Bagaimana Mai Move-On dari Patah Hati

Bagaimana Mai Move-On dari Patah Hati | Setiap perkenalan memang akan berakhir dengan perpisahan. Kehilangan seseorang terutamanya dalam keadaan kita belum bersedia memang sangat melukakan. Tapi hati yang patah perlu dirawat secepatnya, jangan diturutkan sangat nanti hancur sendiri.


"Tuhan berikanlah padaku petunjuk,
Kenapa Kau menentu dia bukannya untukku,
Tuhan tunjukkanlah agar ku mengerti,
Hikmahnya di sebalik takdir."
Indah Ruhaila, Di Sebalik Takdir


Betul, memang kita akan selalu tertanya, apa salah kita sehingga terjadinya semua ini. Kita tak faham kenapa kita takdir yang kita tuju tiba-tiba menukar haluan. Pelik kan, dah usaha macam-macam tapi kenapa kita kena berpisah? Kenapa? Sebab orang dah taknak la tu, jangan penatkan diri tanya soalan-soalan yang tak ada orang nak jawab tu.

Bak kata Fahrin dalam novel 5 tahun 5 bulan, "Kalau orang sayang, dia akan cakap, dan dia akan buat". Kalau orang tu tak pernah nak cakap dia sayang kita, dia sorok kehadiran kita dalam hidup dia, fikirkanlah kembali. Bukan suruh upload gambar kita 40 keping sehari kat laman sosial, tapi kalau depan keluarga & kawan-kawan dia pun dia tak sudi kenalkan kita, rasa-rasa mampu ke hubungan macam ni nak pergi jauh?

Mai pun macam ramai kat luar sana juga, yang pernah lalui episod patah hati dalam hidup. Pengalaman mahal kan, jadi marilah kita belajar yang tiada sesuatu pun dalam dunia ni KEKAL. Dan Mai rasa nak kongsi bagaimana cara Mai sendiri untuk move-on dari patah hati dan perasaan kecewa macam ni.

Bagaimana Mai Move-On dari Patah Hati

Bagaimana Mai Move-On dari Patah Hati 

01) Nenangislah sepuasnya - Jangan takut untuk menangis bila rasa sedih. Tak kisahlah kita ni lelaki ke perempuan, kalau rasa menangis tu mampu legakan hati kita, kenapa kita nak tahan-tahan pula kan. Seperti kata Buasir Otak, lelaki jika menangis, masih lagi lelaki.

02) Maafkan si pematah hati - Maafkan si pematah hati bukan sebab dia layak dimaafkan, tapi kerana kita layak untuk hidup lebih tenang tanpa perlu fikirkan dia lagi. Kalau masih menyimpan 'dendam' dan asyik nak stalk sambil mengharap si pematah hati tersebut tak bahagia, fikir la balik tu sebenarnya benci keeee masih cinta? Kekeke.

03) Elakkan duduk bersendirian - Kalau asyik duduk bersendirian, sambil meratap pilu dengan nasib yang kena tinggal kekasih ni, memang dapat buat kita jadi overthinking. Lepas dah fikir bukan-bukan, mulalah nak buat bukan-bukan, Nauzubillahiminzalik! Jadi masa sedih tu jangan selalu pinggirkan diri sendiri ok. Kalau pun tak suka bersosial dengan orang lain, sibuk-sibukkan diri dengan perkara yang lebih berfaedah.

04) Biasakan diri dengan suasana baru - Kalau asyik berkepit, nak makan pun sama-sama, nak jalan pun sama-sama, setiap hari mesej dan malam-malam asyik gayut, fuhh memang terkesan sangat kan perpisahan tu. Takmau rindu-rindu dah, nak atau tidak kita kenalah biasakan diri dengan hidup yang baru, belajar buat semua sendiri. Dan masa yang digunakan untuk gayut tu dengan benda lebih berfaedah, misalnya berblogging, eh!

05) Luahkan perasaan sedih itu - Kita ini manusia yang lemah, perasaan sedih itu memang biasa, janganlah nafikan perasaan itu. Takkanlah ada yang berjoget happy pula bila berpisah dengan orang yang kita sayang, melainkan dia memang ada agenda dia (C.U.R.A.N.G) khennnnnnz. Luahkan perasaan kita dekat orang yang kita percaya, mak ke, adik beradik ke. Kalau mak tak sporting tu, bolehlah luahkan dekat kawan baik ke, crush ke, eh! Sambil menyelam pepandai la minum air kalau dahaga tu, haha.

06) Enjoy masa dengan kawan-kawan/cari kawan baru - Kalau masa sedang ralit dalam alam percintaan dulu, masa kita untuk enjoy dengan kawan-kawan memang terhad kan. Jadi masa dah bergerak solo ni lah masanya kita belajar lebih menghargai kawan-kawan yang tak pernah tinggalkan kita. Cari ramai kawan baru, barulah kita tahu dunia ni tak sempit pun, hihiks.

07) Dekatkan diri dengan Tuhan - Bila Allah dah letakkan tanda noktah, janganlah kita pandai-pandai nak sambung dengan tanda soal lagi.  Selalulah dekatkan diri dengan Allah, berdoa supaya hati kita lebih tenang. Ye lah, nak lari mana kan, hati kita ni pun Allah yang pegang, kita usaha macam mana pun, kalau tak minta dengan si Pemegang Hati ni macam mana kita nak rasa lega dan tenang.

