Yang tua dihormati , yang muda disayangi .

Assalamualaikum .

Cakap pasal sombong ,ego , berlagak tak ketahuan hala . Ermm entahlah kadang-kadang Mai tak tahu lah nak handle manusia macam mana. Tambah-tambah perempuan . Konon bila PMS , gila babeng nak moody tak kira manusia nak sembur , tak kira salah nak maki hamun . Konon bila stress nak buat sentap mak nokk , nak buat tak nak bertegur sapa .

Kenapa macam nie? Mai pun perempuan , tp perlukah nak PMS bagai . Marah itu marah ini . Memang la kalau hormon tak stabil ke sakit perut gila sampai menjerut-jerut ke , tak perlulah kan nak lepaskan kat orang sekeliling . Perlu ke? 

Stress nak quiz,test,final. Perluke nak sentap sentap sampai taknak bertegur dengan orang lain . Perlukah nak tarik mulut muncung sampai boleh nak sidai baju dah kat bibir tu. Kalau lawa mcm angelina jolie ke takpe la boleh la dimaafkan (rupalistik gile aku) . 


K lah aku tak kisah dah siapa nak tak suka + menyampah + benci aku sekalipun nak layan aku macam batu pun . 

Sebab hidup aku dah penuh dengan kasih sayang . Keluarga bahagia + si dia yang budiman + kawan-kawan yang super sweet(include follower tercinta), eh ape lagi yang aku perlukan. Syukur pada-Mu Allah atas hati yang penuh dengan kasih sayang sampai aku tak sempat nak berdengki ngan orang . 

Cuma tolonglah be mature. Kita masing-masing dah besar panjang bukan pakai baju kurung putih ikat tocang dua,tarik beg sekolah barbie , masuk kelas 1A , masuk sekolah kebangsaan blablabla lagi. Hati aku tak tenang tau korang nak istihar perang mcm nie. Tapi aku tak boleh la tarik hidung cubit pipi korang pakse korang suka aku , kalau dah tak suka aku tu takpelah. Aku hormat perasaan masing-masing.


Dari 'Aisyah ra katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang paling dibenci Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan." (Riwayat Bukhari)

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya. [Bukhari & Muslim]

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Sementara itu, jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.[Riwayat Bukhari & Muslim]

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah(panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." [Surah Al-Hujuuraat:11]

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan buruk-sangka(kecurigaan), kerana sebagian dari buruk-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."[Surah Al-Hujuuraat:12]

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW telah bersabda: "Adakah kamu tahu siapakah orang papa (muflis) pada Hari Kiamat?" Jawab sahabat, "Orang papa yang kami tahu ialah orang yang habis wang dan harta bendanya. "Baginda bersabda lagi: "Sesungguhnya orang yang papa pada hari itu ialah orang yang mengerjakan sembahyang, puasa dan berzakat, di samping itu mereka suka mencaci atau memaki hamun, menuduh dengan sewenang-wenang, memakan harta orang lain, membunuh manusia dengan kejam dan memukul orang yang tidak bersalah. Segala amal kebajikannya yang dikerjakannya akan digunakan bagi menampung kesalahan dan kejahatan yang dilakukannya. Sekiranya kebajikannya tidak cukup, maka baki kesalahannya akan dicampur dengan kesalahan orang yang dianiaya lalu dibebankan kepadanya, kemudian ia dicampakkan kedalam neraka." (Riwayat Muslim)

Kurela menjaga kekasih hati keduamu , demi cinta kita .

Tolong abaikan entry 2012 ini,, kekekekeke

Assalamualaikum . 

Ahaa tudia tajuk tak menahan . Tapi seriuslah , kerana aku sayang sangat kat Akmal , maka haruslah aku menghormati setiap benda yang dia sayang juga. Aku mahu jadi sebahagian dari hidupnya . cintanya , keluarganya :')

Syahdu pulak entry kali nie. Encik Akmal akan melanjutkan pelajaran beliau bermula 23 Jun ini . Bermakna birthday aku 25 haribulan tu takde orang nak sambut dengan aku lah . Ehh itu tak penting , tp yang aku sedihkan beliau tak dapat selalu teman aku hari minggu . 

Yang penting aku kena faham . Masing-masing ada komitmen hidup . Beliau bertukus lumus sekarang demi keluarga masa depan kami juga kan . Sepanjang beliau nak berkursus nanti, beliau ada titipkan sesuatu untuk aku jaga.

Kekasih hati kedua nya.

Yeah dari dulu aku tahu beliau memang punyai kekasih hati selain aku . Tapi seriously aku tak marah , aku pun turut sayang kekasih hati beliau tu . Sebab aku mahu dia selalu bangga punya aku yang selalu menyokongnya dari belakang. Yang menghormati kesukaannya . 

Mulai malam ini , kekasih kedua beliau sebilik dengan aku . Mudahlah aku nak menjaga dan melindungi kekasih kedua beliau tu . Yeah yayang , Mai janji jaga dia sebaik-baiknya . :') Mai sayang awak yayang .

Memperkenalkan bini kedua beliau :)

katil sebelah aku kosong , so no worries la.



Amacam cunnnn tak . 

Ohhh baby baby , I peluk moto U malam ni ye .... lalala~ barang-barang awak pun saya dah kemas cun cun . Awak jangan risau saya jaga semua sebaik mungkin . Sayang awak. Selamat melanjutkan pelajaran . Jaga diri . Belajar elok-elok . I love you .

 p/s : wahhh terujalah dah cecah 1000 follower . Nanti Mai review yang bertuah ye . Sayang korang .

