Latihan Jati Diri yang Melampau.


Click to play
Assalamualaikum, hi.

Astaghfirullahal azim, mengucap panjang tengok video yang menjadi viral hari ini di page Facebook Friends of PDRM. Maklumat yang aku baca dari Berita Harian mengatakan perkara ni melibatkan program jati diri pelajar sekolah rendah dekat Ipoh, Perak. 

Program jati diri dah bagus dah. Tapi perlu kah sampai nak hilangkan fobia bebudak tu (kononlah kan) sampai gunakan ular. Aku yang tua ni pun belum tentu berani nak masuk dalam kolam yang ada ular. Tak kisahlah ular tu tak ada bisa pun, kalau dah namanya ular, meremang jugak oi.

Geram dan sedih tengok bebudak ni menangis, sampai menjerit-jerit. Malangnya orang tua kat situ sibuk mempersendakan diorang. Aduhai. Mengajar tidak perlu sampai mengejek-ngejek. Fobia seseorang itu bukan bahan ketawa tau.

Aku harap diorang semua selamat dari trauma dan kecederaan mental akibat kejadian itu. Zaman aku dulu pun bukan tak ada program tingkatkan jati diri , nak tingkatkan keyakinan keberanian bagai ni, tapi paling extreme pun aktiviti 'burung hantu', korang pernah join? Kayak, camping, flying fox, haa tu semua pun aktiviti yang boleh diterima akal untuk menambah keyakinan diri. Masuk dalam kolam ada ular? Hell no~!

Sumber cerita diatas: SINI DAN SINI  

Lainlah pulak ceritanya kalau bebudak tu hati kering macam anak buah aku. Yang ni pun aku risau cara lain pulak. Sebab dorang jenis tak tahu takut langsung, aku harap anak anak buah aku ni sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

A photo posted by Mayy Jie (@noormaizan) on
See, diorang memang tak takut segala jenis ular. Aunty takut ler,janganlah tanya. kekekeke...Kakak (DANIA) paling extreme animal lover tau. Dia pernah pegang parrot bapaklah punya besar, lepastu parrot tu patuk kepala dia... Aunty tanya la,"Awak tak marah ke parrot tu patuk awak?" Nak tahu dia jawab apa? "Parrot tu kan animal. Mana boleh marah animal. Animal tak tahu apa apa". Cis. Baiklah!
A photo posted by Mayy Jie (@noormaizan) on
Budak kecik ni memang tau...Chacha (KEISHA) namanya.
A photo posted by Mayy Jie (@noormaizan) on
Yang ni masa kitorang pergi satu show ni, dia tetiba lari ke pentas sebab nak main dengan natang tu. Adoi, nasib baik jinak, dan owner tu ajar Keisha cara usap dia. Usap?ERK. Aunty memang tak hampir la, mampu amik gambar je, hahaha.


To sums up, tengoklah dengan ular kat leher, iguana (betul ke namanya) kat tangan, Aunty waz pengsan! hahaha. Sabo jelah.

Hahaha saje je kongsi gambar nieces aku ni untuk kurangkan ketegangan perasaan aku sendiri dan korang juga selepas tengok video tadi. 

Korang ada fobia terhadap apa apa tak?

Post a Comment

7 Comments

  1. Ada jugak tengok video tu kat fB. memang tak patut buat macam tu. ada banyak lagi cara lain kan.

    Cik Renex fobia tengok darah. haha

    ReplyDelete
  2. Uishhh berani betulll. Aduh saya kalau tgk je ular tu okay lagi. Nak pegang mmg tak lah. Huhu

    ReplyDelete
  3. CikRenex : Yeap setuju... darah? mai boleh la darah tu, tapi kalau terlalu banyak pening lalat juga.hahaha

    Zafirah : Samalah.hahaha...

    ReplyDelete
  4. uuuu.... memang cara yang betul untuk mengatasi ketakutan itu adalah dengan berhadapan dengan ketakukan itu sendiri..
    tapi...tapi...tapi.. bila tiba benda yang unexpected tu boleh jadi fobia..
    setahun mimpi ngeri tuh...
    tak dapat nak bayang macam mana perasaan adik-adik tu...

    ReplyDelete
  5. @♥♥ Cik Nur ♥♥ betul tu, berhadapan dengan fobia kita tu memang cara yg berkesan, tapi perlulah dengan persediaan yang rapi dari segi mental dan fizikal.

    ReplyDelete
  6. Bru tau kes ni masa tgk berita TV3 mlm td,... Org tua xde akal mcmtu la

    ReplyDelete