Kakak Dania is getting better!

Kakak Dania is getting better! | Alhamdulillah, cakap pasal botol air basi meletup kena muka Dania semalam, kan appointment pukul 8 malam. 

Tapi tu la sebelum nak sampai pukul 8 malam tu, memang rumah pula la macam nak meletup dengan raungan kak Dania yang kesakitan tu. Alahai, kesiannya, tapi apa yang boleh dibuat selain tekap mata dia dengan tuala basah untuk elakkan dia genyeh-genyeh mata. 

Irish Dania
Dania 2 years old
Air milo yang basi tu mesti masam kan, so ikut logik pH dia agak-agak berapa la tu, entah2 dah berasid. Itu yang aku risau sangat tu, janganlahhhh ikut aku kecik-kecik dah kena pakai spek, sayangkan mata yang cantik tu.

First Aid untuk Air Basi Masuk dalam Mata?

01. Rawatan pertama bagi kecederaan mata adalah mencuci mata menggunakan air yang bersih dengan banyak.

02. Jangan mencuba untuk menampan bahan kimia tersebut tetapi sebaliknya hendaklah mencairkannya dengan menyiram air bersih yang banyak.

03. Mencuci mata serta merta dengan air yang banyak sebelum sampai ke hospital atau klinik adalah sangat penting untuk mengurangkan tahap kerosakan yang disebabkan oleh bahan kimia tersebut keatas mata.

Cucian mata hendaklah dilakukan serta merta di tempat kecelakaan dengan menggunakan air bersih. Cucian mata hendaklah dilakukan dengan mata terbuka dan menggerakkan bola mata dari kiri ke kanan dan sebaliknya. Ini bagi memastikan cucian adalah sekata dan berkesan.

Apa Kata Doktor kat Dania?

Alhamdulillah, tiada kecederaan serius kata doktor. Nasiblah tak ada luka dalam matanya. Cuma ada luka di atas hidung dan kelopak mata sikit. Lepastu suhu badan pun naik, mana tidaknya duk meraung je seharian.

So dapatlah dia ubat mata & ubat demam. Total cost RM50 sahaja. Get well soon k baby.

Dania 7 years old. 
Sumber rujukan : http://www.myhealth.gov.my/kecederaan-mata/ 

Follow

Post a Comment

20 Comments

  1. Semoga cepat sembuh dania...

    ReplyDelete
  2. Hey....kakak Dania comel..sama la nama ngan anak akak ha...anak akak umur 13 tahun tahun ni...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah semua baik2 je. syafakillah dania :)

    ReplyDelete
  4. ya Allah.. nasib kak dania tak de pape.. lepas ni kena hati hati lebih ya.. hee~ peluk ciom untuk kak dania.. semoga jadi anak yang solehah..

    ReplyDelete
  5. Comelnya Dania 2 tahun Dan 7 tahun

    ReplyDelete
  6. get well soon kakak :* jangan banyak keluar rumah sementara mata nak baik tu hehe

    lama tak datang sini dah tukar template baru! jealous nie jealous hikhik

    ReplyDelete
  7. Semoga cepat sembuh yer kakak...nasib baik taj dr apa apa...syukur =)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulilah dania xde apa..semoga cepat sembuh ye

    ReplyDelete
  9. Semoga dania akan semakin pulih dan kembali cergas..

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah.. semoga cepat sembuh. jangan tonyoh mata..

    ReplyDelete
  11. Bahaya juga kan.... sebab ada gas tertentu rasanya kalau lama sangat....

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah..nasib baik Dania x apa apa kecederaan serius

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah.. syukurlah tak da apa2.. take care and I hope that she will get well soon :)

    ReplyDelete
  14. Semoga cepat sembuh dania comey. 😘

    ReplyDelete
  15. Syafakillah Dania..semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah tak ada apa2 yang serius. Semoga kakak Dania makin sihat InsyaaAllah.

    ReplyDelete
  17. alhamdulillah takde yang serious! Get well soon dania :D

    ReplyDelete
  18. :lv terima kasih atas doa2 kalian

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah, getting better dania..

    ReplyDelete