Perjalanan sebagai seorang Blogger

Perjalanan sebagai seorang Blogger

Ini kisah blog aku. Aku join dunia blogging sejak 2011, dan aku tak menyesal pun. Kerana bagi aku rakan blogger lebih ikhlas dan tidak hipokrit seperti laman sosial lain. 

Kenapa aku yakin sangat?

Sebab dalam dunia blogging, kita ada hak untuk memilih apa yang kita nak baca. Of course kalau kita tak suka penulisan orang tu (so far aku tak da rasa macam ni kecuali untuk blog politik kotor ataupun blog fitnah) mestilah kita tak akan klik dan masuk ke blog orang tu kan? Jadi cerita pun habis setakat disitu. Jadi bukan satu masalah kalau kita nak update berjuta post sehari pun. 

Manakala kalau laman sosial lain, orang lain suka atau tidak terpaksa tengok moment/status kita bertebaran kat wall mereka. Bila dah banyak sangat status kita, mulalah diorang buat andaian sendiri. Pepandai je dorang timbulkan isu, 'Orang bahagia tak tayang bahagia.', 'Asyik post gambar nanti tak kekal lama.' bla bla bla. Tengok blogger, tak ada pun kan timbul orang nak condemn Vivy dan husband, or Cik Epal dan hubby yang super sweet tu? See ? Nampak kan mentaliti orang facebook macam mana. Twitter tak tahu la,bagi aku bebudak je kaki twitter, Muahaha.

Eh termelalut jauh. 

Aku mula berblog sebab aku bosan sangat kat rumah kakak aku. Tambahan pula aku memang suka menulis. So blog ni asalnya dibina sebagai diari terbuka aku je. Sampai sekarang pun sebenarnya diari terbuka dan aku tak pernah terfikir untuk tukar niche blog aku menjadi blog ilmiah. Kehkehkeh.

Beberapa bulan selepas itu aku kenal papito. So jadilah blog diari terbuka ni tertukar menjadi diari cinta tahap kencing manis nak muntah pelangi membacanya. Sorry readers. Jangan risau aku dah draftkan semua entry meloyakan tu supaya korang tak pening lalat, hahaha. Tapi kalau lepas kahwin maybe aku akan publish kan balik kot entry lama tu, blog aku kan? Hahaha.

Aku dapat ramai kawan dari blogger ni alhamdulillah, kebanyakannya lebih akrab dari kawan dunia nyata sampai sekarang tau. Blogger ni sudah tentulah seorang penulis. Seorang penulis ni selalunya pendengar yang baik. Hihihi, ramai yang dah tak menulis lagi, tapi ada yang berhijrah ke wattpad dan dah jadi penulis novel yang famous amos dan hebat kat sana. 

Tak adalah aku merapu sentiasa kan, kadang-kadang aku cuba juga share ilmu dan pengalaman aku dalam blog aku. Sebagai memori diri sendiri, dan juga panduan untuk orang lain, insyaAllah semoga bermanfaat.

Sepanjang menjadi blogger selama 6 tahun ni, aku cuma pernah cash out Nuffnang sekali, dan 8Share sekali, hahaha, jadilah dari tak ada langsung, ye dak? Tetapi hadiah giveaway dan kadang-kadang hadiah sesaja blogger lain nak bermurah hati bagi pun ada, banyak sangat. Alhamdulillah, siapa tak happy kan dapat hadiah. Itulah antara salah satu sebab kenapa best jadi blogger ni. 

Selama 6 tahun berblog ini juga aku sempat mengumpul seramai 1,417 orang follower, alhamdulillah, terima kasih. Maybe pada orang lain jumlah follower tak penting, tapi untuk aku, mestilah aku menghargai setiap orang yang selalu singgah dan follow sini. Kalau takde mereka, matilah blog aku, baik aku tutup je laptop menulis diari kat buku beli kat kedai RM2 tu. Kekeke.

