6 Beza Blogger Dulu dan Blogger Sekarang

Beza Blogger Dulu dan Blogger Sekarang | Zaman berubah, mestilah banyak bezanya antara blogger zaman dulu dengan blogger sekarang. Aku mula berblogging masa tahun 2010, ramai blogger yang aku kenal dari dulu sampai sekarang, dapatlah aku tengok perubahan demi perubahan dunia blogging ni. 

Bukan dunia blogging je berubah. Tapi para blogger pun turut berubah. Bukanlah perubahan yang buruk-buruk, tapi kadang-kadang aku rindu juga dengan suasana zaman dahulu.

Beza Blogger Dulu dan Blogger Sekarang
Orang berubah kah, atau aku yang berubah?
Aku taknak cakap pasal blogger lain, tapi inilah beberapa perubahan dalam dunia blog yang berlaku atas diri aku sendiri. Hahah. Ke aku sorang je berubah macam lalang sedangkan orang lain masih maintain?


(01) Gaya Penulisan
Dulu-Dulu 

Blog sebagai online diary tidak berkunci - Mostly blogger dulu menjadikan blog sebagai medan mengabadikan sejarah hidup dalam bentuk penulisan. Hihi, aku sendiri tak terkecualilah nak bercerita tentang kisah hidup yang tak berapa nak menarik tu dalam blog. Tak sangka ramai juga follower kisah cinta aku suatu masa dahulu. (Cinta monyet tu sekarang dah jadi tunang sayeeee).

Sekarang

Gaya penulisan lebih matang dan berinformasi - Sekali blogwalking sekarang ni, penuh ilmu yang boleh kita dapat. Banyak isu semasa dan maklumat terkini yang boleh kita dapat dari membaca blog sekarang ni. Memang bagus tapi kadangkala aku rasa agak berat untuk blogwalking pukal sekaligus, tepu otak, hewhewhew. Errr maaf blog aku masih kekal sebagai blog peribadi, bukan blog ilmiah ya.


(02) Jenis Template
Dulu-Dulu 

Penggunaan simple template - Zaman dulu memang simple template je yang menjadi pilihan untuk baju blog. Paling malas nanti pakai premade template dari 'The Cutest Blog On the Block' je. Haha. Senang. Aku lettew. Tapi kalau rajin sikit mesti berlumba nak edit blog pakai tutorial Lyssa Faizureen, Bajuwarnacoklat, dan Nabila Medah, haaaa siapa yang suka edit blog mesti kenal nama-nama besar ni, cewahh. Semakin crowded dan colourful blog, semakin bangga gitchewww.

Sekarang

Responsive template everywhere! - Akhirnya responsive template berjaya menjajah sebahagian blogger hari ini, hahahaha. Bukan apa, untuk blog yang mesra pembaca yang suka blogwalking pakai phone & tablet, maka responsive template memanglah pilihan yang tepat. Selain senang nak baca guna phone, responsive template menang lagi sebab rekaan yang kemas dan minimalist, memang sejuk mata memandang dan menawan.




(03) Rakan Blogger

Dulu-dulu 

Rakan blogger ramai sebaya - Dulu, ada blog memang satu trend remaja selepas myspace dah tak aktif. Selain seronok menghias blog masing-masing yang sungguh kawaii, remaja zaman dulu suka meluahkan perasaan dalam blog. Sebenarnya tak kisahlah sekadar blog cinta atau diari, selagi pandai menulis, memang sedap nak baca.

kawaii
So Kawaii!

Sekarang

Kebanyakan blogger dewasa - Haha dah tak jumpa blog remaja sekarang, kalau ada pun tak macam dulu, makin profesional nampaknya. Maybe semua geng tangkap leleh macam aku dulu dah lari ke wechat, muahahaha. Kebanyakan geng blogge zaman dulu aku dan inactivekan blog depa. Sobsss. Guaaaa rindu wehhh.



(04) Sumber Pendapatan

Dulu-dulu

Iklan Nuffnang/Churp-churp - Kerana innity tak semua orang mampu, maka nuffnang dan churp-churplah sumber pendapatan blogger dulu. Hahaha. Malas nak kutuklah sebab aku pun pernah cashout dari depa juga, tak banyak tapi adalah kan....Sikit...

