Aku andartu?

Assalamualaikum,

Hi guys. Zaman sekarang zaman kahwin muda ye. Aku tak nak ulas pun pasal kahwin muda ni. Tapi aku ada terkilan dengan someone yang telah melabel aku.

 "BANGANG, belajar tinggi-tinggi tak reti nak kahwin"....."Mak bapak pun sama restu anak buat dosa"...

That damn words does hurt a lot. Thank you.

Kalau aku umur 22 kira muda lagi tak kahwin pun dah kena tohmahan gini, patutlah orang umur 30++ jadi stress. 

Hihi, takpelah. Belajar ini amanah ibu bapa. Redha ibu bapa redha Tuhan juga. Stop talking bad bout my parents, aku tak pernah tipu mereka. Kalau rasa kahwin muda boleh ambil tugas Tuhan atau Malaikat Atid. go on...

Terima kasih sebab keji saya.

D'Kayangan Steamboat Shah Alam

Assalamualaikum.

Malam minggu , so my friend la tetiba teringin steamboat. Bincang-bincang setuju nak keluar berempat pergi steamboat paling dekat dengan Uitm Shah Alam. Kawan yang sorang pulak sibuk google sana sini, terjumpa la D'Kayangan Steamboat.

Dari Uitm Shah Alam ke sana, naik teksi cost us RM20 je. Bolehlah sebab agak jauh Seksyen 13 dari Seksyen 7.HAHAH. Bahagi 4 orang tambang tu takdelah mahal sangat.

Sri Acappella, 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, 40100 Shah Alam Selangor.
Sumber google
Harga buffet takdelah mahal kalau nak banding dapat makan macam-macam jenis makanan kat situ. Even bihun/mee/koey tiaw goreng pun ada, nasi arab, ais kacang, kek , eskrem, teh tarik, dan steamboat mcm2 seafood, kambing golek, nak grill pun boleh...Hah boleh pilih sup ayam or tomyam for the kuah. Gua amik segala kerang-kerangan siput siputan yang takde kat cafe asrama puas-puas arrr.Hihik.Eh lupa nak cakap harga RM33 untuk dewasa dan RM17 untuk kanak-kanak. Bawak student card dapat discount ye, jadi RM29.80 seorang.

Call this number untuk buat reservation : 03-5523 4979 
Jangan lupa reserve dulu before pergi sebab memang ramai gileeeeeeeeer punya tak tipu.

Gua bagi 4/5 bintang. Untuk kepuasan dan makanan.


p/s:Tapi ada berita sedih time gelabah nak ambil makanan tu, gua terjatuh terkehel kaki ini. SAKIT T_T


Hyperthyroidism & symptom

Assalamualaikum and hai uols.

Sorry for the late update. Berkenaan dengan entry lepas yang mana menunjukkan keputusan lab hormon thyroid aku terlebih paras normal.

Setelah dirujuk dengan doctor hospital luar, yes. Aku di'diagnosed' menghidap HYPERTHYROIDISM. Terlebih hormon thyroid. 

Symptom selain tangan & kaki yang terketar (tremors). Orang yang menghidap hyperthyroidism juga akan mengalami :

  • Lemah/sengal otot 
  • Mood swings 
  • Nervous and anxiety 
  • Rapid heartbeat. (NI BETUL WA CAKAP, BUKAN MAINAN PUNYA DEGUPAN JANTUNG NI, KALAH ORANG JATUH CINTA)  
  • Irregular heartbeat.
  • Kulit lembap 
  • Heat intolerance. (Sampai Akmal belikan kipas sebab hari-hari membebel panas.hehe) 
  • Trouble sleeping. 


\

So ini ubat-ubat bertuah 'hadiah' dari doctor. Selain tu aku ambil juga supplement tambahan which is minyak zaitun and habbatus sauda, walaupun duit terbang terbang laksana burung bebas di angkasa, aku mahuuuuu sihat T_T.

Appoinment setiap sebulan , so means aku KENA AMIK DARAH every month. Wuagghhhh. Tapi doctor target dalam 3 bulan untuk aku sembuh.

Doakan saya ya :D

Thyroid Function Test

Assalamualaikum.

Buat pembaca setia blog ini since zaman dulu-dulu, mesti pernah baca entry pasal tangan aku yang kadang-kadang akan bergetar. ENTRY INI sejak 2012. And i ignore komen2 yang suruh buat check up T_T.

The worst thing is keadaan tu bukan makin surut, but makin serious. Asyik kena marah dalam lab sebab aku tak mampu nak kendalikan apparatus dengan cekap, misalnya nak load sample dalam lubang gel sebesar tahi hidung tu, memang rabak la gel tu, sebab aku kan tangan ketar + gemuruh lagi.

Again, i ignore je sebab ala biasalah tu budak baru tak cekap lagi. Kena marah tu remeh temeh je. So aku tak ambil port. I always perasan bajet-bajet positive and kemam cekelat HACKS , ingatkan diri ini kurang glucose or just lapar je. 

