Kenapa Aku Buang Chatbox dari Blog?


01. Meringankan Loading Blog

Ini salah satu inisiatif untuk aku lajukan loading blog untuk keselesaan visitors & readers yang datang kemari. Yelah musuh utama pembaca setia adalah loading yang lambat. Benda nampak simple tapi kita akan kehilangan ramai pembaca yang tak mahu menunggu lama untuk blog kita habis loading, silap-silap boleh jammed laptop depa, huhu. Tapi tu la, aku pun tak tahulah menjadi ke tidak? Laju tak loading? Hehehe.

02. Template Blog Terkini Tiada Ruang Footer

Ya, template terkini yang aku pakai tidak menyediakan ruang footer 3 tempat macam template terdahulu. Jadinya semua gadget aku perlu diletakkan di sidebar. Kalau dulu, dapatlah aku jimatkan space blog aku supaya tidak terlalu panjang kebawah dengan meletakkan 'blog archive' dan dua senarai bloglist aku dibahagian footer secara memanjang. Untuk mengelakkan blog aku kini terlalu panjang kebawah, aku terpaksa eliminate beberapa gadget yang bagiku tidak terlalu penting, termasuklah chatbox aku itu, hukhukhuk.

03. Menggalakkan visitor comment entry

Hehehehe trick nakal ke? Tak la, sebab aku jenis tak kisah pun orang nak comment walaupun sepatah, malah menggalakkan lagi korang rajin comment. Komen je apa-apa, insyaAllah aku akan respons (kalau perlu) dan balas visit ke blog korang (ini WAJIB). Lagipun kalau ada yang nak tanya soalan kadang-kadang kalau drop dekat chatbox je tu nanti aku takut terlepas pandang.


04. Mengelakkan Spam

Yes, blogger yang meletakkan chatbox memang terdedah dengan aktiviti spam ni. Siapa suka kena spam kan. Ramai blogger mesti pernah terkena spam untuk iklan 8share seseorang, ataupun spam ubat-ubat kuat dan beberapa mendalah lain yang tidak sangat tidak appropriate. Aku pun! Hahaha, tapi ini takdelah sebab-sebab utama aku buang chatbox aku. 

05. Senang balas blogwalking & comment blog blogger yang tinggalkan comment

Oleh sebab aku mewajibkan diri sendiri balas visit dari setiap yang tinggal jejak disini, bila semua tinggalkan dalam ruangan komen, ini memudahkan aku juga untuk pastikan tiada yang terlepas pandang. Lagipun ada sesetengah yang tinggalkan jejak dalam chatbox aku tu, bila aku blogwalking balas, blog depa pun takda chatbox. Aku nak tinggalkan jejak pun kena comment, amboi. hahaha berkira eh CikMai ni. Ala bukan berkira, give and take ler sesama blogger. 

Sebenarnya aku suka je blog aku ada chatbox, tapi tu la atas alasan-alasan kat atas ni aku terpaksa buang daripada blog aku. Permanently atau nanti aku letak balik tu aku pun tak pastilah. Maybe kalau aku tukar template yang ada footer 3, aku akan pertimbangkan balik lah. Buat masa ni aku memang puas hati denga template sendiri ni, kehkehkeh.

Blog korang ada tak chatbox? Kalau takda juga, kenapa?


Follow
Previous
Next Post »

24 Comments

Click here for Comments
BudakVanilla
admin
6/16/2017 5:19 AM ×

chatbox yg sekarang nie memang makan masa untuk loading. takmacam chatbox yg dulu2.
bagus jugak kalau buang chatbox nie kan, tapi syg pulak rasa nak buang :D

Reply
avatar
Maria Firdz
admin
6/16/2017 5:40 AM ×

Dah lama juga buang chat box Sejak tukar template Seo..

Reply
avatar
6/16/2017 6:07 AM ×

Lambat ke loading blog Mai sebelum ni? Huhu ira rasa okey je takda la loading berjanggut menunggu hahaha. Adehh acane eh nak tahu blog kita overload ke tidok bimbang pulak 😂

Reply
avatar
6/16/2017 7:50 AM ×

stuju dgn smua yg mai explain.. ya, memang ada pentingnya jgk cbox tp dari dlu lg busyra tak suka letak cbox dkt blog, dont know why. salah satunyanya mybe mai dh jwb yang no 3 tu. hehe

Reply
avatar
6/16/2017 7:51 AM ×

busyra ingat nama busyra dh x dak dkt bloglist mai.. baru nak kecewa. tp bila tngok balik, rupanya link dah lepas kebawah. sbb blog tak berupdate.. hahahah.

