Esok First Day Kerja.


Assalamualaikum, hi...

Well, hahaha kemain semangat haritu siap buat poll nak kerja kedai perfume ke kedai tudung kan. *tutupmuka*, padahal akhirnya aku kerja di kedai perabot. Nak kerja bidang sains masih tak ada rezeki nak buat macam mana kan. Tak apalah sebab aku percaya ada rezeki nanti cuma belum sampai masanya. Sabar dan usaha cari pengalaman dulu kan.

Kalau nak ikutkan tak kerja pun boleh je sementara belum konvo ni tapi rugilah buang masa macam tu saja, lebih baik aku cari pengalaman walaupun bukan dalam bidang aku sendiri tapi banyak ilmu lain yang sangat aku perlu sekarang macam ilmu nak berinteraksi dengan orang tu, penting sangat sebab walaupun aku kalau menulis entry macam tak reti nak berhenti, hakikatnya aku ni pendiam dan tak reti bersembang. Nak kata __ pun tu tak sangat la sebab aku suka berkawan tapi nak bersembang tu failed sikit tetambah kalau nak mula bercakap, takdak idea. ish. 

Dengan gaji basic permulaan rm900 belum campur komisyen jual perabot, so aku bersetuju je tadi untuk mula bekerja esok. Ni pun aku terinspirasi selepas baca blog bloggerlelaki pasal graduan terlalu memilih kerja. 
Jangan terlalu memilih. Percaya kepada rezeki kita.- (blogger lelaki, 2013)
Lepas ni kalau ada orang kata graduan memilih kerja lagi aku hempuk dia...Hahaha, gurau je. Aku redho je dengan kerja ni, malah bersyukur sangat ada juga bos nak amik jadi pekerja, tapi korang doakanla aku dapat kerja yang tetap dan sesuai suatu hari nanti okay. Terima kasih.

Bye, kena tidur awal takut esok muka tak bermaya pula.
Previous
Next Post »

11 Comments

Click here for Comments
Fatina
admin
10/01/2016 12:54 AM ×

tahniah dapat kerja dah! betul lah tuh, zaman sekarang ni mmg tak boleh memilih kerja sangat kan and at least kerja retail ni boleh tambah pengalaman lagi2 in terms of, komunikasi dgn org kan :D

anyway, selamat bekerja! :D

Reply
avatar
10/01/2016 1:14 AM ×

wish u all the best

Reply
avatar
Erni Hasmiza
admin
10/01/2016 1:21 AM ×

Good luck tau and kerja elok-elok

Reply
avatar
Ahmad Hasif
admin
10/01/2016 5:03 AM ×

tahniah.. semoga terus berjaya yer.. jual perabot pun ok juga tu.. tapi kena pandai bercakap la terutama in bm n bi.. demo pun kena mantap.. harga semua dalam kepala dah.. jenis material kayu tu semua dah ada dalam kepala.. gud luck..

Reply
avatar
10/01/2016 9:49 AM ×

ok :D taknak memilih huhu good luck yee

Reply
avatar
Cik shuya
admin
10/01/2016 10:06 AM ×

Goodluck :D Keje leklok ye kak , hehe

Reply
avatar
10/01/2016 11:09 PM ×

Alhamdulillah.. Da dapat kerja.. Jangan risau mai.. Pelan2 cari.. Sementara tu kumpul pengalaman dulu ye..

Reply
avatar
Nabila Syifa
admin
10/03/2016 1:21 PM ×

semoga berjaya!!

Reply
avatar