08) Elakkan dengar lagu sedih - Dah kita sedih lepastu tambah dengan lagu sedih lagi menyedihkan lagi, parah la ceritanya. Kalau dah tak boleh dengar lagu sedih, nak dengar lagu apa? Hahaha,Mai selalu layan lagu rap ke, lagu patriotik ke, lagu bola sepak ke, haaa mesti tak pernah cuba kan? Kalau nak cara Islamik sikit pergilah dengar nasyid tu. Yang penting jangan duk buka lagu Aiman Tino kegemaran korang tu lagi.

09) Jangan stalk atau contact langsung - Tak payah nak stalk dia buat apa, dia makan apa, dia keluar dengan siapa dan sebagainya lagi. Semua yang patut kita tahu masa dalam hubungan, tak perlu kita tahu lagi. Belajar terima hakikat siapa kita dalam hidup dia, dan buang dia dari hidup kita. Jangan rendahkan martabat diri contact dan merayu rayu pada orang yang tak menghargai kita. Merayu lah macam mana pun, kalau orang tak suka, percayalah, membazir je rayuan tu dia sampahkan. Melainkan perpisahan tu berpunca dari salah kita yang kita memang kita sendiri rasa kita tak patut dimaafkan ( curang, tipu, khianat etc), memanglah kita patut contact dan minta maaf kalau kita masih sayang. Eh tapi kan, kalau 'SAYANG' dia takkan buat semua tu dulu kan?

10) Buka hati untuk orang lain - Tak payah la poyo-poyo tutup pintu dengan mangga besi rapat-rapat konon tak nak orang lain masuk dah. Jangan hidup dalam kesedihan lama-lama. Beri peluang pada yang betul-betul sayangkan kita, sebab kita pun ada hak untuk bahagia kan? Kadang-kadang hikmah tersembunyi dalam perpisahan lalu adalah kerana ada orang yang lebih layak bersama kita. Tapi hati-hati k, jangan cari orang baru dengan alasan nak rebound relationship semata-mata. Kesianlah dengan orang lain yang jadi mangsa sebagai persinggahan kita nak melupakan orang lain tu.


Bagi Mai, yang sudah tu sudahlah. Mai tak pernah rasa nak doakan sesiapa rasa sakit hati macam apa yang Mai pernah rasa dulu. Mai dah bahagia sekarang, dan orang itu pun layak rasa bahagia dia.

Terima kasih weh sebab doakan aku jumpa orang yang baik, aku dah jumpa sekarang, aku harap kau pun sama :)

Follow

Post a Comment

16 Comments

  1. Adalah lebih baik Allah beri kesedihan diawal garisan kerana Allah tahu kita layak untuk gembira dan bahagia ditengah hingga ke garisan penamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak PC. :) Semoga sakitnya sekali saja rasa.

      Delete
  2. alololo nice tips sis. kalau elsa memang akan menangis dululah sepuasnya. takpayah buat benda lain pun tak apa huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan nangis2, keep calm and makan eskrem. Haha

      Delete
  3. yang #9, tu setuju sangat ... dah dah stalk and contact dia , nnt sukar nak move on ... tapi kalau jumpa kat mana mana, jangan buang muka pula, chill and cool jer :) ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mrs Pip, kalau boleh elakkan ambil tahu, tp kalau jumpa tu act cool je :)

      Delete
  4. Yang no.3 tu memang selalu buat la. Bila tak sendirian tiadalah teringat sangat

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah Mai mampu move on tidak seperti orang lain yang kadang kala gagal mengawal perasaannya....

    ReplyDelete
  6. Kalau nak cepat lupa elok ubah terus jadual kita

    elakkan dari duduk seorang diri

    dan buang barang barang yang menginagatkan kita pada nya

    Insyaallah sekejap saja akan boleh mmove on

    Ada baik nya kit pandang psitif atas setiap apa yang berlaku

    ReplyDelete
  7. Nombor 9 tu agak susah sebenarnya.Contact tu memang takkan lah. Dah move on pun kekadang masih stalk. Adakah dikira belum MOVE ON? HAHAHAHAHHAHAHA

    ReplyDelete
  8. Yup.. Nangis tu perlu..untuk luahkan rasa yang terpendam..
    Kak Sha suka move on dari tempat tu.. Pergi tempat baru, kenal orang baru dan rasai suasana baru..

    ReplyDelete
  9. sedihnyaaa qoute Mengejar matahari-2009 tu.. ttiba tringat dkt ex.. haahahaaaha .. tp betul tu mai, Allah dh susun baik2 untuk kita. prcaya dgn takdirnya

    ReplyDelete
  10. Kalau dengar lagu sedih tu haaa memang paling buat susah nak move on.. rasa macam tiap2 lagu ada kena je dengan kisah cinta yang tak kesampaian... hahai

    ReplyDelete
  11. Ajar hati kita bahawa segala yang berlaku itu ada hikmahnya.
    Perancangan Allah adalah sebaik2nya, so mohon petunjuk dan hidayahNya.

    ReplyDelete
  12. Yayy!
    Tahniah dah move on, and jumpa yang lebihhhh baikk gitu~ hehe

    ReplyDelete
  13. Allah akan temukan kita dgn org yg salah sebelum kita jumpa org yg sebenarnya. Memang kena kuat dan hidup kena move on. Jgn dikenang lgsg sebab buat kita lagi lemah.

    ReplyDelete