Ambil ubat Anak Kucing Hilang Selera di My Cat Clinic Kulim.

Assalamualaikum & hi readers.

Sudah beberapa hari aku 'bercuti' dari menulis blog kerana demam panas yang menyerangku. Mulanya cuma bapak dan adikku (Yana) yang batuk-batuk sikit, tapi maklumlah kerana hyperthyroid yang melemahkan antibodi aku, aku terjangkit malahan lebih teruk dari mereka. 

Tapi malangnya bukan aku sahaja yang demam, Adek (kalau tak kenal Adek sila baca SINI) pun turut terkena tempias. Tapi nak kata Adek demam, dia tidaklah lemah sangat, cuma sudah dua hari juga dia tak mahu makan langsung. Aku tak tahu nak buat apa, bila bagi sup ayam pun, dia cuma hirup sup, ayam dia ludah balik. Bingung jadinya. Risau juga nak jaga baby kucing ni sebab mostly akan mati sebab antibody depa tak kuat lagi).

Anak Kucing Hilang Selera Makan

So today, kerana kasih sayang yang sangat besar untuk Adek, cewahhh...Aku gagahkan juga untuk drive ke klinik haiwan walaupun aku sendiri tengah demam dan cuma makan panadol saja,kekeke. Alhamdulillah demam aku semakin surut hari ni cuma selera makan masih tak ada. Terima kasih kawan-kawan yang mendoakan kesihatan aku.


Macam selalunya, kami pergi ke My Cat Clinic Kulim @ Qaseh Petshop Kulim  sebab Adek dah biasa pergi sana dan ada buku pink sendiri. Lagipun doktor kat situ mesra-mesra uols. Lokasi klinik kucing ni sangat strategik, so orang Kulim or Bukit Mertajam pun senang nak cari.

Semasa mendaftar tu macam biasalah Adek akan melawat kawasan dulu. Proses mendaftar hari ini laju je sebab Adek kan dan macam pelanggan tetap kat situ tu, so doktor akan kutip kad pink dan Adek diminta menunggu untuk dipanggil ke bilik rawatan.

Adek melawat Kawasan

Selepas mendaftar, aku dan Adek masuk ke Bilik Rawatan 1 dan disambut mesra oleh seorang doktor wanita & pembantunya. Adek terketaq-ketaq kesejukan, aku pun confuse dia berlakon ke apa, sebab kat rumah pun aircond relax je siap port fav dia tidur bawah aircond, bila aku selimut ditendangnya selimut tu. Entah-entah dia terketaq-ketaq tu sebab takut kena inject paa...hahah.

Mula-mula doktor akan check suhu badan kucing kita. Thermometer akan dicucuk pada bontot kucing selama lebih kurang 1 minit. Fuh nasib baik doktor sapu pelincir, kakak yang seriau lebih hentah apa apa, ahahaha. Adek relax je tengok kakak dengan muka pasrah gitteww. Btw, jangan risau proses ni tak sakit, cuma kucing tak selesa.

Alhamdulillah suhu badan Adek normal, means Adek tak demam. Tapi kenapa dia tak lalu makan ye???

So doktor tu pun cuci telinga dan mata Adek. Doktor risau sebab taik mata Adek warna kuning, maknanya badan Adek tengah fight dengan infections. Lagipun Adek tak vaccine lagi. Omg,kakak so risau tau.

Lepas tu Doktor bagi Adek wetfood, Adek buat donno jee, pandang pun tidak. Sekali pembantu tu suap paksa kat mulut dia, terus dia makan penuh selera kat situ. Perghhh serius buat malu kakak je Adek ni tau. Beriya aku cerita dia tak lalu makan penuh emosi kat doktor, macam ni dia buat kat aku. Muahahaha gurau je, makan lah Adek. Kakak happy tengok hang makan.


Lepas Adek dah kenyang, doktor sambung check dia balik. Hahaha lawak betul budak ni. Nasib doktor tu layan je.. Swasta biasa lerr. Kekeke.

Lawaknya masa ambil ubat tu duit aku bawa tak cukup pula, hahaha. Ada je jiran aku kerja kat klinik tu kalau nak pinjam dulu kat rumah baru bayar tapi segan pulak, loqlaq. So aku pun pecutlah laju-laju pegi ambil duit lepastu datang bayar balik.