Orang tak suka perempuan banyak cakap ... Orang suka perempuan pendiamlah .

Assalamualaikum .

Ehhh tajuk panjang kemain aku kali nie. Hewhewhew. Ehh betul ke statement kat atas tu ? Bukan aku yang kata , korang jugak yang kata kan ... Sentap hati mak nok...


Aku memang banyak cakap sejak dulu kini dan entahlah ,selagi ada suara selagi tu aku akan terus bercakap.Hakhakhak .

Waktu sekolah rendah , pantang takde cikgu dalam kelas . Mulalah projek aku mengacau orang itu mengacau orang ini . Tapi tu waktu aku darjah 6 jelah , waktu aku darjah 1-5 aku seorang kanak2 dipresi  yang mengalami stress tahap teruk . Kahkahkah :P 

Hahaha . Time korang sekolah korang pernah menghadapi situasi nie tak ? Cikgu tak masuk kelas, ketua kelas yang bajet ketua polis , terpacak depan kelas , konon-konon tulis nama pelajar bising dan nakal kat papan hitam , padahal alasan nak main kapur . Ingat orang tak tau lettew... :P

Waktu sekolah menengah , aku budak asrama . Sapa budak asrama mesti tahu prep kan. Waktu prep buat ape?  Itulah juga waktu kemuncak aku ada banyak cerita cerita gosip gosip hangat nak kongsi dengan kawan aku . Bhahaha.....
 
"DIAMMMM SIKIT ,WAKTU PREP NI~!"

Haaa kene jerkah ngan budak laki baru aku tau ape ertinya sentapppp. 

Esok buat lagi ... Weeee~~

Hahaha . Bila dah besar sikit nie , aku still banyak cakap potpetpotpet . Aku harap orang sekeliling aku tak bosan bila dengan aku .

Memang aku cakap banyak , tapi Mak aku sentiasa pesan aku cakap benda elok-elok saja. Aku sentiasa berusaha tapis lapan tapisan (Errrk) segala ayat ayat aku sebelum aku cakap . Ye lah , aku taknak aku lukakan hati orang . Aku nak semua orang sayang aku . 

Korang sayang aku kan?

Kahkahkah :P

Assalamualaikum :)

Tutorial : Mana nak cari dan letak ikon / emoticon / smiley comel untuk chatbox dan fibox ?

Assalamualaikum .

Tutorial Mai adalah untuk fibox sahaja memandangkan Mai pakai fibox. Namun emoticon yang Mai akan kongsi sebentar lagi adalah sesuai untuk chatbox jenis lain juga :)

Langkah-langkah :

1. Pergi pada http://www.fibox.ws/ dan log in seperti biasa.

2. Klik setting

3. Pilih smiley


4.Untuk kotak merah tu , korang masukkan perkataan yang nak di ikon kan. Maksudnya bila orang taip perkataan tu naik symbol smiley :)

5.Untuk kotak kuning tu , korang masukkan URL Gambar smiley . Ingat ye URL GAMBAR . Cara nak amik URL GAMBAR macam mana? Klik mana-mana gambar yang diingini , dan paste dalam tu .

6. Pada setiap satu smiley yang kamu add , sila klik save yea sayang sayang.

7. Ok done . 

Sekarang mai nak kongsi pulak jenis jenis smiley yang comel-comel belaka yang Mai guna . Boleh copy terus ye url gambar dekat bawah setiap gambar tu :)

http://i255.photobucket.com/albums/hh145/nindynindy/newproject/big%20baby%20boy/12225675750.gif
http://s255.photobucket.com/albums/hh145/nindynindy/newproject/kuro%20kuro/th_mocmoc17.gif


http://s255.photobucket.com/albums/hh145/nindynindy/newproject/kuro%20kuro/th_mocmoc18.gif

http://i255.photobucket.com/albums/hh145/nindynindy/newproject/big%20baby%20boy/12225675382.gif

http://i255.photobucket.com/albums/hh145/nindynindy/newproject/big%20baby%20boy/12225675380.gif

Ape ni Mai ~ ? Gua tak puas arrr lu kasi sikit sangat ... Errrrr .. Ok pakcik makcik kanda dinda sekalian . Anda tak puas? Anda nak lebih banyak ?

Klik pada setiap tema gambar yang mana anda bekenan . 

Recommended - tomey tomey tahap nak terpengsan

Baby blues

Big baby boy

Mushroom head  

Sebenarnya ada banyak lagi :)

~Klik gambar untuk ke penaja utama~



Cinta kaum sejenis itu sejati ?

Assalamualaikum.

Lelaki tak memahami perempuan? Lelaki tak pandai jaga hati perempuan? Lelaki tak mampu sayang awek macam pengkid sayang awek? 



Wahhhhh ape kata lelaki ? Panas tak bang ? 



"kadang-kadang, niat seorang pengkid nie baik... diorang nak selamatkan perempuan daripada jadi mangsa lelaki.. yela.. diorang bukan boleh buat apa pun.. apa yang diorang ada, perempuan lain pun ada.. kan?? so tak de benda yang boleh dirisaukan... kalau korang tanya kapel pengkid tentang apa yang bestnya pakwe pengkid, diorang akan jawab, cinta pengkid nie lain...http://www.emocutez.com

ok, aku admit.. most of bestie aku dekat sekolah pengkid.. aku boleh lepak and tido dekat surau dengan diorang... and aku selamat je... tak terpengaruh pun.. and takde pun aku dirogol.. hehehe... statement tak boleh blah... aku nak maksudkan yang pengkid nie, once diorang ada awek, diorang akan sayang awek diorang tu sepenuh hati... tu yang buat ramai orang perempuan nie lebih tertarik dengan pengkid."

