Penyelesaian Masalah 'Whoops, that's an error' Sewaktu Follow Blog Lain.

Assalamualaikum.


Adakah korang mengalami masalah untuk follow blog lain macam aku juga? Sangat menyakitkan hati sebab selagi masalah untuk follow blog orang tak selesai, susah sangat nak join segmen or contest kan. Sebenarnya korang, ada dua jalan penyelesaian untuk masalah 'Whoops, that's an error' semasa follow. 



Jadi untuk cara yang pertama, kalau korang nampak kat bawah tu, dia ada suggestkan untuk clear cache kita. Rujuk blog Sayidah Napisah untuk penerangan step by step nak clear cache so then korang boleh meneruskan aktiviti follow blog orang dengan senang lenang. Hihi. 

TAPI!

Malangnya cara ni memang tak berkesan untuk blog aku. Walaupun dah clear history dan cache aku tetap tak boleh follow blog orang lain. Adeh, ni boleh bikin marah ni.

Jangan risau. Aku ada cara alternatif lain. Yeay!

Siapa sangka kan rupanya kita boleh follow blog orang lain melalui dashboard kita sendiri je. Senang betul ni tapi mesti ramai tak perasan lagi, macam aku. Hahaha.

Jadi, cara-caranya adalah:

1. Copy link blog yang korang nak follow tu. 
cth: http://missobsesi.blogspot.my/ 
2. Log in blogger korang sendiri.
3. Buka dashboard.
4. Cari butang add dan click kat situ.

5. Then korang akan nampak macam ni. Jadi pastekan link blog yang korang nak follow tu dekat sini.

Kalau korang nak follow lebih dari satu blog dalam satu masa pun boleh. Tekan button +Add tu dan isilah link blog lain. Mudah dan jimat masa. Yeay. 

Harap membantu korang.

Bye.




Previous
Next Post »