Baki Minimum Bank Islam 2017


Assalamualaikum.

Alkisahnya pada tahun pertama aku buat Bank Islam (2011), baki minima yang perlu ada dalam bank hanyalah RM10. Kemudian beberapa tahun kemudian, baki minima itu dinaikkan sebanyak RM50.

RM50 tu adalah sangat banyak dan bermakna bagi students. Ada yang tanya, "Kenapa ko selalu keluarkan semua duit? Tinggallah dalam bank tu." Aku senyum je.

Sebab aku bukan jenis ada RM100 dah call minta duit kat parents. Aku call masa duit aku dah tinggal RM5, tu pun kadang-kadang aku makan sebungkus megi sehari je sebab aku TAK SAMPAI HATI nak minta duit walaupun mak aku cakap "Mintalah duit bila takda nak makan. Kalau tak minta kat mak abah hang nak minta kat sapa lagi." 

Sobs. 

Kemudian aku tak tahu kenapa, baki minimum tu sekali lagi diturunkan jadi RM10. Baguslah masa tu aku rasa Bank Islam dah faham students perlukan duit, tak perlulah sekat sampai RM50 , kena ada preparation RM10 kot kot nak ambil kat ATM MEPS masa emergency, kan dah RM60 tersekat gitu je. 

Okaylah. Kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Hahahaha.

Baki Minimum Bank Islam 2017 - RM50.00 (Al-awfar)

Thank you Bank Islam, aku ambil tempahan buat blog 5 orang, so aku ingat bolehlah nak belanja mak aku kat bazaar pastu beli wetfood sekotak nak buat kenduri Whiskas. Rupanya impianku punah. Nasib baik ada job lain masuk. Haish, sabar jelah.

Tak kesian ke kat students hah buat macam ni? Lagi satu kat ATM tu, tambah-tambah dalam kawasan Univesiti, banyakkanlah not RM10 & RM20. Bukan semua orang nak cucuk RM50 kan setiap kali nak ambil duit.

Nak kena buka akaun bank lain lepas ni yang mudah nak buat jual beli. Maybank ke CIMB best?

*Update (22/11/2017)
Baki minimum kembali jadi RM10. Mungkin semasa ada cabutan bertuah tahunan je baki RM50 diwajibkan dalam bank. Hehehehe.



Follow

Post a Comment

27 Comments

  1. Tinggi sgt baki minimum. Mmg mnyusahkn .xptut btul..


    Akm pkai maybank. So far okay. Pnh tinggalkn rm6 je dlm akaun.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak reen. Padahal majoriti pakai bank islam ni students kot.

      Delete
  2. iyer ker..kak buka akaun 2008 baki minimum 10 ringgit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye kak, dalam web dia sendiri pun cakap.

      Delete
  3. mari bhuhu.. byknya smpai rm 50 tu. mdadak sgt rasanya naik. maybank dan cimb, dua2 oun bgs utk sebarang transaksi bisnes dear. alhamdulillah akak ada dua2. sgt bguna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha hanya mampu berHUHUHU la akak. T_T. Tiba2 je buat macam ni tanpa amaran. Tu la kalau nak buka akaun lain nanti sy cuba CIMB dlu la kot.

      Delete
  4. Huhuhu T-T sebelum nie kami menggunakan CIMB Bank utk pinjaman PTPTN, tp next sem ntah apa angin pihak U kami suruh tukar pi Bank Islam .. Tinggal setahun ja lgi kot .. menyusahkan ja nie mao buka byak bank..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh bestnya dah ada CIMB... Laa tak pasal2 kena tukar2, serabut kan Nurul.

      Delete
  5. Mya pun sebelum ini pakai Bank Islam tetapi macam susah sikit. ATM dia tak semua tempat ada. Mya decide buka akaun CIMB sbb dkt area rumah mya, ada CIMB je. Senanglah lepas ini mya guna CIMB untuk bisnes Nurraysa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. kalau emergency ke apa, memang tak jumpa la bank islam kat petronas/7E kan.dalam mall pun mostly maybank and cimb selain MEPS>

      Delete
  6. Time nak cucuk duit tu paling dilema. Nak keluarkan RM 50, seminggu laju je habis. Keluarkan 100 banyak sangat pulakk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..sekali terpecah RM50 tu kejap je nampak,lepastu lesap.

      Delete
  7. Hmph kan. Betul juga. I've a friend yg kadang kadang tu mmg tinggal rm50 dlm bank. lagi lagi hujung sem. Huaaaaa. Btw you're such an independent person ❤❤❤

    ReplyDelete
  8. isssh teruk betul Bank Islam ni..mmg besar tu minima RM50..bukan student jer yg sakit xdpt keluar utk belanja...diaorg patut membantu bukan membebankan pengguna..lagipun bukan duit depa duit kita kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... tak payah la tahan baki minimum sampai rm50 konon2 nak bagi cabutan bertuah la apa la..

      Delete
  9. Hi! i reviewed your blog :))
    http://fws00blog.blogspot.my/2017/06/review-blog-mayy-jie.html

    ReplyDelete
  10. pergh serius la mai.. busyra dah lama tak masukkan duit dlm bank islam. last bulan 7 tahun lepas. sebab ptptn kan masuk bank islam.. ha aa buka bank lain satu lagi mai. busyra guna maybank. mudah sangat2. senang. topup smua boleh. maybank2u.. lama dah busyra guna maybank.. so far okay.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la Busyra, terkejut gak masa ambil duit tadi tak boleh... buka pun pasal ptptn la ni, haha. Tu la duk dengar yg best pun CIMB and Maybank .

      Delete
  11. Both convenient but I prefer cimb more sebab Maybank2u leceh nak register.. hehe..

    ReplyDelete
  12. wahhh rezeki... 2 2 pun okay jugak

    ReplyDelete
  13. Menyusahkan di situ.. Akak memang pengguna Maybank.. Setakat ini okaylah.. Baki minimum RM1 je.. Maybank2u pin mudah nak guna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la duk dengar, maybank & cimb plg mudah..

      Delete
  14. ada akaun Bank Islam ngan BSN je, teringin nak bukak akaun Maybank tapi payah nak register, byk sgt syarat. Oh ye hadiah giveaway dah sampai 1 jun hari tu --> http://mulan-sahbanu.blogspot.my/2017/06/dapat-hadiah-giveaway-dari-mai.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau susah nampaknya buka CIMB jelah Ms.Banu. Thank you for your review...

      Delete
  15. admin.. boleh tukar ke minimum baki dari 50 ke 10? kalau masa kita buat acc tu min baki rm 50??

    ReplyDelete