Sekarang

Adsense/8Share - 8Share ni konsep sama macam Churp-churp manakala Adsense nak sama tapi tak serupa macam Nuffnang. Cukuplah aku kata yang aku sangat bahagia dengan Adsense sampai tak layan dah iklan yang lain... Kehkehkeh.



(05) SEO

Dulu-dulu

Tak kisah pasal SEO - Haha zaman dulu aku blogging, tak kenal pun SEO bagai ni. Kalau tak kenal, macam mana nak kisah, hahaha. Yang aku tahu tulis-tulis dan tulis. Hantam sajalah yang penting bahagia.

Sekarang

Blog dah 100% Mesra SEO - Yabedabedu! Blog aku yang SEO pun tak kenal dulu sekarang dah capai 100% mesra SEO. Mestilah kena ambil tahu kalau nak dapat untung dari blog kan. Kalau taknak dapat untung sukatiler. Alang-alang menulis ni hobi aku, apa salahnya nak raih untung dari hobi sendiri. Sambil menyelam, minum air, kata orang.



(06) Design Blog

Dulu-dulu 

Design yang Sarat - Zaman dulu blog memang suka blog yang dihias sarat, warna-warni, penuh doodle dan macam-macam lagiii. Kalau header tu, makin besar gedabak, makin rasa cool habis dah. Segala lagu favorite semua nak sumbat dalam blog, dengan volume high dan tak boleh pause, perghhhh sungguh annoying blog aku pada zaman dulu. Err jangan terasa kalau pernah buat, sebab aku cuma describe blog sendiri, hahaha, kalau buat tu maknanya genglah kita.

Sekarang

Tema minimalist jadi pilihan - Honestly aku suka dengan design blog yang simple. Warna hitam putih pun dah cukup, memang nampak elegan. Tapi kadang-kadang rindu jugak tema colourful blog zaman dulu, sebabtu aku pakai template meriah uols macam sekarang ni. 


Sharelah perubahan korang dalam dunia blogging ni pulak, hihi :D



Follow

Post a Comment

97 Comments

  1. hahaha betul.. tang pakai sumbat penuh blog yo yo oo jer.. teringat balik kelakar giler..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sama la kita sis... Rasa bergaya la tu dengan widget tu melambai2 kat sidebar tu, haha.

      Delete
  2. I agree with this post. I've seen a lot of improvements of my blog over the years. Really love the changes. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi, kan perubahan makin matang tu mmg elok. Paling suka bab template la.

      Delete
  3. Kbykn ju baca mmg ada betul beza blogger dulu dan kini. bab edit2 blog tu xbleh blaah hahhaha.. smua nak sumbat dalam blog.. peuwww

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kan kak Ju... Taknak kalah... kalau tak sumbat nampak kosong pulak nanti :P

      Delete
  4. waaahhhh... hahaha~~ Samalah, blog sy pun betul2 banyak berubah berbanding dulu. Terutama dari segi penulisan dan penyampaian maklumat. Dulu blog utk suka-suka, tp skrg sy lebih fokus apa yg sy boleh sampaikan utk pembaca. Sharing is caring gitu.

    Even kalau nak share tentang personal pun sy cuba utk berhati-hati dlm menulis. Skrg mcm2 boleh jadi. Alhamdulillah sejak adsense diluluskan sy pun makin bersemangat nak menulis hahahaha xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha best juga ikut arus semasa ni kan, hahaha. Dari pengalaman kita, insyaAllah jadi ilmu baru untuk orang lain.

      Bab peribadi mmg bahaya, terutama zaman viral macam sekarang ni.

      Congrats untuk adsense!

      Delete
  5. stuju sangat ! dulu2 mmg blog ni umpama public diary.. bnyak text dari gambar kan...sekarang banyak gambar dari text. Tapi masing2 ada pro & cons :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha betul tu, buh gambar saja pun boleh jadi entry.

      Delete
  6. yess betul! mungkin yang muda-mudi skrg cuma main ig je :3

    ReplyDelete
  7. Ibu tak merasa zaman blogger dulu dulu

    Usia dah 30 an baru nak belajar blogging

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe takpa ibu, masih belum terlewat :P

      Delete
  8. Akak setuju dengan mai. Akak start blogging dulu tahun 2012. Sejujurnya masa mula dlu blog akak colourful. Semuanya ikut tutorial daripada blogger otai masa tu. Sekarang ni bila dah umur meningkat tambah pula dah jadi mak orang ni kenala buat sedikit perubahan. Kalau dulu blog cerita syok sendiri sekarang ni kita share mana yang baik untuk semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak kan. dulu zaman colourful, blog putih masa tu rasa hodoh pulak, hahaha.

