Tak salahkan curik idea orang dari status facebook ? :P

Assalamualaikum :)

Hai gadis-gadis dan jejaka .

Semalam time online , biasalah aku ni bukan kalangan hot sentap pun, takde nye aku nak liking-liking , tagging-tagging, flirting-flirting. ehh. Hehehe (^__-)v . As minah kepoh berkaliber, aku actually memang suka baca status kawan-kawan aku. Bukan nak buat stok gosip, but , aku memang nak tahu , dan nak ambik tahu perkembangan setiap kawan-kawan aku.

Melalui status kadang-kadang aku boleh kongsi kegembiraan dia. Like . Dan bila kawan-kawan aku sedih, pun senang detect melalui facebook . Time nie la aku nak jadi superwoman . Auch . Ye seriously i hate seeing my friend in trouble. Benda boleh kita tolong, kita tolong . Tak boleh tolong , kita bagi idea. Tak de idea, lean your shoulder and ear to her/him cry on.

Dan paling penting ~!

Bila aku analysis status kawan-kawan aku . Banyak buat aku tersentap dalam kesyukuran. Bukan semua orang senang macam kita, dan kalau kita susah pun, ramai lagi yang lebih susah. DAN!!! Setiap masalah orang tu berbeza . Sebab , kekuatan hati kita tak sama . Bila dah tangkap syahdu begini, mulalah aku dapat idea nak berblog . Muehehe.

Haishh cerita lari topik , ok ok gini cerita nya.Semalam yayang habis bt keje,sian dia penat . Aku ajak teka teki pulak.

M  : Awak, apa beza awak dengan KLCC?
A  : Awak ni ape la. Haha. Saya ni manusia. KLCC tu bangunan.
M : Ishhh salah salah.
A : Abis ?laa betul laaa....
M : KLCC Malaysia punyaaa. Awak saya punyeeee.
A : HAHAHAHAHAHAHA . Comel. Pandainyee..


Thanks kat Ujang yg bt status nie semalam,aku pinjam idea awok ehhhh . Hahaha. At least boleh jugak buat encik kesayangan gelak walaupun penat buat kije.


Kredit to: Erti kehidupan fan page.

Apa nak buat bila ex kembali .

Assalamualaikum handsome and gorgeous .

Ex tu ape? Actually Ex nie macam EXPIRED lah, bak kata orang barang tamat tempoh . Ape kita nak buat dengan barang tamat tempoh , seeloknya buanglah kan, kalau simpan kang nanti membusuk . Oh Mai , bahasa kamu sangat kasar,ok buang hemosi hemosi, mari berbincang dengan perasaan serba neutral :P


Firstly , jangan tunjuk sangat yang kita ni duk bersedih pedih pilu atas kehilangan dia dulu. Oh aku maksudkan disini jangan tunjuk sedih langsung . Kenapa? Pride weh pride. Lepas dia dump kamu , musnahkan angan-angan nak pakai gown kawin warna apa , kek kawin berapa tingkat, anak berapa banyak , malukan kamu nak hadap kawan-kawan kamu lepas break up, buat kamu nangis lapan baldi , duit banyak keluar beli topap nak pujuk dia padahal dia time tu berjimba dengan orang lain , kalau takde orang lain pun dia tak pedulikan kamu punya usaha nak jaga hubungan bagi tak crack teruk sangat . Ok sekarang kamu sanggup rendahkan diri kamu untuk merayu dia kembali? Think again ,jom minum kopi dulu , sambil tu kita fikir kembali :)


Actually tak salah nak terima dia kembali dalam hidup walaupun dulu dia blah tanpa sebab. Misalnya tetiba dia request nak fren balik ,(lepas kene unfriend) dasar tak malu~ ehh melalut. Ok back to topic. Kenapa aku cakap tak salah ? Dulu dia blah tinggal kita ternganga macam tu ja, takde sebab, takde alasan. Kita pun tak diberi peluang nak bersuara. OH DIMANA KEADILANNYA~!  So lepas dia kembali kali kedua nie lah , peluang kita nak buktikan , yang ' takpelah ,kau blah pun aku boleh hidup , ni buktinya, aku bernafas '.

