Nama-nama Syaitan dan Tugas

Assalamualaikum, and happy Monday guys :)

Harini Mai ada terbaca satu artikel dan berniat nak kongsikan dengan kawan2 blogger dan readers.About nama-nama syaitan , dan tugas mereka.

Wah , syaitan pun ada organisasi lengkap nak menghasut anak Adam. No wonder la yang lemah mesti rebah dihasutnya.

Tapi Allah ada menyebut, orang yang ikhlas tidak akan dapat diperdaya iblis(bapa segala syaitan) dan tenteranya.

Syaitan telah membahagikan ketua dalam tugas-tugas tertentu .

Qarin - mendampingi manusia sejak lahir bagi mengajak ,merayu , dan menghasut supaya menyimpang dari jalan Allah.
Al-Wilhan - menganggu manusia sedang wudhu'
Al-Hinzab - menganggu manusia sedang solat
Thibr - bertugas membinasakan manusia
Awar - menggoda manusia melakukan zina
Mabsut - membisikkan manusia supaya berdusta
Dasim - Bertugas menjadikan manusia bersengketa dengan keluarga
Zalanbur - Bertugas dipasar-pasar, membisik supaya manusia melakukan penipuan dalam urusan jual beli 

................................. 

Demikianlah

Semoga kita terhindar dari godaan syaitan selalu...

p/s:kawan-kawan doakan final exam encik askar saya, beliau sedang menghadapi paper physic pagi ni, besok paper titas, kemudian siskom , english , dan calculus. Moga dipermudahkan urusan.

Behind the sad truth .

Assalamualaikum .

Kan tak tahan azab kerja tesco. So aku amik keputusan berhenti. Dan aku pergi mintak kerja dekat kedai baju pulak. Temporary kan. 

Tadi tuan kedai tu, call aku suruh datang interview.Malangnya mak aku tak ada kt rumah siapa nk hantarkan. 

Sedih gila (T_T).

Hmmmm...Abis aku tengah sedih kawan aku chat. Aku pun ngadulah.


Kita nak panas, Tapi dapat hujan. Tapi kita terlupa lepas hujan ada pelangi indah! 

Thanks kawan, although i'm too sad, i cant even talk just now, but u make me smile :)

Ahaaa.

Assalamualaikum.

p/s: Nak pergi mengenang nasib diri lepas ni nak kerja apa pulak.

Le Cashier Tesco ~

Assalamualaikum :)

Hai . Dah janji nak cerita pengalaman kerja first time aku dalam entry nie  kan. Jom2 mulakan cerita :) (^__^)v

Pagi tu , masuk pukul 9. Pagi tu baru aku terhegeh-hegeh cari baju. Baru aku ingat aku mana ada baju t-shirt putih . Baju aku semua ala-ala kemeja,lekeh2 aku pakai blouse putih ade lah (I rarely wear t-shirt) , pastu aku baru gelabah puyoh. You know puyuh, gelabah macam anak burung kacau mak aku takde tshirt.

Tiba-tiba aku ternampak t-shirt putih tergantung dekat kerusi.Haha,aku terus pakai dengan Inner hitam disebabkan tshirt tu lengan pendek.Nak tahu tshirt siapa aku pakai?Tshirt pagoda bapak aku. Bahaha besar gedabak, macam budak sakai,lantaklah bukan orang nak tengok aku pun,orang nak bayar barang dia beli ja. (Maybe lagi seminggu aku dpt uniform)

T-shirt ni la aku pakai tu,hahahahahahaha...
Kat tempat kerja tak payah cerita la ,nak raya kan, busy ni. Kau bayangkan berdiri 9 jam, buat kerja non-stop, mulut kene senyum muke kene manis. Woi! Aku rasa nak berenti serta merta okay. Tak tahan azab T_T

gambar google

Barulah aku tahu actually bukan mudah kerja cashier ni,kene laju.Orang beratur, tapi handle duit tak boleh gelabah, kalau shot duit kau kena ganti. What? Huh ya Allah ... (macam orang takde masalah cari masalah kan aku?)

Apa yang paling menyakitkan hati ?
When people tak respect aku. You know, bila aku lalu depan kedai daging contohnye la dalam tesco tu , orang jerit2 "eh budak baru ke?" "yang lawa tu mai la keja sini" . (Yang lawa tu merujuk kepada budak baru lagi sorang) . Aku ni budak sakai yang pergi kerja pakai baju bapak saja.

Selama nie aku lalu sebagai customer takde pulak situasi tu kan?Yelah mana berani kacau customer ,kau nak kena pecat?!

Aku tak berlagak, cuma aku tak suka situasi annoying seperti itu. Bab Customer semua okay, yolah rakyat jelata di sini kan semua baik belake. Cewah . 