Then , titik punca nak pergi buat Thyroid test ni sebab keadaan makin serious, because NOW I CAN'T EVEN HANDLE MY LEGS WHEN DRIVING. Giler nak accident??! Minta simpang lah ,nauzubillahi min zalik.

My friend pun perasan sebab selain tersengguk, kereta akan bergegar each time i tukar gear, sebab time nak tekan clutch tu, hanya Allah je tahu betapa stressnya aku nak kawal kaki jangan gegar, lutut jangan gegar pleaseee, but, it's shaking vigorously and seram weh.


Untuk orang yang takut jarum ni, seram jugak la nak kena amik darah bagai. Gulp. Tak sakit sangat pun tapi sebab nak gedik , so anggaplah sakitttt T_T.......

Within 24hours dah keluar result , pantas juga Pusat Kesihatan Uitm Shah Alam ni, laju sebab ada lab sendiri.

And...


See. Aku tengok result sorang member yang buat test yang sama, normal je, Takde pun flags mcm aku tu. Apehal pulak satu above range, satu below range. Aduh.

Esok nak dengar explanation dari doctor. 

Pray for me ya teman-teman. 

Bye assalamualaikum.


Baju Korporat Degree Sains Biomolekul

Assalamualaikum.

Walaupun cuaca panas ,dan sentiasa rasa macam dalam oven. Kitorang kentalkan hati jugak nak merasmikan baju korporat kos kitorang dengan bangganya. Siapa tak bangga dengan kos sendiri weh, study macam nak pecah otak dan organ-organ dalaman. (Padahal sayang kalau tak pakai beli mahal gilossss). Cis -.-






Sejak tengok korea ni gedik benor insan cute bernama Maizan ni asyik bergambar nak acak-acah peace. 

Kehkehkeh.

Kbye. 


Review by Wanie Catatan Hati

Assalamualaikum.

First of all , nak ucap terima kasih saudari Wanie yang sudi review blog ini dalam entry INI. Setiap kata-kata seseorang mencerminkan diri individu tersebut, dan terbuktilah cik Wanie ini memang very positive person.

Header cantik ni curik dari google. Sebab kekangan masa nak buat tak sempat, nak order pun mahal, gua study lagi, terpaksa pakai header bak kata orang bagai melepaskan batuk di tangga ni.HAHAH. Siapa sudi buat header untuk saya dengan harga bawah RM15 angkat tangan   message saya segera !

Picit gambar untuk ke blog Wanie
So I rasa nak buat simple review untuk blog beliau ye.

APA YANG BEST DENGAN CATATAN HATI 93 ?

1. Tuan blog yang ramah dan baik hati.

2. Boleh request untuk di review tapi mohon sabar ye sebab beliau student, banyak  lagi benda nak pikir.

3. Senang nak follow sebab gadget follower memang letak bawah header je, kalau tak nampak juga memang kena pakai spek.

4. Blog ringan dan pink.HAHAH

Sayang

Assalamualaikum.

Lihat gelagat orang yang kita sayang gembira.

Kita pun gembira


Gundhuci(gendut+seksi)
Buah hati
Little potato
Syhhh <3

Computer + Biology

Assalamualaikum.

Serius selepas belajar subjek Bioinformatics which is about computer+biology, i rasa macam salah amik kos je.HAHAH.

Takdelah salah sangat. Dah lalui Diploma dan tinggal setahun je lagi nak settle Degree Biomolecular ni. But if ada rezeki nak sambung master lepas ni, ingat dah taknak lalui course yang kena masuk wet lab ni. Nak belajar computer + biology pula. 

Doakanlah.

Yang benar,
Budak takde cita-cita, tapi suka belajar.

Penting ke smartphone zaman sekarang?

Assalamualaikum.

Pernah tak sehari tak bawa phone ke tempat kerja/fakulti? Kosong kan jiwa.Huahuahua.

Tak mati pun eh takde phone. Aku ni sebenarnya phone dah rosak lebih dari sebulan. Bayangkan aku tak pakai smartphone dah sebulan.

Tapi..................

Phone biasa :

1.Takde lumos uitm, so takde jadual kelas kat phone. Setiap hari kena buka buku nak tengok jadual.

2.Takde waktu solat, so hari-hari kena tanya orang bila masuk waktu solat. Azan kat sini kadang dengar kadang tak dengar.

3.Takde wasap, so aku ketinggalan berjuta-juta info kelas sebab group kelas skrg pos news kat wasap je.

4.Takde mp3 , so aku kalau bosan terpaksa buat muka sedih sorang-sorang terkebil-kebil.

5.Takde camera, TAHU TAK DAH LAMA AKU TAK SELFIE.

Itu jelah.

So penting lah smart phone sebenarnya T_T.


Nak Link Blog Boleh ?? #1

Klik gambar untuk join
Assalamualaikum.

Dah lama tak join apa-apa segmen. Dah makin kurang kawan blogger.

Cedih......

