GIVEAWAY PRE-LOVED BUKU 2017

GIVEAWAY PRE-LOVED BUKU 2017

Assalamualaikum, hi readers!

Ada giveaway lagi ni, dekat dua jam jugalah aku duk fikir nak join ke tidak, nak join ke tidak, kalau join nak pilih buku mana. Cepat-cepat aku buka goodreads dan tilik dari satu buku ke satu buku. Sudah lama aku tidak membaca sebuah buku nyata, asyik baca buku online dari Wattpad je, rindu juga bau enak setiap helaian-helaian buku.

Paranoia, Selumbar, Langit Petang, Awek Chuck Taylor, Rehabilitasi, dan juga Reinkarnasi adalah senarai buku yang kita perlu pilih dua darinya. Sejujurnya aku sejenis suka mengumpul buku yang ada sekuel or trilogi. Jadi aku sekarang dalam dilema pula perlukah aku pilih reinkasi dan sekuelnya rehabilitasi atas sebab satu set, ataupun pilih yang betul-betul aku minat.

Jadi setelah fikir-fikir campur analisis dari komen jujur lagi tajam menikam dari pembaca kat Goodreads, aku nekad untuk memilih dua buku ini, iaitu SELUMBAR dan REHABILITASI.

Saya nak menang buku SELUMBAR dan REHABILITASI mestilah kerana komen positif daripada pembaca dalam Goodreads. Buku yang bagus ni adalah buku yang mampu bawa kita ke satu dimensi lain yang penulis cipta, dan bukan semua penulis mampu lakukan itu. So aku ingin dalami kisah hidup LGBT yang aku hanya mampu pandang serong tanpa memahami mereka melalui Selumbar, dan juga nak buku Rehabilitasi sebab buku tu cool, aku pernah tengok kawan punya, hihihi.

Sekian. Goodluck to myself dan semua peserta. 

Follow

Post a Comment

21 Comments

  1. Goodluck Mayy! :)

    Claudia | http://claudiasrj.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Ingatkan akak pulak yang nak bagi giveaway. Baru je nak komen, macam mana nak join. Lepas baca betol2, sakitnya tuh disini. hahaha..

    Salam kenal ye kak. Saya dah follow blog akak. Hopefully akak datang lah mai rumah kami juga www.theamazingjasmi.com

    Makasih ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha nape pula sakitnya tuh disitu... Meh la join ramai-ramai.

      Salam kenal Jasmi. Thank you follow sini, will follow u back.

      Delete
    2. Itu buku dalam bahasa melayu ke? Saya suka baca novel Hlovate kalau utk bahasa melayu.

      Delete
  3. Gud luck & moga dapat buku yang disukai :)

    ReplyDelete
  4. busyra pun teringin nak ada buku REHABILITASI tu.. btw gud luck mai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Join la busyra, hihihi.

      Thank you awek <3

      Delete
  5. good luck Mai...memang seronok kalau baca novel ni...mmg carried away

    ReplyDelete
  6. good luck kak mai :) semoga dapat buku yang disukai.

    ReplyDelete
  7. All the best !
    Join gakss, hehehe~

    http://nonasani.blogspot.my/2017/02/giveaway-pre-loved-buku-2017.html

    ReplyDelete
  8. good luck mai.!.sy pun smlm seharian fikir nk join x..kena cri buku yg nk kena review lg..last2 hold je..hahhaa

    ReplyDelete
  9. hai awak , selamat petang

    saya singgah dari segmen yang sama

    http://thezafirahnazri.blogspot.my/2017/02/giveaway-pre-loved-buku-2017.html

    selamat berjaya okay !

    ReplyDelete
  10. Sis pun join jugak... ooo baca wattpad ya.. kot la nak baca wattpad I.. hahaha..

    ReplyDelete
  11. terima kasih sebab join GA :) . minta maaf sebab lambat umum pemenang :) Petang @ Malam nih, saya update pemenang ye :)

    ReplyDelete