Blog Review | diaridandelion.blogspot.com

Assalamualaikum, hai.

Tibalah giliran Diari Dandelion untuk direview kali ini. Maaflah setiap kali nak review mesti pepagi buta, sebab masa ni la idea datang mencurah bagai keladang gandum, kekeke. Ah, jangan buang masa lagi mari kita kenali blog Diari Dandelion dengan lebih dekat lagi.

Tak sabar nak terjah? Lepas habis baca review baru klik gambo kat atas okay, hahaha.

Blog Diari Dandelion ini adalah pemilik seorang blogger berasal dari Pahang, dikenali melalui nama penanya Gee Lion. Sudah berkahwin dan dikurniakan seorang puteri. Kak Gee sukakan penulisan yang puitis, tetapi kalau filem, kak Gee lebih memilih tema patriotik dan magika. Buku? Pastilah bergenre alternatif pilihan Kak Gee. Minat Kak Gee yang mendalam terhadap bidang penulisan mendorong kepada lahirnya sebuah blog yang diberi nama Diari Dandelion ini...hihi, so apa lagi jom kita godek isi blog kak Gee.

Blog Kak Gee ni simple tapi sangat kemas tau, dari pemilihan warna template hinggalah susunan sidebar, semua kak Gee buat kemas-kemas. Yang bestnya blog Kak Gee ni, bukan saja ada top commentator, tapi juga recent comment, so kita boleh tengok komen-komen terkini, and kalau nak ada muka korang kat situ, tinggalkanlah sepatah dua kata pada entry kak Gee. Hehehe. 

So tengok bahagian atas sekali, akan nampak navigation bar blog Kak Gee. Apa yang penting kat situ adalah profile kak Gee sendiri, dimana korang boleh mengenali siapa sebenarnya diri Kak Gee. Yelah pepatah ada mengatakan 'tak kenal maka tak cinta' kan? Next, kalau korang tekan kat 'bloglist' tu korang akan dibawa ke blog yang kak Gee buat khas untuk menempatkan senarai bloglist kak Gee. Ya Allah, tak tau nak komen apa sebab even blog tu khas untuk Kak Gee tepek bloglist je, tapi cute ya amat. Klik 'cbox' untuk tinggalkan telapak kaki comel korang untuk kak Gee singgah balas okay.

Kak Gee ada jual Ikan Patin Masak Tempoyak Frozen tau. Haaa first time dengar kan? Mai pun. Specialnya Ikan Patin Tempoyak Frozen ni adalah resepi rahsia umi Kak Gee yang kak Gee sendiri tak dapat kenalpasti rahsia kesedapannya. Amboi baru cakap je Mai dah terliur dah. Dah namapun lauk frozen, cara penyediaannya pantas dan semudah ABC. So kalau berminat nak beli boleh baca SINI.

Kegemaran Mai dalam blog Kak Gee adalah entry kak Gee yang berlabel Stanza. Puitis bahasa Kak Gee, sungguh Mai mengagumi dari jauh ni. Kalau Kak Gee buat buku pun Mai sanggup beli tau. Kadang barisan ayatnya terang dan jelas, tapi kadang-kadang ada level deep yang memaksa Mai fikir makna tersirat disebalik yang tersurat. Yes, pembacaan yang meransang minda berputar, berfikir, , hidup, memang Mai sangat suka! Nak baca stanza kak Gee? Klik sini

Jadi korang janganlah tunggu lagi kat sini, cepat terjah blog Kak Gee. Go! >DIARI DANDELION<

8 comments

  1. Saya pun suka baca penulisan kak gee!

    ReplyDelete
  2. yessss kite pun suka baca kak gee punye blog romantik ayat berbunga gittew

    ReplyDelete
  3. font cumel jerk, penulisan best untuk di baca, kak mila dah folo banner iklan dia menarik.

    ReplyDelete
  4. jum terjah diari dandelion...

    ReplyDelete
  5. Hidup kak gee ! hahaha harap2 kakgee tak nmpak komen ni. Cabutttttt

    ReplyDelete
  6. Yup.. Akak juga suka baca blog Gee.. :)

    ReplyDelete
  7. ;) pernah tgk dekat komen :)

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum cik mai, alhamdulillah terima kasih utk review ni. but unfortunately this might be my last comment on your blog. ada beberapa perkara buat kak gee terpaksa hiatus utk beberapa tempoh yg tak dapat dikenal pasti lagi. ahahaha.. apapun terima kasih sebab your review memang awesome dan gempak. terangkat sekejap rasa buntut nih. hahahaha.. terima kasih banyak2 tau.

    p/s : cik ain, kak gee nampak komen awak tuh.. haha. thanks ye to all ^_^

    ReplyDelete