Jomlah join sekali.
Klik gambar untuk sama-sama join.

InsyaAllah segmen ini hingga 21/3.


Sad

I just sad.

Random story

16 Mac 2015.

1200 am -Sebelum tido wish birthday adik.

0645 am - Terlajak bangun subuh, nasib tak terlambat,  kelaparan pulak tu. Lepas solat masak maggie. Kebulur nak mampus dari semalam tahan lapar. 

0900 am - Tidur sekejap, amik energy sebab nak berdepan kelas first untuk sem ni subjek SEJARAH MALAYSIA. Sure bosan kan.

1100 am - Masuk kelas. Terkejut sebab Ustazah Anisah gila gempak , tak mengantuk langsung. Malah insaf duniawi dan ukhrawi belajar ilmu sejarah.

0210 pm - Masuk kelas Method. Mengantuk tapi fight fight fight.

0300 pm - I'm survive! Yeay balik kelas sambil mengutuk orang bawak kereta laju lepastu aku terpeleot jatuh .

Dah la tak tahu nak tulis apa. 

Pengajaran untuk hari ini:

- Jangan berfikiran negative tentang perkara yang kita tak lalui lagi.
- Jangan mengumpat orang , biar orang buat hal, jangan kita buat hal.
- Bawak cekelat masuk kelas.

kbye. entry aku sampah kan. Tak tahu nak update apa T_T


Hari yang malang

Dekat fakulti jatuh bedebuk tepi longkang.
Kaki melepuh.

Balik kolej naik bilik tingkat lima.
Buka fb.

Ada yang lebih sakit dari jatuh tadi.


Malaysia yang sakit.

bye.



Bilik diserang cicak

Assalamualaikum

Hai korang.
Gila penat malam ni berperang dengan cicak. Kalau sem lepas aku asyik kena marah dengan roomates sebab terjerit macam orang sawan tengok cicak, sekarang aku ada geng.

Tadi nak dijadikan cerita, time sedap-sedap makan jagung tiba-tiba aku nampak cicak kat meja study kawan aku. Aku boleh lagi mengutuk cicak tu dengan si roomate ni.

Aku : "Eh tengok tu , dah la jahat. Dulu time Nabi Ibrahim kena bakar dia sibuk-sibuk tiup api, JAHAT!"

Wani :"Ha ah , dah la time Nabi Muhammad masuk gua dia sibuk nak bunyi-bunyi, saja nak bagi orang tahu."

Aku : "Ha ah betul la, dia ni 'si penjahat kecik' "

Sumber google 
Lebih kurang cenggitu la rupa cicak tadi. Berbelang. Iyekkkk :P

Wani pun sembur dia guna penyembur lipas. Masalahnya cicak ni makin disembur makin agresif gila... Dia turun ke lantai. Lepastu dia nak datang ke katil aku pulak.

Demmm.

Katil aku dah la cadar ala-ala princess gitu beralun alun cadarnya. Gelabah aku naikkan cadar.

Kitorang sambung kutuk dia lagi.

"Eh kau keluarlah. Kitorang taknak bunuh pun, kitorang suruh keluar je"
"Ha ah... Dah la jahat dengan Nabi, dengan kitorang yang lemah pun jahat"
"Kalau kitorang lelaki dah lama kitorang amik kau campak keluar"

Agaknya cicak tu pun ingat kami berdua roomates ni sewel. Yang pelik ekor dia naik makin tinggi. Marah betul dia, tercabar agaknya.HAHAHA.


Hah cenggini la ekor dia tadi. Pandang kitorang, senyap je. Marah betul dia.

Pastu dah dua orang penakut padahal badan besar gedabak ni tak tahu nak buat apa dah, terpaksa aku lari ke bilik kawan, pergi panggil bantuan. Gila pathetic.

Akhirnya cicak durjana selamat ditamatkan riwayatnya dengan kuasa penyapu kawan kitorang.
The end.

Meletihkan -.-

Bilik diserang cicak

Apa beza lelaki dengan pengkid?

Entry suka-suka. Ini adalah pendapat peribadi saya. Kalau tak sama dengan awak itu masalah awak. :D

Assalamualaikum.

Haha. Gelagat akhir zaman, aku scroll-scroll fb jumpa post pasangan gay. Aku scroll-scroll wechat jumpa post pasangan lesbian aka abam pengkid. Aku pun tak tahu celah mana aku terfriend dengan mereka ni.

Tapi aku kan suka observe and buat kesimpulan. Observe, analyse, conclude. Orang sains katakan.. Ceish.

Takdelah, aku baca status2 pengkid ni, naik seram bulu tekak aku *eh tekak ada bulu ke?* . Tapi aku dapat conclude la apa yang orang bercinta dengan lelaki jarang nak dapat , or takkan mungkin dapat, sebab memang dah fitrah lelaki dan perempuan tu kan berbeza.

