Cara Baca Journal Yang Betul

Cara Baca Journal Yang Betul | Para pelajar tak dapat lari dari membaca artikel journal, terutamanya mereka yang sedang menghadapi Final Year Project course mahupun seorang student postgraduates. Walaupun bahan bacaan sebegini agak berat untuk dihadam dalam jangka masa yang cepat, namun kita perlulah ada strategi sendiri dengan menguasai cara baca journal yang betul.

Cara membaca journal tidak sama dengan cara kita membaca buku cerita atau novel. Kesalahan pertama yang sering kita buat adalah baca journal dari A to Z, tanpa cuba kuasai apa point penting dalam journal tu untuk kajian kita. Setiap patah perkataan dalam journal itu PENTING dan kita wajib tahu maknanya satu per satu untuk faham idea author tersebut. Maklumlah mostly journal dalam English kan, so memang kena kawan baiklah dengan dictionary masa baca tu, jangan jadi bodoh sombong k.

Cara Baca Journal Yang Betul


Cara Baca Journal Yang Betul 

01. Baca TAJUK
First sekali masa bukak journal tu, tengok tajuk dan hadamkan setiap patah perkataan tu. Ada sebab kenapa tajuk journal semua panjang-panjang, sebab dari tajuk tu kita akan tahu fokus utama author tersebut. Kita mestilah kena tahu juga apa yang kita cari dan info apa dalam journal tersebut yang boleh relate dengan project kita.

02. Gerak ke ABSTRAK
Abstrak tu adalah sinopsis ringkas dalam lebih kurang 250 patah perkataan tentang kajian itu. Segala tentang method dan conclusion ada dalam tu. Lepas baca ABSTRAK boleh decide adakah kajian dalam journal tu berguna untuk project kita. Kalau tak ada kaitan, boleh tinggalkan journal tersebut, dan cari journal lain semula. Takmo buang masa tau.

03. Lompat ke CONCLUSION
Ok kalau ABSTRAK tu dah lepas, buka page last untuk baca conclusion kajian. Ini penting, takut kita tersalah faham masa baca abstract. Pastikan apa yang author cuba capai dalam kajian mereka ada hubungan dengan topik project kita. Penting untuk pastikan journal tersebut dalam interest kita. Kalau lari jauh sangat, kita juga susah nak buat project nanti, maklumlah bahan rujukan pun dah salah.

04. Scan dan fahami data dalam TABLES and FIGURES.
Tengok data-data yang dikumpul penulis. Data disini lebih direct dan mudah difahami. (Takkan tak faham kot, kalau dah scope kajian sama, ihihihi).

05. Baca LITERATURE REVIEW
Literature review ni adalah penjelasan yang lebih mendalam tentang kajian mereka. Cuba tengok nama-nama saintis lain yang dipetik dalam paraphrase mereka supaya kita boleh identify siapakah pakar dalam bidang kita ni.

06. Baca INTRODUCTION 
Baca introduction untuk fahami asas kajian tersebut. Boleh tengok la objective dan significant studies dalam introduction ni sekali. Selalunya introduction pendek tetapi padat.

07. Kaji RESULT & DISCUSSION
Cuba fahami ulasan dan perkaitan yang author nyatakan. Sentiasa relate dengan topik yang sedang kita kaji. Jangan pasif, membacalah dengan aktif!

08. Semak bahagian METHODS
Baca bahagian methods ni kalau kita memang bertujuan nak replicate kajian author. Of course ni la kerja budak FYP kan, ambil methods tapi tukar sample, hehehehehe.



Lepas dah habis geledah journal tersebut, cubalah buat review atau summary dalam bahasa mudah bagi kita. Kalau rajin, buat peta minda untuk kukuhkan kefahaman sendiri. Yelah belajar teruk-teruk ni pun untuk diri kita sendiri juga kan...

Kalau rajin tu tengok bahagian REFERENCE untuk cari journal dan artikel lain yang berkaitan rapat dengan kajian kita. All the best everyone!



RUJUKAN : Mahathir, A. (2017, July 29). Perkongsian mengenai bagaimana cara membaca journal. Retrieved from https://twitter.com/Madet9/status/891274817239883776.



Follow
Previous
Next Post »

9 Comments

Click here for Comments
nini
admin
8/01/2017 8:09 PM ×

Sangat membantu...bila kena cara tak de la teruk sangat kan =)

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
8/01/2017 8:44 PM ×

Betul tu, yg penting jangan baca asal nak habis cepat je...semua nak kena teliti bila baca journal ni.

Reply
avatar
Dedaun Comel
admin
8/01/2017 10:08 PM ×

Penerangan yang ringkas dan padat.. terima kasih atas info ni.. Selalu bila nak buka journal je, mata ni rasa berat sangat.. tak tau kenapa huhu :P

Reply
avatar
8/01/2017 10:30 PM ×

Pakcik tak baca journel Mai.
Susah nak faham bahasa omputih.
Harap2 entri ni dapat membantu kepada yang terlibat.

Reply
avatar
mamapp
admin
8/02/2017 7:20 AM ×

Bagus tips ni. Masa mama kt uni dulu main belasah baca aje haha

Reply
avatar
8/02/2017 10:35 AM ×

Perkongsian yang bagus.. boleh dijadikan rujukan..

Reply
avatar
Fuzy Hamid
admin
8/02/2017 5:41 PM ×

tips terbaik Mai

Reply
avatar
Daku Amat
admin
8/02/2017 6:04 PM ×

Assalamualaikum

Entri yang sangat bermanfaat kepada mereka yang berkenaan.

Aik? dah berubah lagi blog Mai ni. Kali ini nampak lebih matang dan profesional blog Mai. Tahniah!

Reply
avatar
8/03/2017 1:56 PM ×

Waahhhh thanks for sharing Maii.. cgat membantu.. mmg x lari dr baca jurnal dr first sem lgi huhu alhamdulillah sy mula faham ckit2

Reply
avatar

Tinggalkan pendapat/nota/surat cinta/amaran/soalan pada saya. Jika soalan saya akan menjawabnya, Jika nota cinta maka saya akan melawat blog anda semula.
Komen berbaur rasist, provokasi & lucah tidak akan dipublish. ConversionConversion EmoticonEmoticon