Bila Kerja Bukan Bidang yang Kita Minat

Bila Kerja Bukan Bidang yang Kita Minat | Alhamdulillah, akhirnya aku dapat menyesuaikan diri dengan suasana dan kerja yang aku ceburi sekarang. Walaupun jauh sekali dari bidang biomolikular sains ke kilang fabrik, tapi aku bersyukur kerana ini juga adalah rezeki untuk aku (rezeki pengalaman & rezeki wang).

When opportunity doesn't knock, Build a door,

Bukan tak cari kerja dalam bidang sendiri, tapi rezeki masih belum ada. Mungkin ada lah tu hikmahnya aku belum dapat kerja tetap. Aku faham, bukan semua doa kita akan dimakbulkan serta merta, adakalanya Allah dah siapkan plan yang lebih baik dari apa yang kita rancang. Have faith dear self. Jadi bila akhirnya aku dapat peluang kerja dengan company fabrik perabot ni, aku terima dan bersyukur apa adanya.

Bila muka karier dari bawah, atau kata lainnya jadi KULI, memang cabaran dasyat sekali. Terutama bila cabaran sebagai kuli bertembung dengan EGO diri yang tak nak kalah. Penat juga nak pujuk diri sendiri supaya jangan downgradekan diri turun sekadar nak berlawan dengan orang-orang yang fussy, sombong etc. 

KULI juga sinonim dengan BULI, tapi alhamdulillah tempat kerja aku harmoni la juga setakat ni. So that I can work happily~! InsyaAllah apa jua cabaran mendatang tak akan aku tepis tapi aku akan cuba untuk solve sampai bereh. 

Bila Kerja Bukan Bidang yang Kita Minat
Avoid overthinking, just RELAX

Seperti masuk kandang lembu menguak, masuk kandang kambing mengembekk, begitulah aku bila mula masuk dalam bekerja dalam company ni. Apa yang aku buat untuk menyesuaikan diri dalam tempat orang ni?

1) Datang awal - Aku susah untuk bertenang terutama dalam environment asing sebab senang kena panic attack. So aku pastikan aku datang awal untuk ambil masa bertenang sikit sebelum memulakan sesuatu.
(point-Punctual)

2) Bersedia untuk mendengar arahan - Di tempat kerja, tidak kira apa pun taraf pendidikan kita, kita wajib mendengar arahan dan tunjuk ajar dari orang berpengalaman di situ. Jangan berlagak nanti orang benci, susah hidup kita.
(point- Fast Learner)

3) Belajar pasal apa  yang kita buat - Lupakan sebentar passion kerjaya impian kita bila masa kerja. Fokus untuk belajar tentang apa yang kita buat, barulah boleh pupuk rasa cinta dengan kerjaya sendiri. Seronok dapat timba ilmu ni, tambah-tambah pasal sesuatu yang kita tak pernah tahu pun.
(point - Willing to Learn)

4) Buat sesuatu, buat sungguh-sungguh - Apa yang kita buat, buat dengan hati dan semangat. Cakap pasal kerja, semua orang boleh kerja, tapi kita pastikan kita ikhlas dalam bekerja. Ikhlas memberi khidmat. Jika dapat satu task tu, cuba selesaikan dengan baik dan teliti. Semoga rezeki kita akan lebih berkat.
(point- Strong work ethic)

5) Berkawan dengan pekerja lain - Work environment aku lebih ramai bangsa Cina tapi tak ada masalah untuk aku berinteraksi dengan mereka. Kita kan 1 Malaysia. Yang penting saling menghormati agama masing-masing. Ada kawan ni senang, takdalah semua benda nak terus rujuk bos, tanya-tanya dulu kawan-kawan. Jika ada masalah yang boleh settle, boleh terus settle situ je.
(point- Team Work)


PUNCTUAL, FAST-LEARNER, ALWAYS WILLING TO LEARN, STRONG WORK ETHIC, TEAM WORK!

