#TeamAnakAbah

by - June 20, 2017


Kelmarin wish 'Happy Father's Day' kat abah tapi tak dilayan, muahahahaha. Abah memang cenggitu, masa birthday abah dulu, aku wish, 'Yada,yada,yada..I LOVE YOU THE MOST'.

Nak tahu abah reply apa?


"LETAK ALLAH DAN RASUL NUMBER SATU DALAM HATI."

Zassss menembus jantung, tapi aku tak ambil hati pun. Sebab abah memang macam tu pun. Dalam hati ada taman, cewahhh.

Abah pernah text aku juga, "Jangan selalu post status sayang abah lebih, nanti mama sedih." Hahaha, aku senyum je. Masa kecil dulu, dua kali aku kena marah sebab mama. First, aku cakap sesuatu yang menyedihkan mama, aku kena hanger dekat tapak kaki. Lagi satu, aku complain masakan mama, aku kena marah lepastu, abah kata "Lain kali mama masak jangan complain-complain."




Yes, responsibility is the greatest form of love. Tapi aku lebih bersyukur kerana selain bertanggungjawab, tak ada yang lebih membahagiakan anak-anak selain melihat ibubapanya hidup dalam suasana yang penuh cinta.
Mummy & Daddy Honeymoon - Langkawi
Paling aku tak boleh lupa, masa kecik dulu, abah pernah marah aku sampai aku terkencing atas karpet. Hahaha, bukan kena pukul pun. Loqlaq betul. Puncanya sebab aku minum dalam gelas ada sudu tu tak buang lepas bancuh. Abah tak suka pemalas macam tu, hahahaha. 
Bila kami semua dah besar, abah dah tak garang lagi. Dah boleh jadi geng dah, abah bertukar 360 darjah dari strict jadi kelakar. Hahaha. Tapi abah tetap abah lah, jangan petik suis garang tu please hadek hadek, hahaha.
Throwback  2001 - Lanai, Langkawi (abah with me and adek, blogger +Yana Jie yang kecik ketet tu)
Yang ada bapak muda macam aku mesti faham masa kecik orang ingat aku adik abah bila kami merempit naik motor, masa besar pula orang ingat bini nombor dua masa pegi kenduri. Hahaha, ala mengusik je tu, bini muda celah mana muka pun photostat bapak.

Aku selalu bangga dengan abah yang terlalu hebat dan sempurna (at least untuk aku yang dah 24 tahun tapi masih tak jumpa celanya beliau). 

Kalau bab pelajaran, tak ada soalan addmath or kimia yang abah tak boleh jawab lagi, yang lain pun semua abah ajar aku sendiri. Abah ajar aku sampai aku tak pernah dapat B dalam matematik, sentiasa A dari sekolah rendah sampai menengah. Hahaha, sorry abah tak masuk bidang favorite abah, Adik lari ke Biology >.<.

Kalau bab Agama, alhamdulillah, abah sentiasa boleh kami merujuk segalanya. Abahlah guru Al-quran pertama kami, abahlah Imam solat kami.

Abah boleh melukis dan bermain alat muzik. Mama kata masa abah mengorat mama, abah selalu lukis gambar mama dalam office senyap-senyap, mama buat kerja lepastu abah lukis tanpa sedar. Abah selalu main gitar. Abah sweet je dengan mama sampai tua. #truerelationshipgoal. 

Semoga encik future mampu menyayangi aku seperti itu.


Happy father's day abah yang ensem. Keep calm and stay 3S 1H (Sado, Smart, Segak, Hot), macam trademark abah tu, kekekekeke. 
Follow

You May Also Like

5 orang rajin komen

  1. Heheeh.. Biasala abahnya kena control macho. Happy Fathers Day to all fathers in the world

    ReplyDelete
  2. Semua anak perempuan menjadikan abah mereka idola.. hehehe.. garang macam mana pun tetap team abah kan..

    ReplyDelete
  3. sweetnya abah Mai...mmg terbaik abah Mai ni mengajar anak dlm pelajaran..dan paling penting seorang ayah mengajar anaknya mengaji dan menjadi iman dan semoga Mr Future Mai tu boleh menjadi seperti abah Mai

    ReplyDelete
  4. Muda lagi abah Mai ni.
    Orang jawa kata 'still guanteng'

    ReplyDelete