Blog Review | mellyacrayola.blogspot.my

Hello my beloved readers.

Pepagi buta yang indah ni Mai nak ajak korang pergi ronda-ronda ke blog yang bertuah untuk direview ni, jeng jeng jeng. Ingat tak siapa dalam list haritu? "A box of Crayon" lah, yeay! Tak sabaq tau nak review blog favourite Mai ni, pertama kali dah jejak kaki ke sana terus jatuh cinta dengan blog Mellya sebab comel sangat!

Macam biasa, korang dibenarkan klik hanya selepas baca review okay, kehkehkeh. Aippp sabar-sabar.

Seperti blognya yang comel, tuan blog pun comel juga tau. Hihi, dikenali sebagai nama Miss Crayola tapi Mai panggil kejap Mellya kejap Fhatin, harap tuan blog tak marah, heeee...Berumur 23 tahun, maknanya kami sebaya, tapi bezanya Mellya ni kreatif sangat dan hasil kerjanya mendesign blog sangat Mai kagumi, hehehe, sebab Mai tak kreatif pun.

So kalau nak mengenali tuan belog 'A box of Crayon' ni bolehlah add and follow laman sosial beliau.

First time Mai jenguk blog Mellya dulu, bukan design ni, tapi tetap lawa sangat. Kagum sampai rasa takmau keluaq, entahlah kenapa rasa berkenan sungguh dengan pemilihan warna pastel dan design hasil tangan Mellya ni. Lepastu Mellya tukar design macam yang sekarang ni, tetap cun kan. No wonderlah Mellya boleh buka tempahan edit blog.

Bercakap pasal tempahan edit blog, Mellya ada buka lagi tau tempahan mengedit blog, tapi Mai tak pastilah sampai bila. Hasil kerja Mellya pun beliau ada tepek kat blog dia tu so korang boleh nilaikan sendiri, macam-macam design duk ada, tapi semua comel belaka. Harga yang Mellya amik untuk satu tempahan pun affordable, so kalau korang berminat klik SINI terus. 

Lagi best, Mellya selalu kongsikan tutorial yang boleh kita gunapakai untuk mencantikkan blog kita ni. Ada yang Mellya ajar sendiri or ada yang Mellya terus kasi link blog tutorial yang lain. Kalau nak tutorial dari Mellya boleh klik SINI, jangan lupa ambil freebies comel khas dari Mellya kat SINI.

Mellya selalu juga review movies yang best-best, kadang-kadang dari situlah Mai dapat idea nak tengok movie apa bila bosan-bosan. Review product kecantikan pun ada tau, i loikeeee! Kadang-kadang Mellya akan buat post random macam tongue twister ke, korean phrases ke, selalu Mai buat bahan nak main dengan adik-adik. Kehkehkeh. Macam bebudak, main je keje.

Okay apa tunggu lagi, cepat pergi terjah Mellya, biar korang faham kenapa Mai bekenan sangat dengan blog comel tu~! Hihihi. Jom. >A BOX OF CRAYON<

3 comments

  1. suke tgk template melly ni comel sesangat..paling best tutorial dia, dan ada yang tampal kat blog unni..

    ReplyDelete
  2. Mek kenal fathin ni mlalui giveaway :) rase slesa je jenguk blog dia :)

    ReplyDelete
  3. Memang chomel pun.. Kak sha kalau gi blog fhatin nie mesti hati berbunga-bunga..

    ReplyDelete