Masa aku ambil tu pembantu doktor yang serahkan Adek tu cakap, Adek bising giler. Asyik nangis je cari aku. Hahaha. Memang ler manja pun. Aku bawak kereta pun dia duk hisap baju aku. Adehh. Masa aku turun beli soya tepi jalan pun dia nak ikut, aku layankan jelah, kang masa aku sibuk duk bayar soya dia hilang masuk dalam enjin mampus aku.


Adek dapat banyak ubat tau. Jenuh aku nak suap dia. Paling dia tak suka antibiotik warna biru tu. Puiihhh selamba dia ludah atas aku balik dengan muka penuh azab dia menahan kepahitan. Aduh dek, this is life. Pahit ubat tu sikit je nak bandingkan pahit kehidupan. Tetiba. Haha.


Hahahaha tengoklah muka tak puas hati dia tengok ubat tu. Ushar panas je kat aku yang telah memaksa dia makan ubat yang aku tumbuk dengan air sebijik-sebijik sebab aku takut dia tercekik pula tengok saiz ubat dah macam bijik saga gitu..

Senarai ubat yang Adek dapat adalah:
  • Vitamin B-Complex - 1 biji sehari sekali
  • Antibiotik kuning - 1/8 biji sehari sekali
  • Antibiotik biru - 1/4 biji sehari sekali
  • Ubat Lawan Jangkitan - 1 biji 2hari sekali
  • Ubat tambah selera - 1ml/ sehari sekali
  • Ubat pucat/tambah darah - 2 titik sehari sekali

Total : RM50.00

Gosh! Pity you Adek. Kakak faham memang siksa nak makan ubat banyak banyak ni. Tapi Adek kena kuat dan sihat tau. Kakak sayang Adek sangat-sangat.

Nak tahu tak berita best sangat hari ni....Kakak dah lama syak Adek mix maincoon tau. Tapi kakak pendam je sebab masa post kat facebook haritu semua cakap Adek mix persian. Tapi tadi doktor dan pembantu doktor sendiri cakap Adek ni macam baka maincoon terutama telinga dan kaki Adek yang besar dari kucing kampung.

Tapi sebenarnya kakak tak kisah pun baka apa pun... Siapa kita nak pilih bulu ye dak. Semua makhluk Tuhan yang sangat special. Free painkiller gitteww. Kalau bela elok gebu jugak, tengoklah abang Owen & Ibang tu, sado je. Hehehe sapa follow instagram aku kenal la Ibang & Owen. Dua hero Malaya tu.

Dibawah adalah detail tentang My Cat Clinik Kulim. 

Phone:
 +60 17-408 8543

Opening Hours:
Monday: 9:00 AM – 5:30 PM
Tuesday: 9:00 AM – 5:30 PM
Wednesday: 9:00 AM – 5:30 PM
Thursday: 9:00 AM – 5:30 PM
Friday: 9:00 AM – 5:30 PM
Saturday: 9:00 AM – 12:30 PM
Sunday: Closed




Follow

Post a Comment

44 Comments

  1. Kesian adek kena telan ubat banyak2 dah macam manusia dah ko dek haha. Lawak pula part "pahit ubat sikit je nak dibandingkan dengan kehidupan. Kahkah". Sempat lagi mai kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, Adek oh Adek. Alhamdulillah dah makin sihat dah budak tu...

      Abaikan pesanan tak memasal tu, HAHAHA.

      Delete
  2. Nade2 ye adek. Buat malu kakak je nak makan bersuap. Hehe. Comel je adek.

    Semoga sihat ye Mai. Adek dan family mai juga ❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe kalau makan ayam, memang minta bersuap pun, manja terlebih. Harap bila dah besar gebu nanti tak lupa diri ler,hahaha.

      Aamiin, thank you kak Ana.

      Delete
  3. lama dah x bela2 kucing ke apa.. bagus mai..

    kucing ni nak dok ngepit tuan ni. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha masalah tau bila manja terlebih2 ni...Apa kerja pon tak jalan,hahaha..Hehehe bela sebabb kutip2 je,tak beli pun yang mahal2...

      Delete
  4. semoga adek cepat sihat..dan aktif semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe alhamdulillah harini dah makin sihat budak bertuah tu...

      Delete
  5. comelnya si Adek �� kalau demam, sy bg minum kucing air kelapa. kalau selain demam, baru bawa pi klinik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suhu dia tak panas Adieb, hehehe, risau tu la nasib baik pegi klinik. Alhamdulillah harini dah okay.