Itu sekadar petikan dari blog seorang rakan kita . 

Larangan Rasulullah s.a.w menyerupai jantina yang berlainanعَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : "لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنْ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنْ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ"


Terjemahan: Dari Ibn 'Abbas r.a. berkata: "Rasulullah s.a.w melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki."


Tak kiralah broken heart berpecah hati patah seribu pun kita akibat cinta, itu bukan kunci yang menghalalkan kita menjalinkan hubungan sejenis . 

Aku sangat terkilan bila melihat golongan sebegini yang sangat banyak sekarang kebanjirannya, ye aku hormat mereka sebagai seorang manusia, aku tak benci mereka, tapi aku sangat sangat dan SANGAT BENCI perbuatan mungkar mereka.

Hai kawan-kawan , demikian adalah ulasan panjang lebar dan pendapat aku bagi entry terhangat ZANAIRIN .

Bagi korang yang punya pendapat , silalah kemukakan dengan cara terpelajar di ruangan komen beta ataupun ruangan komen beliau . Sayang-sayang saya nie semuanya baik-baik belake kannnnn ... 

Ehhh bagi lelaki, yeahhh sahut cabaran tu... Atasi pengkid-pengkid semua. Jadilahhh gentlemannnn herooo sejati kami para wanita~!!!!

Sekian , Assalamualaikum.

Bf ku suka mengongkong .(T__T)

Assalamualaikum. 
Tulisan hijau merujuk kepada dialog si BOYfriend.

Hubungan dengan kawan-kawan 
"Awak, saya nak pergi jalan-jalan beli barang dengan kawan-kawan saya kejap?"
"Berapa orang ? Dekat mana ? "
"4 orang , kat bandar , pleaseeeeee "
"NO!"
"Kenapa?"
"Nanti orang ngorat awak"
"-..-"

Bab berpakaian 
"Awak jangan pakai tudung bawal, ketinggalan zaman" , "Awak jangan pakai shawl leopard, menonjol sangat" ,   " Awak jangan pakai kasut tinggi " , " Awak jangan pakai kasut wedges " , "Awak jangan pakai tshirt nie dah , warna terang sangat " 

"Awak jangan pakai baju. Oppsss~!"



Bil telefon / topap telefon
"Awak ni number siapa?"
"Classmate sayalah awak, senang nak tnya assignment"
"Kenapa tak cukup number classmate perempuan ? Nak juga lelaki???"
"Awak... Itu classmate saya je la sayangggg"
"Dahhh delete. Awak nie mesti duk msg dia malam2 kan!"

"Awak semalam awak kata awak baru topap RM10, kenapa sekarang tinggal RM6?"
"Semalam kan saya call awak?"
"Awak call sejam baru caj RM3 ...."
"Saya call mak...."
"Berapa minit"
"Saya tak ingat"
"Arghh bak sini phone saya check , nie mesti awak call jantan lain kan!!!!"

Makanan
"Awak boleh tak mulai sekarang jangan makan malam?"
"Kenapa awak?"
"Saya tengok awak makin badan naik lah"
"Ye baiklah =..="
"Kalau awak makan . Awak tak sayang saya "
"Ermmm"
"Sumpah dulu?"
"(-..-')"


Ok amboi amboi Cik Mai . Penatlah berdrama. Huahuahua . Eh korang pernah tengok or dengar situasi nie dari kalangan kawan-kawan korang tak?Dimana salah sorang pasangan yang bersifat sangat sangat mengongkong tahap gaban.....

Sedihlah Mai tengok pasangan macam nie . Kenapa kena ada sifat suka mengongkong nie ? Sifat mengongkong nie wujud dan terhasil dari sifat kurangnya kepercayaan. Bila dah kurang kepercayaan , mestilah dia asyik nak syak wasangka je kan.

Mama Mai pesan :

Kalau baru duk bercinta nak kongkong ketat-ketat . Duk bergaduh perang-perang . Duk nangis malam-malam . Hati tak bahagia. Tinggal sajalah , cari yang lain . Daripada kahwin hidup tak bahagia . (^__^)v peace no war~!


Tapi orang tak sama , ada hati wanita yang tabah yea. Aku tengok ada yang setiap kali on call dengan pakwe mesti berakhir dengan tangisan pilu dan rendaman air mata . Erhh aku memang tak berani nak komen , sebab aku tau orang sedang angau nie , dia bukan nak dengar cakap orang lain dah . 

Tapi aku pelik ... Dengan hubungan yang tak bahagia . Mampukah diorang nak bertahan sampai ke akhir usia. Ye .. Ye .. Semua ini permainan jodoh . Tapi aku tak faham , kenapa perlu nak mengongkong pasangan sangat . Biarlah dia jadi diri dia sendiri , sayangi dia apa pun adanya dia, susah sangatkah?

Takpelah , mungkin dengan cara tu dia boleh bahagia.Aku akan terus berdoa supaya setiap yang bercinta dalam dunia ni akan ada mereka punya great lovestory + fairytale sendiri . Seriously , aku sangat suka baca + dengar kisah cinta orang . Tapi aku tak suka baca novel . Novel tu menipu , fiction semata-mata. Sebab tu  aku pilih blog sebagai medan aku nak mencari love story orang yang aku nak hayati :) Baru real seyh~

Sebenarnya entry nie berdasarkan kisah benar dan kesinambungan entry lama aku . >Bf kaki pukul<

Sekian , segala terkasar bahasa harap dimaafkan . Segala tidak kepuasan hati dijemput luahkan dengan cara terpelajar di ruangan komen. 

