Japanese Village , Bukit Tinggi.

Assalamualaikum.

Hi. Nice day ,korang. Cuti sem ni takde apa nak buat, nak keluar pun malas, so duduk atas sofa dan berangan perkara indah-indah. Produktif kan hidup aku. 

25June , tarikh birthday aku, cuma malang bertimpa tahun ni, ada paper final on 25th June 2015. Bukan satu ye tuan puan, 2 paper FINAL EXAM ,belah pagi and petang, dan lebih dasyat, esoknya ada satu lagi paper killer. Dasyat birthday aku tahun ni.

So ada orang amik keputusan nak sambut birthday aku lagi awal, so aku ada time untuk study sebab sepanjang study weeks and exam , boyfriend are not allowed. HAHAHA. Nasib baik dapat boyfriend baik dan memahami, hensem plak tu, (Kasi bodek cikit).

So dia bawak aku ke Bukit Tinggi,Pahang. Aku ingatkan jauh, dekat je rupanya. HAHAHA. Terima kasih awak yang baik hati, terharu tauu. 

Sampai je kat Bukit Tinggi tu, bayaran RM12 seorang. So dia pun decided untuk bawa aku je Japanese Village. Park je kereta, aku berderau darah tengok tangga yang tinggi,HAHA, Dasar gemuk pemalas. Padahal takdelah tinggi mana pun. Time naik tangga, dia lebih semput dari aku, rasa amazing sangat bila aku ternyata lebih sado dari abang askar. Ni mesti sebab aku dah selalu sangat panjat bukit dan tangga Fakulti Sains Gunaan Uitm tu, takpun naik asrama tingkat4 hari2. 

Pintu masuk 

Gedik sungguhlaaa hai...

Hereeee we are. Dah naik,serius hilang penat tu, Cantiknyaaa, Subhanallah. Rasa tenang sangat dikelilingi oleh pokok-pokok yang cantik. Paling best sebab ada kolam ikan. Sebab aku sangatttttttt suka tengok ikan berenang. Tenang dan rasa so fresh so good sangat,


Bila dah jumpa ikan, dah taknak kawan dengan dia dah. Sibuk bagi makan ikan. Makanan ikan boleh beli kat situ, RM1 je.HAHA. 

Ada yang bergambar sambil pakai kimono bagai tapi aku malaslah. Tak pakai kimono pun dah comel mcm awek Jepun dah.Ehhh..

SPA pun ada


Kemain model rumah jepun. Oleh sebab pergi berdua so takde cameraman nak amik gambar kami. Sobs.. Takpelah...



AHAHA , pandang saya je sampai akhir hayat awak tau...Zamzam alakazammmm... Mandrem sket. 

Tak banyak gambar berdua, cuma banyak gambar ala-ala aku jadi model adelah. Maklumlah boyfriend suka amik gambar permandangan, akulah mangsa dia suruh bergaya. Maybe aku ni salah satu permandangan indah kat mata dia kut.Ihiks perasan sgt uols,

Then dalam pukul 4 macam tu kami pun turun dan singgah makan di RNR before beransur.So inilah hadiah paling best birthday aku tahun ni,

Thanks sweetheart. Luang masa untuk saya.
Previous
Next Post »

2 orang rajin komen

Click here for orang rajin komen
che dai
admin
8/05/2015 8:54 AM ×

memang cantik pemandangan kat sini kan.

Reply
avatar
CikMai
admin
8/18/2015 5:39 PM ×

best-best.. Rupanya bnyk lg tempat menarik kat situ tak sempat jelajah. lepas kahwin la baru best dan bebas.hihi

Reply
avatar