Cara mengorat crush sampai jadi kekasih.


Holaa,

Hai, adakah korang duk runsing macam mana nak mengorat crush korang tu tapi korang tak tahu nak start macam mana? Dpn't worry, meh ahkak Mai perturunkan ilmu flirtylicious tu sikit, kahkahkah. Gurau je. Saja share-share dengan korang petang-petang gini, dapat ilham, jangan serius sangat.

Cepat-cepat, korang mesti tak sabar dah kan, meh kita mulakan. 

1.  Jadilah diri sendiri
Macam mana nak jadi diri sendiri, korang watlek watpis jelah, jangan gelojoh sangat. Kalau korang set dalam minda korang tu taknak kawan-kawan dah,cuma nak cari girlfriend terus, nak serius la konon, end up korang bukan saja akan nampak korang ni desperate, tapi creepy juga tau. Tapi relax, relax juga, jangan sampai melepas. Kena bagi hint sikit yang korang suka kat dia, tapi dalam masa sama main tarik tali sikit sikit dulu,kehkehkeh.

2. Siasat latar belakang dia 
Kalau korang dah try hint sikit sikit dia buat derk je, cuba korang check dia tu betul ke single. Kalau dia dah ada boyfriend atau tunang, cuba cermin diri korang tu kenapa dia tak pilih korang, kahkahkah, eh kasar pulak. Tapi betullah, korang kena la jadi realistik, okay. Move on, cari crush baru.

3. Berhenti memberi alasan kepada diri sendiri 
Berhenti memberi alasan macam "siapalah aku ni, tak berharta, "dia takkan pandang orang macam aku". stopppp!!!! Kalau mindset korang macam ni, macam mana bulan nak jatuh ke riba, wake up guys...Semangat,semangat, tak cuba tak tahu kan? Kalau dia reject juga nanti, tak apalah, tak ada jodoh, sekurangnya kita mencuba. Bak kata pepatah;


4. Selalu mengambil berat 
Mengambil berat ye guys, bukan menyibuk hal peribadi dia. Korang kena la ambil tahu sikit-sikit pasal diri dia, pantang nampak macam dia dalam kesusahan sikit, terus ambil kesempatan menyelit untuk jadi hero. Wahhh. Contohnya, petang tu hujan, dia akan balik naik bas, kalau korang ada kereta, offer laa untuk hantar dia balik kerumah. Nak lagi hero? Offer dia dan katalah dia boleh ajak kawan-kawan sekali, fulamakkk...Nanti dia kalau tak banyak, sikit pun mesti ada rasa tersentuh hati tu. 

5. Menonjolkan diri  
Napoleon Dynamite pernah berkata “Girls only want boyfriends who have great skills". Korang mesti fikir jaguh bersukan, pandai bermain alat music dan bersuara merdu tu pakej  yang dicari, dan alamak macam mana ni, korang tak tahu semua tu. Jangan risau, tonjolkan diri kamu yang sebenar, contohnya kamu pencinta haiwan, dan selalulah join kerja rescue kucing jalanan tu dengan ikhlas. Perempuan mesti akan jatuh hati dengan sikap mulia dan ikhlas korang tu nanti. Ingat, kunci utamanya ikhlas!

6. Kelakar tetapi mampu serius apabila diperlukan
Korang tengoklah sendiri, isteri pelawak dekat Malaysia ni semua cantik cantik jelita tau. Kenapa? Sebab perempuan tertarik pada lelaki yang kelakar, tapi takmo lawak bodoh double meaning haa. Dan, apabila korang diperlukan untuk serius, contohnya dia tengah menceritakan masalahnya, korang janganlah nak melawak pulak.

7. Pickup line
Pickup line ni macam ayat mengorat zaman sekarang lerr. Hahaha, makin kreatif tau orang zaman sekarang ni. Cuba malam-malam sebelum tidur ke, atau pepagi ke korang text dia sekeping pickup line, mauu tersenyum dia satu hari,ecececeh...




Korang pernah guna pickup line untuk mengorat tak? 


So, kalau macam dah dapat green light atau tanda positif tu, apa lagi, ajak ler keluar first date. Good luck! 

8 comments

  1. Haha.. Pickup line tu betul juga..
    Perempuan ni suka lelaki yang ada humor.. :D

    ReplyDelete
  2. wei.. napa saya baca entry ni.. hee..

    tapi.. pernahlah jugak ada rasa suka dengan seseorang tpi saya akan jauhkan diri saya dari dia.. sebab saya masih ada matlamat yang kena capai..

    btw, umur saya baru 19 tahun.. that why kut.. kadang-kadang tak kisah sangat tntg ni..

    jadikan crush tu sebagai pembakar semangat kita utk berjaya.. hee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, ikutlah masing2 punya pendapat :D

      Delete
  3. hehe alamak takde crush laa pulak

    ReplyDelete
  4. Hihihi crush akak hanya suami akak. Eceh ceh ceh. ;p

    ReplyDelete