Ada jugak sekumpulan senior time sekolah menengah aku dulu datang bayar kt kaunter aku kije. I donno itu perasaan aku or diorang memang saja buat annoying nak kacau aku, or diorang memang annoying or diorang......., ehhh entah. Husnozon jelah . (but still butthurrtttt=..=) 

 I told my mum pasal semua ni ...

Itulah pengalaman.Baru kau tahu susahnya alam pekerjaan.Kalau nak senang jadilah bos.Sebab tu mak hantar pergi belajar tinggi-tinggi.

Kalau kau fikirkan pride je,pergi mana pun nak membongkak. Susah hidup kau. Kadang-kadang rasalah hidup susah. Bukan aku suruh berperangai sakai, tapi biasakan diri menghadapi perangai manusia yang pelbagai nie. 

Ok kalah kalau nak berdebat dengan mak aku. Nak menang aje (=.=)' .

Tengoklah sampai mana aku nak bertahan dengan kerja aku ni.Baru sehari dah sakit tulang temulang aku.

Kawan-kawan,bagilah semangat sikit (T___T)v .

Jom bekerja di cuti sem ini :)

Assalamualaikum .


Hah!Kawan-kawan yang masih tak tahu nak buat apa cuti sem yang sekejap teramat sangat ni, jomlah join den pergi kerja berjemaah .

Ceritanya begini, haritu try apply kerja dekat Tesco :)


Firstly kena isi form  dulu, under temporary job. Iyelah kan cuti sebulan je. Sobssss.Pergi interview jangan lupa bawa pen ye (^__^)v.

Then kene panggil masuk bilik, dia tanya sikit-sikit je ,cuti sampai bila,ade kwsp ke tak, study mana sekarang, dan bla bla bla. Itu je. Ada la dalam 5 minit, dia confirmkan no telephone , than dia cakap nanti dia call u back.

Ok ... 
Tunggu...
Tunggu... 
Tunggu... (bajet lama,sehari je pun :P )

Kriiingggggggg (phone Nokia 1280 comelku berderingggg ringggg ringgg)

"Hello ni akak dari Tesco. Awak NoorMaizan?"
"Ye saya"
"Okay awak diterima kerja.Nanti tolong buat akaun KWSP dulu ye,Khamis datang kita training, Jumaat masuk kerja, boleh? "
"Boleh ~! Terima kasih"

Yehuuuuuuuuu!Alhamdulillah :)

Nak join ? Jom, nanti Mai update kisah-kisah aku seorang cashier.Perghh poyo tahap minta kaki ... ($____$)v

Heeeee...Assalamualaikum.

5 steps selesaikan masalah dalam hubungan like a boss :)

Assalamualaikum.

Hubungan yang aku maksudkan tak kiralah suami dengan isteri,anak dengan parents,kawan dengan kawan , gf&bf dan sesiapa jelah yang berhubungan dua hala.


1.Marah bila perlu 
Kalau benda tu salah ,eg:Awek pergi beli gula kat kedai Pak Karim tak pakai tudung . Or apa-apa yang dikenalpasti sebagai sesuatu yang salah,baru marah. Kalau hal remeh setakat si lelaki nak pergi minum kopi jantan dengan kawan-kawan dia pagi2 pun nak mengamuk, itu dah macam overly attached dah aku nengoknye.

2.Yang salah minta maaf sungguh-sungguh
Takkan nak ego kut? Please lah dah buat salah tu pandai-pandai la mengaku . Beranikan diri.Takde apa yang nak dimalukan dengan minta maaf kan? Sangat mulia <3

3.Yang marah tadi, memaafkan seikhlas hati
Forgive other as quickly as you expect Allah to forgive you :') . Haaa . Semua manusia lakukan kesilapan . Tak ada yang sempurna. Memaafkan itu indah .



4.Yang salah tak ulangi apa yang dibuat tu lagi
Take serious. Tak bermaksud orang maafkan sekali,lain kali boleh buat lagi. Jangan malu untuk bertaubat sebab banyak kali buat dosa, tapi malulah untuk buat dosa sebab banyak kali bertaubat. 

5.Kunci mulut jangan mengungkit dah
Tak kira la , apa pun jadi, jangan sesekali mengungkit . Mengungkit ini sakit lagi menyakitkan hati. Ok jangan buat yeeee... Jangan buat.....


That's all yang aku selalu praktikkan . Memerhati kisah-kisah cinta orang veteran yang masih lagi bergelar hot couple, aku pun cedok sikit-sikit pengalaman diorang untuk jadikan pedoman.