Assalamualaikum :)

Unfriend Finder dalam FB memerlukan ketabahan hati .

Assalamualaikum.


Mai dah pasang unfriend finder dalam Facebook Mai dah lama dah . Tapi sejak pasang tu seriously Mai sedar memerlukan ketabahan hati yang kental . Boleh dikatakan setiap hari ada manusia yang unfriend Mai . 


Kalau Mai tak kenal , maka Mai tak berapa kisah sangat . Tapi kalau kawan highschool (wahh tetibe omputih) , yang selalu bertepuk bertampar , yang selalu bergurau bermesra, takde gaduh takde ribut , tetiba unfriend. Apakah? Bukan sorang , tapi berjamaah unfriend daku .

Ok fine ok fine . Mai tahu lah sebagai manusia biasa Mai tak boleh dan tak mampu nak puaskan hati semua manusia rakan taulan sahabat handai semua. 

Dan kalau orang tu berniat nak suruh Mai berubah , maaflah . Setakat nie takde lagi perancangan nak ubah diri Mai untuk orang lain . 


Yeah at least dengan bantuan https://www.unfriendfinder.com/home aku dapat tahu lah kan siapa benci aku , siapa meluat aku , sapa menyampah dengan aku :)

Tak kisahlah orang nak benci aku . Aku tak boleh paksa semua orang suka aku , hakikatnya aku pun bukan suka semua orang :) Lalala~ 

Sesiapa berminat untuk letak unfriend finder boleh la ke laman sesawang https://www.unfriendfinder.com/home dan klik install , ikut arahan dalam tu yea.

Assalamualaikum .


Kesalahan aku sebagai student .

Assalamualaikum .

Yeah setelah diteliti perbezaan sem 1 dan sem 2 aku yang menurun pointernya. Aku dapat kenalpasti beberapa kesalahan aku sepanjang sem 2 nie , yang aku taknak ulangi dalam sem 3 .


1. Tidak mempunyai lecture notes dalam bentuk hard copy
Sem 1 aku ada hard copy nota, maksud aku nota dalam bentuk kertas . Tapi sem 2 konon-konon aku nak berjimat cermat lah kan , taknak print note, konon amik soft copy dalam pendrive study guna lappy . KONON jer lah kan.

Sebenarnya penting study guna nota dalam paper nie, senang nak tambah sebarang info dari buku rujukan, nak conteng-conteng waktu study . Eh kau mampu ke study ngadap skrin laptop tanpa conteng2 nota tambahan kat sebelah nota yang sedia ada? Eh aku tak mampuuuu der...

2. Study sambil tengok movie 
Ehhhh hebat sangat lah tu kan study sambil tengok movie. Last-last kejadah study aku , amik tisu lap lap hingus akibat panahan cerita sedih . Tak pun gelak golek2 abis terbang buku buku aku akibat "Lawak ke der"... Paling tak bleh blah , last2 tutup buku aku karok lagu dalam movie tuh dan record konon2 buat cover lagu.

3.Baca nota semata-mata tanpa latihan
Perghhh kalau orang tengok aku punya buku Microb tu , dahsyat. Semua aku nak highlight . Siap ada tampal2 sticky notes info info tambahan. Tak leh blah, tapi latihan malas buat . Akibatnya? Ilmu tahan dalam kepala otak aku paling lama 36 jam jelah . Lepas aku bergoyang-goyang dalam bas effect dari drebar yang drift tanak langgar taik lembu , terbang abisss segala yang aku hafal . 

-THE END-
Dah ler tu sikit-sikit . Korang ade penambahan ke ? Nasihat ? Bantahan ? Suarakan secara terpelajar di ruangan komen. Ehhh jap jap...


Doakan ye Mai dapat harungi Semester 3 nie dengan kejayaan yang cemerlang . Terima kasih korang . Sayang semua . Muah muah.

Assalamualaikum.


Semangat yang hilang :(

Wohoooohooo... Diluarnya tenang tapi Tuhan saja tahu :(

Amaran : Ini entry peribadi , tidak berilmiah

Assalamualaikum . 


Mood untuk pulang ke kampus yang terbang 100%. Semangat punah semangat hilang . Entah lah hai kenapa.

Kawan-kawan dah sibuk packing barang. Esok lusa semua pakat nak balik UiTM . Tapi aku takde perasaan nak balik.

Bukan tak happy hidup kat sana , tapi aku pun tak tahu kenapa tiba-tiba aku terus takde semangat nak balik sana. Padahal sebelum nie aku yang nak balik sangat .

Ehhhhh kenapa aku nie.... :(


Dia mesti sedih kalau tahu aku macam nie. 

Tolonglah hati , tolonglah bersemangat balik . Jangan macam nie ........

Errmmmmmmmmm...

Ya Allah :(

Ada tak sesiapa yang hilang semangat macam Mai jugak nie? 

Yelah aku kena balik sana jugak tak kira apapun. Kemon dear ... Semangat sikit ... Senyum senyum ...


Saya pun rindu awak . Jangan sedih ,nanti saya balik sana yea ..... 


Assalamualaikum. 

Tutorial : Letak button reply pada setiap komen

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia .

Harini Mai nak ajar cara buat button follow yang comel dekat ruangan komen .  Ada dua jenis, satu cuma tulisan [reply] , manakala yang lagi satu ada ikon comel macam kat ruangan komen Mai .