Eh sebenarnya aku bukan nak suruh bergaduh , or what so ever dengan si Ex . Cuma , bagi aku , tak payahlah korang nak tertipu kali kedua, ketiga , keempat dan seterusnya dengan orang yang serupa. Tak payahlah nak bazirkan kuantiti air mata yang sama setiap kali sakit hati, tak payahlah nak sakitkan hati kita berkali-kali dengan kes yang sama. Hati kita ada satu je, sayanglah ia. Acecece....

Kalau nak berkawan balik tu tak salah, cuma bagi aku tak perlu nak mesej , midnight call macam dulu . Banyak hati nak kena jaga. Kalau dah ada pengganti , better jaga yang sekarang tu sebaik mungkin . Jangan  kang akibat mesra sangat dengan ex lama, bertambah lagi sorang ex baru pulak .

Semua ni pendapat aku jelah ,kalau dah hangpa sendiri tetap nak kasi second chance jugak tak apalah. Maybe setiap orang ada sebab korang yang aku tak faham kan, so aku hormat lah cara korang .



But , satu je aku pegang dari dulu. "Sekali kau lukakan aku, kau bodoh, dua kali kau lukakan aku , ok aku yang bodoh" . Bunyi macam biadap . Tapi aku memang sangat tak izinkan hati aku diluka luka (perghh ayat nak syahdu aje) banyak kali , dengan homosapien yang sama , oh no way . 

Sekian entry berhemosi .

Assalamualaikum .

p/s: Tutup buku lama,buang dalam tongsampah, zaman sekarang orang tak pakai buku-buku dah, ipad je. kbye

Sarkastik .

Assalamualaikum :)

Sarkastik means : Sindiran yang pedas , bertujuan menyakitkan hati seseorang , dan memuaskan hati sendiri . ~ Menurut pemahaman Mai .

Manusia sarkastik . Merata-rata ada. Dikalangan kita ada . Rasa nak lempang , selalu . :)

Kenapa wujudnya manusia sarkastik nie , Mai rasa golongan berperangai sarkastik ni , selalunya hatinye kecut . Tak berani nak tegur depan-depan. Duk belakang sok sek sok sek kata orang sana tak betul , kata orang sini tak betul . 

Lelaki ada , perempuan pun ada . Takde yang terkecuali dari berperangai hodoh busuk kedengki begini . Maaflah hemosi daku~ . Hewhewhew.

Orang bertudung shawl mengikut fesyen 
Dikatanya orang tu menutup aurat sekadar berfesyen . Dikatanya tak ikhlas dalam menutup aurat . Dikatanya menutup aurat sebab nak tiru orang .

Ok sekarang cik abang , cik kakak , cik adik . Anda tahu baca hati orang ? Wah hebat sekali anda . Nak tahu kata Ustaz Azhar Idrus ?

Memakai tudung dengan berfesyen adalah lebih baik daripada tak bertudung langsung.


Orang berkongsi kegembiraan 

Dikatanya nak menunjuk . Dikatanya riak . Dikatanya belagak .

Oh mannnn. Kalau anda sebagai sahabat tak mahu berkongsi rasa gembira sahabat anda . Pergi duduk bawak tempurung hokey . Dunia ini tidak memerlukan orang seperti anda untuk dibuat kawan . 


Ehhh banyak lagi sebenarnya situasi situasi yang dapat dikesan manusia sarkastik sebegini . Yang paling sarkastik menusuk hati aku bila orang cakap tangkap gambar saja beliakkan mata sebab nak tunjuk lens .

Ok . Nie terkena batang hidung tak mancung aku . Meh nak bagi penerangan . Sebelum tu aku nak korang layan gambar-gambar baby dalam keluarga aku dulu :)





INI SAYA :P

Hey ini dipanggil GENETIC. Nampak tak mata kami semua beliak beliak . So setiap gambar aku tiada unsur sengaja or buat buat beliak mata nak tunjuk lens aku yang warna warni itu . Jangan jadi jakun . Jangan jadi batak . 

Hewhewhew :)

Tu je lah nak cite.

Sorry raya-raya dah kasar.

Assalamualaikum . 

Terima kasih membaca.

Buat kad raya sendiri :)

Assalamualaikum.

Ehhh ehhh dah tak berapa hari lagi dah kita nak beraya . (T__T) selamat tinggal Ramadhan. Semoga ada jodoh bertemu lagi tahun depan.