Reply
avatar
6/16/2017 8:01 AM ×

Wat masa ni masih ada ag. Tp terniat jugak nk buang sebab kena spam. Errhhhh..

Reply
avatar
Noor Azlan
admin
6/16/2017 8:18 AM ×

Chatbox bagi saya tidak terlalu penting dalam era matang untuk blog dan memberatkan... btw nampak cantik dah blog ni, kemas...

Reply
avatar
aziekz
admin
6/16/2017 8:27 AM ×

Lajuuuuu....no loadin...hi3
Br leh sggh dan bc dgn aman

Reply
avatar
6/16/2017 8:41 AM ×

kc pun dulu ada chatbox, lepastu buang selepas kena nasihat dengan afbiers dulu2 hehe. reason nya sama je macam mai beritahu atas tu :D kalau orang komen kat entri kita, naik juga UV PV blog kita.. kalau kat chatbox? hehe

Reply
avatar
6/16/2017 11:10 AM ×

mmg takut kena spam bila ada chat box tapi tu la kekdg bukan semua pelawat akan tinggal komen dan depa rasa mudah utk letak jejak kat chatbox..

Reply
avatar
6/16/2017 11:20 AM ×

huhu patutlah cari x ada dah cbax .. kalau sy lebih prefer blog yg ada cbox sbb kdg tue x sempat nak baca blog org so tinggalkan jejak ja .. kalau nak komen singgah blogwalking kat entry mcm segan pula hahaha xD

Reply
avatar
6/16/2017 1:04 PM ×

Kite masih kekalkan untuk ada cbox tu sebab kite sendiri pun jenis suka tinggalkan jejak dalam cbox selain comments jugak. Hehe..

Reply
avatar
Kin Naz
admin
6/16/2017 1:35 PM ×

Hmmm akak dulu pun pernah buang chatbox tu sbb kena spam je. Sekarang pasang balik sebab ada yg singgah komen pun takde. Sekurangnya diorang ade tempat tinggalkan jejak huhu

Reply
avatar
Jun Zie
admin
6/16/2017 3:04 PM ×

akak remove sebab 2x kena spam huhuhhu

Reply
avatar
6/16/2017 4:14 PM ×

kak fyna suka je letak chatbox, tapi bila pasang kt html tu, bila view chatbox tu tak keluar pun,, dan skg tak kisah da klu takde chatbox.. hehe :)

Reply
avatar
6/16/2017 5:54 PM ×

blog rabia tak ada chatbox..ada blogger beritahu kalau ada chatbox ni beratkan blog . dan lebih best kalau blogger komen di entry

Reply
avatar
6/16/2017 6:13 PM ×

Saya pun tak pasang chatbox. Kena spam dengan link yang entah apa-apa pulak nanti, sia-sia je

Reply
avatar
SHAF NAJMI
admin
6/16/2017 9:06 PM ×

Patot laju semacamm blog Mai, hihi

Lama tak singgah belok Mai serius takda mood nak berblog senjak menjak ni haha 😅

Reply
avatar
Adam
admin
6/17/2017 1:53 AM ×

Mai tompang tanya.
Blog saya ni loading dia cepat ke lambat. Saya tak tau.

Reply
avatar
mamapp
admin
6/17/2017 6:00 AM ×

Blog picisan macam mama Masih Ada Xbox lagi hihii

Reply
avatar
Nour Adieb
admin
6/17/2017 4:20 PM ×

dulu2 pernah juga letak cbox, pastu macam x sesuai di hati... nyahkan ja la ��

Reply
avatar
Lea Azleeya
admin
6/19/2017 5:34 AM ×

Yeahhhh.. Akak kalau chatbox bermasalah pun akan di remove.. takat ni ok lagik.. hiks..

Reply
avatar
Siqah Hussin
admin
6/19/2017 1:25 PM ×

Siqah tak pernah ada chatbox. Tak berapa minat pula. Reason sama lah macam Mai. Hehe. Nak blogger komen entri 🤣

Reply
avatar
Mrs. A
admin
7/05/2017 5:13 PM ×

Oh! Mai dah buang ya...
Mrs. A dah lama nak buang tai tak buang-buang lagi.
Entry selamat tinggal chatbox masih lagi di draft muahhhaaaa...
Tambah semangat nak buang ni.
Chatbox Mrs. A ada i-frame.
Dihikayatkan oleh pakar SEO i-frame no good itu antara sebabnya Mrs. A nak buang

Reply
avatar