      Delete
  6. cepat sihat adik dan kakak.. comel pulak bayangkan kucing minum ubat. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi terima kasih Jasmi :D

      Delete
    2. Hahaha jenuh nak paksa dia bukak mulut tau..nasib baik ada syringe.

      Delete
  7. Amboi wetfood tu nak kena suap baru nak makan 😂

    ReplyDelete
  8. Alolo, kesian adek kena sumbat dengan ubat... hihi takpe Mai, kurang-kurang adek luah ubat tue depan awak, kucing akak nie plak jenis pandai berlakon, depan kita ingatkan dah telan ubat, bila dah duduk jauh terperuk sikit, diluahnya ubat tue, huhuhu lagi haru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha bijakkkk betul budak bertuah tu... haru-haru...dia ingat murah ubat dia tuuu.babap karang.

      Delete
  9. jauh pulak kulim. kalau kt perlis ni tataw kat mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang kerajaan punya pun tak ada ke leyla?

      Delete
  10. Manja betul anak kuceng. sonok tengok org suka kuceng ni. tp sis jenis takut kuceng. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe takpa perasaan takut tu boleh dibuang sis. Mai dulu mcm tu juga, bukan pencinta kucing since lahir pun,kekeke.

      Delete
  11. Eh, saya pun selalu pergi My Cat Clinic Kulim nih. Hahahaha..

    Salam dari Kulim, Kedah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh laa orang Kulim gak ka...hahaha. Hi geng.

      Delete
  12. 6 jenis ubat.
    Jenuh makan tu.
    Mai makan sekali ke ubat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, yang nak suap pun jenuh nak paksa dia.
      Hahahaha mana saya boleh makan. Tapi vitamin b complex tu yang manusia punya,

      Delete
  13. Andainya manusia berperasaan berperikemanusiaan then i think animals are better off than a lot of humans. Love the way you treated adik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang pun banyak bukti menunjukkan haiwan lagi bertimbang rasa berbanding manusia. T_T

      Delete
  14. Huyooo ubat adik, kalau hakak mau menangis nak telan banyak tu huhuhu. Cepat sihat ye adik, memang sedih kalau kucing kesayangan sakit. Dah macam jaga orang sakit la ceritanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakak Ira takut ubat ke. hihihi. Betul, tak senang duduk kalau depa sakit,sedih dan rasa bersalah nak biar je.

      Delete
  15. alahaiii adik.. jangan buat kakak risau lagi taw.. hihi..

    mai pun jage diri bebaik.. musim demam sekarang nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau buat hal cocok diaaaaa nanti,hahaha.

      InsyaAllah...kak E'in pun take care. :)

      Delete
  16. Bnyk giler ubat adik . Mohon jgn tkut mkn ubt.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa tu la kak reen... dia relax je, kalau pahit baru dia ludah.

      Delete
  17. alolo.. so sweet kucing kena makan ubat.. :)

    ReplyDelete
  18. Mai, same lah kita dijangkiti demam --'

    Bnyk giler ubat kene telan ! Mek klau ubat kucing ni biasa mek request yg injection :) Mek dulu kan cita cita nk jadi vet so tkde la gerun sngt nk inject kucing. Kalau shrink kat mulut tu biasa dia luak balik --' Jenuh nk lap and tahu dia akn tk ckup dose --'

    Ape ape pon, smoga adik sehat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha mai tak beranilah jenis cocok2 ni, kang tercocok diri sendiri pula. ada rupanya, baru tahu je...

      Adek dah sihat, alhamdulillah, tapi tu la duk teruskan antibiotik dia.

      Delete
  19. Antibiotik pon sampai dua, saya malas gila part antibiotik sbb kena makan sampai habis. Tengok gambar adek tu mmg ada la maine coon nya tappi lahai keik comel je nak banding dgn maine coon beso tu. Maine coon mmg favourite breed actually. Puas pegang besar besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, kalau tak maincoon pun sayang juga, tapi tu la kalau betul rejekiiiii.hahaha

      Delete
  20. byk nya ubat adek ! =D skrg da ok ke ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adek dah sihat sikit, alhamdulillah, nanti kena vaksin dia pula. hihihi

      Delete
  21. rajinnya mai nii.. nampak sngt busyra lama tak blogwalking, blog mai dah berubah wajah header.. cun mai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe mana adalah busyra, biasa2 je, baru tukar semalam,hahaha. thank youuuu

      Delete