Kalau Mai klik kat button tu dan reply komen tersebut :)

Dia akan mentionkan nama komen siapa yang Mai reply tadi , cool kan ....

Langkah demi langkah :

1 . Sign in blogger (untuk dashboard baru) > template > edit HTML > Tick Expand Widget Template
2.Cari kod di bawah , tekan F3 atau Ctrl F untuk senang cari.

<b:include data='comment' name='commentDeleteIcon'/>

3. Dah jumpa? Pastekan kod dibawah dan pastekan di bawah kod tadi.

<span class='comment-reply'><a expr:href='&quot;https://www.blogger.com/comment.g?blogID=BLOG ID&amp;postID=&quot; + data:post.id + &quot;&amp;isPopup=true&amp;postBody=%40%3C%61%20%68%72%65%66%3D%22%23&quot; + data:comment.anchorName + &quot;%22%3E&quot; + data:comment.author + &quot;%3C%2F%61%3E#form&quot;' onclick='javascript:window.open(this.href, &quot;bloggerPopup&quot;, &quot;toolbar=0,location=0,statusbar=1,menubar=0,scrollbars=yes,width=400,height=450&quot;); return false;'>[Reply]</a></span>
4. Replace BLOG ID dengan blog Id anda .  Macam mana nak cari blog Id? 

Kalau nak mudah cari. bila korang klik \ kat bahagian posting, dia akan keluar nombor macam di atas..ambil nombor itu je..

5.[Reply] tu korang boleh tukar dengan perkataan korang sendiri sesedap rasa (^__^)v

Ok tamat sudah cara untuk korang yang cuma nak ada tulisan , tapi kalau korang nak ada ikon comel sendiri tak kiralah yang korang buat sendiri atau amik dekat photobucket. Sila replace [Reply] dengan kod ini :

<img alt='Reply To This Comment' src='URL GAMBAR ANDA'/>

Replacekan URL GAMBAR ANDA dengan url gambar yang anda mahukan. Kalau ambil dari photobucket , ambil direct link sahaja .

Selamat mencuba .

Rujukan :

Masalah duit hilang ? Ada penyelesaiannya .

Makkkkkk, duit adik hilang........... Wuaaaa...
Berapa?Berapa?
Limabelas ringgit nieee makkkk....
Haishhhh camna blehhhh hilang ni....

Aiya duit hilang pulak.....Baru aku rancang nak pergi Watson beli lotion kejap . Dah la tengah budget sikit , dalam poket ada RM50 je, tu pun nenek kasi. Maklumlah aku nie penganggur , tunggu ptptn belum masuk lagi derrr~ 

Tiba-tiba adik bongsu aku datang , tersipu-sipu bawak beg dompet hijau cap katak beliau. Eh dah kenapa budak nie, dia bisik something .

Mina ada cara taknak bagi duit hilang.
Acemna?

Taraaaa . Dia bukak beg dompet dia tunjuk , nak tengok tak rahsia budak kecik nie ape? Hewhewhew~ 



Ahaaa nampak tak ada sekeping kertas atas duit dia tu ? Nampak tak?Jelas tak ? Tak jelas tengok bawah :P





Ade sekeping kertas bertulis nama Allah . Adehhhh budak nie. Aku tak tau nak bagi reaksi ape. Tak sangka adik aku nie berfikiran sampai ketahap nie. Bhahaha~

Dia kata toyol tak boleh amik . Yelah , kalau orang nak curik pun bukak tengok nama Allah pun boleh insaf . Huuuu ... Macam macam jugak kepala idea budak kecik nie. Haha

Inilah adik aku tuhhh . Hewwww~ 

Dan akhirnya duit aku yang hilang tu aku dah jumpe , rupanya aku yang letak merata lepastuu bising-bising , wakakaka. 

Ok nak g mandi dan menculik kereta mama. Hey sistaaa cepat siap sapa nak ikut aku..... Ayuhhh,.. (^__^)v

Assalamualaikum :)

Perihal JPJ daku :P

Alhamdulillah. Alhamdulillah . Alhamdulillah :)

Assalamualaikum .

Akhirnya setelah beberapa dugaan dan dikecewakan JPJ , aku berjaya dapatkan lesen aku harini . Awww~ So sweet lah abang JPJ yang sungguh kacak bergaya itu .

Kali nie aku sangat beruntung sebab dapat tester yang baik . Beberapa kali gak aku konfius pasal gear apa nak guna...Abang JPJ kacak tu yang tolong aku . Sobs sobs begitu terharu.

Untuk repeat JPJ aku kali nie kena bayar sewa tapak RM30 je . Boleh la takde la mahal sangat . 

Balik balik je dari lulus JPJ aku culik kereta mak aku seharian . Walaupun Toyota Unser tu agak besar untuk pemegang lesen fresh dari ladang macam aku , aku redah je.... Gian sangat wa cakap luuuu...

Ok MAMAAA ESOK PINJAM KETA LAGI.alalalala :P

Ok iklan sebentar :
Kepada sesiapa yang berada di daerah Kulim ,Kedah dan berminat nak mengambil lesen , bolehlah menghubungi Kunci Rimbun Driving School di alamat :

861&358 ,Mukim Sungai Ular
Jln Sungai Ular,
09000 Kulim,
Kedah

Tel: 04-491 4770 

Assalamualaikum :)

Perbualan IM facebook yang perempuan tak suka.

Assalamualaikum .

Perempuan dalam tajuk di atas merujuk kepada NOOR MAIZAN*tuan blog nie :)
Heeee~ Ini adalah pendapat aku lah yea. Sebenarnya aku nak kongsi beberapa kesalahan lelaki kalau nak memulakan perbualan dengan perempuan yang aku kenalpasti sebagai soalan vangang. Vangang yer, ini bukan typo. Oleh itu cik abang cik abang sekalian , tak payah guna ayat nie yer.


