aku sedar tapi masih belum masanya aku berubah

Situasi 1 :
Godek-godek almari.Ada sportcheck pakaian oleh puan kakak.Haha...

Kakak : Ini baju ang selama ni?
Aku     :Ye la baju aku la.
Kakak :Ang pakai pi mana baju-baju ni?
Aku    :Pi mana-mana la.
Kakak :Aduhai~ *baju kanak2

Situasi 2 :

Sedang tempek bedak kat muka nak keluar umah.

Aku   : awat bedak takmau lekat kat muka aku.
kakak : ang tak pakai pelembab kut
aku   :kena pakai ke?
kakak :So ,ang tak dak la ekh?Nah pakai aku punya.
aku   :OooOOoo..baru ku tahu.

Situasi 3 :
Pakai tudung bawal setiap kali keluar dgn kawan.

kawan :Tanak cuba tudung trend baru ke?
aku     :hehe..tak pa la..

Situasi 4 :
Tunggu kawan make-up punya lama.

Aku :Udah la yaya,apa make-up lama sangat.
Yaya:Ang tak make up ke?
Aku :Ek!Ehehe..Tak pa la.
Yaya :Pucat gila.Kalau ye pun pakai la lipstick skit.
Aku :Hehehehe..

Situasi 5 :
Bukak almari adik yang tingkatan 3

Aku :Dah maju adik aku ni.Ada macam2 barangan kosmetik kecantikan.Amboi2..

Bukak almari aku.

Aku :Ada sebijik bedak garnier ja. :'(

________________________________________________

Amboi,sedih sungguh realiti hidup ni.Kahkah...Ye aku sedar la aku dah besar.Aku kena la jaga penampilan sikit macam perempuan dewasa.Tgk adik aku sendiri dah pandai bermake-up.Kakak aku pun tak abis2 tegur penampilan aku yang masih macam kanak-kanak.
Aku bukan tak nak bergaya la.Cuma aku tak sedap,tak enak,lagi tak asyik kalau bergaya pakai duit abah.Nanti aku tukar la fesyen pakaian aku,aku beli la make-up banyak2,tapi bila aku ada income sendiri la.Hekhek.Aku pun nak jugak jadi cun macam orang lain.
Sabaq sat naa..aku pun sedih juga bila org kutuk blakang kata aku skema..Aku sedih macam ni (T_________T)  , tapi dalam hati ja la.Aku rasa nak jerit kat telinga dia ,
"KAU INGAT KAU BERGAYA PAKAI DUIT BAPAK KAU STYLE SANGAT LA KAN!"
tapi aku dibesarkan sebagai seorang yang berbudi bahasa.Aku cuma "Takpa la,nak kata apa,kata je la."
p/s :Abah aku seorang yang bekerjaya tapi Abah aku pun pakai t-shirt biasa,sluar slack biasa,naik moto zaman aku tak lahir lagi,bila start je satu taman boleh dengar.Perlukah aku yang cuma penganggur nak berlagak lebih2?Tumpang duit org plak tu,mmg muka tak malu la.
 
Tapi kalau nak sponsor penganggur ni takpa juga,HAHAHA..Thanks kakak yg telah sponsor bermacam-macam benda kat aku.Sayang jugak kat adik busuk dia ni.Tak sabar nak pi 28 April ni , nak menayang kat kawan2 suprise. *MAIZAN!JANGAN RIAK!!!
*Baiklah,baiklah!

Cara Mengetahui Kek Yang Mengandungi Arak .

Suka makan kek tak?Aku suka amat...HAHAHA...

*patut ler badan cam belon*

HOI!Kutuk aku la tu..HAHA..Dulu aku heran sangat kenapa abah aku tak berapa suka beli kek kat luar..Rupa-rupanya mama aku kata ada sesetengah kek dicampur dgn arak utk KONON2 nak bagi sedap la.

Aku pun terpikir,camne nak tau ada cmpur arak ek?

