Book Review | 5 Tahun 5 Bulan by HFIL

5 Tahun 5 Bulan by HFIL
5 Tahun 5 Bulan by HFIL 

Tajuk: 5 Tahun 5 Bulan (Wildanmu, Bidadariku)
Penulis: HFIL
Tarikh Penerbitan : 2016
Genre: Romance
Source: Wattpad (https://www.wattpad.com/story/79907064-5-tahun-5-bulan)
Rating : ★★★★★

_______________________________________

Sinopsis 

Sinopsis (I)-Tatkala pagi berganti tiba, hanya seuntai pesanan yang ditinggalkan, menyimpulkan perasaan sang insan secara keseluruhannya.
  
  'Hana,
  terima kasih.
  Saya sayang Hana.'

Review

Itu je sinopsis dari penulis? Mungkin penulis mahu biar kita rasai sendiri bagaimana beliau membuat plot twist, dan U-turn disetiap persoalan kita semasa membaca karyanya ini. Ramai tersalah sangka 5 Tahun 5 bulan ini karya Hlovate kerana tajuk novel yang serupa, tetapi jangan tersilap, ini adalah karya HFIL, seorang penulis yang sangat berbakat bermain dengan emosi pembaca.

Gaya penulisan penulis santai dan tetapi tetap dapat membawa aku ke satu dimensi baru menghayati emosi setiap watak, Raihana, Daniel, dan Fahrin. Banyak interaksi antara watak yang ditulis dalam bentuk dialog, lebih jelas dan mudah untuk difahami. Dan banyak antara dialog mereka yang sangat bermakna bagi aku, terutamanya dalam dialog Fahrin, manusia yang terpinggir.


"Daniel, ini aku, Hanya orang ketika dalam kisah hidup kau. Yang cuba menjadi watak utama tapi masih, aku hanya orang ketiga." - Fahrin

"I don't make friend with someone that I love the most lebih dari kawan. Tak ada sesiapa pun buat macam tu." - Fahrin

"Kalau dia sayang, dia akan cakap dan dia akan buat." Fahrin


Serius ada babak yang buat aku terjerit dalam novel ni. Babak lawak yang sangat lawak, babak sedih yang terlalu hiba, dan babak cinta yang terlalu manis. Arghhhhhh HFIL, I really fall in love with your words! Hahaha aku tak 'gay' macam Daniel suruh Fahrin piggyback tu, kehkehkeh. Opss jangan salah sangka, takda orang songsang dalam novel ni, cuma ada plot twist yang mendebarkan jiwa ragaku!

For me, hanya Daniel yang layak bersama dengan Raihana. They were made for each other. Tapi Fahrin pun layak bahagia kan? Itu yang merunsingkan aku selagi tak habis baca novel 5 tahun 5 bulan ni. Hahah.

5 tahun 5 bulan. Takda isu antara dua darjat. Takda isu monstermother-in-law kejam etc. Memang lari dari drama tv. Pernah tengok dua lelaki yang mencintai seorang wanita mampu berdamai dan saling menjaga? Memang terbaik HFIL olah watak Fahrin dan Daniel Farhan.


"Kenapa kau cakap aku adik kau?"

"Sebab kita sama-sama hensem, kan serasi." 


Phewww sabar jelah dengan Daniel ni. Tak habis-habis dengan lawak bodoh tapi sweet dia. Selalu watak hero arrogant je kan? Tapi Daniel ni dari awal sampai habis dia kelakar. Orang sedih dia kelakar, tapi ada la babak sweet potong kaki dia.


"Paling tidak kalau dia memang nak "pergi", saya harapkan untuk dia bawa saya sekali." -Raihana

"Dulu, awak mula cium saya dan awak pergi. Dan Tuhan pulangkan awak pada saya lepas tu.." --kissing scene--"Semoga kali ini, selepas awak "pergi", Tuhan pulangkan saya pada awak, untuk kita bersama lagi nanti." - Raihana


Raihana. Tak sanggup bayangkan rasanya ditempat awak. Tapi itulah dah terbayang sebab nak hayati cerita. Thank you sebab buat saya rasa lebih sayang dan hargai orang yang sayang saya lepas hayati cerit awak,hahahaha, motippp sgt. :P

Apapun, sebenarnya plot 5 Tahun 5 bulan by HFIL ni tak berat pun, cuma memang sedih, tapi jangan sedih lama-lama nanti author pujuk dengan scene yang happy balik. Apapun congrats penulis, memang best karya yang ni. Aku confirm akan baca karya HFIL yang lain lepas ni.





Follow
Previous
Next Post »

18 Comments

Click here for Comments
Anisa Anuar
admin
8/01/2017 9:17 AM ×

ohhh wattpad ke...dah lama tak baca kat sana...

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
8/01/2017 9:34 AM ×

Ya, hehehe...Best2 novel kat sini :)

Reply
avatar
Noor Azlan
admin
8/01/2017 10:04 AM ×

Rajin Mai baca buku...

Reply
avatar
8/01/2017 10:57 AM ×

Nani selalu jugak baca cerita dekat wattpad tu. Banyak sangat yang best! Heheh. Nak cari lah yang ni pulak nanti 😊

Reply
avatar
Ana Suhana
admin
8/01/2017 11:58 AM ×

Susah nk jumpa penulis yang pandai main dengan perasaan kita dan buat kita rasa terbuai dan terpukul

Reply
avatar
8/01/2017 1:00 PM ×

Ala.. dah bookmark dekat library tapi tak baca lagi..

Reply
avatar
mamapp
admin
8/01/2017 3:32 PM ×

Mama suka novel yg bermain dgn emosi ni

Reply
avatar
8/01/2017 5:20 PM ×

tajukkk menarik lah maiiii.. best tngokk

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
8/01/2017 8:48 PM ×

Asalnya nak baca ringan2 sebelum tidur, hahaha last2 terjebak pula duk scroll wattpad tu sampai pagi buta :P

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
8/01/2017 8:49 PM ×

Cari tauuu. Highly recommended!

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
8/01/2017 8:50 PM ×

Betul...dari heartless tetiba jadi syahdu pulak, hahaha.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
8/01/2017 8:54 PM ×

Alaaa 20 bab je Kak sha, puas hati, jangannnn tak baca tau. haha

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
8/01/2017 8:54 PM ×

Bestkan sekali sekala layan syahdu, hahaha

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
8/01/2017 8:55 PM ×

Content pun best...!!!

Reply
avatar
Fuzy Hamid
admin
8/01/2017 9:33 PM ×

hahaha Umi pun dh terjebak..bila baca 1 cerita mmg terlayan sampai tertido..cerita ni dlm library dah..xbaca lagi

Reply
avatar
8/01/2017 10:35 PM ×

Bagusnya kalau tabiat membaca ni kita jadikan hobi.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
8/03/2017 3:38 AM ×

Hahaha sama lah Umi... Kalau bab tu suspen kang selakkk juga next chapter tu walaupun dah menguap2

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
8/03/2017 3:40 AM ×

Betul tu pakcik. Dulu masa gadget tak da mmg saya hobi membaca, skrg mcm dah pupus pula kena sampuk dengan gadget. kena pupuk semula ni.

Reply
avatar

Tinggalkan pendapat/nota/surat cinta/amaran/soalan pada saya. Jika soalan saya akan menjawabnya, Jika nota cinta maka saya akan melawat blog anda semula.
Komen berbaur rasist, provokasi & lucah tidak akan dipublish. ConversionConversion EmoticonEmoticon