Hye cik adik , boleh berkenalan ?

Nak kenal ape lagi kan dah ada dalam friendlist dah . Sembang buat sempoi sudah lah , tak payah ayat nak manis bergula-gula batu. 

Cik Adik nie dah berpunya ke belum ?
Kalau nak berkawan ikhlas ape ke kisah dah berpunya ke belum ke. Kawan je lah macam biasa. Kalau nak tahu sangat tak payah tanya , tengok je profile dia sendiri . Rimas sungguh la soalan nie. Kalau Mai la kan , orang tanya soalan macam ni, Mai mula la rasa dia tu niat nak berkawan bukannya ikhlas pon.

BF awak tak marah ke kita chat nie? 
Kenapa nak marah kalau anda tak melebihi batas-batas sebagai seorang kawan ? Kalau takut sangat tak payah nak chat . Kalau budak-budak bolehlah nak bercemburu berperang bagai gara-gara facebook nie. 

Eh ni betul ke tuan fb? Saya takut bf awak yang onlinekan fb awak tadi....
Golongan nie lagilah buat aku pening . Takde ke satu keje si Akmal tu nak onlinekan untuk aku dan chat dgn  kawan-kawan aku . Erghhhhhhhh. Dasar kebudak-budakan.
Awak saya dapat birthday call free seminggu , nak nombor tepon boleh?
Awak , saya nak offline nie , boleh minta nombor tepon? 

Ok nie lawak . Yang pasal birthday tu maaflah yea aku bukan jenis melekat dengan handphone 24 jam, apatah  lagi aku nak melayan orang calling2 mahupun msg . Bukan jenis aku lah. Kalau kawan aku msg pun untung sangatlahkan aku reply. Malas aku nk type msg , aku call cakap benda penting je dan bye . 

Oh aku rasa setakat ini jelah kut . Kalau aku , nak berkawan or memulakan silaturrahim, lebih baik dengan cara yang sempoi-sempoi saja. Tak perlulah nak bermadah pujangga sangat . Rimas tauuu . 

Eh korang jangan takut nak sembang ngan aku pulak lepas nie. Wakakaka .

Assalamualaikum :)

Tutorial : bagi meringankan blog

Assalamualaikum . 

Korang dah baca ke kepentingan mempunyai blog yang senang loading & ringan ? Belum ...? Jom baca dan timbang blog korang di >sini< .

Dah?
Gambar hiasan penyeri entry :)

Sekarang mai akan kongsikan kelebihan JQuery Lazy Load . Apa yang istimewanya Lazy Load nie?

Blog akan lebih cepat loading sebab segala gambar hanya akan dipaparkan semasa blog di scroll . Bagi blog yang mempunyai banyak gambar , ini sangat penting untuk mengurangkan tempoh masa loading page .

Walaupun tak mampu meringankan blog secara pukal , namun ini sangat membantu . Kalau nak tengok cara Lazy Load ini berfungsi boleh klik >sini<

Langkah-langkah :

  1. Dashboard > Layout > Add a gadget > Html/Javascript
  2. Pastekan link di bawah
<script src='https://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.4.4/jquery.min.js' type='text/javascript'></script>
<script type='text/javascript' src='http://javscript-code.googlecode.com/files/jquery.lazyload.mini.js?ver=1.5.0'></script>
<script type="text/javascript">
jQuery(document).ready(function($){
if (navigator.platform == "iPad") return;
jQuery("img").lazyload({
effect:"fadeIn",
placeholder: "http://3.bp.blogspot.com/_LZtXSNcp76A/THkEtEOZfrI/AAAAAAAABRo/IARVMD_8TwA/s1600/grey.gif"
});
});
</script>
Dah siap? Save .

Senang kan :)

Terimakasih >sumber1<>sumber2<

Assalamualaikum .

Tutorial : Letak button follow twitter di blog

Assalamualaikum.

Ahaaa selamat petang . Amacam menu tab baru yang huduh serta cacat tu? Kahkah , cubaan pertama , jangan la gelakkan Mai tauuuuuu.... 

Ok straight to the point. Harini Mai nak ajar cara-cara letakkan butang follower twitter dalam blog . Macam yang kalian boleh tengok dalam blog Mai .

Langkah-langkah (menggunakan dashboard versi baru) :

  • Log in blog ... dah masuk dashboard kan... senyum...
  • Pilih layout 
  • Pilih add a gadget > html/javascript
  • Copy link ini dan pastekan dalam html

<script src="http://s.moopz.com/fanbox_init.js" type="text/javascript">
</script>
<div id="twitterfanbox">
<script type="text/javascript">
fanbox_init("NAMAMENTIONTWITTER");
</script></div>
<style>
.FB_SERVER_IFRAME {
width:200px !important;
height:250px !important;
}
</style>

  • Okay sekarang NAMAMENTIONTWITTER tu korang letakkan nama twitter . Contohnya @normaizan , letakkan normaizan je :)
  • Untuk saiz korang boleh adjust untuk besarkan or kecikkan sesuai dengan blog korang. Yang tu saiz yang Mai pakai tu.
  • Last , preview kalau dah puas hati boleh save yer...
Alhamdulillah . Siap sudah. Yeayyyyyy. 

*Kalau ada soalan nanti tanya Mai ye, kalau nak cepat tanya guna fesbuk pun takpa.