Bila awek dia menangis.
Pengkid - Gelabah gila, siap post gambar menangis bersama. Pujuk kemain kau. Peluk-peluk pujuk. Geli pulak aku.
Lelaki   - Suruh awek dia stop nangis pastu bagi solution2 utk selesaikan masalah awek dia.

Status fb,wechat,tuider
Pengkid - Kejap2 post status "Bini kesayangan saya tengah makan aiskrim , sexy lips dia, awww" . Kejap2 post status, "Bini kesayangan saya tengah berak,teman dia dalam toilet ni"
Lelaki - .......... Kalau dating pegang henset tu maknanya dia tengak men game, Takde maknanya nak post2 status setiap masa -.-

Overnight
Pengkid - Dengan girlfriend sesuka hati sesedap rasa lah nak g tidur hotel ke apa ke. Perempuan dengan 'perempuan'. Tanpa rasa bersalah check in hotel.
Lelaki - Memang taklah nak check in hotel dengan girlfriend. Sape tak sayang girlfriend. Kalau jenis check in dengan alasan tak suka girlfriend dia tidur merata-rata, tapi dia check in satu bilik je, fikir balik lah girls. Sah-sah dia tak sayang kau sebenarnya.

Merajuk
Pengkid - Merajuk kalah perempuan. Eh dia kan perempuan. Manja sangat. Sikit-sikit tacing tarik muka, naik status fb patah hati lah, kecewa la, nak bunuh diri la, sensitif sangat.
Lelaki - Takde maknanya merajuk. Kalau marah sentap kejap pastu okay balik . yang pasti lelaki takkan naik status kecewa2 patah hati tulah.HAHAHA tu perangai pompuan.

Okaylah kang aku kena maki lagi. Dulu aku pernah post gak entry pasal pengkid dan lelaki. HAHAHAHA. Ramai para pengkid dengan identiti anonymous marah. Sorry la, saya memang tak faham T_T, Tapi awak pun kena faham, cinta sejenis ni dilaknat Allah.

Bye. 



Burger Warna Warni

Assalamualaikum.

Trend ke tak trend ke aku memang suka makanan berwarna warni & Burger. Dari kuih puteri mandi, apam polkadot, kek lapis sarawak, sampailah ke macaron. Burger pulak memang feveret ever after la , dari burger gerai abang rock kapak jual malam-malam sambil melalak, burger bakar, burger kukus , burgerbyte , semua aku try.

Dah sekarang trend burger yang rotinya berwarna warni. Perfect!

Taraaa...



Aku beli dekat Dataran Cendekia (DC) Uitm Shah Alam. Murah nak mam harga burger double Rm3.50. Hiuhiu. Roti tu ada perasa, cth koko rasa chocolate, pink rasa strawberi, yellow rasa pisang. 

Try lah.

Kalau ongkaye boleh je order yang delivery, warna warni dan yang pastinya mestilah rasa yang lagi dasyat kebabom. Burger mushroom la pebende lagi cuba google sendiri.Kehkeh.

Bye~

Cara Basuh Baju Student

Assalamualaikum.

Hi korang. Gua sekarang ni dah jadi wanita mithali sangat tauu basuh baju guna tangan. Ni semua gara-gara bilik tingkat 5 tak larat nak turun bawah bawak baju kotor basuh guna mesin. 

Oleh sebab manja + mengada-ngada, aku tak pernah tau basuh baju tak guna mesin ni. T_T . Kadang2 pun sebab jeans taknak bagi kaler turun kena baju lain. So aku agak gelabah la sebab lepas ni basuh baju guna tangan dah kena jadi lifestyle aku. OMAGOD!

Setelah research dengan encik google dan kecewa. Ada ke patut dia suruh aku masuk bilik air pakai baju lengkap pastu sabun-sabun sekali baju, pastu buka dan sidai. Cis. Terkono den. 

Aku pun call mama and tanya kawan-kawan pro yang selalu basuh baju kat toilet tu beberapa tips. 

Tips yang aku dapat :

1. Jangan kumpul baju banyak-banyak. Setiap hari basuh baju
2. Letak sabun dalam baldi lepastu letak air baru ada buih.
3. Lepas berus dan bilas, rendam dalam softlan, downy, daia or apa2 pelembut yang wangi.
4. Esok pagi bangun subuh terus sidai baju tu.

Done.

T_T

Yang benar,
Anak dara tak patut dibuat bini.


"meng"ulat buku

Hi Assalamualaikum.

Aku sekarang dalam usaha "Mengulat buku" kan diri sendiri. HAHA. Kemain berderet buku-buku ilmiah dan tidak ilmiah kat atas meja.

Oh diri tolonglah rajin.

Oleh sebab baru minggu kedua kuliah, tak busy, Pinjam novel dari library. Sebab kalau novel aku jenis tak mengulang baca banyak kali so rugi kalau beli. Library kan ada, kalau bukan kat kampus, Library Kulim lah tempat serang kalau mood nak baca novel tu datang. Adik aku yelah bersusun novel dalam rak. 

