Kenapa aku suka tengok Drama Korea.


Assalamualaikum, hi~

Aku ni seorang peminat drama Korea tapi BUKAN KPOP fans. Haa, kena faham tu sebab Kpop ni more to music and group band diorang yang mana aku tak tahu menahu langsung. Sorrylah akak rasa dah tua sangat nak layan lagu-lagu Korea tapi forever young untuk layan drama Korea,kehkehkeh. Dulu aku pun tak faham kenapa orang suka sangat drama Korea ni, apa dorang ni memang suka laki jambu ke hape, tapi lepas tu aku sendiri yang tersangkut, kahkahkah. Aih, kenapa eh?

01. Pelakon yang kacak dan cantik
Ala bukan drama Korea je, drama Melayu ke, omputih ke, tamil ke, aku mesti usha pelakon dulu. Kalau pelakon tak best aku lambat sikit la nak tengok tu, kehkehkeh, teruk betul perangai.Now tell me siapa tak suka perkara yang indah-indah? Acecece..Bagi aku yang suka tall,dark, and handsome ni memula susah juga nak terima hakikat hero korea tu hensem sebab diorang putih-putih. Adoi.. Tetapi lama-lama aku dah bleh terima siap senyum sengsorang lagi masa babak sweet, hahaha gatai. 



02. Jalan cerita yang cliche tapi berisi
Jalan cerita drama Korea ni bolehlah dikatakan cliche dengan rencah yang sama macam antara dua darjat, cinta pandang pertama, hero nakal pastu jadi baik, perempuan perampas yang psiko dan macam-macam lagi lah yang agak predictable. Tapi diorang pandai olah situasi tu jadi menarik dan menimbulkan tanda tanya dah tu geram pula tu. Hahaha. 


03. Kompleks dan Berinfomasi
Ini part bagusnya drama Korea ni sebab pembikinan diorang tidaklah seperti melepaskan batuk ditangga. Contoh paling nyata adalah filem bergenre medikal, diorang akan tunjuk babak dalam bilik operation, dan banyak memperkenalkan istilah istilah medikal kepada kita. Secara tak langsung membuka mata kita dengan pelbagai penyakit, dan beberapa ilmu pertolongan cemas. Bukanlah seperti drama kita yang seringkali tersalah penggunaan alatan medikal dengan situasi tapi sesiapa pun tak ambil tindakan, sebab next drama pun buat salah yang sama. Kemudian dalam kelakarnya, suspen, dan sedihnya drama yang bertajuk "Kill Me, Heal Me" ,kita dapat ilmu pasal kewujudan penyakit dissociative identity disorder dan mengetengahkan isu penderaan kanak-kanak.

04. Babak romance yang ringan
Sesuai nak tengok dengan keluarga or adik adik kecik sebab kalau ada scene romance tu tak berat macam filem barat. Comel-comel je scene ngoratnya. Kissing scene memang ada tapi tu pandai-pandai lah aku suruh adik aku tutup mata. 

05. Episod tak meleret-leret 
Kebanyakan drama korea ni takdalah panjang sangat episodnya, kadang-kadang 16 episod, 20 episod, or 21 episod macam tu lah. Sebab aku ni jenis suka drama marathon je, kalau banyak stress aku nak menghabiskannya, lepastu episod tu pulak mulalah dah melalut merepek dan lari dari isi sebenarnya. Asalkan sampai maksudnya, dan dapat pengajarannya, cukuplah episod pendek-pendek. Senang nak download and simpan dalam laptop pun tak berat sangat :P

06. Makanan diorang best 
Kalau tak best, tak viral la ramen sampai ada spicy ramen challenge tu,hahahah. Selain tu aku kenal macam macam lagi yang best, meleleh habis tengok kimchi, bibimbap dan paling favourite aku adalah rice cake (tteokbokki). Kalau rasa macam berminat nak rasa tu bleh tengok resepi kat blog Sally

Aku rasa sampai sini jelah aku bercerita, sebenarnya banyak lagi tapi tak tertulis la pulak, tak dapat ilham nak mengarang panjang. Hahaha.

Aku ni jenis addicted kalau dah start layan satu episod. Jadi untuk pastikan addicted aku tu berbaloi aku selalu usha review dulu, kalau org kata best baru aku layan, Hehehe, kalau nak baca review drama korea or drama lain korang boleh ke blog Mulan-Sahbanu, banyak kat situ. 

Korang suka tak k-drama? Drama apa paling best bagi korang? 
Previous
Next Post »

7 orang rajin komen

Click here for orang rajin komen
sviors
admin
10/14/2016 10:12 PM ×

Geng sis. Minat jugak drama korea ni. Hahaha, well peminat kpop kan.
Yes, episod diorang tak banyak but ada laa mcm family genre and historical genre sampai beratus. Bab makanan mmg best, tengok diorang makan ramen pon dah terliur.

Reply
avatar
Reen Johari
admin
10/14/2016 10:55 PM ×

Adik je ttup mata.. Kakak nya? Hihihi ;p

Akak setuju semua yang ada dalam entry ini. Yang penting, jalan cerita Korea sangat padat. Tak seperti sesetengah cerita malayu, indonesia, filiphina yang bile kite tengok rasa mcm nk bakar je tv. Hahaaa

Nampak kebodohan cerita terserlah disitu.. Aih. Minta maaf ayat kasaq sikit..

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
10/15/2016 2:09 AM ×

@sviors mai tak minat sgt yg historical drama, hehehe. betui tu dorang punya reaksi masa makan tu yg priceless...

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
10/15/2016 2:10 AM ×

@Reen Johari well said kak reen.

Hahaha , kakaknyaa tutup separuh je aci tak ? :P

Reply
avatar
BudakVanilla
admin
10/15/2016 2:32 AM ×

BV pun agak minat drama korea sebab kalau pasal sesuatu pekerjaan memang details dia tunjuk. boleh tambah ilmu jugak. :)

kalau part sweet2 tu memang melting gila XD

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
10/15/2016 11:18 PM ×

@BudakVanillakan,, harap nanti industry filem malaysia boleh selangkah kedepan macam tu

Reply
avatar
nana
admin
11/07/2016 8:43 PM ×

haha sebab2 ni cukup untuk menjawab soalan kawan2 yang tanya Nana kenapa suka sangat drama korea

Reply
avatar