Tips | Menghadapi FYP : Part 2 (Edisi Camne Nak Cari Journal eh)

Assalamualaikum and Hello. (Khas untuk students Uitm)



Hi, so today aku nak share macam mana nak cari journal online, especially scientific journal. Masa duk buat FYP memang kita sangat perlukan berjuta-juta journal (hiperbola), sebab semakin banyak journal ada nak support kerja kita, semakin cerah peluang kita nak berjaya fyp. Hypothesis accepted, hahaha. 

Sebabnya, masa kita duk run project tu, kalau satu journal je kita duk fokus nak tiru method dia, belum tentu akan menjadi dan dapat result terus. Kalau dapat tu alhamdulillah korang ni antara 1/350 orang yang bertuah la. Tapi kalau tak dapat camne? Kena cari journal lain yang berkaitan la kan...Ayoyoo. Susahnya. Tapi sekarang ni dihujung jari je teknology ni. Jangan mudah putus asa dan malas-malas okay. 

Cara 1: Google scholar


1. Google Scholar

Cara ni paling mudah sekali untuk cari journal online. Bukak google scholar dan terus type katakunci journal yang korang cari. Contoh korang nak cari berkaitan "endogenous retrovirus" and click je enter, so semua journal dalam database diorang pasal endogenous retrovirus akan terpampang untuk korang godek dan baca.

Sciencedirect

2. Sciencedirect

Yang ni untung nasib baik korang boleh download dengan free. Kalau kotak tepi tu kaler oren macam contoh ni baru boleh download pdf tu. >SCIENCEDIRECT<

Tapi jangan risau kalau takde duit nak beli journal yang lain. Sebab UiTM dah belikan banyak journal untuk kita tau...Banyak sangat budget UiTM dah keluarkan nak beli journal ni entah berapa juta RM la kan, so apa salahnya kita hargai dengan guna sebaik mungkin. Macam mana nak download yang UiTM dah bayarkan tu? Baca no.3.

UiTM EzAccess


3. UiTM Library Database


Database ni juga dikenali sebagai UiTMEZAccess, aku sebenarnya nak ajar cara guna dalam ni macam mana tapi disebabkan aku tak tak boleh masuk sebab dah officially bukan students lagi, sobs sobs (sedihnya macam kena buang family pulak) jadi aku tak dapatlah ajar korang... Huhu. Sila godek godek sendiri okay, senangnya, korangkan terer. 

Kalau nak tahu macam mana nak masuk ke EzAccess dari UiTM Library, Macam ni:

Klik pada :DATABASE SUBSCRIBED BY UiTM dalam yang aku bulat merah tu
4. UiTM Journal

Rujuk gambar diatas. 4 baris kebawah dari database subscribed by UiTM tu korang akan nampak link UiTM Journal. Yang ni aku tak pernah pakai, hahaha, maybe kalau korang nak cari bahan bacaan tambahan atau ada masa lebih bolehla explore sendiri kan. Ni macam koleksi journal keluaran UiTM la.




So aku haraplah membantu korang untuk cari journal dengan mudah. All the best ye semua. 

entry ini adalah sambungan kepada Tips Menghadapi FYP : Part 1.
Klik SINI untuk Tips Sediakan Proposal FYP.
Previous
Next Post »

1 Comments:

Click here for Comments
10/01/2016 11:20 PM ×

Sebenarnya banyak je jurnal online.. Kena rjin cari.. Kerja akak juga memerlukan akam search dan download jurnal..

Yeay, tahniah Shahida Dzulkafli jadi pengomen pertama!
Reply
avatar

Tinggalkan pendapat/nota/surat cinta/amaran/soalan pada saya. Jika soalan saya akan menjawabnya, Jika nota cinta maka saya akan melawat blog anda semula.
Komen berbaur rasist, provokasi & lucah tidak akan dipublish. ConversionConversion EmoticonEmoticon