      Hehehe dulu mai tulis macam diari, taktau kenapa sekarang kaku nak buat macam tu directly, takut kena kecam pun ada, hahaha.

      Delete
  9. Perbezaan Amer dulu dan sekarang adalah dulu Amer hensem, sekarang Amer makin hensem. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kehkehkeh... :P Mestilah hensem orang kedah enn..

      Delete
  10. Hahaha...kesemua 6 perkara di atas benar belaka..cuma xbuh lagu dlm blog jer...dlu suka design blog cute cute cantik..skang lebih pada blog yg simple dan mesra mobile...dlu entry semua pasal personal..sekarang ada tp jarang jarang. Dah banyak entry review...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... tu la lagu tu ada dua jenis, yg boleh pause takpe lagi, kena yg lagu tak sedap dia tak bagi pause, tekan 'X' blah terus, haha.

      Bestnya dapat entry review..

      Delete
  11. Tahu takpe, yang paling penting bab SEO tu masih lagi merangkak-rangkak belajar. Tak berapa pandai. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai pun mana terer sgt SEO ni,Pelan2 kayuh bak kata orang, haha.

      Delete
  12. Memang betul ada perbezaan antara blogger dulu dengan sekarang.. Contohnya macam akak la.. hihi..

    ReplyDelete
  13. haaa lebih kurang je sis mai. dulu meroyan dalam entry sampai tak ingat dunia. sekarang nak menulis pun kena susun ayat elok elok takut orang terasa hikhik

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/07/cara-buat-pembayaran-bil-internet-p1-menggunakan-maybank2u.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha betul. Haish minta simpanglah keburukan kita dijadikan viral. Zaman sekarang ni kan bahaya.

      Delete
  14. Ahahaha! Sungguh benar apa yang dikata.. Samalahbngan akak.. Kalau dulu kemainlah nak sumbat segala2 hiasan dalam blog. Tak pedulik berat nak mampuih bila nak loading. Janji blog iols meriah! Wakaka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tau takpa... dah macam peminat blog sendiri pulak tu, hias cantik2 pastu kejap2 buka blog sendiri, kekekeke.

      Delete
  15. Setuju sangat. Especially part yang ramai kawan blogger dah tak aktif macam dulu. Ye lah, sekarang Twitter and Fb pun ada kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha kan. Mostly blogger dulu sorok identiti.

      Delete
  16. setujuuu smua diatas,, hehe. yg pling win yg bab seo.. dlu2 x tau langsung psal seo ni.. dengar pun x penah. haha..btw nice sharing mai! <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, even blog Otai masa tu pun tak pernah sebut, hahaha.

      Delete
  17. huhu tak sempat merasa zaman myspace tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa ye ke? Ni mesti muda mudi ni, haha.

      Delete
  18. hahahahaha rindu sebab dulu-dulu banyak contest and cara edit blog pun berbeza.
    lepastu part yang letak lagu tak boleh pause dulu tu pernah juga buat kahkahkah saja nak mendera telinga orang yang membaca kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...banyak contest. tapi yang senyap tak bagi hadiah pun banyak, hahahaha. Ingat dah habis canggih dah letak lagu gitu, haha.

      Delete
  19. Used to put everything on my blog from my picture, to my bf pic, to my friends, family, members, classmates.... EVERYONE I KNOW xD

    I also used to put such a cheesy story; more to personal life that I actually shouldnt tell anyone but yeah, I was 13-15 years back, a potato that is lame on networking

    My template was so messy with all the decorations lah apa lah, but it was nice lah dulu2. Kalau sekarang, memang takde readers lansung agaknya xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samaaaaa, gambar semua orang nak tepek dalam blog kan.. Hihihi. Sekarang ni jadi pelik pula kalau buat macam tu lagi.

      Delete
  20. orang dulu dulu rajin update blog..kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Semua benda nak post entry , hahaha.