Kalau ada sesiapa nak share , sila-sila, jangan lupa kreditlah dekat blog ambe nie ye . Sayang semua . 

Byeeeeeee Assalamualaikum :)

Demimu abang JPJ

Assalamualaikum.

Ahaaa... Yang selalu baca blog Mai mesti tahu Mai failed JPJ haritu sebab langgar lampu isyaratkan. So 6 Jun nie , eh dah tak lama dah ,  Mai ada repeat test . Pehhhh mcm ape lagi . Ingat tak payah dah jumpa abang JPJ tu dah, tahulah ensom belake , tp takmolahhhhh deting banyak banyak kali ngan korang wahai abe jpj, bebaskan dakuuuu bebaskan dakuuuu (sepak kang popuan ni tetibe hiperbola lelebih malam2.muahaha)

Tadi Mai ajak la mama pergi berlatih bawak kereta kejap untuk persediaan JPJ nanti . Yelahhhh dah lama tak pegang stereng mestilah gementar kan... Ulalalala~~

Oleh sebab kawasan ujian JPJ nanti berbukit . So aku pon ajak la mama pergi kawasan berbukit... Cewahhh dengan yakinnya nie...

Mama : Ok berhenti disini ....
Aku    : *Streeeettttttt break keta , tarik handbreak. Eh mama macam na nak jalan balik ney?
Mama : Ok tekan minyak, angkat clach slow2 , turunkan handbreak...

Kawan-kawan nak tahu tak apa jadi seterusnya?

Weeeeee~ kereta kami dengan gumbiranya meluncur ke bawah.

Mama : Eh tekan brekkkkkk!!!!!!!!!!!!
Aku    : Break laju*


Mama : Ok tekan minyak, angkat clach slow2 , turunkan handbreak...


Weeeeee~ kereta kami dengan gumbiranya meluncur ke bawah.


Mama : Ok tekan minyak, angkat clach slow2 , turunkan handbreak...


Weeeeee~ kereta kami dengan gumbiranya meluncur ke bawah.



Mama : Ok tekan minyak, angkat clach slow2 , turunkan handbreak...


Weeeeee~ kereta kami dengan gumbiranya meluncur ke bawah.


Dah sudah , akhirnya tiada harapan untuk kereta kami bergerak kehadapan semula. Mama pun cakap, "biarlah dia meluncur sampai ke bawah"


Hebat tak aku bawak kereta harini? Bebudak motor yang lalu lalang semua pandang kereta kami dengan muka pelik bin ajaib.. eh ape pandang-pandang, akak lawa sangat eh? Muahahahaha...

Begitulah endingnya cerita pelajaran memandu aku kali ini. Esok hari terakhir aku nak berlatih sebelum 6 Jun nie.

Ya Allah , permudahkanlah urusanku ~

Perempuan garang? oh lelaki jangan tertipu.

Assalamualaikum.

Pernah dengar kata-kata nie? " PEREMPUAN YANG GARANG SEBELUM KAHWIN ADALAH WANITA YANG MANJA SELEPAS KAHWIN" .

Ok pertama kali aku dengar kata-kata nie,maaflah yea sesiapa terasa,aku rasa nak gelak guling-guling. Idea sapa lah nie nak memohong orang ramai. Oh pelisssss..... 

Aku rasa kesian dekat lelaki yang percaya sangat kata-kata ini. Meh nak bisik.. "Syhhhh korang ni berpotensi besar mengalami kes queen control lepas kahwin nanti" . Berpotensi besar okay.

Ape kebendanya korang ingat sifat garang nie senang-senang nak buang ke? Senang-senang nak sorok ke? Aku pun kategori perempuan garang , dan aku tak rasa benda nie betul , cuma bagi aku garang tu biarlah bertempatlah kan. 

Tengok kawan-kawan aku (lelaki) , belum kahwin tp awek dah suka maki hamun , bukan nak menyibuk hal orang, tapi kalau bergaduh kat tempat public tu *facebook*, sorry lah aku terbaca komen-komen sambil makan pop corn. Nak tanya nie.... Korang yakin ke garang style maki-maki hamun tu korang nak buat isteri? Apatah lagi mencarut ? Oh no komenlah kalau korang rasa yakin boleh membimbing mereka. Tapi bagi aku lah kan. Kalau boleh hal gadoh gadoh ni jangan kat umum la wey... Jaga maruah pasangan anda  :)

Dan sekali lagi aku nak gitau , aku pun kategori perempuan garang . Cuma aku garangnya bertempatlah. Aku sangat meluat perempuan nak garang-garang ni. Kadang-kadang ade jugak aku nampak perempuan sebaya aku nak garang-garang dengan aku. Memang menguji kesabaran la jugak. Tapi aku kata td aku kan garang bertempat, so aku biar jelah orang tu garang tak bertempat selagi tak terkena suis meletup aku, oh yeah aku cool (^__^)v

Perempuan tak payah nak garang-garang sangatlah. Cukuplah sekadar tegas untuk mempertahankan maruah diri, keluarga , dan agama. Tegas bermaruah. Garang tu mcm kurang sesuai la perempuan nak jegil-jegil mata , tinggi-tinggi suara...See ... Tak sesuai ya amat kan... Sebab tu aku cakap aku garang bertempat je. Garang aku cuma dengan adik-adik aku, sebab aku sayang dan mahu diorang jadi insan yang berguna.

Dan sebenarnya, lelaki ni besar egonya . Diorang tak suka dimarah tak tentu hala.Kalau nak garang-garang tu , janganlah depan orang ramai. Jaga maruah mereka kalau nak dihormati oleh mereka . Dengar tu kawan-kawan, kalau nak dihormati, kita pun kena hormat maruah orang....