Satu novel yang menarik kali ni, 'Cinta Segi Lima'. Penulis H.M Tuah Iskandar. This is my first time baca karya seorang lelaki. Yelah selama ni tak dapat hidayah lagi, duk layan novel penulis wanita yang mendayu dayu kisah cinta aje ,kehkeh. By the way aku memang peminat H.M Tuah Iskandar sejak dulu lagi, sebab aku suka baca motivasi beliau dalam Majalah Mingguan Wanita mak aku beli. Paling terkesan kisah anak yang takut nak tanya ibu dia , bancuh air teh tapis guna pemukul lalat dalam jamban.HAHAHA



Novel ni tak lah berkisar cinta sangat. Banyak berkisarkan seorang lelaki yang bernama Jamjuri, muda, dan sangat berjaya. So bila orang MELAYU ni berjaya, akan ada jugalah orang MELAYU yang nak jatuhkan. Pathetic . Tapi realiti bangsa kitalah.

Tapi tak habis baca lagi. Tak sabar nak tahu ending. 

Perfect


Yang Terpuji , Sempurna .




My own mobile hotspot

Assalamualaikum.

Hi guys . Kaifahaluka (apa khabar) ?

Thanks to Mama and Abah sebab izinkan beli my own mobile hotspot. Yelah kat Kolej penginapan ni mana nak ada wifi, Pilah ada ler. So susah sangat nak buat lab report. Tadi time kelas Method pun doctor ade pesan kalau boleh bawa broadband and laptop ke dry lab nanti, kawan-kawan memang ada tapi taknak susahkan orang.

So after discuss dengan mama and abah, mula-mula pikir nak beli Maxis sebab no contract and just RM68 for 8gb. Tapi kena bayar RM150 dulu first. Lagipun line Maxis kat Kolej Uitm Shah Alam boleh tahan slownya, so aku decide nak beli Yes 4G.

Yes 4G ni before GST takde bayaran pendahuluan yang RM100++ tu, promosi beb. Terus bayar bulanan jer. Pakej student. RM68 for 4GB. Lagipun aku bukan kaki youtube or download bukan-bukan, just nak wiki je,kehkeh, berbaloi la sebab laju and unlimited.

Klik untuk tumbesaran
Taraaa , cute kan bentuk huddle aku. Kecik dan boleh bawak kemana-mana. 

Harap aku jadi lebih productive semester ni. Doakan untuk Noor Maizan Mohd Fauzi dekan yer.

Terima kasih. 

bye.

Congratulation

Assalamualaikum.

*Entry pilihan dari Buasir Otak
*Follow blog adik saya.

Tahniah my jantung pisang. Tamat diploma dengan rasminya sudah lepas final presentation semalam.

Cepat kejar gua.
Gua dah bosan degree sorang-sorang.
.
.
.
.
.
.
Sorry awak konvo nanti saya tak dapat pergi UTM . Maybe saya tengah berperang dengan final exam masa tu.

Saya sayang dan bangga dengan awak.


Dah tak flawless~


Haritu muka bebas cela taknak pegi buat IC baru.
Sekarang naik jerawat bengong ni macam mana nak g buat IC. Tak cutelahhhh.

Pakai jelah IC darjah 6 T_T










Suka cerita cinta ke?

Assalamualaikum.

Belek poll kat tepi blog ni. Kenapa orang suka baca cerita cinta pulak. Aku sendiri baca sendiri apa aku tulis dulu pun macam nak muntah hijau. Romantik puih puih puih. HAHAHAH

Ye ke orang suka? Tapi yang aku jumpe banyak yang benci. Ade kawan aku dari form 1 . "Z" , aku dapat screenshot dari sorang kawan yang lain siap cakap aku asyik show off, dan nak tengok reaksi aku putus cinta.

Ade juga screenshot dari kawan yang lain, Budak "A" siap curik gambar aku (sebabtu terpaksa disable right click) pastu ngutuk aku pasal selalu update jiwang.

Itu yang aku tahulah. Tapi kesah plak aku. Selalu orang mengumpat ni orang yang tak bahagia. Lagipun dia takde duit kot suka makan daging saudara sendiri.

Untuk yang suka cerita cinta aku , nak update pun serba salah ni. HEHE. 

Aku masih jiwang. Tapi dalam private jelah. Dah tua tua ni malu nak update lelebih.KAHKAHKAH.

Heartbeat forever.

Always my favourite man. My bestfriend forever for life.


Degree semester 4

Assalamualaikum.


Tudiah sibuk sampai kemalam . Lepas baca entry cara study Dr. Fatin Liyana yang sangat cantik tu, I pun nak tiru sampai beli losyen sebab Dr.Fatin cakap dia selalu study dalam library sambil sapu losyen sebab best wangi-wangi. HAHAH.

Harap bersemangatlah study sampai dapat Dr. Kalau rajinlah. Kehkeh.