      Delete
  21. Ada benarnya apa yang Mai catatkan tu... matang seiring peningkatan usia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul. Kebanyakan blogger sekarang ni penulisannya lebih serius dan matang.

      Delete
  22. Apa yg awak tulis semua betul. Sy start blogging dulu start tahun 2010, masa tu tak pandai pun blogwalking, tak tahu apa itu seo even tak pernah check pun PV.. Tulis ikut rasa hati jer..

    Bila dah bertukar url dan alamat baru, baru tahu utk blogwalking, seo dan segala benda yang berkaitan dengan blog. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, tak pernah ambil tahu pun PV UV semua, hehehe. Sekarang ni pakai adsense kenalah ambil tahu juga kan kalau nak dapat 'sesuatu' dari berblogging ni.

      Delete
  23. Hahaha sama! Pakai template dari The cutest on the block apatah tu haha. Pastu chatbox tu kalau boleh nak sebesar besarnya. Macam whatapps boleh chat chat. Lepasje dashboard bertukar wajah baru. Saya terus deactive blog. Masa tu baru form 1. Sekarang baru berblogging semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tau takpa, bosan2 sikit tukar pula template lain. Then adik pula pandai main coding, suruh dia design pula, tu tak masuk lagi template denim, blogskin bagai, haha.

      Mai pun baru buat comeback je ni. Hihi.

      Delete
  24. Lepas ni Mai bolehlah buat kajian perbezaan di antara blog orang purba dan orang muda pulak.

    ReplyDelete
  25. macam banyak yang sama kecuali part design blog sarat dan colorful. hihihi. dari dulu sampai sekarang saya suka yg simple je.

    tapi content blog memang beza. dulu more to diari. sekarang lebih berilmiah (ada jgak cerita life hari2 kdg2) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi saya sampai sekarang suka colourful :P

      Content saya masih post kisah hidup, haha.

      Delete
  26. mcm Umi la..lebih kepada diary peribadi..dah berblogging since 2006..tapi tak banyak yg dicatat..banyak yd disimpan kat draft..dulu segan nak bagitau kawan perihal blog sendiri sebb blog dulu umpama cerita utk simpanan peribadi..tapi sekarang makin seronok sbb blog boleh jana pendapatan tapi kalau blog terlalu sarat dgn font yang buat kita kena kecilkan mata tu mmg buat sakit hati..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kan umi kan.. Bab font mmg, saya tak gemar yg guna font kelabu + kecik sangat.

      Delete
  27. hahahaa apa yg mai kata tu ada yg betul... sy dari dulu lagi suka hitam putih ja tak suka crowded sgt.. betul2 maybe bdk2 yg leleh2 cinta ni dh pergi ke wechat dah tak di blog :D :D
    Benda yg penting dlm blog adalah SEO bila dapat sampaikan info org cari di search engine sampai ke blog kita ni rasa satu kepuasaan pada diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. :D :D :D

      blog mai dulu lagi crowded dari sekarang walaupun masih crowded, haha.

      betul, suka tengok UV tu, rasa happy dan nak tahu diorang datang dari entry mana.

      Delete
  28. BV memang still macam blogger dulu2. hahahhaa
    personal blog, banyak cerita pasal life,
    masih guna simple template dan tak berapa kisah pasal SEO :D

    ReplyDelete
  29. hahahahhahaha sama lahhhh! Macam mana boleh tak terjumpa eh dulu padahal area sama jugak start dengan blog. Dulu gambar selfie pun boleh buat post tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan... ke kita kenal tapi masing-masing dah lupa ni =)D

      Delete
  30. Kak Maizan boleh tak share sikit pasal SEO. sebab biha mmg kosong sgt pasal benda ni. Feel free utk terjah blog Beeha. https://beehaazman19.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak mai pun tak terer sangat, tapi insyaAllah nanti mai try ya. Thanks for the idea.

      Delete
  31. geng tangkap leleh dedulu dah lari ke wechat (zaman sekarang) 😂😂

    ReplyDelete
  32. sama macam akk.. semua di atas sy setuju.. ^^

    Akk, terasa blog remja inactive tuh.. jangan buang Nurrul :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidakkkkk, mana boleh buang Nurrul tersayang ni..