Macam mana persiapan raya ? Mai ape pun takde. Sehelai pashmina merah je baru beli, bajunye belum beli lagi. Tak tahu nak beli baju apa nak dipadankan dengan pashmina tu. Pergi shopping dengan Encik Yayang , niat hati nak beli yang sedondon tapi takde yang bekenan dihati. Ada yang cantik , tapi kebanyakan fesyen sekarang jarang-jarang kan, Encik Yayang dah warning jangan pakai cenggitu :P

Bosan tak tahu nak buat ape dekat rumah sewa nie , so Mai pun main-main la godek google , terjumpa blog >KLIK SINI< nie :) Ahaaa.. apa lagi, terus buat kad raya sendiri la , hewhewhew.


Selamat hari raya :) Maaf zahir batin ye kalau ada sepanjang kita berblog, sepanjang kunjungan kawan kawan dalam blog Mai nie, ada yang terkecil hati or tersentuh perasaan dengan penulisan dan kata kata Mai . 

Sayang korang :)

14th August 2012 : Tips kekalkan hubungan bahagia

Assalamualaikum :)

Haha . Harini birthday anak buah Mai . Ya Allah rindunyaaaaa kat dudak omey omey kesayangan hati tu . 

Selamat hari lahir buah hati auntie. Nanti auntie dah abis study, dah ada keje , auntie belanje kamu macam-macam ye sayang . Sekarang kamu suruh mama kamu beli sendiri dulu, hikhokkkk.

Teringat dulu Mai sacrifice zaman lepas SPM Mai untuk jaga anak buah mai ney, walaupun berbulu mata tengok status fb kawan kawan horay horay sana horay horay sini , tapi Mai puas hati terperuk kat rumah jaga anak buah mcm anak sendiri , sebab Mai tak percaya pada babysitter luar, hygiene macam mana, attention diorang tu 100% ke tak, ahh macam-macam la mai fikirkan . 

Sekarang dudak omey omey kesayangan hati ini dah besar :) dan dia tetap baby comel yang gebu bagi mai tak kira dia dah besar mana dah .


ehhh ada selingan nie.

14 August , hewhewhew. Masuk nie , 7 bulan Mai dengan Akmal tersayang :) Alhamdulillah , kasih sayang masih macam hari pertama dia bagi cincin tanda kasih dulu. Perhhhh ayat hakuuuu, tanak kalah, sorry lah ye sape geli tekak. Muahahaha :)

Mai ada 15 cara yang Mai dan dia amalkan dalam perhubungan , dan setakat nie berjalan lancar. Mai kongsikan disini ye. 

  • Always love each other. Yelah kalau tak sayang abis la cerita.
  • Jangan menipu . Jujur je walaupun sedih pedih sikit. 
  • Keep communication open. Selalulah bawak berbincang, jangan ada perasaan takut nak bersuara.
  • Stay sweet :) Semanis gula hati .
  • Bila ada sikit sakit hati, apa kata kita forgive and forget. Takde orang sempurna dalam dunia nie . Maybe dia ada problem sebab tu dia tak dapat puaskan hati kita. 
  • NEVER TALK ABOUT BREAK-UPS . Nie aku dah highlight kat dia awal awal lagi. Kalau setakat nak couple clash macam budak hingusan , sorry aku bukan orangnya.
  • Forget about pride. Dengan si dia tak payah kut nak berlagak sangat. 
  • Kalau minta maaf, minta maaf bersungguh-sungguh
  • Tak payah compare masa silam dengan sekarang
  • Dont talk about your stupid ex's
  • Beware of his feeling .
  • Kalau TAK okay, jangan cakap OKAY . Berterus terang , dan settle masalah secepatnya.
  • Give and take process.
  • Kalau ade perselisihan faham, selesaikan hari tu jugak. Takyah tangguh tangguh, merajuk sampai besok lusa tulat tunggang terbalik.
  • Last but not least , Dont be the perfect one . Be the right one.
Okay maaf ye kawan kawan yang Mai belum balas jejak di komen anda. Sebab Mai ada test petang nie, perlu study sikit. Insya Allah nanti Mai balas jejak dan melepak di blog anda anda pulak . 

Doakan Mai punya test ye. Sayang korang,