Point yang aku bold kan itu adalah nilai murni yang aku terapkan dalam diri supaya apa yang aku nyatakan dalam resume tu adalah bukan omong kosong. Pekerjaan aku hari ini memang biasa tapi alhamdulillah banyak menolong aku improve communication skill aku yang sangat teruk (pemalu + anxiety + panic attack + rapid heart rate).


Kerja keras,kerja keras juga, tapi aku takkan bawak balik kerja untuk siapkan kat rumah walau apa pun terjadi. Hahaha. Sebab aku kan ada baby, kesian Udin seharian tunggu aku balik, takkan balik rumah pun nak fokus kerja kan. Hidup kita ni ada komitmen selain kerja juga. 

Kalau kejarkan kerja yang betul-betul aku nak, memang susahlah nak dapat zaman sekarang ni. Jadi aku harap tindakan aku untuk kerja dulu dalam industry yang lari jauh dari course zaman belajar ni adalah pilihan yang tepat. Aamiin. 


Korang dapat kerjaya idaman sendiri tak? Atau sama-sama struggle dalam bidang yang kita tak pernah terfikir untuk terlibat?


Follow

Post a Comment

31 Comments

  1. Mudah2an Mai serasi dengan kerja baru ni.
    Sekurang2nya dapat timba pengalaman dan tambahkan rezeki.
    Sementara menunggu peluang pekerjaan yang sesuai dengan bidang yang dipelajari.

    ReplyDelete
  2. Berkawan dengan rakan sekerja ini penting.. Masa awal-awal kerja nie jangan bias.. Kena tengok dan sesuaikan diri dulu.. Selamat berkerja mai..

    ReplyDelete
  3. Syukur apa yang ada..

    Kerja adalah tuntutan dunia

    ReplyDelete
  4. punctuality is the best essence...tahniah Mai..semoga rezeki dibidang yang dipelajari muncul nanti dan sementara tu ambil pengalaman dibidang lain mana tahu rezeki lebih baik disitu kan..

    ReplyDelete
  5. I haven't started working yet, but everything seems so daunting like what if I couldn't follow the superior orders. or worse, made a big mistake and screwed up big time? #semogadapatbossdankawansekerjayang baik #Amin

    nurulrasya.com

    ReplyDelete
  6. Sekali bawak balik kerja, percayalah, ia akan berlaku berkali-kali :)

    ReplyDelete
  7. Tahniah Mai, salah satu cara untuk survive dalam bidang kerjaya... walau apapun kelulusan yang kita ada, sebenarnya membantu majikan, gunakan kelebihan yang kita ada untuk menunjukkan potensi diri.. pasti berjaya...

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum Mai =D dah lama akak xblogwalking. baru bksemoatan hari ni =D btw thniah tau dah dpt keja !!!! sory lmbt wish dear =) yes jan skali2 bawa keja balik ruma tauu. Semoga rezeki mai sentiasa dlm lindungaan Allah swt slalu.. amin ya rabb.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah rabia kerja dalam bidang yg rabia belajar di kolej..sebab rabia minat dgn kanak2

    ReplyDelete
  10. Nice sharing~! Nisha still belajar lagi ehehe XD

    ReplyDelete
  11. GV memahami perasaan kak Mayy. GV doakan semoga Allah SWT permudahkan urusan akak sekeluarga, murah rezeki dan sentiasa bahagia dunia akhirat. InsyaAllah. Aamin. Takpe kak, kita terima rezeki kita dapat skang. Mana tahu nanti ada rezeki lebih besar menanti kita. Yang paling penting usaha, doa dan tawakal. Actually semua info akak di atas sangat sesuai digunakan kepada semua fresh graduate yang baru memasuki dunia kerjaya mereka kerana realiti pekerjaan ketika latihan industri dan kerja di alam realiti adalah berbeza sedikit.

