Permainan Komputer Nostalgia Masa Kecil

Permainan Komputer Nostalgia Masa Kecil | Masa mula-mula kenal komputer dulu umur aku 5 tahun (1998). Zaman tu manalah ada internet yang meluas macam sekarang ni. Kalau ada pun jenis sambung komputer ke talian telefon rumah kan? Manalah aku yang kecik kenit masa tu pandai semua tu. 

Sekarang zaman dah berubah. Anak buah aku yang 4 tahun pun pandai buka youtube sendiri nak dengar lagu Jampi & Aisyah favorite dia tu, haha. Advance nau. Tak payah ajar pun , dia memerhati dua tiga kali, lepastu pandailah diorang nak buka sendiri.

Permainan Komputer Nostalgia Masa Kecil


Permainan Komputer Nostalgia Masa Kecil

01. Microsoft Paint

Ada desas desus cakap yang Ms Paint ni akan dibuang dari Windows. Alahai sedihnya sebab masa dulu buka PC pun semata-mata nak melukis guna Paint. Lukis rumah, pokok, gunung, matahari, fuh creative sangat uols! Apapun jangan bersedih sebab akhirnya apps Paint ini akan dikekalkan semua atas permintaan semua Ms Paint lover, yelah sayang kot banyak nostalgia Apps ni selain memudahkan aktiviti copy & paste screenshot.

Good Bye Ms Paint No More
Ok tak jadi goodbye


02. 3D Pinball Space Cadet

Pinball ni aku jarang main sangat, sebab tak tau pun cara main sebenar, tekan tekan gitu je, hahaha. Kalau tak pun aku tengok maksu aku main je.. Hahaha, sebab komputer tu pun komputer rumah wan (atok), sebab rumah aku masa tu mana ada lagi komputer-komputer bagai ni.

Korang mesti pernah main tak?


03. Barbie Dreamhouse

Typical budak perempuan la kan main game Barbie ni. Asah bakat interior designer dengan menghias rumah Barbie, then asah bakat jadi fashion designer and MUA pula dengan makeup dan pilih baju untuk watak Barbie kita tu.. Best giler!

Siap boleh hantar surat kat Barbie, nanti dia balas, hihiks.


04. The Sims 1

My fav game!!!! Dulu main Sims 1 ni rasa best habis dah, bukan buat apa pun, seronok buat orang, bagi kerja, bagi kahwin, bagi makan, bagi minum, etc. Rasa ada kehidupan lain pulak, hahaha. Sekarang aku masih main game Sims ni tapi dah maju lerr, dah Sims 4 dah, heheh.

berbeza tau kualiti graphic dengan Sims4 ni, makin lama makin real!

05. Mario

Salah satu game yang aku main tak pernahnya nak menang-menang. Adoi hahaha. Nampak sangat tak terer kan. Siapa pernah habiskan game Mario ni?


06. House of the Dead

Game ni kita watak sebagai polis yang bertugas untuk masuk kedalam rumah yang penuh dengan hantu dan zombie-zombie ganas untuk menyelamatkan mangsa culik kalau tak salah aku. Tak ingat sangat dah. Memang berdebar juga main game ni, sebab hantu keluar dari segala sudut k, dari langit pun ada. Apapun, tembak dikepala untuk effect mati serta merta, hahah.

Zombieeeeeeeeee!


07. Virtual Cops 

'Reload!' , 'Reload!' hahaha, kalau siapa pernah main game ni mesti boleh relate dengan suara 'RELOAD!' yang tak boleh lupa ni. Hati-hati semasa menembak, tertembak orang biasa nanti game over la ceritanya. Haa game ni aku selalu berjaya habiskan.

Reload! Reload!

08. Age of Empires

Game perang-perang favorite aku ni. Askar kita warna biru, askar jahat warna merah. Ada petani, nelayan untuk cari makanan untuk team, dan askar pula kena pastikan jaga kubu elok-elok. Bila pasukan tentera dah canggih, ayuhlahhhh kita serang kubu musuh!!!! Main game askar kemain aku ni, last-last jumpa jodoh abang askar gak. Aku taknak jadi askar ke? Terima kasih jerlah, gua tak tahan lasak.

Biru ni pasukan kita ler, kalau tak kuat jangan cuba-cuba nak lawan musuh lagi.

09. Need For Speed Racing

Game favorite aku dan bapak ni. Haha. Bapak aku siap beli stereng lagi nak main game ni. Aku join sekaki ler. Aku selalu duduk sebelah bapak masa bapak race untuk bagi semangat, lepastu bapak ajar aku race pulak, kadang-kadang bapak main dulu untuk lepaskan aku bila stuck kat level tertentu, kekekeke.  Siap theme myspace aku kot dulu awek Need For Speed ni.

Letty Ortiz in the making, kahkahkah.




Ada tak antara game ni yang pernah jadi game favorite korang? Apa pula game nostalgia korang? Sharelah dengan aku, hihi.  


Follow

Post a Comment

12 Comments

  1. Mmg best lah dolu2 main virtual cop, mario Dan pinball. Even solitaire pun boleh addicted

    ReplyDelete
  2. 1,2,4,5,6,7,9 yang pernah main...

    yang still main, the sims & need for speed.. hehehe..

    tp sims 3 je la.. sbb laptop tak boleh terima sims 4. jadi slow.. :(

    ReplyDelete
  3. favret haruslaa Mario hehe.. sampai skarang ada lagi version yang lama tu dekat laptop. memang main tak jemu hehe..

    ReplyDelete
  4. Nampaknya kita sezaman.....hihihi....
    Tang barbie tu sy tak pernah main pulak

    ReplyDelete
  5. Ala.. nape akak tak pernah dengar walau satu pun permainan komputer di atas. Hii. Takde komputer kat rumah masa kecik dulu. Jadinya, main batu seremban, galah panjang, tenten jela. Hihi

    ReplyDelete
  6. dulu memang giler main game komputer ni sampai dok berebut komputer dgn abg, nasib komputer tu tak berasap je sbb tak cukup rehat..hahah. favourite games super mario, virtual cop dan street racing :)

    ReplyDelete
  7. mya pernah main paint, 3D pinball dan age of empires.. mya juga pernah main game zuma deluxe, game feveret.

    ReplyDelete
  8. paling2 favorite antara semua tu virtual cop

    helloaiman

    ReplyDelete
  9. hahaha semua yg mai main mellya pun mai jugak nampak sangat 93's babies ni sejiwa

    ReplyDelete
  10. hahaha sy taunamasaja..main tak pernah.. dr dulu tak minat dgn game .. even dlm hp pun xinstall 1 pun game hehe

    ReplyDelete
  11. semua ni nostalgic sungguh :D

    ReplyDelete