Tutorial : Tayang Entry Lama-lama

Assalamualaikum . Ehewwww . Lepas first time den buat Segmen Bloglist *klik kalau nak join, den nak buat first tutorial pulak. Muahaha. 

Cuba korang tengok kat blog aku , kat sidebar tu, yang kat bawah2 tu . Ade nampak nie tak?



Kalau korang rasa best . Senang nak tengok entry lama-lama . Meh den nak kongsikan kod dia :)

<div style="border: 2px solid rgb(51, 255, 51); overflow: auto; height: 355px;" margin="5px" ;>
<script style="text/javascript" src="http://www.srbekasi.org/daftar-isi.txt"></script><script style="text/javascript">var numposts = 1000;var showpostdate = false;var showpostsummary = false;var numchars = 100;var standardstyling = true;</script><script src="http://urlBLOGKORANG.blogspot.com/feeds/posts/default?orderby=published&alt=json-in-script&max-results=999&callback=showrecentposts"></script>
</div>

Copy kod tu , paste macam biasa dalam design>add a gadget>html 

Ahaaaa itu je yang den nak berkongsi . Den dah buat benda nie lama dah .http://www.penulissenja.com/ yang ajar mai dulu .

Kalau dah try pastu menjadi , bgtau la mai yea .

errk gambo hiasan 


K assalamualaikum .

Salahkah memilih pasangan?

jangan salahkan orang yang terlalu memilih, tapi cerminlah diri kenapa tak jadi yang terpilih

 Actually aku tengah tunggu mama amik aku time kat kelas driving td . Bosan sejam menunggu , lambat bonar . Aku pun on facebook . 

Bila on , bukan niat hati nak stalk orang tp dah naik kat newsfeed aku , so aku hayati jelah drama minggu ini kat status seorang kawan aku neyh . Muahaha.

Ceritanya begini ~

Boboy  : Awok saya dah lama suka awak  . (ayat diubahsuai supaya tak geli sangat)
Gegurl : Zzzz~  (ayat diubahsuai supaya tak menghiris hati sangat)


So beberapa minit kemudian naik status boboy tu .

Boboy - Semuanya memilih!!!!!!!!!!!!!! (ayat sebenar)

Erkkk , terkedu aku . Gegurl pon kawan aku , boboy pon kawan aku . Laluuuu aku terfikirlah ayat kat atas tu . Nak aku ulang?

jangan salahkan orang yang terlalu memilih, tapi cerminlah diri kenapa tak jadi yang terpilih
Bagi aku lahhhh. Errr aku tegaskan kat sini siap2 ni cuma pendapat aku lah yea. Tak salah gegurl tu nak memilih pon. Bukan maksud aku hina sangat kawan aku si boboy ney. Tapi ye lah , orang lain sibuk sambung pelajaran sekarang , kalau yang tak sambung pun sekurang-kurangnya dia cari kerja yang at least boleh lah jugak hidup atas kaki sendiri . 

Tapi si boboy nieeeeee . Haiiiiilaaa labu, duk naik moto weng sana weng sini dalam taman , enjoy lepak tepi tepi longkang . Tak sayang diri lah tu. 

Kalau tak sayang diri , macam mana orang nak sayang kita .

Umur bukan kanak-kanak , kalau nak cari pasangan sekarang nie biarlah memang matlamat menuju ke alam rumah tangga.

Akmal pernah kata kat aku :

Awak. Bercinta nie macam pelaburan . Kita melabur duit . Melabur masa . Melabur tenaga . Mestilah kita mengharap yang baik-baik kan :) Sampai ke akhir usia.

Terima Kasih mengingatkan. Ye memang cinta bukan perkara yang boleh dibuat main . Selain melabur duit , masa , tenaga , cinta kan melibatkan hati. Boleh tersiksakan kalau asyik main-main. Oh tak dapat aku bayangkan.

And aku as seorang perempuan , mestilah aku cari pasangan yang mampu jadi imam rumahtangga aku dunia akhirat , mampu cintai kekurangan aku . Eh , sebenarnya perempuan (tak semualah, aku maksudkan yg mcm aku je ,huahuahua) takdelah nak yang kaya sangat, cuma kalau boleh biarlah rajin kerja, terjamin sikit hidup.Huahuahua.

So kalau boboy baca nie, ye jap lagi aku post kat fb aku so aku harap boboy kau klik la link nie dan baca. Sayanglah diri kau tu , stoplah merempit sana sini . Kalau taknak belajar dah , cari lah kerja ye . Aku sure nanti kau dapat la princess kau tu . 