Lastly aku jumpa jawapannya dalam blog MAMALUV *jenguk la beliau..ada macam2 lagi maklumat.hehe :)

Aku dah minta izin,MAMALUV pun dah izinkan aku share...Thanks MamaLuv :))

Cara Mengetahui Kek Yang Mengandungi Arak  (copy paste)

 
Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua. Saya pernah di lemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum.Rasa bersalah sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang Islam yang lain. Dengan itu saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi,yang boleh saya dapat rezeki yang halal.

Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut. Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit. Puas saya fikirkan macaman nak memperjelaskan lagi rasanya.ok la,pernah tak buat Sponge Cake ( Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), kalau pernah cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pep.. atau Coke. Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain. Cubala buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi dimasa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara mara.

Untuk pengetahuan, adunan kek biasanya digaul dengan tangan. Oleh itu, berhati-hatilah membeli kek.


Sekian

Chef Farid


 
p/s :Lebih selamat kita buat kek sendiri kan...Kalau tak de mood nak buat , beli la kek di kedai yang boleh dipercayai tanpa was-was.Semestinya keluaran bumiputera *Skema gila ayat.


Bf ku kaki pukul (T_T)

Hmmm,aku pun tak tahu nak mula cerita dari mana...Entah la,aku tak faham kenapa pakwe aku semakin hari semakin garang.Dulu sebelum declare kapel akulah puteri akulah bidadari,sekarang bila aku dah taken by HIM,dia buat aku mcm hamba cinta dia.
Mula-mula suara je dia meninggi.Kadang2 high pitch sampai gelas aku tgh minum pun boleh pecah.Dah tu bila aku tegur, "Pitching lari la bang..." DEBUSSHH , satu penumbuk hinggap kat muka aku yang cun ni.Abis aku terus bertukar jadi Panda.
Bukan tumbuk je.Kadang2 bila dia dah makin ikutkan hati,aku jadi macam bola sepak je..Dia tendang2 sesuka hati.
Aku tak kisah dia buat aku macam tu.Sebab aku sayangkan dia.Aku sanggup jadi tempat dia lepaskan amarah.

DAMN!haha...tu cerita rekaan aku je.Pecaya ke?HAHAHAHA!
Macam bangang kan.Wujud ke perempuan mcm tu dalam dunia ni?Ataupun dah pupus? *aku harap dah pupus!

Tolonglah kaumku yang kusayangi....Jangan la jadi mangsa cinta..Tolonglah....Jom kita renungkan...

Sanggup ke kita bersuamikan lelaki panas baran dan kaki pukul ni?BAHAGIA KE?BOLEH BAHAGIA KE?Sakit kut kena pukul...Kena hentak...Kalau nk try pergi la hentak kepala sendiri sekuat hati kat dinding terdekat dengan anda..Mesti tak sanggup kan.

Kudrat lelaki ni kuat kakak2,adik2 (eh macam jual ubat plak).Sungguh!Depa kuat.Tak tipu ni...

Kalau baru setakat bergelar pakwe makwe,abg ayang,dah mula nak pandai sepak terajang.Korang kata je "Kita clash".
Tu ayat sopan tu...Aku rasa kalau lelaki pun kureng asam je,cakap macam ni "Eh , U dgn perangai busuk u ni , boleh go to hell la "..Amacam ? *haha...mengajar org plak aku ni

Sebenarnya sakit putus cinta ni tak de la tara mana pun.Sikit je.Siput je..Kalau ikutkan hati..Mmg menderita.Ececece...Tapi,cuba jgn dilayan hati tu sgt.Tinggalkan je pakwe tak guna mcm tu.

Korang nak mana ? PUTUS CINTA atau CERAI LEPAS KAHWIN?

So buatlah pilihan bijak.Ramai lagi lelaki baik dalam dunia ni.Serius ramai.Buat apa nak siksa diri bercinta dengan org terkutuk mcm tu?Adakah anda desperate?????Oh,tak patut aku cakap mcm tu..AMPUNNNN!!!

Aku bukan apa...Aku serius tak suka tengok perempuan jadi mangsa cinta.Sedangkan ramai lagi laki baik ada utk korang.