262,075 pageview sepanjang 6 tahun ni, fuh tak membanggakan lagi. Aku target sebelum berakhirnya 2017 ni, aku nak capai 500,000 pageview. Boleh tak rasa-rasa? Boleh je kalau rajin buat entry berkualiti.HAHAHAHA, masalahnye aku ni dah la selalu kena writer's block, pastu entry entah hape-hape.

Itulah perjalanan missobsesi.blogspot.my yang banyak kali buat aku fikir untuk tukar url tidak matang itu, tetapi buat masa sekarang aku hanya mampu berfikir ,belum mampu bertindak,kehkehkeh. (Banyak kena pikir oh sebelum tukar domain.)

Bagaimana pula perjalanan korang? Penuh onak ranjau tak? Kekekeke. Jadi nak tag Mellya, Kak Sha, dan Zafirah, untuk baca perjalanan mereka pula. hihi.

*****
Baiklah entry 'Perjalanan sebagai seorang Blogger' ini adalah sempena penyertaan aku untuk masuk segmen/giveaway bloglist Farhana Jafri. Siapa ingat blog Anna J, sebenarnya blog tu dah permanently deleted secara tidak sengaja oleh Farhana Jafri, kesian dia. Tapi nak buat macam mana perkara tu dah memang nak jadi kan? 

So marilah ramai-ramai support Farhana yang comeback ke dunia blogging dengan blog baru ini. Jom follow dan ramai-ramai. Klik Banner di Bawah Untuk Join~!

Follow

Post a Comment

36 Comments

  1. semoga tercapai target untuk dapat 5000000 pageview tu :)

    ReplyDelete
  2. Wahh.. 6 tahun? lamaa tu. Betul tu kalau dengan rakan2 blogger, best je. Kalau kat media sosial sikit2 nak kecam. haha. Tapi itu pendapat saya je la :P

    Semoga mencapai 500k pageviews ! Good luck and all the best.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Hehehe kalau rajin2 nanti jom la join :D

      Delete
  4. menulis ni bukan main hentam keromo jer..kena jaga bahasa dan tutur kata sbb kita penulis politik dan jugak bukan penulis murahan..mcm sy dah start blogging since 2006 lebih kepada personal diari cuma baru2 ni jer open to public..masih byk posting yg tersimpan dan tersorok keke..semoga azam berblogging Mai tu tercapai. Selamat Malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga tu Mrs Fuzy, saya takut nak ulas viral2 terkini sebab selalunya fitnah, huhu..sebab itu saya lebih kepada pengalaman ataupun buah fikiran sendiri je. Bahasa dan tutur kata kadang2 buat saya risau juga sebab takut kata ganti diri dalam entri tak enak dibaca orang lebih tua.

      Delete
  5. wowwww amazinggg ! semoga terus suskes mayy :D

    ReplyDelete
  6. Seseorang sepatutnya jujur tak kira di laman sosial mana pun. Setakat ni saya setuju dgn May, blogger is the best online media.

    Saya tak ada laman sosial yg lain melainkan my blog and my watsapp.

    Saya setuju sangat yr writing for this entry. Nanti saya nak belajar dgn mai banyak perkara sebab saya baru sangat berblogging ni.

    See u.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi betul,saya paling suka ruang blogger.

      Sebenarnya saya pun tak banyak sangat ilmu mengenai blog ni, tapi kalau boleh saya bantu apa salahnya bertanya,hehehe insyaAllah saya akan bantu.

      Delete
  7. lg lama kita berblogging, lg sayang rasa kita pada blog. <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Absolutely! Memang sayang blog ni, hahaha.

