Sebelum adanya blog : Journal harian

Assalamualaikum .

Hai . Eheh. Macam mana nak mula cakap ye. Mai sebenarnya nak ucap terima kasih dekat semua readers, stalkers, followers tercinta, dan kawan-kawan blog yang selalu jenguk blog Mai nie .

Terharu. Tak sangka blog picisan, kisah hidup,perkongsian ilmu kalau ade pun just secoet je, pun masih ade yang sudi singgah lepak dan berkawan dengan Mai.


Terharu kisah antara Mai dan Mr.Akmal pun ada sambutan. Kawan-kawan doakan kami berdua bahagia sampai ke jinjang pelamin , dan seterusnya hingga ke akhir hayat ye . Mai pun turut mendoakan kawan-kawan semua, baik yang dah selamat berumahtangga, yang ade cahaya mata pun , ataupun yang masih dalam proses mengenali mcm Mai, moga-moga turut bahagia ke akhirnya , Aamiin~

Sebenarnya Mai memang suka berkongsi kisah perasaan Mai. Tiada paksaan untuk sesiapa nak baca or tak sudi baca .Seronok menulis. 

Ada juga cadangan dari someone yang suruh tulis novel. Sayangnye ... Mai bukan pandai berimaginasi , Mai menulis berdasarkan pengalaman sendiri, apa yang dilalui, apa yang dirasa, bukan imaginasi ataupun khayalan . 

Sejak zaman sekolah sebenarnya aktiviti menulis ni. Tapi disebabkan Mai budak asmara  asrama, NO WIFI, NO LAPTOP, NO BLOG . Sebenarnya zaman sekolah dulu Mai tak kenal pun apa namanya blog ni, nak tahu tak aktiviti Mai dulu sebelum ade blog?




Haaa inilah "JOURNAL MENCARI CINTA SEJATI" . Hahaha. Mai memang suke menulis walaupun entah hape-hape penulisan Mai . Journal ni separuh private, sebab kisah perasaan kan, cuma yang rapat-rapat je boleh baca. 

Tapi sejak habis SPM, tak ade aktiviti, Mai buat part-time jadi babysitter,so aktiviti terluang bila baby tu tidur,Mai menulis blog lah.

Thanks follower , daripada seorang, bertambah, dan bertambah .

I dont know your intention when follow my blog,mungkin ade yang sekadar nak Mai follow back, sebab rasanya tak semua orang suka kisah peribadi. Ramai juga yang bash ,pergh bash (kenal perkataan bash dari bebudak twitter la) ,ok sambung ayat, ramai juga yang bash blog kisah cinta macam blog Mai nie, kadang-kadang terasa.Tapi takpelah , bukan kacau hidup orang pun kan.


Merepek-repek dah nie. 

Special thank you to all my readers and followers untuk sokongan :) Love muahh muahh.
Assalamualaikum .

Post a Comment

8 Comments

  1. salam , awk , jemput join segmen sye --> http://ceritacikika.blogspot.com/2012/11/segmen-jom-klik-button-g-1.html

    ReplyDelete
  2. Cantiklaa skrap book mai.. Teringat zaman skolsh dulu :)

    ReplyDelete
  3. ^_^ bes tgk gmba buku mai tu ;)


    awa pun suka mnulis jugak...
    tp awa slalu sekerat jalan ja...hehe..
    mla2 smangat pastu tggal ... :D

    ReplyDelete
  4. muja suke baca kisah mai ngan akmal,, that is the reason i become your follower :)

    ReplyDelete
  5. kreatif! i like!

    ReplyDelete
  6. haha, dulu akak tulis kat diari berkunci tapi bila adik beradik curi kunci and baca, sorry la nak tulis diari dah. haha

    ReplyDelete
  7. wah kreatifnye =)

    tahniah,,dh ramai yg request,hihihi glamour la org tu , hahhaa

    ReplyDelete
  8. rajin nyeeee. mintak pinjam buku tu nak bace boleh ? hikhik

    ReplyDelete