APA???Pakwe korang hensem sebab tu sanggup dilanyak2?C'mon la syg...Hensem?Ada apa pada hensem tu?Nak tanya sikit ni..Muka yang hensem tu boleh jamin korang hidup bahagia sampai ke mati ke?Tolonglaaa...

Hormat diri sendiri la sayang...Baru org hormat kita..Ok..Kalau kita duk buat terhegeh2 kat depa,depa lagi naik kepala la... (bagi yg tak faham 'depa' bermaksud 'mereka')

Aku post ni bukan dalam keadaan emo,tapi aku waras.Aku cuma nak ingatkan kawan2 perempuan aku..Kumbang bukan seekor..Jangan jadi hamba cinta , please .....

Maaf dipinta kalau aku terkasar bahasa.Ni just pendapat aku.Kalau sebarang ketidakpuashatian bolehlah komen , tak pun contact fb aku :) I LOVE BEING A GIRL .

p/s : Pencarian cinta sejati bermula dari sekarang!!! *sila booOOooo aku kerana gedik.hahaha

Penjelasan kerja gila aku

Maybe ada yg takkan faham.
Dan aku tahu ada beberapa org yg masih tunggu penjelasan aku.


Aku akan expain pasal ni :








To Fasya and Farahin
Mula-mula aku nak mintak maaf sangat2.Aku bukannya rahsia dari korang berdua aku ada kapel.Sebenarnya aku TAK KAPEL PUN DGN BUDAK ITU.
Aku takkan rahsia apa2 dari kawan2 aku.You know me better ,kan ?

To MR.X (kalau geli jgn baca)
I'm so sorry kalau-kalau ada lukakan hati awk.Saya dan awk tak serasi.Iyalah,waktu chat pun kadang2 tak tahu nk cakap apa.Saya rasa bersalah juga buat awk mcm tu..Sebab saya bukan kategori perempuan kejam.This is my first time downkan org kut.Sy faham apa awk rasa,tapi sy betul2 tak boleh terima awk.
Saya harap awk maafkan saya.Tolong jgn sukakan saya cuma sebab gambar saya dlm fb saje.Dan lupakan saya,I'm not the right girl for you.
Suatu hari nanti awk akan berterima kasih kat saya sbb tak terima awk . Percaya lah.

TO semua orang
Aku masih single.

Ape cakap aku tipu ke?
Tak nak percaya sudah la.
Aku malas nak kapel ni,sebab baru kena brainwash dgn mama semalam.
Bukan pulak aku anti kapel , tapi sebab aku tunggu yg betul2 aku nak.
Eh,apa aku ckp ni?

Haa...kalau kapel, kena ada enset kat tgn selalu.Aku plak jenis,henset kadang2 terbiar tak berbateri seminggu kat celah sofa..So,aku taknak terikat la.Susah...

Lagipun kalau kapel,bila abah nk spotcheck enset ja,aku akan berderau darah.Meremang bulu roma.Berpeluh-peluh.Takut kantoi apa2.Hangpa rasa best ka rasa camtu ? Tak kan...

Kalau kapel jugak kena jaga hati org.Agaknya aku ni pandai ke jaga hati org ? Belum matang kut..Nanti-nanti la aku fikirkan.

Kalau kapel aku kena belajar masak.Huh..Apa kes...?Aku tgk kak aku tak reti masak pun,abg ipar aku syg bagai nak rak.So,laki aku kna la trima apa adanya.

Kalau kapel aku kena bergaya sakan.Org laki mana yg sanggup awek dia skema.KAN MY EX ? HUH~ Aku plak takkan tukar imej aku semata-mata nak puaskan hati org.Biarlah awek orang pakai shawl,apesal buruk sangat ke aku pakai tudung bawal smpai kau nk aku tukar style tudung ? <--Oih maizan,jgn emo di sini!

Sampai masa nanti aku kapel la,tu pun tak tau bila...
Semalam lepas brainwash ngan mama aku sempat buat lawak bodo lg.
Nasib bek tak kena cepuk ngan mama. :)

p/s : Aku suka tgk lelaki berbaju seragam . Polis,askar,bomba,ape2 je la...haha <--orang tak tanya pun maizan...HAHA