    ReplyDelete
  12. sekarang akk kerja bidang akak cuma bukan ikot gred degree. tapi okay la bagi akak wat masa ni.huhu. tp still akak x pernah putus asa apply keje lain jgak.

    ReplyDelete
  13. Bersabarlah. Dalam zaman serba mencabar ni nak terlalu memilih memang kena fikir 10 kali huhu. Moga yang baik-baik saja untuk Mai and ur future :)

    ReplyDelete
  14. Good luck Mayy! keje mana2 pun ok as long as kita happy! semoga Mayy dpt ap yg dicitakan <3

    ReplyDelete
  15. Takpe Mai x semestinya kerja Sama mcm bidang yg Kita berlajar. Kutip dulu pengalaman

    ReplyDelete
  16. zaman skrng ni tak boleh memilih kerja.. busyra setuju dengan mai sbb busyra sndiri pun tak dpt kerja dalam bidang yg belajar dulu.. huhu. tak pela kan. mungkin rezeki kita di bidang lain..

    ReplyDelete
  17. tahniah mai dah dapat kerja...xpelah mai...nanti2 dapatlah kerja yang kena dengan mai...sementara bersabar jelah dulu kan....hihi

    ReplyDelete
  18. Husniey bekerja dalam bidang husniey minat (walapun bukan course yang husniey ambik dulu masa diploma), Hahaha. Alhamdulilah tak stress sangat kalau kerja yang kita minat..

    Dulu husniey tak minat berniaga, lama kelamaan tu yang husniey buat lepas kahwin.. Rezeki pun Alhamdulilah, maybe sebab it's sunnah.. 💟😍

    Moga Mai maju jaya hendaknya, bersabar dalam ujian

    ReplyDelete
  19. to tell you the truth akak memang x suka kerja akak sekarang..tak minat..akak lebih suka kerja sebagai PR Eksekutif..mencabar dan banyak jumpa orang..jadi PA ni buat akak jadi macam katak bawah tempurung..terkurung dari dunia luar..tapi akak bersyukur seadanya...ini la rezeki akak sekarang untuk besarkan anak

    ReplyDelete
  20. do follow blog ni

    yuuppp akak setuju, kita kena bekerja dalam bidang yg kita minat... konsep jadi kuli tiada jika buat kerja bersama2.. masing2 saling membantu dan tiada konsep menjatuhkan orang lain, tetapi bersaing demi kejayaan ..

    ReplyDelete
  21. Sis puji sikap Mayy.. Memang itulah ciri-ciri pekerja yg diperlukan.. Sis suka bekerja dgn staff x banyak karenah tapi ada semangat pd kerja yg dilakukan.. Semoga Mayy terus success! 😉💕

    ReplyDelete
  22. Insha Allah.. Walaupun bukan atas minat tapi kita ikhlas akan jadi satu ibadah yang berpahala...

    ReplyDelete
  23. sama la kerja bukan dalam bidang yang belajar masa uitm dulu tapi okay je rasa bertambah2 ilmu tu :D

    ReplyDelete
  24. Dapat la kerja best dulu.. Tapi management la tak berapa best :D

    ReplyDelete
  25. Lamanya tak singgah sini... rindu nak baca penulisan mayyjie.. amer singgah kejap ye hehe

    ReplyDelete
  26. InsyaAllah . Lama-lama mayy akan rasa selesa dengan kerja sekarang

    ReplyDelete
  27. mek cita cita nk jd veterinar. tp keje as banker. tp mek ok je. buat je keje. hjung bulan dpt gaji. tang tu sronok !

    ReplyDelete
  28. semoga kita cepat2 dapat keja yg kita inginkan :') faham mai

    ReplyDelete
  29. Bagus perkongsian mai nie.. Walaupyn bukan bidang kita tak salah untuk kita cuba suka dan belajar benda baru.. Mana tahu lama-lama suka dan boleh upgrade lagi tinggi.. Aamiin..

    ReplyDelete