Bye~

Layan Buasir Otak

Topik Buasir Otak kali ini memang  hot kebaboom. Membincangkan pasal pengertian pseudosains dan sifat orang Melayu (KEBANYAKANNYA) *kang tak mention kebanyakan butthurt semorang* senang-senang je percaya penipuan-penipuan kaki penipu yang mencari sesuap nasik dengan menipu orang yang senang ditipu.AHHH kena buasir otak!

Up to date lah dengan isu semasa yang produk-produk baru kian tumbuh seperti cendawan selepas hujan *bekas A+ Bm SPM* , dekat Fb melambak haaa, dekat insta pun kemain bersaing-saing promosikan produk mereka yang entah ape2 lah tu.

Contohnya : Product stem cell , dari buah .Katanya nak bagi manusia lawa. Stem cell manusia dan stem cell buah? AHHHH  kena buasir otak!

Lepas baca entry , lepak lagi baca komen.

p/s: Sebenarnya tengah bosan, dan letih, dan sedih.


Rumah Sewa Shah Alam :3

Assalamualaikum.
Kemasukan Mac 2015. (Perempuan)
Pangsapuri Danaumas, Block 1,
-Kekosongan 3. Middle bedroom. 
-Semi-Furniture  (mesin basuh, dapur masak, peti ais, wifi, katil )
-Sewa RM150/month (tak termasuk bil electric & wifi)
-Deposit RM200(Termasuk sewa bulan Mac)


Housemate yang super baik. Rumah yang selesa. Contact me . 0132080366 (Msg je jangan wasap, aku takde wasap) Hehe. Bye.


Confuse di Shah Alam.

Assalamualaikum.

Rupanya gila penat drive ke Shah Alam sorang diri. Oh ma God. Mintak nyawa.... Stop kejap kat KL amik barang-barang kat rumah kakak kat Ampang. Semangat bawak kereta ingatkan terkandas kat rumah sewa for the whole sem, tapi tadi malam dapat berita yang boleh masuk college pulak.

Kalau masuk college mana nak park kereta comel aku ni. Aduhai. Cakap dengan Polis Bantuan Uitm tadi , abang tu baik jer cakap boleh je park kat dalam sementara nak hantar balik Kedah kan. Tapi bila cakap dengan staf lain pula (Bukan polis bantuan)  tu , staf tu cakap, 

"Pilih antara dua je nak simpan kereta or kena buang college"
"Tapi saya duduk Kedah,takkan nak hantar sekarang."
"Okay kalau macam tu dapat tangkap kamu kena buang college"

WTF...

"OK THANKS"

Tak guna cakap banyak dengan staff yang memang taknak dengar pun masalah kita kan. Dah la aku baru balik harini, penat pun tak hilang dia nak suruh aku balik kedah hantar kereta balik. Dah la deposit rumah sewa pun RM340+ burn gitu je panas hati tak hilang lagi. HAISH.

Tapi apa guna ada cik abang askar kan, Nampaknya aku park kem askar jelah sementara waktu ni. 

Geram!

Plagiat everywhere~

Hello and assalamualaikum.

Short update while waiting for my buns cool before I can keep them in Tupperware. Mama lah rajin amat ajak buatkan bekal untuk balik Shah Alam nanti. (Padahal aku yang merap).

Before
After
Buat banyak sebab mama nak kirim untuk cucu-cucu beliau dua ketul kat Kl sana. Haish sabo jelah menunggu tuk dibako nya sebab sekali round bakar 20min. Resepi minta kat mak aku. Dia terer~ Aku tak terer , malas nak terer nanti kena buli masak je selalu. Kehkehkeh.

Ok back to the topic. Memandangkan aku dah nak ada final year project nanti. Aku nak train diri sendiri jadi anti-plagiat. HAHAHAHA. Ok ok, serius. 

Plagiat tu apa? Plagiat tu macam copypaste je idea orang lain untuk update blog. Kalau olah sikit bagi pendapat sendiri mcm okaylah . Tapi yang paling keji pegi ctrl+c , ctrl+v terus. Memang nak kena pelangkung nih.

Haa okaylah sorry emosi plak. Nak kenalkan ngan korang app yang paling best aku selalu guna masa siapkan lab report yang berkualiti demi masa depan yang gemilang, caish ayat nak gah aje. Apps ni untuk detect brp percent plagiarism dalam karya-karya agung kita tu.

Oleh sebab lecturer aku paling anti dengan plagiat tambah-tambah orang asyik wiki je, aku terpaksa check setiap kali before submit lab report supaya tak kena reject. Kot-kot lah tetiba idea buat ayat nak sama dengan saintis-saintis yang buat journal tu. KAHKAHKAH.

Kalau korang nak guna plagiarism check ni, pergi sini >SINI<

Okaylah rasanya roti-roti aku tu pun dah sejuk. Izinkan adinda mengundur diri untuk beradu di malam terakhir di rumah ini. 

Sapa nak tumpang pegi Shah Alam whatsapp la aku ye. KAHKAHKAH,gurau je, aku takde wasap. Dasyatkan anak dara millenium takde wasap, padan muka pakwe aku takleh wasap sokmo. :P

Bye,

Balik Shah Alam

Besok pagi balik.
Masih tak kemas barang.