For me, bagi pasangan, gaduh macam mana pun, elakkan cakap pasal perpisahan.Takut terbiasa lepas kahwin kan, sikit-sikit cerai, nauzubillahi min zalik.

Antara aku dan dia, kalau bergaduh manja selalu aku je yang mengamuk macam singa lapar. Lepas tu tak sampai 2 minit aku call dia balik. Heheee... Pastu dia gelakkan aku "Eh tak sampai 2 minit? Merajuk apa ni...." . Cis~

I love to read about people love story. Banyak pengalaman yang aku boleh amik tanpa lalui, tak kiralah baik atau pahit. 

Just please dont stop me from write about my own story, you have option to read or to leave . Respect me as i always respect others . Thanks . (Kadang-kadang terasa dengan kata-kata orang)

Have a nice Monday guys . With love-Cikmai.

Lelaki berkopiah dalam kereta api ..... (it's all about respect)

Hai assalamualaikum .

Cuti sem yang membosankan.Pergi interview kerja kat Tesco pun dia tak call2 back,tanak amik aku lettew, yelah,kan cuti pon sebulan je sapa nak amik kita ni kerja dengan dia.Eh reader yang dekat Kulim, kalau ada kerja nak bagi,or tahu kerja kosong nak pakai orang temporary call me eh, roger-roger dekat fb @ twitter nanti mak jemah bagi no phone.

18 haribulan tu aku balik dari Seremban naik Express Rakyat (keretapi).Takpelah, pukul 10 aku sampai dekat stesyen tu, padahal train aku pukul 1.50pm kan. Gasaklah aku, nasib ade MacDonald dekat-dekat situ, sempat lagi aku amik sarapan terus lunch sekali. Tergelak akak waiter tu tengok aku beratur 2 round, ade aku kisah.Hewhewhew.

sumber google

...Tut...Tut.... (cewah buat effect bunyi untuk kesan lebih dramatik)

Keretapi aku pun sampai takdelah tepat sangat pukul 1.50pm tu, aku pun dengan beg sarat nye,terpaksa jalan sampai koc paling belakang,padahal tadi aku tunggu kat kawasan koc depan,maklumlah tersemangat.hahahaha.

Sumber google

Naik je train,aku tengok kad tiket,seat aku 2A, eh ade orang lelaki la. Dia pakai kopiah putih.Itu bukan masalahnye, masalah aku sekarang,dia duduk dekat tengah-tengah seat antara 2A dengan 2B, abis acamner aku nak duduk?

Aku pun,ehem-ehem... "2A ni tempat saya,boleh saya duduk?"

Dia tunduk. Perghhh , alim baq hang .

Dia tak pandang aku langsung.

Dia tunjuk isyarat jari , suruh aku pergi cari tempat lain. 

Perghhhhh! Kau tahu time nie asap dekat kepala dah.Tapi cool. Mak bapak aku tak pernah ajar aku bergaduh dengan orang , apatah lagi dekat public kan.Aku terus letak je bag besar sarat aku kat bahagian atas tu, tarik muncung 180cm , duduk dekat seat belakang. Orang yang masuk masing2 nak duduk tempat masing2 kan?Tak ke nanti aku kena halau.

Tiba-tiba datanglah abang check tiket.

"Eh dik kenapa duduk tempat orang ni"
Aku tak jawab pun,juihkan mulut je tunjuk tempat asal aku.Haaa amik kau,aku ngadu ni!

Boleh abang tiket tu gelakkan aku tengok perangai orang tu duduk tengah2 seat.
Abang tiket tu pergi kat tempat sebenar aku, dia kata...
"Bang, ni tempat dia. Kalau abang taknak duduk dengan dia, cari seat kosong lain ye , time kasih"

Pastu dia bg balik tiket aku. Aku tengok lelaki berkopiah tu bangun, still tak pandang aku, then blah. Haaa baguslah begitu . Senang hati aku.

Panas aku ni sekejap je. Sebenarnya aku geram , macam lah aku ni nak duduk sebelah dia tu menyendeng-nyendeng, bergesel-gesel.FUuuuuuuuuuuuuuuuuuu.Aku cuma nak duduk tempat aku sampai tiba destinasi. That's all!

Baguslah juga dia blah , duduk depan aku.Aku pon duduk dengan sukanya. Bosan kereta api takde radio macam bas. Tiba-tiba dia pasang lagu guna handphonenya, kasi loudspeaker,maximum , lagu Maher Zain, Barakallah. 

Ok aku layan.

2 jam kemudian, still lagu Barakallah, yang diulang-ulang.

3 jam kemudian,still lagu Barakallah ,yang diulang-ulang.

dan jam-jam seterusnya....!