      Delete
  8. Yeah!! Nanti akak joint tau.. Akak bookmark dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak dah joint.. Aci tak akak tag mai balik.. hahaha..
      Jangan marah ye.. Muach sikit..
      http://kasihkuamani.blogspot.my/2017/01/perjalanan-sebagai-seorang-blogger.html

      Delete
  9. Kat mana mana pun ada je orang negatif
    😃
    .
    Tak yah layan le
    .
    Buat hilang produktiviti dan masa je
    .
    Maznee menulis pun ada matlamat sendiri.
    .
    Tak kisah apa nak jadi, asalkan semuanya ikut matlamat tertulis
    .
    Senang nak fokus 😃
    .
    Selamat berblogging

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok tengak sis menulis ada fokus tersendiri,tak la merepek mcm saya, hehehe. Betul tu orang negatif tak perlu layan, baik jadi diri sendiri, Selamat Berblog juga :D

      Delete
  10. Setiap kerja ada cabarannya. Sabar. Teruskan usaha. Blogger dipandang icon tau sekarang ni... So kita kena 'jaga' diri... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi seriau dengar perkataan icon tu, huhuhu. InsyaAllah selagi boleh beri input negatif dan berkongsi pengalaman, saya akan tulis sebaik mungkin... Positive vibes only, heheheh.

      Delete
  11. "Orang bahagia tak tayang bahagia"

    Org yg post status nia bagi kak ana mcm kelakar pun ada. Sebab dia sendiri tak perasan dia pun tayang juga. Padahal bahagia tue subjektif 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak ana, kadang-kadang nak kongsi kegembiraan pun tak jadi nak kongsi, hahaha, baik tulis kat blog... :D

      Delete
  12. wow banyaknyaa page view Mai. smga dpt capat target 500k views . chayok2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak banyak tu kak reen kalau ukur dengan tahun mula.. hahahaha.thank you kak reen...

      Delete
  13. Siqah setuju dengan ayat Mai pasal post kat FB dan IG tu.. Kalau di blogger, rasa siqah tak pernah jumpa lagi orang suka condemn ke atau cakap benda tak elok. Masih terjaga institusi blogger. Hehe.

    Good luck dalam nak capai target 500k PV! 💪😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, sebab blogger lagi suka tulis pasal diri sendiri dari sibuk condemn orang kut, hehehe. seronok jadi warga blogger ni...

      InsyaAllah~!

      Delete
  14. wahh.. 6 tahun tue agak juga.. daripada Nurul nie nda sampai setahun pun hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi 6 tahun tapi ada berhenti2 sekejap. hehehe... masa tu tak serius berbloging.

      Delete
  15. Wow! 6 tahun ya...
    Ganbatte! In shaa Allah dpt 500,000 views tu.. (y)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye Kak Long, hihihi, thank you very much <3

      Delete
  16. perjalanan yang menarik.....semoga terus menulis walaupun selepas berkhawin nanti , pastu join kelab momi2 plak...ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, hihihi, kelab momi2 blogger mmg awesome, banyak ilmu kat situ, rugi kalau tak join.

      Delete
  17. wahhhh.. semangat baca blog awak.. Nurul suka singgah blog awak sebab content yang tersusun kemas.. blog pun simple dan sedap mata memandang.. keep it up awak ! ^^

    http://www.syahirahvaliant.com/2017/02/perjalanan-sebagai-seorang-blogger.html

    ReplyDelete
  18. Wahhh .. sebenarnya sy baru nak tulis entry pasal nie. tetapi nak cari ilham dulu hahaha~~ btw bila jadi blogger nie mcm2 pengalaman yg kita dapat .. like mai said "tak pernah menyesal berblog" .. tahun nie baru merasa serius nak berblog, harap2 momentum berblog itu tak jatuh even lepas kahwin hehe ~~ Good Luck for 500000 views

    ReplyDelete
  19. Wow! Lamanya dalam dunia blogger ni. Saya baru je 2 tahun. Menulis pun sekadar suka-suka. Bila rasa nak kongsi, saya kongsi, bila rasa malas, just blog walking jer.
    By the way, i wish you will achieved 500000 views before 12 midnight 2017. Amiin,,,.

    ReplyDelete