Orang lain dah 2 hari pergi Kuliah.

Whatever

Tutorial : Letak widget Follower untuk Blogger Baru

Assalamualaikum.

Susah benor nak letak widget follower untuk blogger yang baru buat blog atau terpadam widget tersebut. Yang senang buat follower Google + tapi tak best lah kan kena share ke sana dulu baru follower dapat baca post kita.

Berhempas pulas aku cari jalan macam mana nak letak sebab bila aku tekan follower guna cara SINI  tetap jadi error. Haish pening pening.


Rupanya cara senang je....

1. Dashboad - layout 
2. Add html/javascript tu.
3.Pilih more gadjet dan scroll bawah sekali.
4.Tukar-tukar warna kat situ (Tukar semua tau)
5.Save.
6.Done.

KALAU TAK TUKAR WARNA AKAN JADI ERROR.

Welcome back My lil Sis :D

Assalamualaikum.

Adik aku yang ngok ngek ni orang nak blog, dia pun nak blog. Pastu follower dan mencanak, dia sewa domain, lepastu lupa bayar, blog kena padam. Mari gelakkan dia reramai.HAHAHAHA.

Pastu dia ni tak putus asa, Buatlah blog baru. Lepastu lupa pula password. Loqlaq sungguh. Tapi elok jugak dia lupa , blog sungguh kanak2, malu aku nak ngaku tu blog adik aku.HAHAHA. 

Tapi sekarang dia dh buat blog baru. Aku bagi dia password biar tak lupa dah , dasar orang tua nyanyuk.Kehkehkeh. 

Jom lah follow dia. Satu je bagus budak ni, walaupun suka lupa password tapi dia memang terer bab mengedit blog dengan ubahsuai code2 HTML sesuka hatinya. Dulu dia ambil upah ubah coding blog orang ,sekarang dah pencen ke belum entahler...

Tapi maybe dia agak busy sebab tahun ni SPM. Kang online manjang membebel mama aku tuh.Kehkehkeh.

Apapun , jom la sudi-sudikan follow dudak tak besar-besar ni.


Yang pinky2 tu is Yonet.

Sayangi kulit anda. ( Physiogel , Ready for Anything) .

Assalamualaikum.

Cuaca Malaysia sekarang ni makin hebat panasnya. Haritu pergi Alor Setar , drive pulak tengahhari, tudiiiiiaaaa, punya terik rasa terbakar tangan ni. Siap ada pemandu stop tepi jalan turun basahkan kaki dia tepi highway. HAHA, padahal aku tak tau motif mamat tu basahkan kaki dia pon,kekeke.

Ok back to out topic. Panas terik macam ni mesti buat kulit jadi makin kering dan kusam. Selain daripada panas mentari , beberapa sebab kulit tak cantik mcm :

  • Shower 
  • Mandi swimming pool
  • Air-cond
  • Jerebu


So dengan CPUV dari Nuffnang kali ni, aku tertarik dengan Physiogel. Kalau berminat , boleh request free sample dari SINI. 

Alhamdulillah untuk CPUV dari Nuffnang (Click untuk Mendaftar) kali ni. Kena rajin update lepas ni. Bye.


Photobucket

PTPTN 2015 dah masuk :D

Alhamdulillah and Yeay . RM2400. Okaylahtu.

RM400 kasik mama simpan.
60% je untuk berjoli (makan&makan&makan).
20% bayar bil.

Selebihnya sila simpan dan berjimat ye cik mezan.

Bos tak bayar gaji.

Assalamualaikum.

Di malam yang buntu sebab PTPTN tak masuk lagi walaupun desas desus cakap masuk 2Mac. Teringat dengan bos kedai buku kat Kulim tu , malaslah nak sebut nama kedai dia, masih tak bayar gaji aku kurang lebih Rm250. Gaji tu untuk setengah bulan terakhir aku kerja. 

Dah la time tu dia nak pindah kedai. Aku yang perempuan ni yang angkat buku2 berat dia. Aku yang deal dengan dealer2 untuk pulangkan barang-barang. Aku yang pergi kemas lap mop segala kedai dia. Aku kerja dari 9am-11pm. Walaupun nenek aku yang serumah dengan aku meninggal,aku cuti setengah hari je. 

Sampai hati. Dah mesej minta dia membisu je.

Selama ni aku panggil dia "USTAZ". Hmm.

Dear Ustaz,

Tutorial : Disable right-click & open link in new tab

Assalamualaikum.

2 in 1 tutorial kali ni. 

