Responsive Template Baru dari Blogger 2017, Yay or Nay?

The new template blogger 2017

Siapa excited masa dapat notification dari blogger tentang template baru ni angkat tangan..!!! Hihi, akulah tu antara salah seorang yang terus gatal tangan nak mencuba salah satu template baru tersebut.

Oh ya, untuk yang masih tidak tahu, baru-baru ini Blogger telah menambah beberapa template baru untuk pengguna. Lebih menarik, template blogger yang baru ini adalah responsive untuk mobile view dan percuma!

4 jenis template baru tersebut adalah Contempo, Soho, Emporio dan Notable. Kesemua template itu menggunakan auto 'Read More' untuk tampilan lebih kemas dan ringan.

Aku memilih template Contempo yang kelihatan lebih personal dan comel untuk dipasang pada blog kedua aku..Blog tersebut dibuat adalah untuk aku menyertai segala segmen dan giveaway yang aku rasa lebih elok untuk diasingkan dari blog utama aku.

Justeru, aku berpendapat template Contempo adalah sangat sesuai untuk blog peribadi dan santai manakala Soho, Emporio, dan Notable adalah untuk pengisian blog yang lebih serius dan profesional.

Berikut adalah komen aku untuk tema Contempo yang telah aku gunakan.

template Contempo

Rekabentuk Template
Aku suka reka bentuk template baru ini Template Contempo terutamanya kerana ia tidak lari dari template lama yang kita dah selesa guna selama ini. Apapun, ada juga antara template disediakan memaparkan tampilan grid, terpulanglah kepada cita rasa masing-masing.

Loading Ringan dan Cepat
Template Contempo pun ada sidebar, tetapi tersembunyi, hihi.. Sidebar tu sama juga, kita boleh meletakkan mini about-me, blog archive, follower blog, atau iklan sekalipun, yang akan muncul selepas kita klik. Oleh kerana template ini adalah simple-sesimplenya (#ohmyManglish), blog kita akan jadi ringan dan loading akan lebih cepat.

Ruangan komen yang Cool!
Antara salah satu sebab aku jatuh cinta dengan template ini adalah ruangan komennya. Cantiknyaaaa komen untuk template tu, arghhhh sis is kenot tahan la macam ni. Dah tak ada kotak komen jenis klasik tu dah ,yeay!!! Keinginan aku untuk mahu memakai Disqus & komen facebook dalam blog pun terpadam dah, hahaha. Dan aku tak cemburu lagi dengan sistem komen WordPress. Haa tengoklah betapa aku suka comment box template baru ni.

Tak percaya? Tengoklah sendiri...


Bebas untuk Customize Ikut Selera
Responsive template yang FREE sebelum ni tak boleh kita nak customize tema warna, font, dan aturan ikut selera kita kan, unless kita sanggup keluarkan duit semata-mata nak beli template tu. Yelah, nama pun benda free. Apapun jangan sedih lagi sebab dengan template dari blogger sendiri macam ni, kita boleh customize template blog kita ikut selera kita sendiri. Baru ada trademark sendiri gitteww.

Mesra SEO
Headings H1, H2, H3 dah siap ada, tak perlu tukar lagi. Cuma tak masukkan Website Description & Keyword je lagi. Itu pun sebab aku yang tak masukkan lagi. 


So kalau nak tengok live preview template baru blogger 2017 ini, jemputlah jenguk ke Mainakjoin.blogspot.my

Yay, I love the new template by Blogger ni...Apa pendapat korang, suka ke tidak dengan new template ni? Sharelah dengan aku. hihi.

Follow

Post a Comment

37 Comments

  1. Cantikkkk Maii. Nampak light. Lebih kemas dan ringkas :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan,,eshhhh kalau template sekarang pun pakai yg free dah lama tukar...adoi...

      Delete
  2. Wahhh blogger sekarang tak kurang hebatnya. Follow apa yang trend sekarang. Hihi. Cantik template baru ni. Akak suka warna template :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...Bagus blogger ni...tak pernah rasa nak curang ke wp.

      Delete
  3. I think it looks really good especially the contempo one. it looks more classy and seo friendly than the old blogger templates

    ReplyDelete
    Replies
    1. Absolutely!

      Yang lain pun best, ikut kesesuaian blog & taste orang tu.

      Delete
  4. Lawanya.. cam nak try tapi.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi sayang template sekarang? Ke malas nak buat kerja paling melecehkan ni kak SHa. hahahaha

      Delete
    2. Tak berape nak pandai, edit2 nie mai.. teringin juga nak cuba.. hehehe

      Delete
  5. Baru tahu :) Tapi nampak cool kan ;)

    ❤️

    ReplyDelete
  6. cantik lah sis mai hakhak. elsa tak cuba lagi pun template baru. takut nak usik hikhik :*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tu la kalau nak tukar template ni kena free dalam sehari tu, banyak benda nak kena godeh2 kan...

      Delete
  7. tak tercuba lagi, tgh mood malas skrang ni..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha biasalah tu, leceh sikit kerja tukar2 template ni...

      Delete
  8. Yeyy mai, shaf antara org yg excitedd lebihh bile dpt noti ada new template. And of course terus pakai sbb dah lama nak template yg ada responsive mobile view tu. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa tu la tengok Shaf kemain laju tukar, haha...

      Delete
  9. best kalau semua setting seo dah ada. suka responsive punya function tu! easy access kalau guna phone!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes... mmg best.. Comment pakai phone pun so far tak ada masalah...

      Delete
  10. sayaaa! hehe. busyra pun dapat jgk noti suruh tukar.. tp bagus la blogger kan dh update mcm ni. mmg cntik dan mudah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha excited tengok benda2 baru ni. hahaha.

      Delete
  11. Menarik! hehehe tapi bagi syed macam hmmm, yang warna putih tu lagi lawa, yang ada grid view tu. haaa Soho! tapi tu la macam simple sangat pulak haha. rajinnya mai buat banyak blog ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la ikut selera, rasanya Contempo ni lebih sesuai dengan gegirl. Mana da rajin, asingkan Giveaway je, sebab tengah mengorat adsense, hehehe.

      Delete
  12. Nampak mcm best..nnt nak cuba juga..

    ReplyDelete
  13. Akk pun perasan gak notify dr blogger sal tmplate baru ni. Cam best je kannn. Bila tngok live blog mai tu mmang laju giler dia loading. Susunan pun kemas ke tgok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe memang best kak reen. Nak reply comment pun senang je. Alaaaa rasa nak tukarrrr je sekarang kat blog ni. Tapi tulah, sayang pula template sekarang ni.

      Delete
  14. hahaha tadi pagi,, buka blog ja terus dapat noty dr blogger pasal nie.. hampir nak update entry pasal nie tdi tp x apalah hahaha.. tp mmg cantik template baru nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik kan template baru ni,, hahaha. Semangat je mai tukar..

      Delete
  15. The new blogger template collections are so pretty! There really is no excuse for people to NOT blog now!

    :)

    ReplyDelete
  16. Alaaa belum sempat nak usha pulak template blog terbaru ni, tapi tengok dari blog kedua Mai nampak templatenya not bad tu.

    ReplyDelete
  17. smart juga template contempo tu 😍

    ReplyDelete
  18. smart juga template contempo tu 😍

    ReplyDelete
  19. kak erna memang plan nak tukar templete. masa dapat noti tak tergerak hati nak tukar. tp baca post mai ni rasa teruja membuak buak nak tukar jap lagi ni. hehehe

    ReplyDelete