Degree Sains Biomolikul / Biomolecular Science Semester 3

by - February 15, 2015

Assalamualaikum :)

Before this, takda keyakinan untuk tulis berkaitan kos degree ini , tapi selepas keluar result final exam tempoh hari yang unexpected sebab rasa macam susah tapi alhamdulillah boleh dilalui, rasa macam nak kenalkan dengan orang pula kos ni.

Ramai yang bertanya "Susah ke kos ni", "Best ke kos ni?" . Susah tu tipuuuu tak susah, belajar kos apa yang tak susah kan. Best tu mestilah best. Sebab belajar pasal DNA, gene, kalau tak minat tu payah sikitlah. 

Oleh sebab saya kemasukan dari penerapan Diploma Microbiology, terus masuk semester 3. Kalau yang dari Diploma Science, akan masuk semester 2, yang dari matriks pula semester 1. Walaupun dengar mcm , wah best lah kan semester 3 terus, ada 4 sem untuk habis dan tak perlu ke praktikal pula, tapi subjek2 untuk kami sangatlah padat.

Semester 3, walaupun tanpa perlu buat Final Year Project lagi, boleh dikatakan kebanyakan hari kami balik bilik/asrama/kolej waktu malam. Tak pernah sepanjang diploma ada lab waktu malam, tapi inilah yang dihadapi di zaman degree. 

Subjek untuk Semester 3 :

  1. Introductory Arabic (Level 1) - Subjek ni bebas, boleh pilih bahasa kegemaran masing-masing, German ke, Korea ke, Japan ke. Of course Arab paling senang sebab dah biasa baca Alquran , tulis jawi, so dah familiar dengan Alif Ba Ta, ehehehe, yang lain takut tangan terkial-kial nak tulis nanti. Bagi saya lah.
  2. English For Academic Reading - English biasa je, macam SPM dulu. 
  3. Concept of Biology - Ni benda paling asas sekali dalam biology, ala-ala revise subjek Spm pun ada.
  4. Microbial Molecular Genetic - Subjek ni belajar pasal genetic, tapi khusus untuk prokaryote.
  5. Methods in Molecular Biology 1 - Yang ni best, belajar method, ada lab test dengan final exam. Fokus dalam kelas, InsyaAllah boleh jawab,
  6. Gene Expression and Regulation - Subjek ni paling killer bagi aku, dalam 3 test dia, dua yang pertama aku gagal. HAHAHAHA. Tapi dengan izin Allah aku lulus akhirnya. Mula-mula dah patah semangat , tapi jumpa senior, senior kata "Akak pun gagal test tapi lulus final, ada yang lulus test pun masih kena repeat, study elok-elok masa final, " , lega sikit, so study pun macam orang gilalah. Subjek ni sama macam yang number 4 tadi cuma lagi mendalam dan untuk Eukaryotes, belajar pasal cancer juga. Ada lab test dan final. 
  7. Protein and Enzyme - Yang ni tak tau nak explain, study jelah eh. Dengar cakap lecturer,study semua chapter, insyaAllah A ;) 
  8. Human Resource Management - Yang ni boleh pilih antara Human resource ataupun Production Management. Untuk budak science , amatlah mencabar bagi saya, macam nak hentuk kepala study, heheh.
Thanks for reading, but ini cumalah pendapat peribadi saya, mungkin untuk orang lain even classmate saya sendiri tak serupa pendapatnya.

Belajar dimana-mana pun ada cabarannya sendiri. Good Luck semua .





You May Also Like

4 orang rajin komen

  1. lama saya tidak lihat cikmai kemaskini blog. gud luck!

    ReplyDelete
  2. rindu gian nak berblog ,hahah

    ReplyDelete
  3. Hello. dengar cite degree biomolekul akan pindah ke kuala pilah nanti. betul ke?

    ReplyDelete
  4. Hello. maaflah tak pernah dengar pun. Mungkin cuma khabar angin.

    ReplyDelete