang ajar guna Mendeley tapi aku tak paham-paham bahasa,hahaha. 

So Good Luck, semoga berjaya FYP 1 bahagian Proposal dan dipermudahkan VIVA korang,

Nak Tips VIVA, baca >>>>>>>SINI<<<<<<<<






Post a Comment

3 Comments