Tutorial Buat Header Transparent Guna Photoscape dan Gimp

Hola! Entry ini adalah atas request Sis Unni Anje, yang minta tips buat transparent header pakai Photoscape dan Gimp sahaja. So here we go...

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah download Photoscape dan Gimp dulu, selain tu download font-font comel dari dafont atau fontspace





Orait kalau dah ada software ni jom kita teruskan dengan cara buat header dulu.

DESIGN HEADER

1. Masuk dalam photoscape dan klik editor 
2. Klik pada MENU dan pilih NEW PHOTO. Pilih width dan height ikut kesesuaian blog korang. Kalau blog aku widht - 1000, height - 500.


3. Untuk masukkan gambar, pilih OBJECT dan icon GAMBAR. Then pilih gambar dari folder computer korang. Gambar comel comel korang boleh dapatkan dengan google je freebies gambar header.


4. Masukkan tulisan dengan klik SIMBOL T yang aku bulatkan tu dan tulislah ayat korang dalam column yang disediakan, then pilihlah tulisan yang comel-comel korang dah download tadi. Adjust shadow dengan outline tu ikut sesedap rasa korang.


5. Yeay dah siap boleh save, klik SAVE dan pilih SAVE AS. Lepastu letaklah dalam folder yang korang senang nak cari nanti.


Kalau naik macam ni klik NO.

TRANSPARENTKAN HEADER


1. Buka GIMP dan klik FILE dan pilih OPEN


2. Pilih folder yang korang save header yang korang dah siapkan tadi tu, dah jumpa, klik pada gambar tu dan klik OPEN.


3. Right click kat atas header tersebut dan klik LAYER > TRANSPARENCY > ADD ALPHA CHANNEL


4. Klik pada simbol macam tongkat sakti, hahaha, yang aku bulatkan tu. Lepastu klik sekali kat mana mana ruang background kaler putih yang korang nak buang kat header tu, lepastu cari kat keyboard butang DEL tu klik terus, Settle, yeay!


5. Klik FILE dan KLIK SAVE AS. Lepastu klik SAVE.


6. Klik FILE lagi sekali, pilih EXPORT AS, lepastu akan keluar mcm gambar di atas kan, pilih format PNG baru boleh jadi transparent. Lepas dah tukar format PNG terus klik EXPORT. 

Nanti akan keluar macam ni, so klik terus Export tu, Ok. 

7. Dah siap! Yeay...Boleh guna untuk blog korang dah. Bereh.

Freebies Header

Nah ni contoh header yang aku dah siap transparentkan, siapa suka boleh ambil. Hihihi.

Post a Comment

9 Comments

  1. Wahh terbaikk laaa tuto ni...

    ReplyDelete
  2. perhh telan air liur tgk... thks mai <3 i do my best !!! kalau ada nk tnya nnti Unni email tnya yer :)

    ReplyDelete
  3. cantik nya mai. tuto ni sngt membantu untuk blogger buat header.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ajar yg mudah2 je busyra, kalau photoshop tak reti ,ahahah

      Delete
  4. Nice Sharing Mai.
    Nanti Mrs. A nak try test uji lah

    ReplyDelete