Wargh!!!!!!!!!! Kau tahu tak rasa bila dengar satu lagu je diulang-ulang dalam masa yang lama, rasa mcm terbelit isi otak aku,dah la semalam penuh aku hafal Biochemistry,rasa nak muntah ,nak jerit semua ade.

Ape ke phone laki ni ada satu lagu ke?Kalau nak pasang loudspeaker pon , kasi la lagu syahdu raihan ke rabbani ke, ini lagu tu , direpeat banyak kali. Sakit kepala tau dengar ulang-ulang. Stress aku.

Bagi aku.Tak salah dia macam tu. Kalau aku ada suami tak pandang perempuan macam tu aku pun turut berbangga. Tapi yang salahnya, dia patut hormat pengguna lain.Kalau dah baik sangat taknak duduk tepi perempuan,beli 2 tiket , biar je sebelah tu kosong. Or tanya kat akak tiket tu tempat paling belakang ke,yang orang mesti tak banyak duduk dah koc belakang2 kan. 

Susah sangat , haa drive je sendiri . Kan private tu. Semua untuk kau sorang je bang.

Haa cukuplah cerita sampai disini. Semoga rakyat Malaysia akan lebih berbudi bahasa.Bahasa menunjukkan bangsa. Harus sedar itu. 

Sekian ,assalamualaikum :)

Cara Kitar Semula Barang dengan Kreatif

Assalamualaikum .

Hai sayang-sayangku sekalian. Harini Mai nak share cara mengitar semula barang dengan kreatif, dijamin boleh guna balik barang tu .

Selalunya bila musim sekolah buat event pasal alam sekitar , mesti adik Mai minta idea nak buat ape. Tak habis-habis amik surat khabar , buat mende entah pape, pakaian kitar semula kejadah bagai, padahal bukan boleh pakai pun baju dari surat khabar tu kan. Bosannnn bosannnn...

Masa event kat sekolah tu semangat bagai , siap ada bersajak Sayangi Bumi kita lah, ada yang nyanyi lagu Hijau Zainal Abidin tu, end up , habis time sekolah, bersepahhhhh padang tu dengan sampah sarap aktiviti kitar semula ,konon nak bina bangunan guna botol lah. Haishhhh . Mai pun pernah sekolah dulu, kat U nie pun kadang-kadang ada gak aktiviti entah pape sebegini .

K k , straight to the point . Jom tengok apa boleh buat dengan barang kitar semula yang betul-betul boleh dimanfaatkan .

1.Tempat gantung kunci daripada seat belt lama.




2 . Tempat gantung kasut guna hanger besi




3. Holder phone time nak charge 

Anda alami masalah ini ?



Guna ini jeeee...





Menarik bukan?

Bolehhh lah cuba kan.
Hihi... 

K time to study . Mai ada 4 paper lagi . Analytical Chemistry , Genetic, Bacteriology , dan last paper Biochemistry . Kawan-kawan, sedekah doa sikit yeee :')

Assalamualaikum .

sumber: SINI

Cara Kitar Semula Barang dengan Kreatif

Assalamualaikum .

Hai sayang-sayangku sekalian. Harini Mai nak share cara mengitar semula barang dengan kreatif, dijamin boleh guna balik barang tu .

Selalunya bila musim sekolah buat event pasal alam sekitar , mesti adik Mai minta idea nak buat ape. Tak habis-habis amik surat khabar , buat mende entah pape, pakaian kitar semula kejadah bagai, padahal bukan boleh pakai pun baju dari surat khabar tu kan. Bosannnn bosannnn...

Masa event kat sekolah tu semangat bagai , siap ada bersajak Sayangi Bumi kita lah, ada yang nyanyi lagu Hijau Zainal Abidin tu, end up , habis time sekolah, bersepahhhhh padang tu dengan sampah sarap aktiviti kitar semula ,konon nak bina bangunan guna botol lah. Haishhhh . Mai pun pernah sekolah dulu, kat U nie pun kadang-kadang ada gak aktiviti entah pape sebegini .

K k , straight to the point . Jom tengok apa boleh buat dengan barang kitar semula yang betul-betul boleh dimanfaatkan .

1.Tempat gantung kunci daripada seat belt lama.




2 . Tempat gantung kasut guna hanger besi




3. Holder phone time nak charge 

Anda alami masalah ini ?



Guna ini jeeee...





Menarik bukan?

Bolehhh lah cuba kan.
Hihi... 

K time to study . Mai ada 4 paper lagi . Analytical Chemistry , Genetic, Bacteriology , dan last paper Biochemistry . Kawan-kawan, sedekah doa sikit yeee :')

Assalamualaikum .

sumber: SINI