Cabaran 30 Hari Blogging | Blog I Love


Oleh sebab ramai sangat blog I love, so Mai tak nak bagitahu siapa, tapi Mai nak bagi tahu ciri-ciri blog yang Mai suka sangat, tapi rasanya semua geng blogger pun suka blog yang ada ciri-ciri ni. Okay? So here we goooo, cabaran #15.

BLOG I LOVE

1. Blog yang original
Original ni maksud aku dia bukan sejenis manusia copypaste yang selalu copy dari sana sini terutamanya facebook, setiap hari, every single post dalam blog tu hasil copypaste. Blogger jenis ni selalunya tiada identiti sendiri dan errm, malas kot? Sorry, kalau kadang-kadang je copypaste dan TIDAK LUPA BAGI LINK SUMBER okaylah. Kalau copy juga tapi ubahlah ayat tu, bagi nafas baru dan tambah point sendiri, yang tu baru betul. 

2. Blogger Ramah
Aku tak kisah identiti blogger tu rahsia ataupun tidak, tapi kalau dia ramah aku mesti akan suka pergi blog tu dan masukkan ke dalam bloglist aku. Eh kalau aku terlupa nak masukkan link korang dalam bloglist aku tolong inform kat SINI tau! Seronok sangat dapat buat ramai kawan baru dengan geng blogger dari seluruh Malaysia. Uniknya blog ni, lain dari fb dan twitter sebab para blogger sentiasa support dan mesra antara satu sama lain tak pernah mengira perbezaan umur, best kan? Asalkan yang tua dihormati, yang muda disayangi.

3. Supportive
Aku suka dengan blogger yang bersifat supportive, contohnya rajin join giveaway blogger lain, kalau blogger lain ada masalah dengan blog, misalnya soal template, yang hebat-hebat semua tak kedekut ilmu nak tolong selesaikan masalah. Semua berebut nak buat tutorial, ilmu tu kalau ada semua nak kongsi walaupun nampak macam seremeh2 perkara tapi itulah istimewanya para blogger ni. Yang kedekut ilmu tu taknak kawan, dah pegi jauh-jauh. 

Itulah tiga ciri yang aku sangat pentingkan semasa aku blogwalking, hahaha. Kalau design comel ka, design professional ka, blogskin ka, responsive ka, tulisan buruk ka, tulisan kemas ka, takda iklan ka, ada banyak iklan ka, tu semua terpulanglah kat pemilik blog tu sendiri, kalau dia suka dengan blog dia kenapa kita nak judge dia kan. 

Aku harap blog aku ni pun termasuk dalam kategori orang suka lah. Kalau hangpa tak suka habaq kat cek pasaipa naaa...

Post a Comment

9 Comments

  1. cheq suka blog Mai ni...comey macam tuanpunya

    ReplyDelete
  2. YEAHH!! SOKONG MAI... no 1 tuk Unni sellau buat jgk hihihihi, tapi macam mai ckp kena ubah ayat then bagi sumber baru btl kan :P ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, penat org lain perah otak cari idea,kan...

      Delete
  3. akak suka blog mai sebab tak bosan, kadang tajuk tajuk tu buat akak nak baca je.

    ReplyDelete