Untuk Disable right-click

  1. Dashboard - layout - add a gadjet - Javascript/Html
  2. Pastekan :

<script language=javascript>
<!--
//Disable right click script III- By Renigade (renigade@mediaone.net)
//For full source code, visit http://www.dauspozi.com
var message="";
///////////////////////////////////
function clickIE() {if (document.all) {(message);return false;}}
function clickNS(e) {if
(document.layers||(document.getElementById&&!document.all)) {
if (e.which==2||e.which==3) {(message);return false;}}}
if (document.layers)
{document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);document.onmousedown=clickNS;}
else{document.onmouseup=clickNS;document.oncontextmenu=clickIE;}
document.oncontextmenu=new Function("return false")
// -->
</script>
Save dan siap.

Untuk Open Link in New Tab


  1.  Dashboard - Template - Edit Html
  2. Ctrl+ F dan cari code  <head>
  3. Masukkan code berikut dibawah <head>
<base target='_blank'/>

Save dan siap.

p/s: Kenapa perlu disable right click? Sebab mengelakkan gambar dicuri dan dibuat sumber mengumpat di whatsapp oleh individu yang pura-pura baik didepan tapi sebenarnya tak puas hati.Eheh. Jaga2 sis, saya tahu siapa anda. Open link in new tab untuk tak menyusahkan orang yang membaca blog sambil tak bg diorang pegi mana2 bila tekan link kat blog ni.

Kalau lepas ni sanggup printscreen pula semata-mata nak mengumpat. Dosa tanggung sendiri ya. 

Harsh words break no bones but they do break hearts.

Free header dari blog-blog yang baik hati.

Hi semua.

Oleh sebab terlebih rajin, tapi tak la rajin sangat nak buat sendiri, so i cari beberapa free header untuk sesiapa yang nak tukar header tapi malas nak buat sendiri. Kehkehkeh.


Kalau amik jangan lupa inform tuan belog okayh.



Bye~! 

Contact Lens Paling Best

Assalamualaikum.

Harini i gengster amat sebab esok class, tapi masih relax kat kulim, ah persetankan itu semua. Hah tadi ada terbaca pasal contact lens kawan kt fb koyak walaupun baru je beli. Kesian. Aku dulu pakai jenama F****** gak. Tapi tak sampai dua minggu dah gatal-gatal mata sampai berhingus.



So aku pun tukar ke jenama blincon. Mula-mula tak percaya sebab tak pernah dengar jenama. Tapi dicadangkan oleh pakar mata yang aku percaya so aku pun try. Harga tak mahal dan tak murah. 

Paling best sekali , sekotak (1pair) boleh tahan sampai tiga bulan. Dia tak lembut sangat sampai mudah koyak, tapi tak keras sampai sakitkan mata aku since mata aku ni kategori very the sensitip. HAHAH.



Dulu waktu zaman gelong-gelong diploma, aku try semua kaler termasuk Pink & Purple. HAHAHA. Biar orang cakap aku mcm alien pun,kesah plak aku. Tapi sejak dah tua ni lagipun dah degree takleh buat perangai tak tentu hala sangat so aku selalu pilih kaler basic je, hitam ,koko, takpun grey.

Paling aku suka, kaler hitam, sebab buat mata aku lagi bulat. Hihi.

Lens Hitam





Lens Brown

Ada juga yang recommend Blincon Contact Lens make in Korea ni. Boleh klik SINI or SINI untuk baca review mereka.

Tapi aku cuma beli kat kedai spek or pakar mata je, tak beli online. Paranoid.HAHAH




Bekas Kekasih / Dear Ex

Assalamualaikum,

A short post before aku nak gerak ni. Eheh. Aku usha-usha "KEYWORD" untuk masuk ke blog aku, dan jumpa ayat-ayat berikut:

ayat dear ex
1
ayat sentap untuk bekas kekasih
1
Hihi, Walau siapa pun awak, thanks for coming to my blog. Anyway aku takde ape nak cakap untuk ex aku memandangkan aku dah lupa pun dia. Aku ada cadangan untuk korang. Pergi baca terfaktab. Aku tak pandai bermadah sakti, tambah-tambah untuk orang yang tak penting.

I'm improving myself untuk orang yang aku sayang. Aku amik hinaan dia ,dan jadikan ia satu yang positive untuk aku.

Make sure aku lebih cantik, bijak dan berjaya dari perempuan selepas aku.


Gigi

Sepatutnya sekarang dah tidur. Tomorrow and the day after that akan jadi hari paling busy nak mampus. 

Esok nak teman adik pergi buat braces. Gigi sama bersepah tapi rezeki untuk dia buat dulu. I okay je haa. Tak jeles pun. Kihkih, Padahal takut dentist.

Terpaksa berbahagia dengan muka comot momot bergigi bersepah ni.Sabar jelah.

amikkk budakkkk~
Okey jer bersepah,ade jugak org nak , wekk .(riak takbur gedik). Oh astagaaa..

Lusa kelas, memandai aku je ingat 3rd march. Gila kau nak pegi lusa, baju kurung still umah akak aku kat KL,And aku tak tau nak balik dengan apa lagi. Ahhh malas pikiaq...

Follow the flow~

p/s: Baju pun tak kemas,untung campak2 dalam bonet kereta je nanti (kalau mama bg kereta). Hihik