Sooooo... Jadilah tegas bermaruah. Bukan garang tak tentu hala.
Dan lelaki............ lu fikir la sendiri :)

Sebarang bantahan, suarakan secara terpelajar di ruangan komen :) Sayang korang.

Keadilan dan *Tips disayangi :P

Ustazah : "Saya tidak pernah menolak hukum poligami."


Jamaah : "Wah, hebat ustazah!"

Ustazah : "Saya tidak pernah melarang para suami nikah lagi."

Jamaah : "Wah, benar-benar kelas ustazah."

Ustazah : "Yang penting........"

Jamaah : "Yang penting...adil ye ustazah?"

Ustazah : "Bukan...yang pentingbukan suami saya..

Assalamualaikum .

Harini random talk jelah , Mai takde pape topik nak sembangkan. Hihik , cuma nak sembang-sembang ringan pasal "adil dalam berkasih-sayang" . Muahaha .

Adil = Meletakkan sesuatu pada tempatnya . 
Lawan bagi adil adalah zalim.


Nak tahu tak , dalam kes soal poligami , adil yang dimaksudkan cuma adil yang zahir . Dalam bab perasaan , cinta, kasih sayang , adil tak merangkumi aspek-aspek ini ,ye kawan-kawan. Kenapa tak wajib , sebab Allah tahu memang mustahil manusia mampu adil dalam perasaan , sedangkan manusia bukan ada remote control nak control perasaan tu kan .

Tipu?

Entahlah kalau awak taknak percaya cakap Mai. Tapi Mai sendiri punya pengalaman dengan adik-beradik yang ramai ni . Tipulah kalau Mai tak sayang semua. Mestilah sayang ketujuh-tujuh beradik. TETAPI.... Tahap kasih sayang or senarai nama dalam carta hati Mai tu mestilah ada yang sangat sayang dan ada yang sayang biasa saja. (biarlah Mai sorang tahu yang mana Mai sangat sayang tu karang tahu naik lemak pula,ekekeke)


Macam mana boleh ada yang sayang banyak sayang kurang nie?

Sebab perangai lah..... Manusia kan...?Manusia punya hati kan? Sudah tentulah yang lebih menyenangkan hati tu lebih disayangi . Adatlah tu....

So dengan ini Mai nak berkongsi tips-tips agar disayangi oleh orang lain (family@suami@kawan2@lover@follower blog@bos@dan lain-lain,ekekekeh)

  • Selalu senyum - Senyum kan dapat menyejukkan hati manusia lain, seriously.
  • Jaga tutur kata - Selalulah takut untuk melukakan hati orang, jangan mencarut,jangan mengherdik
  • Bersangka baik dengan orang - Mengelakkan fitnah dan umpat mengumpat
  • Ceria selalu - Kalau duk bermuram durja orang nak dekat pun seram tauuuu (^__^)v
  • Ramah mesra - Selalu bertanyakan khabar , walaupun jauh biar rasa dekat dihati
  • Ringan tangan - Sure orang sayang sebab suka membantu
  • Rendah hati - Jangan selalu berlagak menyombong nanti orang meluat
  • Pemaaf - Heee pasal nie Mai kena bnyk belajar lagi =B
  • Jujur - Siapa yang sayang orang suke berbohong kan? hehehe :) 


Bye eeeee assalamualaikum.....

Rujukan - >sini<>sinun<

Tangan bergetar bukanku gemuruh :'|

Assalamualaikum , 

Sebenarnya aku nak kongsi kerisauan aku . Dah lama aku pendam, tak de bagitahu sesiapa tp tadi aku rasa aku kena juga bagitahu mak. Benda nie berlaku bukan 24 hours, cuma kadang-kadang. Pelik .

Antara situasi yang menyebabkan aku detect sesuatu yang tak kena dengan diri aku bila :

Time pergi makan waktu dekat Hentian Rehat Dan Rawat haritu , aku order ikan patin masak tempoyak. So, makcik tu letak lauk tu dalam mangkuk dan isi kuah penuh . Time nak bawak mangkuk tu kat meja aku, ya Allah. Tangan aku bergetar sangat-sangat dan lauk tu tertumpah-tumpah.Dengan muka tak malunya aku terpaksa tumpang letak lauk tu atas meja satu keluarga yang tengah menjamu selera, semua tengok aku pelik . Aku minta maaf dan terus pergi ke meja aku minta tolong mak aku ambilkan mangkuk tu untuk aku. Dan lepas tu tangan aku okay balik . 

Situasi lain  :

Tadi time aku nak keluar pergi kenduri , aku pun nak sapu bedak asas kat muka gebu aku ,errk. Then, time aku nak picit bedak tu dari bekas dia, sekali lagi tangan aku buat hal. Aku pergi kat mak dan buat demo , mak pun pelik. Mak kata mungkin aku lapar kut. Maybe lah. Aku buat tak tau je, tp tgk aku tetap bergetar ,  susahkan aku nak pakai eyeliner.

Kenapa ye jadi macam tu? Aku dengan rasa tak sedap hatinya aku search google td pasal tangan bergetar.Antara maklumat yang aku dapat :

Entah la , walau apa pun punca , aku harap takde la seserius mana dan takkan tinggal kesan dalam hidup aku . Aamiin~

Allahumma 'afini fi badani. Allaahuma 'afini fi sam'i. Allahumma 'afini fi bashari. Jauhkan aku dari segala penyakit . Sihatkan tubuh badanku , aamiin :') ~