      Delete
  33. pasal template tu betul skrg,yg baru ni lagi mudah,,! :D

    ReplyDelete
  34. Salam kenal mbak, saya termasuk yang dulu atau sekarang ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga. Berdasarkan pemerhatian saya, nampaknya awak antara blogger terkini :P

      Delete
  35. sume tu betul mai! haha.. e'in start blogging tahun 2010.. dalam blog sume cite pasal luah pasan, meroyan.. Ya Allah malu betul taw bile bace balik.. then bile dah kawen dua tahun lepas, dah delete dah sume post yang tak berfaedah tu.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh sama la starting tahun kita tu.. Bab merepek mmg juara masa tu. mai draftkan je, sayang nak delete.

      Delete
  36. rabia start menulis blog pada tahun 2016.. masa tu umur baru je 20 tahun.skrg paling aktif berblog pada tahun 2017(umur dah meningkat 21 tahun ) hmm..sejak jd blogger ni dpt ramai kenalan blogger..dpt hadiah selalu..dpt ilmu..dpt kenal blogger2 .. yg pling penting dpt belajar speaking dgn blogger ni kak cahaya diana .i panggil dia kak dee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya kan berblogging ni, dapat ramai kawan-kawan yang baik :D

      Delete
  37. Saya baru setahun berbloggging so tak tau perbezaan dulu dgn sekarang. So, tak tau macam mana nak kongsi.

    ReplyDelete
  38. Blog akk dedulu blog bisnes cupcakes budget-cupcakes.blogspot.my

    Lps tu..dah ada anak..buat blog peribadi www.azlindaalin.com

    Dedua blog msh ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe comel je nama cupcakes tu.. Sama la kita blog peribadi :D

      Delete
  39. setuju sangat mai. :D

    ReplyDelete
  40. hehehe dulu n skrg mmg byk beza n perubahan kan.. skrg lebih yakin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe betul, sekarang lebih yakin...

      Delete
  41. How true. Dulu mama mmg x kisah langsung SEO bagai, sekarang pun tak kisah juga haha tapi i am.eilling to change. Tunggu masa he. Teringin gak AdSense

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la menabung dengan adsense MamaPpp :D tapi akak dah ada innity kaaannnn

      Delete
  42. kak fyna pun dulu aktif blog time zaman blogging tengah fenomena.. post lama dah delete sebab tak tutup aurat.. kahkah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.... zaman tu mmg kebanyakan orang mesti ada blog. :P

      Delete
  43. dulu jenuh tukar lagu blog tiap minggu lepas tu gigih ikut tutorial edit blog sendiri semua nak pink ala princess hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tauuuuuu takpa.. bab lagu tu, kekekeke. Tak boleh pause lagi bagus, biar semua readers layan sikit lagu tu, baru hayati entri kita tu, hakhakhak.

      Delete
  44. Setuju sangat.. Banyak beza dulu dan sekarang.. Kalau baca entry lama-lama cam nak gelak pun ada.. Sekarang akak lebih pada share mengenai buku.. Its my passion..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa Malu + 'apa yang aku merepek ni' kannn kak sha, hihihi. Tula, untung jadi blogger ulat buku ni, sentiasa ada idea nak tulis apa

      Delete
  45. apa yang sis share tu memang betul! comel blog sis.Done follow.follow balik ye blog baru saya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Azie, hihihi.. insyaAllah...kejap nak terjah!

      Delete
  46. Kaaannnnn... Dulu blogger pemalu, sekarang ramai yang aktif di facebook dan laman sosial lain. Kalau dulu segan nak mengaku ada blog kan..

    ReplyDelete
  47. hahahhahaa betul sangat. banyak benda dah berubah. tapi rasanya macam dulu dulu lagi best kot sbb blogging ni tak femes sangat. sekrang haa bersepah dah hahahhaa =DD

    ReplyDelete
  48. dulu2 siap letak widget radio online kat blog. masa ni ayah pun blogging jugak. pernah sekali ayah siap dedikasi lagu kat radio online tu untuk anaknya yg tgh blogging jugak hahaha

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  49. Sangat setuju. Suka blog bersih. Dominan putih. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... nampak cerah mata kan..Mai tak kisah warna. asalkan tak serabut, takda design tak centre, takda design tak seimbang. Tak tau nape rasa sakit mata kalau tengok design gitu, haha.

      Delete