Banyaknya pakaian seragam tentera @_@

Senyap-senyap aku belajar jenis-jenis pakaian tentera. Fuhhh banyak gila, tak terhafal aku . Macam mana nak tunjuk hebat kat encik Akmal neh. (T______T)

Takpe-takpe . Aku seacrh kat google. Nasiblah ada akak sudi kongsi ilmu dia pasal pakaian askar nie. Wowowowo. Melted hokey aku dengan pakaian seragam , lagi2 lelaki berpakaian seragam . Macam sejenis magnet plak ngan hati aku nie, ala2 sensitif gitu . Lalala~ Gatal .

Bwahahaha , ampunnnnnnn . Tak tak ,aku melted ngan akmal je.hahahaha. Ye serious2. 

So sebab banyak sangat aku malas lah nak ingat jenis2 seragam diorang ney . Aku ingat yang buah hati aku selalu pakai je lah . Nanti boleh tunjuk hebat ngan dia.... =..= . Wahhh , mesti dia terujaaaa...

Pakaian no 3 - Pakaian Kerja 
Ahaa , nie pakaian no 3 . Baju nie pakai time keja lah . Or time tugas yang bukan berbentuk latihan atau operasi . 

Pakaian no 5 - Celoreng
Baju nie jarang dia pakai tapi saja la aku amik tau sebab aku suka tengok dia pakai baju neh , muahahaha...

Sooooo... bermulalah babak aku tunjuk hebat .

Eden  : Besok awak pakai baju ape ?

Akmal : Baju biasa tu .

Eden  : Baju no 3 eh..

Akmal : Eh wahhh mcm mana awak tahu.

Eden  : Tahulahh. Baju celoreng no 5 kan .

Akmal : Yeeahhhh pandai.

Eden  : "idong kembang kempis =oo=" muahahahaha.


Hahaha. Time kasih Cik Deeya sebab tolong ajar den pasal2 pakaian tentera nie. Kalau tak ,takbleh la den bg dia kagum ngan den. Hewhewhew .

Eh dah dekat pukul 3 lah. Den tido dlulah yea. Besok subuh Akmal kejut den tak bangun lagi abis laaa makin capang telinga den dia bebel . 

Assalamualaikum. (^___^)v

Kawan yang ikhlas , wujud ke?

Assalamualaikum ,
Hai :) Just wanna share some story . I had a lovely conversation dengan salah sorang kawan I baru-baru nie, time study untuk final ,saje borak-borak kosong, but the conversation buat I berfikir, every single word the girl cakap mmg bernas . 

Dia cakap , kita kalau nak sayang orang biarlah tanpa sebab , kalau kita ada sebab , nty bila sebab tu dah tak ada , takkan kita dah tak sayang . Hmm , contohlah kita sayang kawan kita sebab dia baik , bila tiba2 dia dah tak baik , kita tak sayang dia ? Kan ? Hmmm .

Bila kita senang , time tu lah kawan kita akan kenal siapa kita yg sebenar. Berlagakkah kita, lupa diri kah kita . Tapi time kita susah , bukak lah mata, time tu lah kita tahu siapa kawan siapa lawan. Siapa yang sanggup dengan kita ,siapa yang dah awal-awal blah .

Everytime people i love walks out from my life, i feel bad . Gila-gila teruk. Rasa mcm "eh buruk sangat yea perangai kite sampai orang tak mampu tahan". Tapi, sedih tu tak berpanjangan , sebab masih ramai yang sayang kita kan . Hargai yang masih ada , i always try my best to be the best girl friend utk semua orang . But biasalah , nobody perfect. Kadang-kadang cacat cela yang sedikit tu la buat hati orang lain tersentap dan tak suka dengan i , so what can i do , nak berlutut nak merayu pada orang yang nak pergi tu? okay so not me :P



Tak kisahlah ape jenis pun kawan den. Den tetap sayang dan hargai . Kawan-kawan bukan hak milik kita, tapi anugerah yang kita kena hargai , kan :)

Belajarlah menerima kekurangan orang lain , belajarlah menyayangi orang lain tanpa sebab .
U give love , u get back love . Indah dunia ni kalau semua orang hidup berkasih sayang <3

Maaf entri panjang, Fatin Amaleena , u are my inspiration dalam merepek panjang2 nie . Hahak , romantik tak haku? rindu punya pasal. Kbyeeeeeee..

Assalamualaikum.